09 Januari 2008

muharram menjelang lagi...

Muharram menjelang lagi..
Bermulanya tahun baru…
Sebahagian kita memulakan tahun barunya dengan permulaan yang baik seperti menghidupkan hari asyura dengan menyinarinya dengan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai menjunjung sabdanya,
عَنْ الْحَكَمِ بْنِ الْأَعْرَجِ قَالَ انْتَهَيْتُ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقُلْتُ لَهُ أَخْبِرْنِي عَنْ صَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ إِذَا رَأَيْتَ هِلَالَ الْمُحَرَّمِ فَاعْدُدْ وَأَصْبِحْ يَوْمَ التَّاسِعِ صَائِمًا قُلْتُ هَكَذَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ قَالَ نَعَمْ
Daripada Al-Hakam bin Al-A’raj katanya, aku sampai kepada Ibnu Abbas r.a. lalu aku berkata kepadanya, “Ceritakan kepadaku tentang puasa ‘asyura”. Maka dia pun menjawab, “Bila engkau melihat anak bulan muharram maka bilanglah dan mulakan pagi hari kesembilan dengan berpuasa”. Aku bertanya, “Adakah demikian Rasulullah s.a.w. berpuasa”? Dia menjawab, “Ya”.

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. katanya, ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan supaya berpuasa mereka (sahabat -sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ia adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara, maka Rasulullah s.a.w. bersabda, bila tiba tahun akan datang Insya’ Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan. Ibnu Abbas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. tidak sempat dengan tahun hadapan bilamana Baginda wafat.
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Daripada Abi Qatadah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga hari daripada setiap bulan, ramadhan sehingga ramadhan yang satu lagi adalah merupakan puasa setahun penuh, puasa hari ‘arafah aku mengharapkan kepada Allah supaya mengampunkan setahun sebelum dan selepasnya dan puasa hari ‘asyura aku mengharapkan supaya Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya. (hadis riwayat Muslim)

Namun ada juga golongan yang memulakan tahun barunya dengan melakukan sesuatu yang entah dari mana asalnya amalan tersebut seperti merayakan 10 muharram dengan mengadakan jamuan bubur asyura. Nabi s.a.w. menghidupkannya dgn berpuasa tapi di kalangan kita ada yang menyalahi amalan Rasul tersebut dengan berkenduri pula (berkenduri tidak salah tetapi dengan menetapkan hari yang tertentu serta menu yang tertentu di samping anggapan mempunyai kelebihan serta ibadat).
















Di sebalik perbalahan masyarakat kita antara amalan sunnah puasa ‘asyura dengan adat bubur ‘asyura (yang boleh membawa kepada perkara bid’ah andainya dianggap sebagai suatu ibadat), ada golongan yang lebih malang lagi bilamana mereka memulakan tahun baru Islam ini dengan mengundang kutukan serta laknat dari Allah taala bilamana mereka melakukan amalan-amalan yang membawa perkara tersebut seperti upacara ratapan dan penyiksaan tubuh yang dilakukan golongan Syiah.















Rasulullah s.a.w. bersabda,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّائِحَةَ وَالْمُسْتَمِعَةَ

Daripada Abu Sa’id al-Khudri dia berkata, “Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang meratap dan orang yang suka mendengar tangisan (ratapan).(Abu Daud)

















Akan tetapi golongan tersebut (syiah) tidak menerima segala yang diriwayatkan oleh ulamak-ulamak Ahlus Sunnah tersebut dengan berbagai alasan mereka antaranya ianya diriwayatkan oleh sahabat-sahabat r.a. yang dianggap oleh mereka sebagai golongan penipu bahkan murtad. Namun begitu apakah mereka lupa riwayat-riwayat tersebut juga turut sama dimuatkan di dalam kitab-kitab mereka daripada Imam-imam mereka. Antaranya,


عَنْ جَابِرٍ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ (ع) قَالَ قُلْتُ لَهُ مَا الْجَزَعُ قَالَ أَشَدُّ الْجَزَعِ الصُّرَاخُ بِالْوَيْلِ وَ الْعَوِيلِ وَ لَطْمُ الْوَجْهِ وَ الصَّدْرِ وَ جَزُّ الشَّعْرِ مِنَ النَّوَاصِي وَ مَنْ أَقَامَ النُّوَاحَةَ فَقَدْ تَرَكَ الصَّبْرَ وَ أَخَذَ فِي غَيْرِ طَرِيقِهِ وَ مَنْ صَبَرَ وَ اسْتَرْجَعَ وَ حَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَ جَلَّ فَقَدْ رَضِيَ بِمَا صَنَعَ اللَّهُ وَ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَ مَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ جَرَى عَلَيْهِ الْقَضَاءُ وَ هُوَ ذَمِيمٌ وَ أَحْبَطَ اللَّهُ تَعَالَى أَجْرَهُ .

Daripada Jabir, aku berkata kepada Abu Jaa’far a.s. (Imam Muhammad al-Baqir), “Apakah itu keluh kesah”? Dia menjawab, “Keluh kesah atau gelisah yang paling kuat adalah jeritan kecelakaan dan meratap, menampar-nampar muka serta dada dan memotong rambut dari jambul. Barangsiapa yang mengadakan ratapan sesungguhnya dia telah meninggalkan kesabaran dan mengambil jalan bukan jalannya. Barangsiapa yang sabar, mengucapkan istirja’ (mengucap inna lillah…) dan memuji Allah sesungguhnya dia telah redha terhadap apa yang Allah lakukan terhadapnya dan ganjarannya terserah kepada Allah. Sesiapa yang tidak melakukan demikian maka ketentuan telahpun berlaku terhadapnya dan ia tercela serta Allah menghapuskan ganjarannya”. (Al-Kafi j3 ms. 224)

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) ضَرْبُ الْمُسْلِمِ يَدَهُ عَلَى فَخِذِهِ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ إِحْبَاطٌ لِأَجْرِهِ .
Daripada Abu Abdillah (Imam Jaa’far As-Sadiq) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalannya"(ibid j3 ms.225)
Begitu juga riwayat-riwayat daripada Imam-imam maksum Syi’ah yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar mereka seperti Man La Yahdhurul Faqih, biharul anwar, nahjul balaghah dan sebagainya mencela dan melarang orang ramai daripada melakukan amalan-amalan ratapan.

0 ulasan: