11 Januari 2008

Menyanggah FT:Pandangan serong terhadap ulama ASWJ

Lagi-lagi pandangan serong terhadap ulamak ASWJ

2007-12-02
Mahu
Cium Sedap Bau Syurga?

Berikut ini riwayat yang dinukil daripada Fakhr
Razi: pengarang kitab Kasyaf menukil daripada Nabi Saw, di mana dia menukil 12
kalimat penuh makna dari baginda nabi Saw:Barang siapa meninggal atas kecintaan
terhadap keluarga Muhammad Saw, maka dia mati dalam keadaan syahid.Barang siapa
meninggal atas ………………………….
Penukilan riwayat di atas dari ulama fanatik Ahli
sunah adala hal yang unik sekali. Ungkapan semacam ini membuat kita yang
menelaahi kitab tersebut ragu, apakah penulisnya seorang Sunni atau Syiah?Lihat
Tafsir Fakhr razi, jilid 27, halaman 165 dan 166. Asli riwayat ini dapat dirujuk
di Tafsir Qurthubi, jilid 8, halaman 5843 dan tafsir Tsa'labi, dalam tafsir ayat
ini.
Posted by Faisal Tehrani at 7.26.PD 1
comments


Artikel penuh sila klik sini
Ulasan saya:
Sila perhatikan rangkap:
“Penukilan riwayat di atas dari ulama fanatik Ahli Sunah” ……….sehingga… “apakah penulisnya seorang Sunni atau Syiah?”

Penulisan sedemikian lahirnya daripada pandangan serong terhadap ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kononnya ulamak ASWJ memusuhi ahlul bait Rasul s.a.w.. Dalam ertikata yang lain andaikata pengarang kitab tersebut adalah dari kalangan ASWJ nescaya pujian atau nukilan tentang kelebihan ahlul bait pasti tidak akan dimuatkan di dalam karangan mereka. Pandangan buruk sedemikian sememangnya umum dan menjadi satu kemestian kepada penganut Syiah terhadap golongan ASWJ dan ianya tidak tersembunyi lagi. Namun begitu mereka masih lagi mahu berselindung dengan topeng taqiyyah (pembohongan) kononnya permusuhan mereka adalah kepada golongan nasibi dan hanyalah golongan nasibi sahaja yang memusuhi ahlul bait. Tapi ungkapan tersebut (daripada artikel di atas) jelas membuktikan pandangan serong mereka terhadap golongan ASWJ bilamana penulis hanya membezakan antara ulamak “Sunni atau Syiah”.
Namun begitu apakah mereka dapat membuktikan permusuhan golongan ASWJ terhadap ahlul bait terutamanya dari ulamak-ulamak ASWJ? Atau ianya hanyalah sebagai cakap-cakap kosong sahaja tanpa sebarang fakta? Kalau memang wujud permusuhan golongan ASWJ terhadap ahlul bait Rasul s.a.w. silalah buktikan.
Yang sebenarnya mereka golongan Syiah ini sebenarnya jahil tentang ASWJ kerana itulah mereka dengan mudah menelan apa sahaja yang disuapkan kepada mereka oleh tokoh-tokoh Syiah. Kerana kalaulah mereka mengkaji lebih mendalam sedikit tentang kitab-kitab ulamak ASWJ samaada kitab-kitab hadis, tauhid, rijal dan lain-lain nescaya mereka akan dapati di dalam kitab-kitab tersebut dimuatkan puji-pujian terhadap ahlul bait Rasulullah s.a.w.
Umpamanya di dalam kitab-kitab hadis seperti Bukhari, Termizi dan lain-lain terdapat bab khusus tentang manaqib (kedudukan mulia) ahlul bait secara individu seperti manaqib Ali r.a., manaqib Hasan dan Husain r.a. dan lain-lain serta terdapat juga bab berkenaan manaqib ahlul bait secara umum. Begitu juga di dalam kitab-kitab hadis tersebut terdapat begitu banyak riwayat daripada imam-imam ahlul bait seperti Sayyidina Ali r.a. dan lain-lain. Namun begitu golongan Syiah tetap menyatakan bahawa imam-imam ASWJ tidak memuatkan riwayat-riwayat daripada mereka. Ini adalah sikap kejahilan mereka dan membuta tuli menerima sogokan dan suapan daripada tokoh-tokoh Syiah dan mereka tidak mengkaji sendiri. Bertebarannya riwayat-riwayat dari Imam-imam ahlul bait di dalam kitab-kitab ulamak ASWJ ini dibuktikan lagi bilamana seorang ulamak ASWJ yang bernama Muhammad bin Muhammad al-Baqiri al-Bari menghimpunkan riwayat-riwayat melalui ahlul bait terutamanya sayyidina Ali r.a. daripada kitab-kitab hadis ASWJ sebanyak lebih daripada seribu enam ratus riwayat.
Begitu juga di dalam kitab-kitab hadis terdapat juga nukilan pujian sahabat-sahabat r.a. serta tabi’en terhadap ahlul bait Rasul s.a.w.. Umpamanya di dalam Sahih Bukhari dinukilkan kata-kata Sayyidina Abu Bakar r.a. terhadap Sayyidina Ali r.a.
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَرَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ أَصِلَ مِنْ قَرَابَتِي
“Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya keluarga Rasulullah s.a.w. lebih aku sukai untuk aku hubungkan daripada keluargaku sendiri”(Bukhari, Bab manaqib keluarga Rasulullah s.a.w.)
Dan banyak lagi contoh-contoh sedemikian yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis ASWJ.
Begitu juga di dalam kitab-kitab tauhid ulamak ASWJ terdapat bab khusus “akidah berkenaan keluarga Nabi s.a.w.” yang memuatkan puji-pujian terhadap ahlul bait Rasul s.a.w. dan peringatan supaya sentiasa bersikap baik terhadap mereka. Umpamanya,
وأَهل السنة والجماعة : يحبونَ أَهلَ بيتِ النبي ؛ عملا بقوله صلى الله عليه وآله وسلم : « أذَكِّرُكُمُ اللهَ في أَهْلِ بَيْتِي

Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengasihi Ahlul Bait Nabi s.a.w. sebagai beramal dengan sabda Nabi s.a.w. “Aku ingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku……”.(Al-Wajis fi aqidati salafissoleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah, usul kesembilan akidah berkenaan sahabat r.a. dan ahlul bait nabi s.a.w.)
Di dalam kitab-kitab rijal dan kitab berkenaan tokoh-tokoh agama pula kita akan dapati sebutan baik ulamak-ulamak ASWJ terhadap imam-imam ahlul bait Rasul s.a.w.. Antaranya Ibnu Hajar menyebutkan di bawah nama Muhammad bin Ali al-Baqir,
قال ابن سعد كان ثقة كثير الحديث وليس يروي عنه من يحتج به وقال العجلي مدني تابعي ثقة وقال ابن البرقي كان فقيها فاضلا وذكره النسائي في فقهاء أهل المدينة من التابعين
Ibnu Sa’ad berkata, “Dia adalah seorang yang thiqah banyak meriwayatkan hadis. ‘Ijli berkata, “Madani (penduduk Madinah) thiqah. Ibnul Barqi berkata, “Dia adalah seorang yang faqih serta mempunyai kedudukan mulia. Imam Nasaie menyebutkannya termasuk dalam fuqaha’ ahli Madinah dari kalangan tabi’ien. (Tahzibuttahzib)
Dan banyak lagi contoh-contoh di dalam kitab-kitab ulamak ASWJ.
Bukti yang kedua betapa kasihnya ASWJ terhadap Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. adalah doa terhadap mereka sentiasa dipanjatkan di dalam solat lima waktu. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin ‘Ujrah di dalam sahih Bukhari perintah dari Nabi s.a.w. supaya berselawat di dalam sembahyang,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Dan ianya terdapat di dalam kitab-kitab feqah berkenaan sembahyang.

Bukti yang ketiga ialah di mana sahaja terdapat golongan ASWJ pasti akan ada penganut-penganutnya menamakan anak-anak mereka dengan nama Ali, Hasan, Husain, Jaa’far dan sebagainya. Ini menunjukkan tidak terdapat langsung pengajaran di dalam ASWJ yang mengajarkan supaya membenci ahlul bait Rasulullah s.a.w.. Berbeza dengan penganut Syiah, apakah boleh ditemui penganut-penganutnya menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar, Umar, Uthman, Khalid dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang lain?
Bukti keempat ialah ulamak-ulamak ASWJ begitu juga penganutnya menerima Sayyidina Ali r.a. sebagai khalifah keempat umat islam. Begitu juga menerima Sayyidina Hasan r.a. sebagai khalifah yang kelima walaupun seketika sebelum beliau menyerahkan khilafah kepada Mu’awiyah r.a.

bersambung.......

0 ulasan: