10 Oktober 2010

Umar Punca Zina Berleluasa?

Umar Punca Zina Berleluasa? (1)

Golongan Syi’ah yang sememangnya terkenal sebagai golongan yang bencikan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. sering menjaja kata-kata Sayyidina ‘Ali r.a. dan Ibnu ‘Abbas r.a. sebagai alasan untuk menyalahkan Sayyidina Umar r.a. sebagai punca berleluasanya zina di kalangan masyarakat Islam. Mari kita selidiki sejauh manakah riwayat-riwayat yang sering dijadikan rujukan mereka itu.

Pertama:

قال بن جريج وأخبرني من أصدق أن عليا قال بالكوفة لولا ما سبق من رأي عمر بن الخطاب أو قال من رأي بن الخطاب لأمرت بالمتعة ثم ما زنا إلا شقي

Ibnu Juraij berkata, orang yang saya percaya telah menceritakan kepada saya bahawa Ali bin Abi Talib telah berkata di Kufah: “Kalaulah tidak kerana pendapat Umar bin al-Khattab dahulu” atau ia berkata: “daripada pendapat Ibnu al-Khattab (yang mengharamkan mut’ah ) tentu aku akan menyuruh supaya melakukan mut’ah kemudian tidak melakukan zina kecuali orang yang celaka”.( Musannaf Abd’ ar-Razzak Bab Mut’ah)

Riwayat ini adalah dho’if kerana Ibnu Juraij tidak menjelaskan siapakah perawi yang meriwayatkan kepadanya. Walaupun beliau adalah perawi yang diterima oleh ulama tetapi mereka menolak riwayat seumpama ini daripada beliau. Antaranya:

وروى الاثرم، عن أحمد بن حنبل قال: إذا قال ابن جريج: قال فلان وقال فلان، وأخبرت، جاء بمناكير.
وإذا قال: أخبرني، وسمعت فحسبك به.
وروى الميموني عن أحمد إذا قال ابن جريج: " قال " فاحذره.

Al-Athram meriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal katanya: “Apabila Ibnu Juraij berkata si fulan berkata dan si fulan berkata dan telah diceritakan kepada saya bermakna dia telah membawa kisah-kisah yang munkar”. Dan bila ia meriwayatkan dengan menggunakan lafaz telah menceritakan kepada saya dan saya mendengar maka ianya sudah memadai untukmu. Maimuni telah meriwayatkan daripada Imam Ahmad bahawa apabila Ibnu Juraij meriwayatkan dengan menggunakan lafaz dia berkata maka berhati-hatilah dengan riwayat tersebut.( Siyar A’lam an-Nubalaa’ jil. 6 hal. 328)

Kerana itu di dalam kitab yang sama diriwayatkan tentang Ibnu Juraij:

وروى إسماعيل بن داود المخراقي، عن مالك بن أنس قال: كان ابن جريج حاطب ليل.

Isma’il bin Daud meriwayat dari Malik bin Anas katanya: “Ibnu Juraij adalah pencari kayu api pada waktu malam (Istilah yang digunakan ulama untuk mencederakan seseorang perawi iaitu seorang perawi yang tidak berhati-hati dalam menerima riwayat.)”.( Siyar A’lam an-Nubalaa’ jil. 6 hal. 329)

Kedua:

حدثنا محمد بن المثنى قال، حدثنا محمد بن جعفر قال، حدثنا شعبة، عن الحكم قال: سألته عن هذه الآية:"والمحصنات من النساء إلا ما ملكت أيمانكم" إلى هذا الموضع:"فما استمْتَعتم به منهن"، أمنسوخة هي؟ قال: لا = قال الحكم: وقال علي رضي الله عنه: لولا أن عمر رضي الله عنه نهى عن المتعة ما زنى إلا شَقِيٌّ.

Muhammad bin al-Muthanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja’far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam. Syu’bah berkata: “Saya bertanya al-Hakam tentang ayat ini (yang bermaksud) Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) adakah ia telah dimansukhkan? Al-Hakam menjawab: “Tidak”. Al-Hakam berkata lagi: Ali r.a. berkata: “Kalaulah Umar tidak melarang dari mut’ah tentu tidak berzina kecuali orang yang celaka”.( Tafsir at-Thabari jil. 8 hal. 178)
Sanad di dalam riwayat ini dari segi zohirnya tidak menunjukkan sebarang masalah. Kerana itulah ia dijadikan oleh Syi’ah sebagai riwayat yang paling kuat untuk mengukuhkan hujah mereka. Namun begitu kalau diperhatikan dengan teliti akan jelas di manakah letaknya penyakit atau masalah dalam sanad ini. Antaranya dengan meneliti riwayat dari perawi yang sama dalam riwayat yang lain di dalam kitab-kitab yang lain. Antaranya:

وَأَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ الْحَارِثِ الْفَقِيهُ أَخْبَرَنَا أَبُو مُحَمَّدِ بْنُ حَيَّانَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ أَخْبَرَنِى إِبْرَاهِيمُ بْنُ عُثْمَانَ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىٍّ قَالَ : لَيْسَ فِى جَوْهَرٍ زَكَاةٌ وَهَذَا مُنْقَطِعٌ وَمَوْقُوفٌ.

Abu Bakr bin al-Harith al-Faqih telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu Muhammad bin Hayyan telah menceritakan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Muhammad bin al-Hasan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu ‘Amir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Walid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Uthman telah menceritakan kepada saya daripada al-Hakam daripada ‘Ali r.a. katanya: “Tidak dikenakan zakat pada batu permata”. Hadith ini adalah munqati’ (bermaksud riwayat ini tidak bersambung rantaian perawi dalam sanadnya tetapi terputus iaitu di kalangan perawi ada yang tidak sempat dengan orang yang ia mengambil riwayat tersebut daripadanya) dan mauquf (bermaksud riwayat ini tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. tapi terhenti setakat sahabat sahaja seperti terhenti setakat Sayyidina ‘Ali r.a. dalam riwayat ini). (Sunan al-Baihaqi Bab Suatu Yang Tidak Kena Zakat Padanya)

وَحَدَّثَنَا عَبْدُ الْبَاقِى حَدَّثَنَا عَلِىُّ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنِ الْحَجَّاجِ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىٍّ قَالَ فِى الرَّهْنِ : يَتَرَادَّانِ الزِّيَادَةَ وَالنُّقْصَانِ. هَذَا مُنْقَطِعٌ {ج} الْحَكَمُ بْنُ عُتَيْبَةَ لَمْ يُدْرِكْ عَلِيًّا.

‘Abd al-Baqi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Ali bin Muhammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Musa bin Ismail telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hajjaj daripada al-Hakam daripada ‘Ali katanya tentang gadaian: “Kedua-duanya saling memulangkan lebihan dan kurang”. Riwayat ini adalah munqati’. Al-Hakam bin ‘Utaibah tidak sempat dengan ‘Ali. (Sunan al-Baihaqi Bab Gadaian Adalah Dijamin)

أَخْبَرَنَا أَبُو نَصْرِ بْنُ قَتَادَةَ أَخْبَرَنَا أَبُو الْفَضْلِ بْنُ خَمِيرُوَيْهِ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ نَجْدَةَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىٍّ وَعَبْدِ اللَّهِ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا فِى الْحُرِّ يَقْتُلُ الْعَبْدَ قَالاَ : الْقَوَدُ. هَذَا مُنْقَطِعٌ.

Abu Nasr bin Qatadah telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu al-Fadhl telah menceritakan kepada kami, katanya: Ahmad bin Najdah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa’id bin Mansur telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir telah meriwayatkan kepada kami daripada Mansur daripada ‘Ali dan ‘Abdullah r.a. tentang orang merdeka membunuh hamba, kedua-duanya berkata: “Dibunuh balas”. Hadith ini adalah munqati’. (Sunan al-Baihaqi Bab Tidak Boleh Membunuh Orang Merdeka Dengan Sebab Membunuh Hamba)


أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ أَنْبَأَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا حَبَّانُ عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ عَنْ سُفْيَانَ عَنِ الأَشْعَثِ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : إِذَا كَانَ لِرَجُلٍ عَبْدٌ فَأَعْتَقَ نِصْفَهُ لَمْ يُعْتَقْ مِنْهُ إِلاَّ مَا عَتَقَ. هَذَا مُنْقَطِعٌ.

Abu Abdullah al-Hafidz telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu al-Walid telah menceritakan kepada kami, katanya: al-Hasan bin Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Habban telah meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada al-Asy’ath daripada al-Hakam daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a. katanya: “Apabila seseorang mempunyai hamba lalu dia memerdekakan separuhnya maka hamba itu tidak mendeka kecuali sekadar yang ia merdekakan”. Hadith ini adalah munqati’. (Sunan al-Baihaqi Bab Orang Yang Memerdekakan Hambanya Separuh)


Riwayat al-Hakam iaitu bin ‘Utaibah daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a. adalah munqati’ (terputus sanadnya). Kerana itu riwayat tersebut adalah dho’if. Al-Muharibi juga menjelaskan bahawa yang meriwayatkan kata-kata Sayyidina ‘Ali r.a. tersebut ialah al-Hakam bin ‘Utaibah.

وروى الحكم بن عتيبة ، أن علياً رضي الله عنه قال : لولا أن عمر نهى عن المتعة ما زنى إلا شقيّ
Al-Hakam bin ‘Utaibah meriwayatkan bahawa ‘Ali r.a. berkata: “Kalaulah Umar tidak melarang dari mut’ah tentu tidak berzina kecuali orang yang celaka”. (Abu Muhammad ‘Abd al-Haq al-Andalusi al-Muharibi Al-Muharrah al-Wajiz jil. 2 hal. 104)

Yang tepat ialah al-Hakam ada mengambil riwayat daripada ‘Ali bin al-Husain iaitu ‘Ali Zain al-‘Abidin iaitu cucu Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ عَنْ مَرْوَانَ بْنِ الْحَكَمِ قَالَ شَهِدْتُ عُثْمَانَ وَعَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا وَعُثْمَانُ يَنْهَى عَنْ الْمُتْعَةِ وَأَنْ يُجْمَعَ بَيْنَهُمَا فَلَمَّا رَأَى عَلِيٌّ أَهَلَّ بِهِمَا لَبَّيْكَ بِعُمْرَةٍ وَحَجَّةٍ قَالَ مَا كُنْتُ لِأَدَعَ سُنَّةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِقَوْلِ أَحَدٍ

Muhammad bin Basyyar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ghundar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada ‘Ali bin Husain daripada Marwan bin al-Hakam katanya: “Saya sempat menyaksikan Uthman dan ‘Ali r.a. dan Uthman r.a. melarang daripada mut’ah (haji) iaitu menghimpunkan kedua-duanya. Bila ‘Ali r.a. melihat maka dia melakukan ihlal dengan kedua-duanya”. (Sahih al-Bukhari Kitab al-Hajj, Sunan al-Baihaqi Bab Harus Mengerjakan Haji Qiran, Musnad Ahmad Musnad Ali bin Abi Talib)

Dan diriwayatkan oleh Muslim:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ جَمِيعًا عَنْ غُنْدَرٍ قَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ عَنْ ذَكْوَانَ مَوْلَى عَائِشَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَرْبَعٍ مَضَيْنَ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ خَمْسٍ فَدَخَلَ عَلَيَّ وَهُوَ غَضْبَانُ

Abu Bakr bin Abi Syaibah, Muhammad bin al-Muthanna dan Ibnu Basyyar semua mereka telah meriwayatkan kepada daripada Ghundar, Ibnu al-Muthanna berkata: Muhammad bin Ja’far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada ‘Ali bin Husain daripada Zakwan maula ‘Aaisyah daripada ‘Aaisyah r.a. bahawa ia berkata… (Sahih Muslim Kitab al-Hajj)
Al-Hakam tidak menyebutkan dengan jelas siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Ali dalam setengah riwayat beliau kerana beliau adalah seorang mudallis (Iaitu perawi yang sering menyembunyikan perawi yang di atasnya iaitu tidak menyebutkan dengan jelas daripada siapakah ia mengambil sesuatu riwayat). Ini dijelaskan oleh ulama rijal seperti:
الحكم بن عتيبة ذكره غير واحد يدلس
Al-Hakam bin ‘Utaibah. Bukan seorang (ulama) yang menyebutkan bahawa dia selalu melakukan tadlis (Menyembunyikan perawi sebelumnya). (Jalaluddin as-Suyuthi Asmaa’ al-Mudallisin jil. 1 hal. 44)
الحكم بن عتيبة بن النهاس مولى امرأة من كندة من بنى عدى كوفى كنيته أبو محمد وقد قيل أبو عبد الله يروى عن أبي جحيفة وزيد بن أرقم روى عنه منصور وشعبة ولد سنة خمسين في ولاية معاوية ومات سنة خمس عشرة ومائة وقد قيل سنة ثلاث عشرة ومائة وكان يدلس
Al-Hakam bin ‘Utaibah bin an-Nahhas maula seorang perempuan daripada Kindah daripada Bani ‘Adi. Ahli Kufah. Kunyahnya ialah Abu Muhammad. Dikatakan Abu Abdillah. Dia mengambil riwayat daripada Abi Juhaifah dan Zaid bin Arqam. Mansur dan Syu’bah meriwayatkan daripadanya. Dilahirkan pada tahun lima puluh ketika zaman pemerintahan Mu’awiyah r.a. Meninggal dunia pada tahun seratus lima belas. Kata setengah ulama: seratus tiga belas. Sering melakukan tadlis. (Ibnu Hibban at-Thiqaat jil. 4 hal. 144)


الحكم بن عتيبة بالمثناة ثم الموحدة مصغرا أبو محمد الكندي الكوفي ثقة ثبت فقيه إلا أنه ربما دلس

Al-Hakam bin ‘Utaibah iaitu Abu Muhammad al-Kindi al-Kufi. Seorang yang dipercayai, teguh dan alim. Cuma dia sering melakukan tadlis. (Taqrib at-Tahzib jil. 1 hal. 263)

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang dikemukakan di atas jelaslah kepada kita bahawa riwayat yang dijadikan hujah oleh Syi’ah itu adalah riwayat yang dho’if kerana sanadnya terputus iaitu al-Hakam tidak sempat mendengar daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan beliau sendiri adalah seorang mudallis.



Bersambung: ‘Ali bin Husain bin ‘Ali tidak sempat meriwayatkan daripada datuknya dan riwayat daripada Ibnu ‘Abbas yang menyebutkan perkara sama.
baca seterusnya "Umar Punca Zina Berleluasa?"