18 April 2009

Contoh Taqiyyah Syi’ah 1

Contoh Taqiyyah Syi’ah.
(nama individu terlibat dirahsiakan atas nasihat)


Kisah berlaku di awal 80an. Seorang pelajar (ustaz A) menamatkan pengajiannya di sebuah pusat pengajian tinggi di Pakistan. Ketika pulang ke tanah air dan menjejakkan kakinya di lapangan terbang Pengkalan Chepa ustaz A agak terkejut dengan sambutan yang agak meriah dan seterusnya disambut pula dengan jamuan sempena tamat pengajiannya di rumah seorang jirannya yang sebenarnya seorang tokoh Syi’ah (che’ B) di Kelantan ketika itu. Kalau nak dikira apa faedahnya che’ B nak buat sambutan besar2an sambut kepulangan ustaz A. Tiada sebarang untung kepadanya dan juga kepada Syi’ah bahkan bakal menjadi bala kepadanya. Tetapi kenapa che’ B bersusah payah untuk menyambut kepulangannya padahal dia pada hakikatnya sudah mengetahui bahawa yang pulang itu adalah bakal seorang ustaz Ahlus Sunnah yang bakal juga menentangnya?

Inilah permainan taqiyyah golongan syiah. Walaupun dia tahu bahawa seorang itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepadanya tetapi dia akan berpura-pura (taqiyyah) suka, gembira, sering meminta nasihat daripadanya, mendengarnya mengajar dan sebagainya kerana sesuatu muslihat seperti:

1. Mahu mengunci mulut seseorang ustaz itu daripada membicarakan tentang syiah.

2. Mahu memperalatkan seseorang ustaz itu supaya mempelekeh-lekehkan bahkan memburuk-burukkan golongan atau mana-mana orang yang menentang syiah.

3. Mahu memperalatkan ustaz itu supaya memuji-muji syiah dan tokoh-tokoh syiah.

4. Mungkin sampai ke peringkat akan menjemput ustaz itu ke majlis golongan syiah lalu membuatkan ustaz itu tersepit di antara penceramah-penceramah syiah lalu terpaksa mengiyakan fahaman syiah walaupun tidak bersetuju.

5. Dan sebagainya.

Bagi mereka tidak penting sama ada ustaz itu menganut fahaman seperti mereka atau tidak. Dan seorang ustaz yang mempunyai kedudukan dalam mana-mana jabatan terutamanya jabatan agama sangatlah dikehendaki oleh golongan syiah ini.

Muslihat-muslihat sedemikian telahpun dipraktikkan oleh mereka dan ternyata banyak kejayaan yang mereka capai. Mungkin pembaca dapat meneka siapakah antara tokoh Ahlus Sunnah yang telah menjadi umpan taqiyyah mereka ini dan telah termakan umpan lalu terjerat dek umpan tersebut.

0 ulasan: