09 Mac 2011

Saya Tidak Menyebarkan Syi'ah. Tapi....

Apakah kata-kata begini boleh diterima?:


"Saya tidak menyebarkan syi'ah, tapi saya hanya mengingatkan bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. bukan merupakan manusia maksum. kerana itu kita perlu mengkaji perbuatan khalifah yang menyalahi al-Quran."


"Saya tidak menyebarkan syi'ah, tapi saya hanya mengungkitkan kembali kezaliman rejim Abu Bakar "
(lihat http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/perempuan-berkalung-sorban-dan.html - baca di perenggan ini -> Malah ramai umat Islam tidak tahu latar belakang Fatimah Zahra bagaimana beliau mencabar regim yang ada di saat-saat akhir hayatnya. )


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mengingatkan kepada anda kejahatan sahabat-sahabat seperti khalid bin al-walid yang telah membunuh seorang muslim dan berzina dengan isterinya."
 (jawapannya lihat: http://abunaaielah.blogspot.com/2009/07/menjawab-syiah-peristiwa-pembunuhan.html)


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mengingatkan kepada anda bahawa abu hurairah bukan lama memeluk islam. bagaimana beliau boleh meriwayatkan hadith begitu banyak. dan bagaimana beliau meriwayatkan hadith ketika beliau belum lagi memeluk islam. bukankah itu bermakna beliau berbohong."
(jawapannya lihat: http://abunaaielah.blogspot.com/2009/04/tohmahan-terhadap-abu-hurairah-ra-dan_21.html)


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mahu anda terbuka fikiran dan mahu anda membaca buku ini. (seperti akhirnya ketemukan kebenaran, malam-malam peshawar, dailog sunnah syiah) dan pelbagai lagi buku propaganda syiah yang akhirnya memeningkan kepada ASWJ."


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya nak mengingatkan kepada anda bahawa nama syi'ah sudah terdapat pada zaman Nabi s.a.w. dan di dalam al-Quran sedangkan ASWJ adalah nama dan ajaran yang wujud selepas 300 tahun kewafatan Nabi s.a.w...."

.................dan pelbagai lagi bentuk dakyah yang disebarkan oleh Syi'ah............

Apakah perkara tersebut tidak termasuk dalam katogeri menyebarkan fahaman Syi'ah dan meragukan ASWJ terhadap ajaran / pegangan mereka sendiri.?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

istilah "syiah" dlm al-quran bkanlah merujuk kpd puak2 syiah yg ada pd zaman ni..istilah "syiah" dlm al-quran mmbw mksd kpd "ittiba' "..xde kene ngena dgn syiah zmn skrng ni, tok sah dok mimpi la nk tafsir2 ayat al-quran sndr...alaysa kazalik ustz?

abunaaielah berkata...

betul tu..makna dari segi bahasa je. iaitu pengikut..quran guna istilah tu pun syi'ah imam 12 @ syi'ah yg lain xdok lagi pun..tapi dah tak de modal terpaksalah amik juga..kesian..barang tak laku gitulah jadinya..kutip je mana yg dapat

halimah berkata...

assalamu'alaykum,

alhamdulillah, baru bertemu blog ini melalui fb.

Semoga Allah membalas anta dengan kebaikkan yang banyak melalui usha ini, ameen.