Dari blog jawapancinta post FT
2008-01-13http://jawapancinta.blogspot.com/2008/01/blog-post.html
السلام
على الحسينو على علي ابن الحسينو على اولاد الحسينوعلى اصحاب الحسين~ان الله مع
الذين اتقوا والذين هم محسنون~
Posted by Faisal Tehrani at 3.07.PD
Ulasan saya
Di manakah anak-anak Sayyidina Hasan r.a. dan cucu Nabi s.a.w. yang lain..??
Bukankah Hasan anak yang lebih tua daripada Husain r.a. tapi kenapa anak cucunya dipinggirkan..??
Apakah ini pegangan yang dikatakan datangnya dari SUNNI SEJATI…???
Atau siapa dia yang melampau dalam mengagungkan keturunan Sayyidina Husain r.a. lalu mengenepikan keturunan Rasul s.a.w. yang lain..??
Di mana lagi anak cucu Rasulullah s.a.w. yang lain seperti Zainab r.a. serta dua anaknya Ali dan Umamah? Bukankah Ali bin Abi Al-‘Ash inilah yang merupakan cucu Rasulullah s.a.w. pertama syahid dalam peperangan menentang tentera Romawi di zaman Sayyidina Omar r.a.. Mengapa pula bukan dia yang jelas syahidnya menentang tentera kuffar diagung-agungkan serta semangatnya dijadikan ikutan kita semua.? Begitu juga Umamah yang merupakan cucu Rasulullah s.a.w. yang akhirnya menjadi isteri Sayyidina Ali r.a. selepas kewafatan Fatimah r.a.. Mengapa ia juga turut dipinggirkan?
Di mana anak Sayyidina Uthman r.a. iaitu Abdullah? Bukankah Sayyidina Uthman r.a. adalah merupakan menantu Nabi s.a.w.?
Begitu juga anak Sayyidina Ali r.a. iaitu Ummu Kultsum dan Zainab. Apakah kerana Ummu Kultsum menjadi isteri Sayyidina Umar r.a. maka ianya diketepikan dari senarai ahlul bait Rasul s.a.w.
Jawapannya mengagungkan anak cucu Sayyidina Husain r.a. sahaja dengan mengenepikan yang lain bahkan mengambil sikap berlepas diri dengan mereka adalah merupakan ajaran Syi’ah.
Inilah sikap pilih kasih terhadap sebahagian keluarga Nabi s.a.w. dan meminggirkan yang lain yang dilakukan oleh Syi’ah. Apakah ini yang dikatakan oleh mereka sebagai “mencintai Ahlil Bait Rasul s.a.w.” atau ianya adalah semata-mata dakwaan semata..?
Atau kerana tersebar dengan meluas dalam sejarah Sayyidina Husain r.a. memerangi pemimpin ASWJ iaitu Yazid bin Mua'wiyah maka Ia serta anak cucunya dipilih sebagai Imam oleh golongan Syi’ah. Ini bermakna pemilihan tersebut dengan mengenepikan yang lain adalah kerana sikap permusuhan dengan ASWJ.
Berdasarkan kepada fakta ini kita akan mendapat satu lagi jawapan tentang siapakah si-Tehrani ini..?
Ungkapan di atas seperti yang dikemukakan oleh Faisal Tehrani ini tidak pernah dilakukan oleh ASWJ. ASWJ mengungkapkan selawat dan salam kepada keseluruhan anak cucu Nabi s.a.w. tanpa pengecualian. Akan tetapi Syi’ah hanya mengungkapkan salam kepada anak cucu Sayyidina Husain sahaja. Inilah bukti yang menunjukkan Syiah hanya bersandiwara sahaja dalam dakwaan mereka bahawa mereka cinta kepada anak cucu Nabi s.a.w.
Ayuh marilah kita semua menyelamatkan anak cucu Nabi s.a.w. daripada diskriminasi yang dilakukan oleh Syi’ah terhadap mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan