14 Februari 2008

berkenalan dengan FT siri3

artikel FT dari blog jawapancinta:

2007-11-15

Panjatan




















Khamsa or panjatan is the shape of a hand with five fingers symbolizing the five members of the holy family - the Prophet Muhammad, his cousin Ali, daughter Fatima, and grandsons Hasan and Husain.

Posted by Faisal Tehrani at 5.59.E:\Documents and Settings\anbayu\Desktop\dr forum\blogspot\jawapancinta\Jawapan Cinta Panjatan_files\icon18_edit_allbkg.gif

http://jawapancinta.blogspot.com/2007/11/panjatan.html

















http://jawapancinta.blogspot.com/2007/09/abu-thalib-pilih-kasih.html



perhatikan kepada apa yang cuba dipopularkan oleh si Tehrani ni.

Apakah simbol seperti ini terdapat di dalam ajaran ASWJ..? si Tehrani ni yang mendakwa dirinya sebagai sunni sejati cuba mempopularkan ajaran siapa..? Andaikata dia adalah sunni sejati sebagaimana yang didakwanya mengapa pula cuba mempromosi ajaran serta pegangan penganut ajaran lain..?

si-Tehrani yang mendakwa sunni sejati mesti buktikan ulama ASWJ yang bukan pendokong cik-wahab (pinjam istilah tehrani) manakah yang membawa ajaran percaya kepada panjtan seperti yang ditonjolkan olehnya..? kalau begitu siapakah Faisal Tehrani ini..? apakah masih boleh dipercayai lagi si-Tehrani ini sebagai sunni sejati..?

Andaikata hendak dikemukakan tokoh agama di sisi ASWJ, maka yang utama slps Nabi s.a.w. berdasarkan al-Quran dan hadis2 rasul adalah Abu Bakar r.a. Selepas itu pula adalah Umar, Usman kemudian selepas itu barulah Ali r.a. ASWJ tidak memingggirkan Ali r.a. tapi mengikut turutan sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi s.a.w.

Kalau begitu apakah yang hendak ditonjolkan oleh orang yang mendakwa sebagai sunni sejati ini..? Apakah benar dia adalah sunni sejati sedangkan tak pernah pun kita temui tulisannya yang memuji2 dan menyebutkan manaqib sahabat2 lain terutama Abu Bakar, Umar, Uthman r.a. apatah lagi Abu Hurairah r.a.

Andaikata si-Tehrani seringkali menonjolkan kelebihan Ali r.a. kerana beranggapan bhw ASWJ meminggirkan kelebihan Ali r.a. maka sekali lagi dia berpandangan serong terhadap ASWJ dan ianya telah dijawab di sini.

Yang pasti panjtan yang ditonjolkan dan cuba dipromosikan oleh si-Tehrani ini adalah simbol kepada ajaran Syiah.

Kalau begitu siapakah si-Tehrani ini..? Berdasarkan kepada apa yang ditonjolkan beliau kita sepatutnya tidak lagi bertanya apakah benar si-Tehrani ini adalah sunni seperti yang didakwanya.

Mari kita mengetahui apakah itu panjtan.

ASAL-USUL PANJTAN

Panjtan bermakna lima peribadi..panjtan bermakna lima dan tan bermakna peribadi dalam bahawa parsi dan juga urdu..

Terdapat isyarat asal usul panjtan dalam al-Quran:

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آَلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd dan Suwaa' dan Yaghuth dan Ya'uuq, serta Nasr. (surah nuh 23)

Inilah asal panjtan iaitu lima peribadi yang dipuja oleh kaum Nuh. Di dalam ayat ini disebutkan tentang lima berhala yang disembah oleh kaum nuh iaitu wadd, suwa’, yaghuth, ya’uuq dan nasra. Kelima-lima berhala ini asalnya adalah anak-anak Nabi Idris a.s.

Ibnu Abbas menyebutkan bahawa kelima-lima mereka adalah orang-orang soleh dari kalangan kaum Nuh dan setelah kematian mereka kaum Nuh membuat berhala untuk kelima-limanya. Seterusnya kelima-lima berhala itu diwarisi pula oleh kaum jahiliyyah quraisy sebelum kedatangan Islam.(sahih Bukhari, kitabuttafsir).

Daripada kelima2 peribadi yang dipuja oleh mereka salah satu daripadanya adalah perempuan iaitu Suwa’. Demikianlah kebanyakan panjtan yang dipegang oleh agama2 sesat dahulu iaitu salah satu daripada lima peribadi tersebut adalah perempuan. Daripada sinilah bermulanya panjtan iaitu daripada kaum Nabi Nuh.

Kemudian kaum-kaum yang datang selepas kaum Nabi Nuh masing-masing mempunyai panjtan yang terdiri daripada tokoh pujaan lelaki dan juga perempuan.

Saya berhenti di sini dulu buat seketika untuk menulis berkenaan panjtan ini. Banyak perkara nak dibuat. Nak bagi tumpuan kepada penulisan berkenaan sejarah Khalifah Yazid bin Mu’awiyah terutama berkenaan peristiwa harrah yang menjadi modal besar kepada pendokong2 Syiah termasuklah si-Tehrani ini.

Secara ringkas sebagai gambaran awal berkenaan panjtan. Panjtan adalah merupakan simbol kepada agama-agama purba yang merupakan musuh kepada Nabi-nabi. Bahkan di dalam sesetengah kitab-kitab suci bagi agama yang sesat juga menggunakan bab atau tajuk besar berdasarkan kepada lima peribadi dan salah satunya adalah perempuan.

Simbol tangan ini merupakan simbol yang digunakan mereka sejak dari zaman dahulu lagi. Sebab mereka menggunakan simbol tangan tersebut akan diterangkan nanti. Mengapa Syi’ah juga turut menggunakan simbol ini.. Insyaallah jawapannya akan terbentang di hadapan pembaca sekalian.

5 ulasan:

rozais berkata...

Salam Abu,
Tahniah atas keberanian berdiskusi seputar isu berat ini. Dalam mencari kebenaran pada zaman fitnah ini, keikhlasan adalah paling penting kerana ramai yang terjerumus dalam firqah yang batil kerana mencari laba dunia dengan alasan membela Rasulullah. Sentiasalah kita berdoa agar ditunjuki sirat al- mustaqim dalam meniti hari, bukan kerana keperluan diri dan puak-puak sendiri.

azarazara berkata...

tak update blog ni ke... si FT tu kata sekarang ni ramai pejuang palestine kat palestine sana nun dah masuk Syiah dan jadi Shiah... biar betik...

PUREHADHARIST berkata...

Saudara perlu perdalamkan lagi kajian tentang syiah sebab kebanyakkan hujjah saudara telah dijawab oleh ulama-ulama syiah. Lagi satu, tak payah buang masa lah kritik FT.Dia buat kajian mendalam tentang syiah dan dia utarakan. Saudara tidak begitu hanya banyak hearsay dan salah dalam membahaskan isu syiah ini.

Raz berkata...

tahniah ustaz! teruskan usaha ustaz, jangan pedulikan kata2 negatif daripada pembela najis syiah!

al-Bakistani berkata...

nak tanya sikit...

anta belajar new town, karachi pakistan kan????

anta sekelas ngan mazlan Awang kan???

anta ni anak murid Maulana Asri Yusuf kan????