26 Januari 2008

Berkenalan dengan FT siri 1

Berkenalan dengan Faisal Tehrani siri 1.

Artikel dari blog Faisal Tehrani:

Hari Raya Yang Kita Lupakan
Musim haji telah tamat secara rasmi. Tetapi
satu keraian lain sering kita lupakan. Selamat menyambut Hari Raya Ghadir, di
mana hari ini Islam telah disempurnakan sebagai tatacara hidup kita. Rasulullah
SAW diminta untuk menyatakan ajaran terakhir yang akan menyempurnakan agama kita
ini iaitu meninggalkan suatu amanat supaya umatnya tidak memisahkan diri dari
al-Quran dan ahlul bait baginda. Pesan Jibril itu terakam dalam
al-Quran:Bismillahhirahmanirrahimيَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ
إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللّهُ
يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَDan
peristiwa penyempurnaan Islam pun tersergam pada hari
ghadir.Bismillahhirahmanirrahimالْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا فَمَنِ
اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَمُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ
رَّحِيمٌAyat itu amat bermakna sekali, sungguh bererti sekali. Klik
di
sini
untuk memahami Ghadir Khom.ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA MUHAMMADIN
WA-AALI MUHAMMAD

Artikel dari link

2007-12-28
Selamat
Menyambut Eidul Ghadir


The
day is near when the people will chant:Hum Dekhain GhayWe shall seeLazim Hai ke
hum Bhi Dekhain Ghay
Artikel penuh sila ke link

Ulasan saya:
Sebelum kedatangan Syiah kita tak pernah mendengar tentang ghadir khum. Ianya memang terdapat di dalam kitab-kitab hadis Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Terakamnya kisah tersebut di dalam kitab-kitab ASWJ menunjukkan ulamak-ulamak ASWJ tidak bersikap berat sebelah atau cuba menutup kisah-kisah yang menunjukkan kelebihan ahlul bait Rasul s.a.w. Bahkan dalam kitab-kitab terutamanya kitab hadis ASWJ begitu banyak termuat kelebihan-kelebihan ahlul bait secara umum dan juga secara khusus terhadap individu ahlul bait. Namun begitu ulamak ASWJ memahami peristiwa tersebut bukan sebagaimana yang difahami oleh Syiah. (InsyaAllah perbincangan khusus berkenaan ghadir khum serta apakah ada perkaitan dengan ayat quran spt yang dikemukakan oleh si-Tehrani akan saya kemukakan).
Berbalik kepada perayaan ghadir khum seperti yang diwar-warkan oleh si-Tehrani ini.
Bagi penganut ASWJ dari dulu lagi tidak ada perayaan bagi umat Islam sebagaimana yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. selain dua sahaja iaitu ‘Idul Adha dan ‘Idul fitri. Inilah dua hari raya yang dirayakan oleh baginda s.a.w. dalam kehidupannya dan diperintahkan oleh baginda s.a.w. supaya umat Islam merayakannya. Begitulah juga dengan zaman seterusnya iaitu zaman Khulafa’ Rasyidin Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan juga seketika zaman Hasan r.a. Apakah sejarah dapat membuktikan mereka ini ada merayakan hari tersebut? Inilah pegangan ASWJ berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan juga Khulafa’ sesudahnya termasuklah khalifah dari kalangan Ahlul Bait Rasul s.a.w. sendiri.
Kalau begitu saya ingin bertanya siapakah si-Tehrani ini yang cuba untuk mempromosikan perayaan ini..? Sunnah siapakah yang diikuti oleh beliau? Andaikata beliau adalah ASWJ sebagaimana yang didakwa oleh beliau maka rujukan ASWJ manakah yang dijadikan oleh beliau sebagai membuktikan bahawa perayaan ini memang wujud di zaman Nabi s.a.w. seterusnya zaman khulafa’ rasyidin dan seterusnya dirayakan pula oleh anak cucu Nabi s.a.w. yang dianggap Imam oleh golongan Syiah..?
Saya tidak mengatakan dengan jelas bahawa beliau adalah seorang Syiah namun begitu masing-masing kita boleh menilainya sendiri..

3 ulasan:

Adi Wahab berkata...

Ana menyokong penuh usaha enta dalam penentangan terhadap syiah....
inysaAllah..
barakallahufik....

ibnul'araby berkata...

Salam.. Tahniah atas terbitnya blog ini... Ana harap blog nih dapat fokuskan ttg isu syiah dalam membongkarkan kesesatan dan penyelewengan mereka terutamanya terhadap aqidah dan sirah. Moga2 usaha ini mampu membantu memberi kefahaman yang baik ttg syiah kepada masyarakat siber khususnya..

Tahniah skali lagi...

Unknown berkata...

Moga ust terus teguh dalam membuka agenda dan dakyah syiah. Ini lah antara jihad yang sebenar. Sampaikan kepada mereka terutamanya di kalangan muda mudi yang tidak tahu siapa sebenarnya FT.

Berikan sokongan kepada usaha-usaha ini.
Barakallah