02 Februari 2008

Menjawab Syi'ah:Hadis Abu Hurairah, Nabi Musa a.s. Menampar Malaikat Maut

Jawapan terhadap syiah berkenaan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Sebenarnya jawapan-jawapan terhadap hadis-hadis tersebut telahpun diberikan oleh ulamak-ulamak dahulu seperti Ibnu Hajar dan lain-lain tetapi orang-orang yang suka menimbulkan fitnah seperti Syarafuddin Abdul Husain al-Musavi dan yang sefahaman dengannya yang telah ditutup mata hatinya oleh Allah taala tetap mahu menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Hadis Nabi Musa a.s. menampar malaikat maut.
Hadis tersebut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أُرْسِلَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِمَا السَّلَام فَلَمَّا جَاءَهُ صَكَّهُ فَرَجَعَ إِلَى رَبِّهِ فَقَالَ أَرْسَلْتَنِي إِلَى عَبْدٍ لَا يُرِيدُ الْمَوْتَ قَالَ ارْجِعْ إِلَيْهِ فَقُلْ لَهُ يَضَعُ يَدَهُ عَلَى مَتْنِ ثَوْرٍ فَلَهُ بِمَا غَطَّتْ يَدُهُ بِكُلِّ شَعَرَةٍ سَنَةٌ قَالَ أَيْ رَبِّ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ الْمَوْتُ قَالَ فَالْآنَ قَالَ فَسَأَلَ اللَّهَ أَنْ يُدْنِيَهُ مِنْ الْأَرْضِ الْمُقَدَّسَةِ رَمْيَةً بِحَجَرٍ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كُنْتُ ثَمَّ لَأَرَيْتُكُمْ قَبْرَهُ إِلَى جَانِبِ الطَّرِيقِ تَحْتَ الْكَثِيبِ الْأَحْمَرِ

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Diutuskan malakul maut kepada Musa maka bila Ia datang kepada Musa, Musa menamparnya. Lalu Ia kembali kepada Tuhannya maka Ia berkata, “Engkau telah mengutuskan aku kepada seorang hamba yang tidak inginkan kematian.” Allah taala berkata kepadanya, “Kembalilah kepadanya maka katakan kepadanya supaya dia meletakkan tangannya keatas belakang seekor lembu dan dengan setiap helai bulu lembu yang ditutupi oleh tangannya dia mendapat satu tahun”. Musa berkata, “Wahai Tuhanku, kemudian apa pula”? Allah berfirman, “Kemudian dari itu adalah kematian”. Musa berkata, “Kalau begitu sekaranglah”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Musa meminta kepada Allah supaya menghampirkan ia kepada bumi yang suci sekadar satu lontaran batu”. Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kalau ada ada di sana pasti aku akan tunjukkan kuburnya di tepi jalan di bawah timbunan pasir merah”. (sahih Bukhari kitabu ahadisul anbiya’ bab wafat Musa)

Di dalam sahih Muslim Abu Hurairah memarfu’kan hadis kepada Nabi s.a.w.:
عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ لَهُ أَجِبْ رَبَّكَ قَالَ فَلَطَمَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام عَيْنَ مَلَكِ الْمَوْتِ فَفَقَأَهَا قَالَ فَرَجَعَ الْمَلَكُ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى فَقَالَ إِنَّكَ أَرْسَلْتَنِي إِلَى عَبْدٍ لَكَ لَا يُرِيدُ الْمَوْتَ وَقَدْ فَقَأَ عَيْنِي قَالَ فَرَدَّ اللَّهُ إِلَيْهِ عَيْنَهُ وَقَالَ ارْجِعْ إِلَى عَبْدِي فَقُلْ الْحَيَاةَ تُرِيدُ فَإِنْ كُنْتَ تُرِيدُ الْحَيَاةَ فَضَعْ يَدَكَ عَلَى مَتْنِ ثَوْرٍ فَمَا تَوَارَتْ يَدُكَ مِنْ شَعْرَةٍ فَإِنَّكَ تَعِيشُ بِهَا سَنَةً
Terjemahan lebih kurang di atas.

Jawapan yang diberikan oleh ulamak ASWJ antaranya:

Ibnu Khuzaimah berkata, “Sebahagian golongan ahli bid’ah (seperti Syiah) mengingkari hadis ini. Yang sebenarnya Allah taala mengutuskan Malaikat maut kepada Musa bukan bermaksud untuk mencabut rohnya pada ketika itu, dia hanya mengutuskannya sebagai menguji Musa sebagaimana Allah taala memerintahkan kekasihnya Ibrahim a.s. supaya menyembelihkan anaknya walaupun bukan bermaksud supaya melakukan perbuatan tersebut. Andaikata tujuan allah taala menghantarkan malakul maut tersebut semata-mata untuk mencabut nyawa Musa a.s. nescaya perkara itu tetap akan berlaku. Kemudian sebabnya Musa menampar malaikat maut tersebut kerana dia melihat seorang manusia yang memasuki rumahnya tanpa izin daripadanya dalam keadaan dia tidak mengenali bahawa ia adalah malaikat maut. Jadi dari segi hukumnya tidak salah kalau dia mempertahankan diri org yang menceroboh tempat persembunyian. Nabi2 yang lain juga pernah didatangi malaikat dalam rupa manusia dan mereka tidak mengenalinya pada peringkat awalnya. Andaikata Nabi Ibrahim a.s. mengenalinya tentu dia tidak akan menghidangkan makanan kepada malaikat tersebut sebagaimana tersebut dalam Quran:

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ (24) إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ (25) فَرَاغَ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ (26) فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ (27) فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ (28)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? [51:25]Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu! Dia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! (Sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. [51:26]Kemudian dia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). [51:27]Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silalah makan. [51:28](Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka dia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim). Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. (az-zaariyat)

Begitu jugalah apa yang berlaku kepada Nabi Luth a.s., Maryam a.s. dll sebagaimana yang disebutkan di dalam al-quran seperti dalam surah hud 77-78 dll.
Imam Nawawi berkata, “Tidak mustahil Allah mengizinkan kepada Nabi Musa a.s. menampar malaikat maut sebagai mengujinya dan malaikat maut itu diperintah supaya bersabar sebagaimana Nabi Musa diperintahkan supaya bersabar ketika menghadapi apa yang dilakukan oleh Khidhir a.s.

Di sini juga bukan menunjukkan Nabi Musa a.s. takut mati kerana itulah setelah malaikat maut datang kali kedua dan Nabi Musa mengenalinya, baginda a.s. terus bersedia untuk mati walaupun segera.
Kalau dikatakan, bagaimana boleh berlaku pecah mata malakul maut dengan tamparan Nabi Musa a.s. itu maka akan dijawab bahawa perkara itu tidak mustahil bilamana ia diberikan keizinan oleh Allah taala apatah lagi ianya adalah untuk menguji orang yang ditampar.

2 ulasan:

nahzaluz berkata...

Sebenarnya dlm kitab syiah ada juga diriwayatkan kisah nabi Musa a.s dgn Malaikatul maut. Bahkan ada kisah Jibrail menampar buroq tunggangan Nabi s.a.w. Ana copypaste artikel tersebut dari http://www.fnoor.com/fn0834.htm#e
Maaf, tak smpt nak terjemah.

======

ثم إن حديث لطم موسى عليه السلام لملك الموت ، قد رواه علاّمتكم في مصادرهم ، فهذا نعمة الله الجزائري أثبت في كتابه، ومحمد نبي التويسيركاني أثبته في كتابه باب " في سلوك موسى عليه السلام قال ما نصه: (في سلوك موسى عليه السلام في دار الدنيا وزهدها فيها، وفي قصة لطمه ملك الموت حين أراد قبض روحه، واحتياله له في قبضها ....
وقد كان موسى عليه السلام أشدّ الأنبياء كراهة للموت ، قد روى إنه لم جاء ملك الموت، ليقبض روحه، فلطمه فأعور، فقال يارب إنك أرسلتني إلى عبد لا يحب الموت، فأوحى الله إليه أن ضع يدك على متن ثور ولك بكل شعرة دارتها يدك سنة ، فقال: ثم ماذا ؟ فقال الموت، فقال الموتة ، فقال أنته إلى أمر ربك .
وقال محدثهم الكبير محسن الكاشاني نقلا من كلام علي بن عيسى الأربلي ما نصه: ( أن الطباع البشرية مجبولة على كراهة الموت مطبوعة عن النفور منه، محبة للحياة ومائلة إليها حتّى أن الأنبياء عليهم السلام على شرف مقاديرهم وعظم أخطارهم ومكانتهم من الله ومنازلهم من محال قدسه وعلمهم بما تؤول إليه أحوالهم وتنتهي إليه أمورهم أحبّوا الحياة وما لوا إليها وكرهوا الموت ونفروا منه ،وقصة آدم عليه السلام مع طول عمره وامداد أيام حياته مع داود مشهورة ، وكذلك حكاية موسى عليه السلام مع ملك الموت!! وكذلك ابراهيم عليه السلام .
فأين أنت يا أشباه العلماء من هؤلاء العلماء ؟! ، بل قد جاء في خبر مشهور على ما رواه المجلسي في بحاره عن محمد بن سنان عن مفضل بن عمر عن جعفر الصادق في خبر طويل قال المجلسي في شرحه : ( أقول لعله أشارة إلى ما ذكره جماعة من المؤرخين أن ملكاً من الملائكة بخت نصر لطمة ومسخه وصار في الوحش في صورة أسد وهو مع ذلك يعقل ما يفعله الانسان ثم رده الله تعالى صورة الانس ... ( ) .
لطم جبريل البراق !!
وقبل أن أختتم هذا الفصل لسائل أن يسأل قد علمنا ما في قصة لطمه ملك الموت حين أراد قبض روحه، واحتياله له في قبضها وقد كان موسى عليه السلام أشدّ الأنبياء كراهة للموت ، ولكن لم نفهم حكمة ضرب البراق ، وإليك روايات القوم !! .
فعن هشام بن سالم ، عن أبي عبدالله (ع): قال جاء جيريل وميكائيل واسرافيل بالبراق إلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فأخذ واحد بالجام وواحد بالركاب وسوي الآخر عليه ثيابه فتضعضعت البراق فلطمها قال لها اسكني يا براق فما ركبك نبي قبله ولا يركبك بعده
مثله قال فرقت به ورفعته ارتفاعاً ليس الكثير ومعه جبريل يريه الآيات .. ( ).
وعن عبدالرحمن بن غنم ، قال جاء جبريل الى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بدابة دون البغل وفوق الحمار رجلاها أطول من يديها خطوها مد البصر فلما أراد أن يركب أمتنعت ، فقال جبريل انه محمد فتواضعت حتى لصقت بالارض قال فركب ... ( ) .
ثم لا أدري كم مرّة سقط النبي صلى الله عليه وآله وسلم من البراق، نسأل الله السلامة في العقل والبعد عن التهور والجهل !! . لعل عبد الحسين اقتنع ما رواه أئمة أهل البيت ، إن كان لا يعجبه ما رواه أبا هريرة رضي الله عنه .

abunaaielah berkata...

Jazakallahu khairan kathiran

perkara yang sama ada juga disebutkan dalam "al-burhan fi tabriati abi Hurairah minal buhtan"