11 November 2012

Seminar di Ipoh

Seminar Ancaman Syi'ah Kepada Umat Islam
Anjuran JPN Perak





baca seterusnya "Seminar di Ipoh"

Forum

forum Syi'ah, Agama atau Mazhab
Sri Damansara
20 Okt 2012

baca seterusnya "Forum"

13 Julai 2012

Mukaddimah Misykat al-Masaabih

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الحمدلله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادى له. واشهد ان لااله الا الله شهاة تكون للنجاة وسيلة ولرفع الدرجات كفيلة, واشهد ان محمدا عبده ورسوله الذى بعثه وطرق الايمان قد عفت آثارها, وخبت انوارها, ووهنت اركانها, وجهل مكانها. فشيد صلوات الله عليه وسلامه من معالمها ما عفا, وشفى من العليل فى تأييد كلمة التوحيد من كان على شفا, واوضح سبيل الهدايه لمن اراد ان يسلكها, واظهر كنوز السعادة لمن اراد ان يملكها.
اما بعد: فان التمسك بهديه لا يستتب الا بالاقتفاء لما صدر من مشكوته, والاعتصام بحبل الله لا يتم الا ببيان كشفه.
وكان كتاب المصابيح الذى صنفه الامام محيى السنة قامع البدعة ابو محمد الحسين بن مسعود الفراء البغوى رفع الله درجته  اجمع كتاب صنف فى بابه, واضبط لشوارد الحديث واوابدها. ولماسلك رضى الله عنه طريق الاختصار وحذف الأسانيد تكلم فيه بعض النقاد وان كان نقله – وانه من الثقات – كالاسناد, لكن ليس ما فيه اعلام كالأغفال, فاستخرت الله واستوفقت منه, فاعلمت ما اغفله فاودعت كل حديث منه فى مقره كما رواه الأئمة المتقنون والثقات الراسخون مثل ابى عبد الله محمد بن اسماعيل البخارى وابى الحسين مسلم بن الحجاج القشيرى, وابى عبد الله مالك بن انس الأصبحى, وابى عبد الله محمد بن ادريس الشافعى, و ابى عبد الله احمد بن محمد بن حنبل الشيبانى, وابى عيسى محمد بن عيسى الترمذى, وابى داود سليمان بن الأشعث السجستانى, وابى عبد الرحمن احمد بن شعيب النسائى, وابى عبد الله  محمد بن يزيد ابن ماجه القزوينى    وابى محمد عبد الله بن عبد الرحمن الدارمى وابى الحسن على بن عمر الدارقطنى وابى بكر احمد بن الحسين البيهقى وابى الحسن رزين ين معاوية العبدرى وغيرهم وقليل ما هو. وانى اذا نسبت الحديث اليهم كأنى اسندت الى النبى صلى الله عليه وسلم لأنهم قد فرغة منه واغنونا عنه. وسردت الكتب والأبواب كما سردها واقتفيت اثره فيها وقسمت كل باب غالبا على فصول ثلاثة. اولها ما اخرجها الشيخان او احدهما واكتفيت بهما وان اشترك فيه الغير لعلو درجتهما فى الرواية. وثانيها ما اورده غيرهما من الأئمة المذكورين. وثالثها ما اشتمل على معنى الباب من ملحقات مناسبة مع محافظة على الشريطة وان كان مأثورا عن السلف والخلف. ثم انك ان فقدت حديثا فى باب فذلك عن تكرر اسقطه وان وجدت آخر بعضه متروكا على اختصاره او مضموما اليه تمامه فعن داعى اهتمام اتركه والحقه وان عثرت على اختلاف فى الفصلين من ذكر غير الشيخين فى الأول وذكرهما فى الثانى, فاعلم انى بعد تتبعى كتابى الجمع بين الصحيحين للحميدى, وجامع الأصول اعتمدت على صحيحى الشيخين ومتنيهما. وان رايت اختلافا فى نفس الحديث فذلك من تشبع طرق الأحاديث ولعلى ما اطلعت على تلك الرواية التى سلكها الشيخ رضى الله عنه وقليلا ما تجد اقول "ما وجدت هذه الرواية فى كتب الأصول" و "وجدت خلافها فيها" فاذا وقفت عليه فانسب القصور الى لقلة الدراية لا الى جانب الشيخ رفع الله قدره فى الدارين, حاشا لله من ذلك. رحم الله من اذا وقف على ذلك نبهنا عليه وارشدنا طريق الصواب. ولم آل جهدا فى التنقير والتفتيش بقدر الوسع والطاقة, ونقلت ذلك الاختلاف كما وجدت. وما اشار اليه رضى الله عنه من غريب او ضعيف او غيرهما بينت وجهه غالبا وما لم يشر اليه مما فى الأصول فقد قفيت فى تركه الا فى مواضع لغرض وربما تجد مواضع مهملة وذكل حيث لم اطلع على راويه فتركت البياض فان عثرت عليه فالحقه به – احسن الله جزاءك – مسيت الكتاب بمشكوة المصابيح. واسأل الله التوفيق والاعانة والهداية والصيانة وتيسير ما اقصده وان ينفعنى فى الحياة وبعد الممات وجميع المسلمين والمسلمات حسبى الله ونعم الولكيل ولا حول ولا قوة الا بالله العزيز الحكيم.
Segala puji bagi Allah, kami memuji, memohon pertolongan dengannya serta memohon ampunan daripadanya dan kami berlindung dengan Allah daripada keburukan diri-diri kami dan kejahatan-kejahatan amalan kami. Sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah maka tiada yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada siapapun yang dapat memberikan petunjuk kepadanya.  Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dengan kesaksian yang akan menjadi perantaraan kepada keselamatan (daripada azab) dan sebagai penjamin untuk meninggikan kedudukan (di dalam syurga). Dan aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. adalah hambanya dan Rasul-Nya yang diutuskan oleh-Nya ketikamana jalan-jalan keimanan telahpun hilang, cahayanya telahpun terpadam, tiang-tiangnya telahpun lemah, dan tempatnya tidak lagi diketahui.  Lalu Nabi s.a.w. menzahirkan serta menguatkan tanda-tandanya yang telah hilang, mengubati penyakit (kejahilan) di dalam menguatkan kalimah tauhid orang yang hampir terjerumus (ke dalam lembah neraka), menjelaskan jalan-jalan petunjuk kepada orang yang mahu merentasinya dan menzohirkan gedung-gedung kebahagian bagi orang yang bermaksud untuk memilikinya.
Adapun selepas itu, sesungguhnya berpegang dengan petunjuknya (Nabi s.a.w.) tidak akan sempurna kecuali dengan mengikut apa yang terbit daripada cahayanya (cahaya kenabian) dan berpegang dengan tali Allah yang tidak akan sempurna kecuali dengan menyingkapkan keterangannya (sunnah Nabi s.a.w.).
Kitab al-Masabiih yang dikarang oleh al-Imam penghidup sunnah penghapus bid’ah Abu Muhammad Husain bin Mas’ud al-Farraa al-Baghawi –semoga Allah mengangkat kedudukannya- adalah merupakan kitab yang paling lengkap dikarang di dalam babnya (hadith), paling memelihara hadith-hadith yang rumit dan ganjil. Bilamana beliau memulakan cara meringkaskan dan membuang sanad-sanad maka sebahagian pengkritik mengkritik walaupun nukilannya dengan tidak bersanad itu (dan sesungguhnya ianya adalah dari orang-orang yang thiqah) adalah seperti bersanad juga, tetapi tiada sebarang alamat padanya menjadikan ia seperti suatu yang tidak bertanda. Maka saya beristikhorah kepada Allah dan memohon petunjuk daripadanya, lalu saya mengemukakan apa yang ditinggalkannya serta saya meletakkan setiap hadith daripadanya (kitab tersebut) di tempatnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam-imam yang mantap (ilmunya) lagi dipercayai seperti Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi, Abu Abdullah Malik bin Anas al-Asbahi, Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Syafie, Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal as-Syaibani, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa at-Termizi, Abu Daud Sulaiman bin Asy’as as-Sijistani, Abu Abdirrahman Ahmad bin Syu’aib an-Nasaie, Abu Abdillah Muhammad bin Yazid Ibnu Majah al-Qazwini, Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Rahman ad-Darimi, Abu al-Hasan Ali bin Umar ad-Daraquthni, Abu Bakar Ahmad bin Husain al-Baihaqi, Abu Hasan Razin bin Mu’awiyah al-‘Abdari dan selain mereka adalah sedikit sahaja.
Bilamana saya menghubungkan sesuatu hadith kepada mereka (imam-imam hadith) seolah-olah saya menyandarkannya kepada Nabi s.a.w. kerana mereka telah menyelesaikannya (menghubungkan hadith tersebut dengan sanad yang sempurna kepada Nabi s.a.w.) dan saya tidak perlu untuk melakukannya. Saya juga mengemukakan kitab-kitab dan bab-bab sebagaimana yang beliau (Imam Baghawi) melakukannya dan saya mengikuti caranya di dalamnya (pembahagian kitab-kitab dan bab-bab). Kemudian saya bahagikan setiap bab biasanya kepada tiga fasal, yang pertama apa yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim atau salah satu daripadanya serta saya berpada dengan keduanya walaupun ianya diriwayatkan juga oleh imam yang lain kerana tinggi kedudukan keduanya dalam meriwayatkan hadith. Fasal yang kedua adalah apa yang dikeluarkan oleh selain keduanya dari kalangan imam-imam hadith sebagaimana yang telah disebutkan. Fasal ketiga memuatkan tambahan-tambahan yang bersesuaian dengan apa yang terkandung di dalam bab tersebut di samping menjaga syarat-syaratnya walaupun ianya dinukilkan daripada salaf dan khalaf.
Seterusnya andaikata engkau tidak mendapati satu hadith di dalam suatu bab (yang terdapat dalam kitab asalnya iaitu al-Masabih) maka ianya adalah disebabkan oleh pengulangan yang saya gugurkannya, jikalau engkau dapati satu hadith yang lain ditinggalkan untuk meringkaskannya atau satu hadith yang lain disempurnakan (asalnya tidak disebutkan dengan sempurna oleh Imam al-Baghawi) maka ianya adalah disebabkan dorongan beberapa perkara penting lalu saya tinggalkan (suatu hadith) dan saya hubungkan (untuk menyempurnakan suatu hadith yang lain).
Jikalau engkau melihat perbezaan (antara saya dengan Imam al-Baghawi) di dalam dua fasal (pertama dan kedua) dengan menyebutkan riwayat selain Bukhari dan Muslim di dalam fasal pertama dan menyebutkan keduanya di dalam fasal kedua, maka ketahuilah bahawasanya setelah saya meneliti kitab al-Jam’u bain as-Sahiihain karangan al-Humaidi dan Jami’ al-Usul (lalu saya tidak temui di dalamnya) maka saya bergantung kepada sahih Bukhari dan Muslim serta matan keduanya[1].
Jikalau engkau dapati berlaku perbezaan pada lafaz hadith itu sendiri (berbeza dengan apa yang dikemukakan oleh Imam Baghawi dalam al-Masaabih) maka ianya kerana kepelbagaian jalan-jalan hadith tersebut (berbeza sanad dan matannya) dan boleh jadi saya tidak mengetahui riwayat tersebut yang dikemukakan oleh Syeikh (Imam al-Baghawi).
Jarang sekali engkau dapati saya berkata, “Saya tidak dapati riwayat ini dalam kitab-kitab asal” atau “Saya dapati riwayat ini berlainan dengan apa yang terdapat di dalam kitab-kitab asal (kitab asal karangan imam-imam hadith)”. Andaikata engkau mendapatinya (setelah saya mengatakan tidak menemuinya) maka hubungkan kekurangan tersebut kepadaku kerana kurangnya pengetahuan bukan kepada tuan Syeikh (Imam Baghawi) “semoga Allah mengangkat kedudukannya di dunia dan akhirat”.
Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang mengetahui perkara tersebut lalu ia mengingatkan kami dan menunjukkan kepada kami jalan yang betul. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh di dalam meneliti dan mengkaji sekadar kemampuan yang ada dan saya menukilkan perbezaan tersebut (perbezaan antara hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab al-Masaabih dengan kitab asal) sebagaimana yang saya dapati.
Mana-mana hadith yang ghorib atau dhoif dan sebagainya yang diisyaratkan oleh pengarang al-Masaabih biasanya saya terangkan sebabnya. Sebaliknya mana-mana hadith yang tidak diisyaratkan oleh beliau maka saya berpada dengan meninggalkannya kecuali beberapa tempat kerana sesuatu maksud. Sedikit sekali engkau dapati tempat-tempat yang ditinggalkan kosong dan ianya berlaku kerana saya tidak temui perawinya lalu saya tinggalkan kosong sahaja. Jikalau engaku temuinya maka letakkanlah (di tempatnya) –semoga Allah memberikan balasan yang baik kepadamu- dan saya namakan kitab ini dengan nama “Mishkaatul Masaabih”. Saya memohon kepada Allah taufik, pertolongan, petunjuk dan supaya Ia memudahkan segala yang saya maksudkan dan supaya Ia memberikan manfaat kepadaku serta semua muslimin muslimat di dalam kehidupan ini dan juga selepas mati. Cukuplah Allah kepadaku dan tidak daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan dari Allah yang maha Mulia lagi maha bijaksana.



[1] Maksudnya ialah pengarang kitab Mishkat al-Masabih (Imam at-Tibrizi) mengatakan bahawa Imam Baghawi (pengarang Masaabih as-Sunnah) meletakkan hadith-hadith daripada Bukhari dan Muslim atau salah satu dari keduanya di dalam fasal pertama dan hadith-hadith daripada imam-imam selain keduanya di dalam fasal kedua. Akan tetapi kadang-kadang Imam Baghawi meletakkan satu hadith di dalam fasal yang pertama dan saya menisbahkan kepada selain Bukhari dan Muslim dan ianya terdapat di beberapa tempat sebagaimana di dalam fasal pertama daripada bab sunan al-Wudhu’, bab fadhaail al-Quran, bab salam dan beberapa tempat lagi. Ada juga di beberapa tempat saya nisbahkan beberapa hadith di dalam fasal kedua kepada Bukhari dan Muslim sebagaimana yang terdapat dalam fasal kedua daripada bab apa yang dibaca selepas takbir, bab mauqif dan sebagainya. Ianya adalah kerana setelah saya meneliti dua kitab yang menghimpunkan hadith-hadith Bukhari Muslim iaitu kitab al-Jam’u bain as-Sahihain karangan Humaidi dan Jami’ al-Usul karangan Ibnul Athir al-Jazaari dan saya tidak berpada dalam meneliti hadith-hadith Bukhari dan Muslim dengan meneliti kedua kitab tersebut, bahkan saya turut sama meneliti kitab asal iaitu sahih Bukhari dan Muslim lalu saya tidak dapati hadith tersebut di dalam kedua kitab yang menghimpunkan hadith Bukhari Muslim serta kedua kitab asal iaitu sahih keduanya.

baca seterusnya "Mukaddimah Misykat al-Masaabih"

24 Jun 2012

Gender: Ketentuan Atau Kebetulan


Gender: Ketentuan Atau Kebetulan

Dewasa ini kita sering mendengar tentang beberapa golongan manusia yang mahu merubah ketetapan yang telah ditetapkan Allah ta’ala kepadanya. Ada yang menukar jantinanya dari lelaki kepada perempuan. Ada pula yang ingin menukar keinginan yang berpunca dari jantinanya iaitu dari keinginan kepada lelaki kepada keinginan kepada perempuan dan sebaliknya. Maka popularlah istilah-istilah seperti transeksual, homoseks, lesbian dan seumpamanya. Pelbagai gelaran diberikan kepada golongan-golongan sebegini seperti pengkid, tomboy, lesbian dan gay.
Namun begitu apakah mereka menyedari bahawa ianya merupakan ketentuan Allah ta’ala dan pembentukan jantina tersebut berlaku sebelum mereka mencapai usia dua bulan lagi di dalam perut ibu-ibu mereka. Terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadith Nabi s.a.w. yang menjelaskan perkara tersebut. Artikel ringkas ini akan menyentuh beberapa perkara berkenaan ketentuan ini.

Pertama: Pembentukan kejadian manusia adalah mengikut kehendak dan ketentuan Allah ta’ala. Manusia tidak boleh merubah segala yang ditentukan-Nya. Firman-Nya:
هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali ‘Imran 6)
Selepas al-Quran menyebutkan sifat Allah yang membentuk kejadian di dalam rahim, menyusul pula penjelasan dari-Nya bahawa hanya Dia sahaja tuhan yang menetapkan perkara tersebut dengan penuh kekuasaan dan kebijaksaan-Nya. Penjelasan ini sebagai peringatan bahawa ketentuan tersebut bukan dengan secara rambang tetapi penuh kekuasaan dan kebijaksanaan ilahi.

Firman-Nya di tempat yang lain:
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (as-Syura 49.50)

Allah mendahulukan ayat ini dengan memberikan peringatan tentang kekuasaan-Nya. Dia menciptakan segala zat dan segala perkara berkaitan dengannya. Antara kehendak-Nya yang dijelaskan di sini ialah menetapkan jantina anak yang merupakan kurniaan dari-Nya. Bukan hanya alat jantina tetapi segala yang berkait dengannya seperti perasaan, keinginan dan bentuk tubuh juga mengikut kehendak Allah ta’ala. Ianya seolah-olah sebagai peringatan bahawa manusia juga adalah milik Allah dan penetapan jantina kepada anak-anak mereka juga milik-Nya dan barangsiapa yang ingin berada di bawah langit dan di atas bumi milik-Nya mestilah mengikut segala ketetapan-Nya.

Begitu juga di dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. juga menyebutkan berkenaan ketetapan tersebut:

عَنْ حُذَيْفَة بْن أَسِيدٍ الْغِفَارِيّ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا مَرَّ بِالنُّطْفَةِ ثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً بَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكًا فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا وَلَحْمَهَا وَعِظَامَهَا ثُمَّ قَالَ يَا رَبِّ أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ أَجَلُهُ فَيَقُولُ رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ رِزْقُهُ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ثُمَّ يَخْرُجُ الْمَلَكُ بِالصَّحِيفَةِ فِي يَدِهِ فَلَا يَزِيدُ عَلَى مَا أُمِرَ وَلَا يَنْقُصُ

Daripada Huzaifah bin Usaid al-Ghifari r.a. katanya: saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila berlalu empat puluh dua hari pada nuthfah Allah mengutuskan seorang malaikat lalu ia membentuk rupanya dan mencipta pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya dan tulangnya. Kemudian dia berkata: “Lelakikah atau perempuan? Maka tuhanmu menentukan mengikut yang ia kehendaki dan malaikatpun menulis. Kemudian dia (malaikat) itu bertanya: “Wahai tuhan! Ajalnya”. Maka tuhanmu menetapkan mengikut apa yang ia kehendaki dan malaikatpun menulis. Kemudian dia (malaikat) bertanya lagi: “Wahai tuhan! Rezekinya? Maka tuhanmu menetapkan apa yang dikehendakinya. Malaikatpun menulis. Kemudian malaikat keluar membawa sahifah itu di tangannya dengan tidak menambah lebih dari apa yang diperintahkan dan tidak mengurangkannya”. (Sahih Muslim)

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ الْمَلَكُ عَلَى النُّطْفَةِ بَعْدَ مَا تَسْتَقِرُّ فِي الرَّحِمِ بِأَرْبَعِينَ أَوْ خَمْسَةٍ وَأَرْبَعِينَ لَيْلَةً فَيَقُولُ يَا رَبِّ أَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَيُكْتَبَانِ فَيَقُولُ أَيْ رَبِّ أَذَكَرٌ أَوْ أُنْثَى فَيُكْتَبَانِ وَيُكْتَبُ عَمَلُهُ وَأَثَرُهُ وَأَجَلُهُ وَرِزْقُهُ ثُمَّ تُطْوَى الصُّحُفُ فَلَا يُزَادُ فِيهَا وَلَا يُنْقَصُ

Daripada Huzaifah bin Asid, dia memarfu’kan kepada Nabi s.a.w.. Baginda bersabda: “Malaikat masuk kepada nuthfah selepas ia berada di dalam rahim selama empat puluh atau empat puluh lima hari lalu berkata: “Wahai tuhan! Celakakah atau mulia dia? Maka ditulis kedua-duanya”. Kemudian dia berkata: “Wahai tuhanku! Adakah lelaki atau perempuan? Maka ditulis kedua-duanya”. Dan ditulis juga amalnya, kesannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian dilipat mushaf maka tidak ditambah dan dikurangkan di dalamnya”. (Sahih Muslim)

Kedua: Ketetapan tersebut dengan maksud yang sangat besar iaitu untuk berkembang biak keturunan manusia dan seterusnya membawa kemajuan kepada dunia mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Kerana itu Allah ta’ala mencipta lelaki mempunyai keinginan kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Keinginan tersebut ditetapkan oleh syara’ hanya pada tempat yang mendatangkan hasil dan bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak syahwat sahaja. Untuk perkembangan tersebut Allah ta’ala bukan hanya mencipta manusia sahaja mempunyai jantina yang berbeza tetapi hidupan yang lain seperti binatang juga diciptakan dengan cara yang sama. Bahkan lebih dari itu Allah jugalah yang memberikan ilham kepada mereka supaya pandai memilih pasangan di dalam melepaskan kehendak syahwat dan seterusnya dapat meneruskan keturunan mereka. Firman-Nya:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisa’ 1)

Dan firman-Nya:
خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ

Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). (Az-Zumar 6)
Firman-Nya lagi:

وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu dapat mengambil pengajaran. (Adz-Dzariyat 49)

Firman Allah ta’ala di tempat yang lain:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat 13)

Ketiga: Larangan keras dari mendatangi isteri pada jalan yang tidak mencapai matlamat di atas.

Atas dasar tersebut Nabi s.a.w. melarang keras seseorang lelaki yang mendatangi isterinya pada jalan yang lain:

عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحِي مِنْ الْحَقِّ لَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ

Daripada Khuzaimah bin Thabit r.a. sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Janganlah kamu mendatangi isteri-isteri kamu pada dubur-dubur mereka”. (Musnad Ahmad, Sunan an-Nasaie, Sahih Ibnu Hibban dan lain-lain dengan pelbagai status dari beberapa orang sahabat seperti Sayyidina ‘Ali r.a.)

Bahkan baginda melaknat orang yang melakukan sedemikian:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dilaknat orang yang mendatangi isterinya pada duburnya”. (Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmizi, Musnad Ahmad)

Keempat: Wanita merupakan ladang iaitu tempat untuk menanam benih mengikut cara yang dikehendai oleh Allah ta’ala. Sementara itu lelaki pula merupakan petaninya.

Allah ta’ala berfirman:
نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُمْ وَاتَّقُواْ اللَّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّكُم مُّلاَقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok-tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah 223)

Wanita adalah ladang kepada lelaki. Ia seolah-olah gambaran bahawa lelaki adalah petani yang akan menghasilkan tanaman pada ladang yang dimiliki olehnya. Memenuhi kehendak bukan pada tempat yang menghasilkan tanaman adalah dilarang oleh Allah kerana bercanggah dengan kehendak-Nya. Lebih-lebih lagi jika memenuhi nafsu pada tempat yang tidak sepatutnya seperti lelaki memenuhi nafsu pada lelaki atau perempuan memenuhi nafsu pada pasangan sejenisnya adalah merupakan perkara yang diharamkan oleh agama. Ini kerana ia bercanggah dengan kehendak Allah ta’ala yang menjadikan lelaki sebagai petani dan perempuan tempat untuk bercucuk tanaman dan maksud yang lain seperti di atas. 

Kesimpulan:
1)                     Kejadian manusia mengikut ketetapan dan kehendak Allah ta’ala dengan penuh kebijaksanaan dan kekuasaan-Nya. Antara kehendak tersebut ialah penciptaan alat jantina dan yang berkaitan dengannya.
2)                     Ketetapan tersebut mempunyai matlamat yang sangat besar yang merupakan salah satu maksud Allah menjadikan manusia. Kerana itu penciptaan manusia berbeza dengan kejadian malaikat.
3)                     Kerana matlamat tersebut Allah ta’ala menjadikan pada diri manusia keinginan syahwat dan keinginan tersebut mesti mengikut ketetapan-Nya iaitu kepada pasangan berlainan jenis dan pada tempat yang ditetapkan.
4)                     Allah ta’ala mengharamkan perbuatan memenuhi keinginan syahwat bukan pada tempatnya kerana ia bercanggah dengan kehendak-Nya dalam menciptakan manusia.
5)                     Al-Quran menjelaskan bahawa lelaki adalah petani dan wanita adalah ladang. Tidak boleh diubah ketentuan tersebut dengan menjadikan sebaliknya.

(Ini hanya kesimpulan dari satu sudut dengan tidak membincangkan ancaman Allah ta’ala terhadap orang yang melakukan hubungan sejenis dan laknat terhadap kaum Luth)
baca seterusnya "Gender: Ketentuan Atau Kebetulan"

19 Mac 2012

Rakaman Seminar di UTeM Melaka

Alhamdulillah seminar anjuran Pusat Islam UTeM (http://www.utem.edu.my/web2012/) berjalan dengan lancar.
Rakaman Mp3 pembentangan selama 4 jam di sini:



mp3 1:
http://www.mediafire.com/?g9p7qgrc13kti2s


mp3 2: http://www.mediafire.com/?cjzqz5v44zetiqr

rakaman video akan diupload ke youtube oleh pihak penganjur
baca seterusnya "Rakaman Seminar di UTeM Melaka"

29 Januari 2012

Ubat Kuat 1 (Versi Syi'ah)

Syi'ah mendakwa ajaran mereka adalah ajaran yang diajarkan oleh imam-imam ahlul bait dari kalangan cucu cicit Nabi Muhammad s.a.w.
pelbagai ajaran dikemukakan mereka kononnya daripada ahlul bait seperti berkaitan akidah, syariat dan akhlak.
namun begitu apakah kita mengetahui antara ajaran yang kononnya diajarkan oleh imam-imam ahlul bait ialah ubat untuk menguatkan tenaga perhubungan seks seseorang lelaki..antaranya

أحمد بن عبيد , عن الحسين بن علوان , عن أبي عبدالله عليه السلام , قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله : التمر البرنىّ يقوّي الظّهر ويزيد في المجامعة.

ahmad bin 'ubaid dari husain bin ulwan dari abi abdillah (Ja'far assadiq) a.s. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tamar al-Burniy menguatkan belakang dan menambahkan (kekuatan) dalam berjima'.
(Bihar an-Anwar jil. 104 hal. 82)

قال أبوالحسن عليه السلام : من أكل البيض والبصل والزيت زاد في جماعه 

Abu al-Hasan a.s. berkata: sesiapa yang makan telur, bawang dan minyak akan menambahkan (kekuatan) dalam jima'nya.
(Bihar al-Anwar 104/82)

apakah munasabah imam-imam akan mengajarkan semua ini?

* jangan dok percaya..nak bagitau apa yg ada dlm kitab syi'ah je...
*bersambung lagi
baca seterusnya "Ubat Kuat 1 (Versi Syi'ah)"

08 Julai 2011

Kesahihan Kitab-Kitab Utama Syi’ah Menurut Pandangan Ulama-Ulama Mereka

Kesahihan Kitab-Kitab Utama Syi’ah Menurut Pandangan Ulama-Ulama Mereka

Setiap kali persoalan-persoalan aqidah ditimbulkan dari kitab-kitab mu’tabar Syi’ah Imamiyyah, dengan mudah golongan Syi’ah menolak kesahihan riwayat-riwayat tersebut. 

Alasan mereka ialah tidak ada seorangpun ulama’ mereka yang mensahihkan riwayat-riwayat dalam kitab mereka atau mereka sendiri tidak menyatakan riwayat-riwayat tersebut sahih.
(lihat juga perbahasan selingan dalam artikel ini

Ini dibuktikan dengan pernyataan mereka dibawah,
‘Tiada seorangpun ulama Syi’ah yang pernah menyatakan semua hadith yang mereka kumpul sebagai benar atau sahih. Juga, tiada muhaddith Syi’ah pernah mengiktiraf sebarang kitab hadith Syi’ah sebagai sahih dan diterima kesemuanya’

Bahkan, apabila dibawakan mana-mana pernyataan dari Kitab Usul al-Kafi, karya al-Kulaini, mereka dengan mudahnya menjawab

‘Sheikh Muhammad Ya’qub al-Kulaini (329 H) merekodkan 16200 hadith dalam bukunya al-Kafi. Ulama Syi’ah telah mengklasifikasikannya kepada Sahih, Muwathhaq, Qawi, Hasan dan Da’if. 

Benarkah dakwaan mereka ini? Adakah ia satu fakta ataupun sebenarnya satu helah bagi menutup kebenaran?

Kita boleh simpulkan hujah mereka sebagai
  1. Tiada ulama Syi’ah yang pernah mengiktiraf kesemua riwayat-riwayat yang dikumpulkan sebagai benar dan sahih
  2. Kitab-kitab utama perlu dilihat kepada darjat kesahihannya
Insya Allah, dalam artikel ini, akan didedahkan fakta yang sebenar bagi menjawab pernyataan mereka.

Pengenalan kepada kitab-kitab utama Syi’ah

Sebelum melangkah lebih jauh, perlu diketahui bahawa di sisi Syi’ah Imamiyyah, 4 buku utama ataupun al-Kutub al-Arba`ah diiktiraf sebagai paling berautoriti selepas al-Quran.

Buku-buku tersebut ialah
  1. Al-Kafi fi ‘Ilm al-Hadith oleh Abu Ja’far al-Kulaini (329H)
  2. Man La Yahduruh al-Faqih oleh Ibn Babawayh al-Saduq al-Qummi (381H)
  3. Tahzhib al-Ahkam fi Sharh al-Muqni’a oleh Abu Ja’far al-Tusi (460H)
  4. Al-Istibsar fi ma Ikhtilaf min al-Akhbar oleh Abu Ja’far al-Tusi (460H)

Hal ini dijelaskan oleh Ayatollah al-Sayyid Husayn Bahr al-`Ulum (1422H) dalam mukadimmah Talkhis al-Shafī of Abū Ja`far al-Ţūsī

إن الإجتهاد لدى الشيعة مرتكز على الكتب الأربعة الكافي للكليني ومن لا يحضره الفقيه للصدوق والتهذيب والاستبصار للطوسي وهي من الأصول المسلمة كالصحاح الستة لدى العامة

Terjemahan: Sesungguhnya ijtihad (ulama) di sisi Syi’ah bergantung kepada kitab yang empat: al-Kafi al-Kulaini, Man la Yahdhuru al-Faqih al-Saduq, al-Tahzhib dan al-Istibsar al-Tusi. Ini adalah (kitab) usul yang diterima seperti mana Sihah Sittah (kitab-kitab sahih yang enam) di sisi kebanyakan (golongan sunnah)

Rujukan: Talkhis al-Shafi (Muqaddimah) ,al-Sayyid Husayn Bahr al-`Ulum (1422), m/s 29 [Najaf]

Al-Kulaini (329H) and al-Kafi

Al-Kafi fi ‘Ilm al-Hadith,” karya ulama terkemuka Syi’ah, Abu Ja’far al-Kulaini merupakan kitab yang paling utama dan masyhur di kalangan empat kitab tersebut.

Pengarang kitab tersebut menyakini semua riwayat-riwayat dalam kitabnya sebagai benar dan sahih, atas sebab itulah beliau mengarang kitab tersebut.
Dalam muqaddimah al-Kafi, beliau dengan jelas menyebutkan
  
وقلت إنك تحب أن يكون عندك كتاب كاف يجمع فيه من جميع فنون علم الدين ما يكتفي به المتعلم ويرجع إليه المسترشد ويأخذ منه من يريد علم الدين والعمل به بالآثار الصحيحة عن الصادقين عليهم السلام والسنن القائمة التي عليها العمل وبها يؤدي فرض الله عز وجل وسنة نبيه صلى الله عليه وآله وقلت لو كان ذلك رجوت أن يكون ذلك سببا يتدارك الله تعالى بمعونته وتوفيقه إخواننا وأهل ملتنا ويقبل بهم إلى مراشدهم

Saya berkata: “Sesungguhnya anda ingin mempunyai sebuah kitab yang lengkap yang terhimpun di dalamnya semua bidang ilmu agama (Islam) yang memadai bagi seseorang pelajar, yang menjadi rujukan bagi pencari hidayah dan orang yang ingin kepada ilmu agama serta mahu beramal dengannya boleh mengambil daripadanya melalui riwayat-riwayat yang sahih dari orang-orang yang benar a.s. (imam-imam Ahl al-Bait) dan (mengandungi) sunnah yang diyakini yang boleh diamalkan serta (dengan athar-athar ini) boleh dilaksanakan segala kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah ‘azza wa jalla dan sunnah nabi-Nya s.a.w.  dan keluarganya. Dan aku katakan: “Jika demikian, aku harapkan ia (kitab) ini menjadi sebab untuk Allah memberikan pertolongan dan taufiq-Nya kepada saudara-saudara kita dan penganut ajaran kita serta memberikan petunjuk kepada mereka”.


Rujukan: Abū Ja`far al-Kulaynī Mukaddimah al-Usul min al-Kafi Jilid 1, m/s 8 [Tehran]

Dia mengatakan lagi:

وقد يسر الله وله الحمد تأليف ما سألت وأرجو أن يكون بحيث توخيت

Terjemahan: segala pujian bagi Allah, sesungguhnya Dia telah memudahkan penulisan sepertimana yang anda minta dan aku harapkan ia sesuai dengan apa yang anda maksudkan.

Rujukan: al-Kafi oleh Abū Ja`far al-Kulaynī (d. 329), Jilid 1, m/s 9 [Tehran]

Begitu jelas pengesahan al-Kulaini yang mengatakan sebab pengumpulan al-Kafi ialah untuk menyediakan riwayat-riwayat yang sahih yang diperlukan oleh penganut ajaran Syi’ah. Ini menunjukkan riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab tersebut adalah sahih di sisi beliau.

Ulama mutakkhirin Syi’ah, Ayatollah Muhammad Mahdi al-Aşifi menulis dalam Tarikh Fiqh Ahl al-Bayt:


وقد جمع رحمه الله في موسوعته هذه ما صح لديه من أحاديث الأئمة الهداة عليهم السلام

Terjemahan: Sesungguhnya dia (al-Kulaini) (semoga Allah merahmatinya) telah mengumpulkan di dalam kitabnya hadith Imam-Imam (yang menjadi petunjuk) a.s yang sahih di sisinya.

Rujukan:  Riyađ al-Masail fī Bayan Aĥkam al-Shar` wa al-Dala’il, oleh al-Sayyid ‘Ali al-Ţabaţaba’i(1231H), Jilid 1, m/s 31 [Qum] – Tarikh Fiqh Ahl al-Bayt termasuk dalam mukaddimah.


Ayatollah Abu Talib al-Tajlil al-Tibrizi juga mengesahkan pengakuan al-Kulaini dalam mukaddimah kitabnya Mu`jam al-Mahasin wa al-Masawi
Dia menulis tentang al-Kulaini dan kitab al-Kafi  sebagaimana berikut:

وقد صرح في مقدمته بصحة أحاديثه حيث قال وقلت تحب أن يكون عندك كتاب يأخذ منه من يريد علم الدين والعمل به بالآثار الصحيحة عن الصادقين عليهم السلام . . . . إلى أن قال وقد يسر الله وله الحمد تأليف ما سألت وأرجو أن يكون بحيث توخيت

Terjemahan: Sesungguhnya dia (al-Kulaini) telah menjelaskan dalam muqaddimah kitabnya tentang kesahihan hadith-hadithnya (al-Kafi) bila ia berkata: “Saya berkata: sesungguhnya anda ingin mempunyai sebuah kitab yang lengkap yang terhimpun di dalamnya semua bidang ilmu agama (Islam) yang memadai bagi seseorang pelajar, yang menjadi rujukan bagi pencari hidayah dan orang yang ingin kepada ilmu agama serta mahu beramal dengannya boleh mengambil daripadanya melalui riwayat-riwayat yang sahih dari orang-orang yang benar a.s. (imam-imam Ahl al-Bait)……….. sehingga katanya: “Segala pujian bagi Allah, sesungguhnya Dia telah memudahkan penulisan sepertimana yang anda minta dan aku harapkan ia sesuai dengan apa yang anda maksudkan”.

Rujukan:    Mu`jam al-Maĥasin wa al-Masami, of Abu Ţalib al-Tibrizi, m/s 17 [Qum]

Pengesahan yang diberikan al-Kulaini itu sangat memberi kesan kepada ulama Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah sehingga sebahagian mereka menjadikannya sebagai hujah untuk membuktikan kesahihan kandungan kitab al-Kafi.

Di antara mereka ialah Al-Huur al-‘Amili (1104H), seorang ulama hadith Syi’ah yang mashyur. Beliau sangat menyakini kesahihan semua riwayat yang terdapat di dalam kitab al-Kafi. Beliau membuktikan perdiriannya berdasarkan kepada  kenyataan al-Kulaini tersebut dengan katanya:

وهو صريح أيضا في الشهادة بصحة أحاديث كتابه لوجوه منها قوله بالآثار الصحيحة ومعلوم أنه لم يذكر فيه قاعدة يميز بها الصحيح عن غيره لو كان فيه غير صحيح ولا كان اصطلاح المتأخرين موجودا في زمانه قطعا كما يأتي فعلم أن كل ما فيه صحيح باصطلاح القدماء بمعنى الثابت عن المعصوم بالقرائن القطعية أو التواتر

Terjemahan: Ia juga adalah kenyataan yang jelas dalam mengesahkan kesahihan hadith-hadith yang terdapat di dalam kitabnya (al-Kafi) kerana beberapa faktor. Antaranya kata-katanya (al-Kulaini di dalam mukaddimah al-Kafi): “Dengan athar-athar yang sahih”. Dan satu perkara yang sudah dimaklumi bahawa dia (al-Kulaini) tidak menyebutkan apa jua kaedah (yang dapat digunakan) untuk membezakan riwayat-riwayat yang sahih dan tidak sahih jikalau terdapat riwayat-riwayat yang tidak sahih di dalamnya dan tidak ada juga istilah ulama mutaakhirin pada zamannya sebagaimana yang akan dijelaskan. Maka kerana itu diyakinilah bahawa  setiap riwayat yang terdapat di dalamnya adalah sahih mengikut istilah mutaqaddimin dengan maknanya yang tsabit daripada al-Ma’sum (imam-imam Syi’ah) berdasarkan bukti-bukti yang qat’ie atau tawatur.[1]

Rujukan: Khatimah Tafsil Wasaa’il al-Shiah ilá Tahsil Masaa’il al-Shari`a, of al-Hurr al-`Amili (1104H), Jilid 30, ms 196 [Qum]

Nota:  Maksud  perkataan al-Hurr (istilah ulama mutaakhirin) adalah istilah yang mengklasifikasikan riwayat-riwayat menurut darjat kesahihan (Sahih, Muwaththaq, Qawi, Hasan dan Da’if). Ianya tidak digunapakai oleh ulama Syi’ah Ithna’ Ashariyyah melainkan setelah kurun ke-7, sebelumnya ulama mutaqqidimin mereka hanya menggunakan istilah sahih atau tidak sahih. Ini akan dijelaskan kemudian.

Namun begitu al-Sayyid Muhammad al-Mujahid al-Tabataba’i (1242H) mengemukakan hujah yang agak berbeza daripada pandangan di atas dengan mengatakan:

إن إخبار الكليني بصحة ما دونه في الكافي كما يمكن أن يكون باعتبار علمه بها وقطعه بصدورها عن الأئمة عليهم السلام فيجوز الاعتماد عليها والحال هذه كسائر أخبار العدول كذلك يمكن أن يكون باعتبار اجتهاده وظهورها عنده ولو بالدليل الظني فلا يجوز إذن الاعتماد عليه فإن ظن المجتهد لا يكون حجة على مثله كما هو الظاهر من الأصحاب بل ومن العقلاء وحيث لا ترجيح للاحتمال الأول وجب التوقف به لأن الشك في الشرط يوجب الشك في المشروط فيلزم التوقف

Terjemahan: Sesungguhnya pernyataan al-Kulaini tentang kesahihan riwayat-riwayat yang didokumentasikan olehnya di dalam al-Kafi boleh jadi menurut pertimbangan ilmunya dan keyakinannya bahawa ianya datang dari Imam-imam a.s.. Maka (jika berdasarkan keyakinan) harus berpegang dengannya padahal ia seperti sekalian riwayat daripada orang-orang yang adil. Begitu juga boleh jadi ia berdasarkan ijtihadnya dan apa yang jelas di sisinya walaupun berdasarkan dalil yang bersifat zanni (tidak diyakini sepenuhnya atau sangkaan sahaja). Maka (jika berdasarkan zanni) tidak harus berpegang kepadanya kerana zann (sangkaan) mujtahid tidak boleh dijadikan hujah sebagaimana pendapat yang nyata dari ashab dan golongan pemikir. Dan apabila tidak boleh ditarjihkan kepada kemungkinan pertama, maka wajiblah bertawaquf (tidak membuat sebarang keputusan) terhadapnya kerana sesungguhnya syak dalam dalam syarat membawa kepada syak dalam aplikasinya maka (pada ketika itu) mestilah bertawaquf.

Rujukan: Mafatih al-Usul, oleh al-Sayyid Muĥammad al-Ţabaţaba’i (1242H), m/s 332 [Tehran]


Ayatollah Husayn `Ali al-Muntazari pula mengemukakan pandangannya dengan bahasa yang lebih ringkas:


واعتقاد الكليني بصحة الرواية ليس من الحجج الشرعية إذ ليس هو معصوما عندنا

Terjemahan: Kepercayaan al-Kulaini akan kesahihan riwayat (di dalam kitabnya) tidak termasuk dalam hujah syar’iah kerana dia bukanlah ma’sum di sisi kita.

Rujukan:   Dirāsāt fī al-Makāsib al-Muĥarrama, oleh Ĥusayn `Alī al-Muntažarī, jilid 3, m/s 123 [Tehran]


Walaupun ulama Syi’ah berbeza pendapat tentang keseluruhan kitab al-Kafi sebagai sahih atau tidak, majoriti menyakini ianya sahih secara keseluruhan dan al-Kulaini sendiri menyakini dan mengesahkan kesahihan kitab beliau.

Ibn Bābawayh (381H) dan Man la Yahđuruh al-Faqih

Abū Ja`far ibn Babawayh al-Qummi, mashyur dikenali sebagai as-Syeikh al-Saduq juga menyakini semua riwayat-riwayat yang disebutkannya di dalam Man la Yahđuruh al-Faqih sebagai betul dan sahih.

Sama seperti al-Kulaini, beliau sendiri mengesahkan kesahihan kitabnya itu, di samping menerangkan sebab dia mengumpulkan riwayat-riwayat tersebut.

Ibn Babawayh menyebutkan secara jelas di dalam muqaddimah Man la Yahđuruh al-Faqih bahawa dia mengumpulkan riwayat-riwayat tersebut atas permintaan ulama Syi’ah pada zamannya, Sharaf ad-Din Ni’ma. Ulama tersebut menginginkan dia menulis karya yang padat yang menjelaskan fiqh, undang-undang Islam, perkara halal dan haram.

Ibn Babawayh menulis:

وصنفت له هذا الكتاب بحذف الأسانيد لئلا تكثر طرقه وإن كثرت فوائده ولم أقصد فيه قصد المصنفين في إيراد جميع ما رووه بل قصدت إلى إيراد ما أفتي به وأحكم بصحته وأعتقد فيه أنه حجة فيما بيني وبين ربي تقدس ذكره وتعالت قدرته


Terjemahan: Aku mengumpulkan kitab ini untuknya (Sharaf al-Dīn Ni`ma) dengan membuang sanad-sanadnya supaya tidak menjadi banyak jalan periwayatannya walaupun manfaatnya banyak. Aku tidak bermaksud padanya sebagaimana maksud pengarang-pengarang dalam mengemukakan semua yang mereka riwayatkannya tapi aku bermaksud untuk mengemukakan apa yang aku fatwakan dan yakin tentang kesahihannya, dan aku percaya ia akan menjadi hujah di antaraku dengan Tuhanku, yang maha suci lagi maha kuasa.


Rujukan: Ibn Bābawayh al-Qummī Man lā Yaĥđuruh al-Faqīh jil. 1 hal. 2-3 [Qum]

Apa yang dikemukakan oleh beliau itu begitu jelas menunjukkan bahawa beliau menyakini semua periwayatannya dalam kitabnya sebagai benar dan sahih.

Dr Abd al-Hadi al-Fadli, ulama kontemporari Syi’ah membuat komentar selepas memetik kata-kata Ibn Babawayh dengan katanya:
ونصه هذا واضح وصريح في أنه يعتقد بصحة ما في كتابه ويراه حجة بينه وبين الله تعالى

Terjemahan: Kenyataan beliau ini adalah nyata dan jelas menunjukkan bahawa beliau mempercayai tentang kesahihan isi kandungan kitabnya dan beliau berfikir ia akan menjadi hujah antaranya dan Allah ta’ala.


Rujukan: ‘Abd al-Hadi al-Fadli Usul al-Hadith hal. 217 [Beirut]

At-Tibrizi juga menyatakan perkara yang sama tentang Ibnu Babawayh al-Qummi dan bukunya itu dan ia menjadi sokongan kepada apa yang telah dikemukakan:


وقد صرح لصحة أحاديثه بقوله في مقدمته قصدت إلى إيراد ما أفتي به وأحكم بصحته وأعتقد فيه أنه حجة فيما بيني وبين ربي

Terjemahan: Beliau (al-Qummi) telah menjelaskan kesahihan riwayat-riwayatnya berdasarkan kata-katanya di dalam muqadimmah kitabnya (yang berbunyi): “aku bermaksud untuk mengemukakan apa yang aku fatwakan dan yakin tentang kesahihannya, dan aku percaya ia akan menjadi hujah di antaraku dengan Tuhanku, yang maha suci lagi maha kuasa”.
Rujukan:  Abū Ţālib al-Tabrīzī Mu`jam al-Mahasin wa al-Masami’ hal. 17 [Qum]

Begitu juga dengan Ayatollah Ali as-Sistani kerana beliau menyebutkan perkara yang sama bila beliau berkata:

إنه قدس سره قد شهد في مقدمة كتابه بصحة جميع ما رواه فيه حيث قال ولم أقصد فيه قصد المصنفين في إيراد جميع ما رووه بل قصدت إلى إيراد ما أفتي به وأحكم بصحته وأعتقد فيه إنه حجة فيما بيني وبين ربي تقدس ذكره وتعالت قدرته

Terjemahan: Sesungguhnya beliau (Ibnu Babawayh al-Qummi semoga Allah menyucikan ruhnya), telah bersaksi dalam muqaddimah kitabnya tentang kesahihan keseluruhan riwayatnya apabila beliau mengatakan: “Aku tidak bermaksud padanya sebagaimana maksud pengarang-pengarang dalam mengemukakan semua yang mereka riwayatkannya tapi aku bermaksud untuk mengemukakan apa yang aku fatwakan dan yakin tentang kesahihannya, dan aku percaya ia akan menjadi hujah di antaraku dengan Tuhanku, yang maha suci lagi maha kuasa”.

Rujukan:   `Alī al-Sīstānī Qā`ida la Đarar wa lā Đirār hal. 87 [Qum]


Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Ibn Babawayh membuang sanad-sanad dari Man la Yahduru al-Faqih kerana tidak mahu memanjangkan kitabnya. Namun begitu beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak memasukkan riwayat-riwayat yang tidak sahih di sisinya sesuai dengan pendekatan ulama sezamannya.

Oleh kerana Ibn Babawayh merupakan ulama mutaqqidimin Syi’ah Imamiyyah dan tiada istilah ulama mutaakhirin pada zamannya, maka dia menilai kesemua riwayat-riwayatnya sebagai sahih.

Ulama terkenal Syi’ah, Baha’ al-Din al-‘Amili (1034H) menyatakan dalam kitabnya ‘Mashriq al-Shamsayn


وقد جرى رئيس المحدثين ثقة الإسلام محمد بن بابويه قدس الله روحه على متعارف المتقدمة في إطلاق الصحيح على ما يركن إليه ويعتمد عليه فحكم بصحة جميع ما أورده من الأحاديث في كتاب من لا يحضره الفقيه

Terjemahan: Ketua muhaddith, Tsiqah al-Islam Muhammad bin Babawayh moga Allah menyucikan ruhnya, telah mengambil pendekatan ulama awal yang berpegang dan bergantung kepada istilah sahih yang umum, maka dia menghukum sahih ke atas keseluruhan hadith-hadith yang dikemukakannya di dalam kitabnya Man la Yahduru al-Faqih.

Rujukan: Bahā’ al-Dīn al-`Āmilī Mashriq al-Shamsayn wa Iksīr al-Sa`adatayn, hal. 269-270 [Qum]

Perkara yang sama juga disebutkan oleh ulama Syi’ah yang terkenal, Muhammad Muhsin al-Fayd al-Kashani (1091H) dalam kitabnya al-Wafi:


وقد جرى صاحبا كتابي الكافي والفقيه على متعارف المتقدمين في اطلاق الصحيح على ما يركن اليه ويعتمد عليه فحكما بصحة جميع ما أورداه في كتابيهما من الأحاديث وإن لم يكن كثير منه صحيحا على مصطلح المتأخرين

Terjemahan: Sesungguhnya pengarang kitab al-Kafi dan al-Faqih mengambil pendekatan ulama mutaqaddimin di dalam menghukum sahih (sesuatu hadith) secara mutlak mengikut kecondongan hatinya dan keyakinan kepadanya lalu kedua-duanya menghukum sahih keseluruhan hadith yang mereka berdua kemukakan di dalam kitab mereka berdua walaupun mungkin banyak dari riwayat-riwayat tersebut tidak sahih menurut istilah ulama akhir (mutakhirun).


Petikan-petikan di atas telah cukup membuktikan al-Kulaini dan Ibn Babawayh mengesahkan kesahihan keseluruhan kitab-kitab mereka dan kaedah mereka selari dengan ulama awal Syi’ah.

Al-Ţusi (d. 460) dan at-Tahzhib serta al-Istibsar

At-Tusi sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini sama seperti dua orang pengarang kitab-kitab utama di sisi Syi’ah juga mengesahkan kesahihan kitab-kitab beliau.

Al-Fayd al-Kashani menyatakan di dalam kitabnya al-Wafi,

أن مدار الأحكام الشرعية اليوم على هذه الأصول الأربعة وهي المشهود عليها بالصحة من مصنفها

Terjemahan: Sesungguhnya hukum-hukum syari’ah hari ini berkisar di sekitar empat kitab utama dan pengarangnya sendiri memberikan kesaksian tentang kesahihannya.

Rujukan:  al-Wafi oleh al-Fayd al-Kashani (d. 1034), jilid 1, m/s 24 (cetakan Esfahan)


Yusuf al-Bahrani (1186H) juga menyatakan perkara yang sama dalam kenyataannya membantah segolongan ulama Syi’ah yang menolak pensahihan at-Tusi.

أن التوثيق والجرح الذي بنوا عليه تنويع الأخبار إنما أخذوه من كلام القدماء وكذلك الأخبار التي رويت في أحوال الرواة من المدح والذم إنما أخذوها عنهم فإذا اعتمدوا عليهم في مثل ذلك فكيف لا يعتمدون عليهم في تصحيح ما صححوه من الأخبار واعتمدوه وضمنوا صحته كما صرح به جملة منهم كما لا يخفى على من لاحظ ديباجتي الكافي والفقيه وكلام الشيخ في العدة وكتابي الأخبار

Terjemahan: Tawthiq dan tajrih yang menjadi asas kepada ulama Syi’ah mengklasifikasikan riwayat sebenarnya diambil daripada perbincangan ulama terdahulu. Begitu juga dengan riwayat-riwayat yang terdapat padanya perbincangan tentang keadaan perawi sama ada dipuji (dipercayai) atau dikeji (ditolak) hanya diambil daripada mereka (ulama mutaqqidimin). Oleh itu jika mereka (muta’akkhirin) menjadikan mereka (mutaqqidimin) sebagai sandaran dalam perkara tersebut, maka bagaimana pula mereka tidak menjadikan mereka sebagai sandaran dalam mentashihkan riwayat-riwayat yang dikatakan sahih oleh mereka sepertimana yang dijelaskan oleh sebahagian mereka. Perkara ini tidak tersembunyi lagi kepada orang yang meneliti pendahuluan kitab al-Kafi and al-Faqih serta perkataan al-Syaikh (al-Tusi) dalam al-‘Uddah dan dalam kedua kitabnya (Tazhib dan al-Istibsar)



Berdasarkan kepada apa yang telah dikemukakan maka dapat disimpulkan bahawa mana-mana riwayat yang dianggap sahih oleh empat orang ulama ini sebenarnya adalah sahih secara keseluruhannya. Ini kerana pengklasifikasian riwayat-riwayat yang diikuti oleh majoriti ulama moden tidak pernah wujud melainkan setelah sekian lama ulama-ulama tersebut melakukannya seperti mana yang disebutkan oleh al-Hurr al-Amili dan Baha’ al-Din.

Akhbariyyun vs Usulliyun

Jika ulama terdahulu telah mengakui keseluruhannya sahih, maka kenapa hadith-hadith Syi’ah diklasifikasikan oleh ulama kemudian? Mengapa diwujudkan kitab seperti Sahih al-Kafi (dengan maksud ada riwayat yang tidak sahih di dalamnya)?

Jawapannya ialah ulama Syi’ah setelah kurun ke-7 terpaksa mempertahankan doktrin Syi’ah dari kritikan tajam Ahl as-Sunnah.

Maka mereka mula mengklasifikasikan hadith dalam kitab mereka. Golongan inilah yang disebut sebagai golongan Usulliyun.

Sedangkan ulama awal yang dikenali sebagai ulama Akhbariyyun menolak pengklasifikasian hadith.

Tindakan mereka telah menyebabkan perselisihan yang besar antara ulama Akhbariyyun dan Usulliyun

Perselisihan ini dinyatakan oleh Dr. `Abd al-Hadi al-Fadli dalam kitabnya Uşul al-Ĥadith:

يراد بالتصحيح هنا اعتداد جميع ما في الكتب الأربعة من أحاديث رويت عن أهل البيت عليهم السلام معتبرة ومقطوعا بصدورها عن الأئمة والمسألة هذه وقعت موقع الخلاف بين علمائنا وطال البحث فيها وطال معه النقاش حولها

Terjemahan:  Yang dimaksudkan dengan pentashihan di sini ialah menganggap semua hadith-hadith yang diriwayatkan daripada Ahl al-Bait a.s. di dalam empat kitab sebagai suatu yang mu’tabar dan diyakini bahawa ia diriwayatkan daripada imam-imam. Permasalahan ini adalah perkara yang diperselisihkan di kalangan ulama kita (Syi’ah) dan perbahasan tentangnya adalah panjang di samping terdapat polemik di sekitarnya.

Rujukan: Uşūl al-Hadith `Abd al-Hadi al-Fadli, m/s 210 [Beirut]


Ulama Akhbariyyun menentang sama sekali pengklasifikasian darjat hadith bahkan menganggapnya sebagai bid’ah. Ini kerana bagi mereka semua riwayat dalam kitab yang empat adalah sahih

Ulama dan pengkaji Syi’ah, al-Sayyid Muhyu al-Din al-Musawi al-Ghurayfī (1412H) menerangkan perkara tersebut dalam kitabnya yang disahkan oleh Ayatollah Abu al-Qasim al-Khui,


وقد شجب الأخباريون تنويع الحديث وعدوه من البدع التي يحرم العمل بها وبسطوا البحث في إبطاله وإثبات صحة جميع أخبار كتبنا الأربعة بل جميع الأخبار التي نقلوها عن الكتب المعتبرة لأنها محفوفة بقرائن تفيد الوثوق بصدورها عن المعصوم عليه السلام

Terjemahan: Sesungguhnya ulama-ulama Akhbariyyun mengingkari pembahagian dan pengklasifikasian hadith, dan mereka menganggapnya sebagai perkara bid’ah yang haram untuk diamalkan. Mereka membahas dengan panjang lebar tentang kebatilannya dan menetapkan bahawa keseluruhan riwayat di dalam empat kitab kita (Syi’ah) adalah bahkan keseluruhan riwayat yang dinaqalkan dari kitab-kitab yang mu’tabar. Ini kerana riwayat-riwayat tersebut disokong oleh bukti-bukti yang memberikan keyakinan bahawa ia terbit daripada imam yang ma’sum a.s.

Rujukan:   Qawa`id al-Hadith al-Sayyid Muhyi al-Dīn al-Ghurayfi, m/s 16-17 [Najaf]


Hal ini disebutkan juga oleh Ayatollah Murtadha Muţahhari (1407H) sebagaimana berikut:


أنهم يزعمون أن جميع الأخبار الواردة في الكتب الأربعة وهي الكافي ومن لا يحضره الفقيه والتهذيب والاستبصار أخبار صحيحة ومعتبرة بل وقطعية الصدور


Terjemahan: Sesungguhnya mereka (Akhbariyyun) meyakini bahawa semua riwayat yang didapati dalam kitab yang empat, al-Kafi, Man La Yahduru al-Faqih, at-Tahzib dan at-Ibtisar adalah sahih dan mu’tabar bahkan diyakini bahawa ia datangnya (daripada imam).

Rujukan:  al-Tajdid wa al-Ijtihad fi al-Islam, Murtada Muţahhari (1407H), m/s 86 [Beirut]


Dengan nada yang sama, Ayatollah al-Uzma al-Sayyid Muĥsin al-Amin al-Amili (1371H) mengatakan:

فزعم الأخباريون أن اخبار الكتب الأربعة كلها صحيحة

Terjemahan:  Sesungguhnya ulama Akhbariyyun meyakini bahawa keseluruhan riwayat dalam kitab yang empat sebagai sahih.

Rujukan:    A`yan al-Shi`a, al-Sayyid Muhsin al-Amin (1371H), Jilid 3, m/s 223 [Beirut]


Golongan Akhbariyyun bukan sahaja menganggap sahih riwayat-riwayat mereka, bahkan mengatakan wajib diamalkan. Itulah antara dasar yang membuktikan bahawa mereka menolak pendapat membahagikan riwayat-riwayat kepada pembahagian tersebut.

Hal ini disebutkan oleh Ayatollah Muĥammad Baqir al-Irawani dalam kitabnya,

وسبب إنكار الأخباريين لهذا التقسيم أن جميع اخبار الكتب الأربعة صحيحة ويجب العمل بها بنظرهم


Terjemahan:  Dan sebab Akhbariyyun mengingkari pembahagian ini (hadith-hadith) kerana menurut mereka kesemua riwayat-riwayat tersebut adalah sahih dan wajib diamalkan.

Rujukan:  Durus Tamhidiyya fi al-Qawa`id al-Rijaliyya, Muĥammad Baqir al-Irawani, m/s 49 [Beirut]

Tambahan pula, bukan sedikit dari kalangan ulama Syi’ah Imamiyyah mutakkhirin yang juga menganggap kesemua riwayat di dalam empat kitab tersebut sebagai sahih.

Termasuk dalam golongan ini ialah ulama’ yang terkenal dalam bidang hadith dan fiqh. Bahkan, karya-karya mereka diakui sebagai sebahagian dari sumber yang utama sehingga hari ini. 

Antaranya ialah:

  1. Muhammad Amin al-Astarabadi (1036H): Penentang utama kepada pembahagian hadith-hadith dan menyakini bahawa semua riwayat yang terdapat di dalam empat buku tersebut sebagai sahih. Beliau juga menulis sebuah kitab tentangnya yang bertajuk al-Fawaid al-Madaniyyah. Beliau merupakan ulama dalam hadith dan juga fiqh, menulis banyak kitab serta mensyarahkan kitab al-Istibsar dan at-Tahzhib.


  1. al-Khalil ibn al-Ghazi al-Qazwini (1089H): Ulama hadith dan fiqh dan mengarang banyak kitab. Antara karya beliau ialah syarah kepada al-‘Udda karya at-Tusi dan syarah kitab al-Kafi dalam bahasa Parsi yang terkenal, al-Safi. Ulama Syi’ah menyatakan beliau sangat menentang pembahagian hadith dalam kitab yang empat bahkan mewajibkan beramal dengannya.


  1. al-Sayyid Hashim al-Bahrani (1107H): Beliau merupakan seorang yang ‘alim dalam bidang hadith, seorang ahli fiqh dan juga tafsir. Beliau menulis lebih kurang 40 buah kitab termasuk sebuah kitab yang besar, Ghayat al-Maram wa Hujjat al-Khisam fi Ta`yin al-Imam min Ţariq al-Khass wa al-`Āmm dan juga kitab tafsir yang bertajuk al-Burhan fī Tafsir al-Qur’an. Kitabnya sangat dikagumi dalam dunia Syi’ah.


Selain itu, terdapat juga dari kalangan ulama Usulliyun yang menganggap semua riwayat-riwayat di dalam empat kitab tersebut terutamanya al-Kafi sebagai sahih. Ianya diakui oleh Ayatollah Baqir al-Irawani selepas menyebutkan pandangan Akhbari sebagaimana di atas.


ولعل هذا الرأي هو المعروف بين الاخباريين بل ولربما يظهر اختياره من بعض الاصوليين


Terjemahan: Boleh jadi pandangan ini sebagaimana yang sudah diketahui secara umum di kalangan golongan Akhbari juga dipilih oleh sebahagian Usulliyun.

Rujukan: Durūs Tamhidiyya fī al-Qawa`id al-Rijaliyya, Muĥammad Baqir al-Irawani, m/s 100 [Beirut]

Antara ulama Usulliyun yang beranggapan demikian ialah Ayatollah Uzma al-Sayyid Muhammad Sadiq al-Şadr (1419H) dan penulis kitab terkenal, al-Muraja’at, Ayatollah al-Sayyid `Abd al-Ĥusayn al-Musawi (1377H).

`Abd al-Husayn al-Musawi menulis dalam dialog palsunya bersama syeikh Azhar, Salīm al-Bishri (1335H):

وأحسن ما جمع منها الكتب الأربعة التي هي مرجع الإمامية في أصولهم وفروعهم من الصدر الأول إلى هذا الزمان وهي الكافي والتهذيب والاستبصار ومن لا يحضره الفقيه وهي متواترة ومضامينها مقطوع بصحتها والكافي أقدمها وأعظمها وأحسنها وأتقنها

Terjemahan: Dan sebaik-baik himpunan kitab (dari kitab usul) ialah empat kitab  yang merupakan sumber rujukan kepada Syi’ah Imamiyyah dalam perkara usul (akidah) dan furu’ (feqah) mereka dari zaman awal hingga ke zaman ini. Ia adalah al-Kafi, al-Tahzib, al-Istibsar dan Man La Yahduru al-Faqih. Semuanya adalah mutawatir dan kesahihan kandungannya benar-benar diyakini. Kitab al-Kafi adalah yang paling utama, penting, baik dan paling kemas.

Rujukan:    al-Murāja`āt, of `Abd al-Husayn al-Musawi (1377H), m/s 419 [Beirut]


Ayatollah al-‘Uzma al-Sayyid Muhammad Sadiq al-Şadr (1419H) pergi lebih jauh lagi dengan menyatakan dengan jelas bahawa telah berlaku kesepakatan ulama tentang kesahihan semua riwayat yang terdapat di dalam empat kitab tersebut dengan katanya:

أن الشيعة وإن كانت مجمعة على اعتبار الكتب الأربعة وقائلة بصحة كل ما فيها من روايات غير أنها لا تطلق عليها اسم الصحاح كما فعل ذلك إخوانهم أهل السنة

Terjemahan: Sesungguhnya walaupun Syi’ah telah sepakat tentang keautoritian keempat-empat kitab tersebut dan kesahihan semua riwayat di dalamnya, namun ia tidak dinamakan dengan nama ‘as-Sihah’ sebagaimana yang dilakukan oleh saudara kita dari kalangan Ahl as-Sunnah.

Rujukan:  al-Shī`a, Muĥammad Şadiq al-Şadr (1419H), m/s 127 [Tehran]

Ayatollah al-‘Uzma Mirza Muĥammad Ĥusayn al-Na’ini (1355H) yang merupakan ulama sebelum mereka berdua telah menempelak orang yang melakukan semakan terhadap kesahihan riwayat-riwayat di dalam keempat-empat kitab tersebut dengan anggapan sebagai membuang masa!!

Muridnya, Ayatollah al-‘Uzma al-Sayyid Abu al-Qasim al-Khu’i (1412H) menulis:

وقد ذكر غير واحد من الاعلام أن روايات الكافي كلها صحيحة ولا مجال لرمي شئ منها بضعف سندها وسمعت شيخنا الأستاذ الشيخ محمد حسين النائيني قدس سره في مجلس بحثه يقول إن المناقشة في إسناد روايات الكافي حرفة العاجز

Terjemahan: Bukan seorang sahaja dari kalangan alim ulama yang menyebutkan bahawa semua riwayat dalam al-Kafi adalah sahih dan tiada sebarang ruang untuk membuang mana-mana riwayat daripadanya dengan alasan sanad yang dha’if. Aku mendengar dari guru kami Ustaz Syaikh Muhammad Husayn al-Na’ini (semoga Allah mensucikan rohnya), berkata di dalam satu majlis: “Perbahasan berkenaan dengan sanad-sanad riwayat dalam al-Kafi adalah kerja yang sia-sia”.

Rujukan:  Mu`jam Rijal al-Hadith wa Tafsil Tabaqat al-Ruwat, Abū al-Qasim al-Khu’i (1412H), Jilid 1, m/s 81 [Qum]

Cukuplah pernyataan ulama-ulama di atas menjadi bukti bahawa semua riwayat-riwayat dalam empat buku utama Syi’ah sebagai sahih terutamanya al-Kafi.

Bahkan tindakan mengkelasifikasikan hadith-hadith Syi’ah ditentang ramai ulama Syi’ah sendiri dan menyalahi ulama mutaqaddimun Syi’ah.

waAllahu a’lam



(Diterjemahkan dari www.sunnidefense.com/exp/ oleh Saudara Yusof bin Muhammad dari UIAM dan disemak oleh Abu Naaielah)




[1] (Tambahan penyemak daripada Kitab tersebut) sebagai menjelaskan lagi keyakinan beliau (al-Hurr al-‘Amili) tentang kesahihan al-Kafi:
ومنها : ما ذكره ، من أنه صنف الكتاب لإزالة حيرة السائل .
ومعلوم أنه لو لفّق كتابه من الصحيح وغيره ، وما ثبت من الأخبار وما لم يثبت ، لزاد السائل حيرة وإشكالا .
فعلم أن أحاديثه ـ كلها ـ ثابتة .
Bermaksud: Dan di antaranya (sudut kesahihan kitab al-Kafi) ialah apa yang disebutkan olehnya (al-Kulaini) bahawa ia mengarang kitab tersebut untuk menghilangkan kebingungan orang yang bertanya.
Dan sudah dimaklumi jikalau beliau menghimpunkan kitabnya dengan riwayat yang sahih dan tidak sahih serta khabar yang thabit dan tidak thabit tentu akan menambahkan kepada orang yang bertanya kebingungan dan kemusykilan. Maka kerana itu diyakini bahawa semua hadithnya adalah thabit (terbukti kesahihannya).

baca seterusnya "Kesahihan Kitab-Kitab Utama Syi’ah Menurut Pandangan Ulama-Ulama Mereka"