31 Mac 2011

Falsafah Politik Di Sebalik Sembahyang Berjemaah

Falsafah Politik Di Sebalik Sembahyang Berjemaah


Sembahyang berjemaah adalah suatu amalan yang sangat dituntut oleh agama. Banyak hadith yang menyebutkan kelebihan sembahyang berjemaah  jika dibandingkan sembahyang secara berseorangan. Antaranya:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً


Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sembahyang secara berjemaah melebihi sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat”.[1]

Di samping mendatangkan ganjaran yang besar dari Allah taala amalan ini juga memberikan berbagai pengajaran kepada kehidupan di dunia. Di dalam sembahyang berjemaah banyak perkara yang mesti dijaga antara imam dan makmum terutamanya dalam aspek hubungan antara keduanya serta hubungan sesama makmum. Kalau diteliti pengajaran di sebaliknya ia adalah asas kehidupan bermasyarakat iaitu hubungan antara rakyat dan pemimpin serta sesama rakyat yang sepatutnya dicetuskan ke dalam kehidupan di luar sembahyang. Petunjuk yang sangat jelas dari Nabi s.a.w. bahawa imam sembahyang bukan semata-mata pemimpin di dalam sembahyang sebaliknya lebih dari itu iaitu sebagai pemimpin kepada sesebuah masyarakat serta Negara adalah dengan perintah daripada Baginda supaya Abu Bakar r.a. mengimamkan sembahyang ketika Baginda uzur di akhir kehidupannya sebagaimana yang dinukilkan oleh beberapa imam-imam hadith iaitu:

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ مَرِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاشْتَدَّ مَرَضُهُ فَقَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّهُ رَجُلٌ رَقِيقٌ إِذَا قَامَ مَقَامَكَ لَمْ يَسْتَطِعْ أَنْ يُصَلِّيَ بِالنَّاسِ قَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ فَعَادَتْ فَقَالَ مُرِي أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ

Daripada Abu Musa r.a. katanya, “Nabi s.a.w. jatuh sakit lalu sakitnya bertambah berat maka Baginda bersabda: “Suruhlah Aba Bakr supaya ia mengimamkan orang ramai”. ‘Aaisyah r.a. berkata, “Sesungguhnya dia adalah seorang yang lembut hatinya?, bila dia menggantikan tempatmu dia tidak mampu untuk mengimamkan orang ramai”. Nabi s.a.w. berkata lagi, “Suruhlah Aba Bakr supaya ia mengimamkan orang ramai”. ‘Aaisyah mengulangi kata-kata tadi lalu Nabi s.a.w. berkata lagi, “Suruhlah Aba Bakr supaya ia mengimamkan orang ramai”. [2]

Hadith ini adalah merupakan isyarat yang jelas daripada Nabi s.a.w. bahawa Abu Bakar r.a. akan menggantikan kepimpinan Baginda selepas kewafatannya. Kerana itulah kita lihat di dalam sejarah pemerintahan Islam seseorang pemimpin sesebuah masyarakat akan merupakan pemimpin di dalam sembahyang juga sehinggalah sembahyang jenazah. Begitu juga larangan Nabi s.a.w. daripada seseorang menjadi imam di tempat yang berada di bawah kekuasaan orang lain adalah isyarat kepada kepimpinan iaitu penguasaan seseorang di dalam sesuatu kawasan tidak boleh diganggu oleh orang lain kerana ianya akan membawa kekacauan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

عن أبي عطية العقيلي قال : كان مالك بن الحويرث يأتينا إلى مصلانا يتحدث فحضرت الصلاة يوما قال أبو عطية : فقلنا له : تقدم فصله . قال لنا قدموا رجلا منكم يصلي بكم وسأحدثكم لم لا أصلي بكم ؟ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : " من زار قوما فلا يؤمهم وليؤمهم رجل منهم "

Daripada Abi ‘Atiyyah al-Uqaili katanya, “Pada suatu hari Malik bin al-Huwairith datang ke musolla kami berbincang-bincang lalu tiba waktu sembahyang”, Abu ‘Atiyyah berkata, “Kami berkata kepadanya: “Sila kedepan sebagai imam”, dia berkata kepada kami, “Kedepankan seorang dari kalangan kamu untuk mengimamkan kamu dan saya akan menceritakan kepada kamu kenapa saya tidak mahu mengimamkan kamu. Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menziarahi sesuatu kaum janganlah dia mengimamkan mereka dan hendaklah seorang dari kalangan mereka mengimamkan mereka”.[3]

Terdapat beberapa riwayat yang lain daripada Nabi s.a.w. berkenaan hubungan antara imam dan makmum yang mengisyaratkan kepada kepimpinan di dalam sesebuah masyarakat dan negara. Antaranya adalah seperti berikut:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا تَرْتَفِعُ صَلَاتُهُمْ فَوْقَ رُءُوسِهِمْ شِبْرًا رَجُلٌ أَمَّ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ وَأَخَوَانِ مُتَصَارِمَانِ

Daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Tiga golongan sembahyang mereka tidak melepasi kepala mereka walaupun sejengkal, seseorang yang menjadi imam kepada satu kaum padahal mereka tidak menyukainya, seorang perempuan yang bermalam dalam keadaan suaminya murka kepadanya dan dua orang saudara yang saling memutuskan hubungan antara satu sama lain”.[4]

Hukum yang dapat disimpulkan dari hadith di atas adalah seorang imam itu mestilah seorang yang baik, berakhlak mulia dan sebagainya serta disenangi oleh makmumnya. Dari segi isyarat kepada kepimpinan yang terdapat di dalam hadith ini ialah seorang pemimpin mestilah disenangi oleh rakyatnya kerana tiada persefahaman antara keduanya akan membawa kepada kekacauan dan negara tidak akan aman tenteram.

Kerana itulah pemilihan sebagai seorang imam mestilah dari kalangan orang yang paling berilmu. Abu Mas’ud r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا

“Hendaklah orang yang paling ‘alim tentang kitab Allah menjadi imam bagi sesuatu kaum, kalaulah mereka sama sahaja pada bacaan (kitab Allah) maka yang paling mengetahui tentang sunnah, kalaulah mereka sama sahaja tentang sunnah maka yang paling dahulu hijrahnya, kalaulah mereka sama sahaja hijrahnya maka yang paling dahulu Islamnya”.[5]

Ulama berbeza pendapat makna “أَقْرَؤُهُمْ”. Setengah mengatakan maknanya yang paling elok bacaannya dan setengah mengatakan yang paling memahami isi kandungan al-Quran. Masing-masing mengemukakan alasan mereka namun bagi penulis pendapat yang kedua lebih baik. 

Antara alasan yang diberikan adalah:
كان الصحابة رضي الله عنهم إذا كان أكثرهم قرآنا فإنه أفقههم وأعلمهم لانهم لا يتجاوزون عشر آيات حتى يتعلموها وما فيها من العلم والعمل

“Sahabat-sahabat r.a. yang paling banyak mengingati Quran adalah yang paling memahami dan mengetahui isi kandungannya dari kalangan mereka. Kerana mereka tidak melepasi sepuluh ayatpun kecuali mereka mempelajarinya bersama dengan ilmu yang terdapat di dalamnya dan beramal.”[6]

Imam Nawawi juga mengemukakan alasan yang menunjukkan maknanya adalah yang lebih memahami isi kandungan al-Quran. Katanya:
وقال مالك والشافعي وأصحابهما الأفقه مقدم على الأقرأ لأن الذي يحتاج إليه من القراءة مضبوط والذي يحتاج إليه من الفقه غير مضبوط وقد يعرض في الصلاة أمر لا يقدر على مراعاة الصواب فيه الا كامل الفقه قالوا ولهذا قدم النبي صلى الله عليه و سلم أبا بكر رضي الله عنه في الصلاة على الباقين مع أنه صلى الله عليه و سلم نص على ان غيره أقرأ منه

“Imam Malik dan Syafi’e serta pengikut keduanya berpendapat bahawa orang yang lebih memahami (al-Quran) diutamakan daripada orang yang lebih baik bacaannya kerana keperluan kepadanya adalah lebih kuat daripada bacaan semata-mata dan keperluan kepadanya (bacaan) kurang lagi jika dibandingkan dengan fiqh (kefahaman mendalam kandungan al-Quran). Kadang-kadang berlaku sesuatu di dalam sembahyang yang hanya orang yang sempurna kefahamannya sahaja dapat melakukan yang betul. Mereka beralasan juga dengan Nabi s.a.w. mendahulukan Abu Bakar r.a. di dalam sembahyang daripada orang-orang yang lain sedangkan Baginda mengakui bahawa orang lain adalah lebih elok bacaannya daripada Abu Bakar r.a.”[7]

Begitu juga dari segi kesesuaian yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. juga memihak kepada pendapat ini kerana selepas itu Nabi s.a.w. menyebutkan “yang paling mengetahui tentang sunnah”. Sudah pastilah yang lebih utama daripadanya adalah al-Quran dan pemahaman terhadapnya juga berkait rapat dengan memahami sunnah.

Ini dipandang dari sudut hukum fekah. Dari segi hikmahnya adalah berkait rapat dengan orang yang memimpin sesuatu ummat. Kerana hanya orang yang lebih mendalam ilmunya tentang al-Quran dan Sunnah lebih layak untuk memimpin sesuatu kaum atau Negara. Di samping itu ilmu kemasyarakatan yang paling tinggi adalah yang ditunjukkan dan dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. yang terdapat di dalam keduanya.

Ketandusan ilmu di kalangan masyarakat sehingga tiada orang yang layak menjadi imam adalah merupakan salah satu alamat kiamat sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

عَنْ سَلَامَةَ ابْنَةِ الْحُرِّ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَتَدَافَعَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ لَا يَجِدُونَ إِمَامًا يُصَلِّي بِهِمْ

Daripada Salamah binti al-Hurr katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “di antara tanda-tanda kiamat adalah ahli masjid saling bertolak-tolakan (sebagai imam) mereka tidak mendapati seorang imam yang akan mengimamkan mereka.”[8]

Kemudian di dalam hadith yang lain pula Rasulullah s.a.w. menyebutkan salah satu tanda kiamat adalah penyerahan tugas kepada orang yang tidak layak dengannya. Baginda bersabda ketika ditanya tentang alamat kiamat:
فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Bermaksud: “Bilamana amanah telah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Orang itu (sahabat r.a. yang bertanya itu) bertanya, “Bagaimana disia-siakan amanah itu? Nabi s.a.w. menjawab, “Bila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak dengannya) maka tunggulah kiamat”.[9]
Perkaitan rapat antara kedua-dua hadith berkenaan alamat kiamat ini ialah hadith pertama menunjukkan ketiadaan orang yang layak untuk mengimamkan sembahyang dan hadith kedua adalah ketiadaan orang yang benar-benar layak untuk memimpin umat manusia. Ini difaham daripada hadith yang kedua iaitu penyerahan urusan kepada orang yang tidak layak dan termasuk di dalam penyerahan urusan tersebut adalah urusan pemerintahan bahkan urusan ini adalah yang paling penting di dalam kehidupan manusia. Dan tidak mempunyai kelayakan untuk memikul kedua-dua urusan tersebut adalah disebabkan ketiadaan ilmu.

Begitu juga rakyat yang tidak memenuhi tanggungjawabnya sebagai rakyat akan menyebabkan tugas seorang pemimpin akan terganggu. Perkara ini juga diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. di dalam sembahyang sebagaimana yang berlaku kepada Baginda sendiri seperti yang dikemukakan oleh Imam Nasaie di dalam sunannya iaitu:
عَنْ رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَقَرَأَ الرُّومَ فَالْتَبَسَ عَلَيْهِ فَلَمَّا صَلَّى قَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ يُصَلُّونَ مَعَنَا لَا يُحْسِنُونَ الطُّهُورَ فَإِنَّمَا يَلْبِسُ عَلَيْنَا الْقُرْآنَ أُولَئِكَ

Daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda mengimamkan sembahyang subuh lalu membaca surah Rum. Maka berlaku kecelaruan di dalam pembacaannya. Bila selesai sembahyang Baginda berkata: “Kenapa ada beberapa orang yang bersembahyang bersama kita tidak mengelokkan bersucinya (wudhu’ atau mandi). Sesungguhnya mereka itu telah mendatangkan gangguan kepada pembacaan Quran kita.”[10]

Dari segi hukumnya seseorang yang hendak pergi sembahyang berjemaah mestilah memenuhi segala syaratnya supaya ia dapat mengerjakan sembahyang dengan khusyu’ di samping itu ia tidak mendatangkan gangguan kepada jemaah yang lain termasuk imam. Dari segi falsafah berjemaah ialah seseorang rakyat hendaklah memenuhi segala syarat dan tanggungjawab sebagai rakyat supaya kehadirannya di dalam masyarakat tidak mendatangkan gangguan kepada mereka begitu juga kepada pemimpin. Bahkan lebih dari itu hendaklah kehadirannya mendatangkan keselesaan dan memberikan manfaat kepada mereka semua. Ianya juga diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. yang merupakan amalannya serta perintahnya kepada umatnya dengan sabdanya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلَاةٍ

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalaulah tidak kerana aku akan menyusahkan umatku atau manusia pasti aku akan menyuruh mereka supaya menggosok gigi setiap kali sembahyang”.[11]

Berdasarkan kepada hadith ini ulama menghukumkan sunat menggosok gigi setiap kali sembahyang. Begitu juga sunat memakai wangian berdasarkan isyarat yang terdapat di dalam hadith yang lain. Tujuannya adalah bila seseorang pergi untuk berjemaah maka hendaklah ia mendatangkan keselesaan kepada ahli jemaah yang lain termasuk imam bahkan mereka mendapat manfaat pula daripadanya iaitu memperolehi bau yang enak dari mulut dan pakaiannya di samping menyenangkan malaikat yang berdampingan dengannya di masjid. Dari segi falsafahnya pula ialah pengajaran kepada seseorang yang menjadi ahli sesuatu masyarakat hendaklah mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada masyarakat tersebut termasuk pemimpinnya.

Berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut (untuk mengurangkan gangguan kepada imam) maka Nabi s.a.w. mengisyaratkan supaya orang yang mengiringi imam adalah dari kalangan orang-orang yang cerdik pandai sebagaimana yang terdapat di dalam hadith yang berbunyi:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثَلَاثًا

Daripada Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah mengiringiku cerdik pandai dari kalangan kamu kemudian yang mengiringi mereka (sebanyak tiga kali)”.[12]

Dari segi hukum orang yang paling patut berada di saf pertama di belakang imam adalah orang-orang yang berilmu supaya mereka boleh menggantikan imam bila berlaku sesuatu kepada imam seperti terbatal sembahyang atau sebagainya. Dari segi falsafah kepimpinan ialah orang yang paling layak untuk sentiasa bersama pemimpin, menjadi pembantunya, orang kanannya dan sebagainya adalah orang yang berilmu terutamanya ilmu berkenaan pemerintahan supaya urusan pemimpin tersebut menjadi lebih senang dan kurang gangguan terhadapnya dan orang yang berada di sampingnya boleh menggantinya bila berlaku sesuatu kepadanya. Di samping itu mereka adalah orang-orang yang sentiasa bertanggungjawab serta sentiasa bersedia untuk memberikan pengorbanan bilamana diperlukan oleh pemimpin. Begitu jugalah sikap yang sepatutnya ada pada orang-orang yang berada di saf pertama iaitu sentiasa bersedia untuk memberikan pengorbanan kepada agama setiap masa dan di mana sahaja dan menjadi orang yang sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan. Walaupun begitu untuk mengelakkan umatnya merasai bebanan dan keberatan untuk berada di saf pertama maka Nabi s.a.w. sentiasa menggalakkan mereka supaya berlumba-lumba untuk berada di saf pertama di dalam sembahyang dengan menyebutkan berbagai kelebihannya. Antaranya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik saf lelaki adalah yang pertama dan seburuk-buruknya adalah yang paling akhir”.[13]

Dan sabdanya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ تَعْلَمُونَ أَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ لَكَانَتْ قُرْعَةً

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Kalaulah kamu atau mereka mengetahui ganjaran yang terdapat pada saf hadapan pasti akan dibuat undian”.[14]

Dari segi zohirnya Nabi s.a.w. menggalakkan supaya berlumba-lumba untuk berada di saf pertama tetapi di samping itu Baginda memberikan peringatan bahawa bukan semua orang layak untuk berada di tempat tersebut. Maksud Baginda yang sebenarnya adalah supaya orang ramai sentiasa berusaha untuk melayakkan diri supaya memperolehi kelebihan besar tersebut dengan cara sentiasa mendalami ilmu agama dan menjadi orang yang sentiasa bersedia untuk berkorban dan memikul tanggungjawab. Hikmah kepimpinan yang dikehendaki di sini adalah galakan supaya berusaha menuntut ilmu sehingga mencapai tahap golongan yang mampu untuk menjadi pembantu kepada pemimpin dan seterusnya melayakkan diri dari segi kemampuan untuk menjadi seorang pemimpin. Inilah antara maksud yang tersirat di sebalik doa yang sering dipanjatkan kepada Allah taala iaitu;

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan sebagai penyejuk mata kami dan jadikanlah kami sebagai pemimpin orang-orang yang bertakwa”.[15]

Seterusnya makmum diperintahkan supaya sentiasa mengikuti apa yang dilakukan oleh imam dan jangan sekali-kali mendahului imam. Orang yang mendahului imam diancam dengan balasan yang keras seperti;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ مَا يَأْمَنُ الَّذِي يَرْفَعُ رَأْسَهُ فِي صَلَاتِهِ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يُحَوِّلَ اللَّهُ صُورَتَهُ فِي صُورَةِ حِمَارٍ

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang mengangkat kepalanya di dalam sembahyang sebelum imam tidak akan selamat daripada Allah akan menukar rupanya dengan rupa himar”.[16]

Ancaman yang keras ini bukan semata-mata bagi seorang makmum di dalam sembahyang tetapi pengajarannya juga adalah kepada rakyat supaya jangan mendahului pemimpin di dalam tindak tanduknya. Perbuatan sedemikian akan membawa kekalutan di kalangan rakyat sebagaimana perbuatan orang yang mendahului imam di dalam sembahyang akan mendatangkan kekeliruan kepada makmum yang lain. Kerana itu Nabi s.a.w. sentiasa memberikan peringatan kepada umatnya supaya memberikan ketaatan kepada pemimpin selagi mereka tidak menyeru kepada maksiat.

Bagi pemimpin pula mereka hendaklah sentiasa memahami keadaan rakyat dan menjaga keperluan mereka. Antara pengajaran yang boleh diambil adalah hubungan antara imam dan makmum di dalam sembahyang sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.. Antaranya:
أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ إِمَامٍ قَطُّ أَخَفَّ صَلَاةً وَلَا أَتَمَّ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنْ كَانَ لَيَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَيُخَفِّفُ مَخَافَةَ أَنْ تُفْتَنَ أُمُّهُ

Anas bin Malik r.a. berkata: “Tidak pernah aku sembahyang di belakang seorang imam yang paling ringkas sembahyangnya tetapi paling sempurna daripada Nabi s.a.w.. Jikalau Baginda mendengar tangisan bayi Baginda akan meringkaskan kerana bimbang ibunya akan terganggu”.[17]



[1] Hadith riwayat al-Bukhari bab kelebihan sembahyang berjemaah.
[2] Hadith riwayat Bukhari bab orang yang mempunyai ilmu dan kelebihan lebih layak menjadi imam, Muslim bab imam meminta supaya diganti bila uzur dan lain-lain.
[3] Hadith riwayat Termizi bab apa yang datang berkenaan orang  yang menziarahi suatu kaum dia tidak boleh mengimamkan mereka.
[4] Hadith riwayat Ibnu Majah bab seseorang yang menjadi imam kepada satu kaum padahal mereka tidak menyukainya
[5] Hadith riwayat Muslim bab orang yang paling berhak menjadi imam.
[6] As-Syarh al-Mukhtasar  ‘ala Bulugh al-Maram jil 3 hal. 241
[7] Syarah Muslim Imam Nawawi bab orang yang paling berhak menjadi imam jil 5 hal. 173.
[8] Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Daud.
[9] Hadith Riwayat al-Bukhari.
[10] Hadith Riwayat Nasaie bab membaca surah Rum di dalam sembahyang subuh.
[11] Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.
[12] Hadith riwayat Muslim bab membetulkan saf dan menegakkannya dan sebaik-baik saf adalah yang pertama dan seterusnya.
[13] Hadith riwayat Muslim bab membetulkan saf dan menegakkannya dan sebaik-baik saf adalah yang pertama dan seterusnya.
[14] Hadith riwayat Muslim bab membetulkan saf dan menegakkannya dan sebaik-baik saf adalah yang pertama dan seterusnya.
[15] Al-Quran surah al-Furqan ayat 74.
[16] Hadith riwayat Muslim bab haram mendahului imam dengan ruku’ dan sujud.
[17] Hadith riwayat al-Bukhari bab orang yang meringankan sembahyang  ketika mendengar tangisan bayi.
baca seterusnya "Falsafah Politik Di Sebalik Sembahyang Berjemaah"

28 Mac 2011

Mengikut Mazhab Menyusahkan?

Ramai dari kalangan kita yang mendakwa mengikut mazhab imam tertentu. kadang2 sampai menyusahkan diri pun masih berdegil juga untuk tetap menyusahkan diri atas alasan berpegang teguh kepada ajaran mazhab. contohnya masalah waswas dlm wudhu' dan niat sembahyang dalam takbir. kalu tak boleh buat pun sampai terketar2 waswas, tapi bila tanya tok guru, jwpnnya mesti cuba juga walau tak boleh.. betulkan itu ajaran imam mazhab atau mana2 ulama dalam mazhab tu?

cuba dengar;
http://www.mediafire.com/?l318yz68a6jxjaf
atau
http://www.mediafire.com/file/l318yz68a6jxjaf/4-hadis1%28kuliah3%29.MP3
dan
http://www.mediafire.com/?ny2kyr78z5m3sdl#1

teks2 yg disebutkan dlm kuliah di atas:
فصل
الوسوسة في الوضوء

ومن ذلك الوسوسة في الوضوء، والغسل، وتنظيف الثياب، ونحو ذلك بالزيادة والإسراف وصب الماء على المشروع، والتنطع في ذلك، والتعمق والتشديد، وقد قال النبي) : " هلك المتنطعون " قالها ثلاثاً، والمتنطعون المتعمقون المتشددون في غير موضع التشديد المبالغون في الأمور. وقد توضأ النبي ( ثلاثاً، وقال: " هكذا الوضوء، فمن زاد على هذا فقد أساء وتعدى وظلم " وقال: " إن للوضوء شيطاناً يقال له الولهان، فاتقوا وسواس الماء " فمن أسرف في صب الماء والزيادة على الثلاث فهو مبتدع.

فصل
الوسوسة في نية الصلاة

ومن البدع أيضاً الوسوسة في نية الصلاة، ولم يكن ذلك من فعل النبي ( ولا أصحابه، كانوا لا ينطقون بشيء من نية الصلاة سوى التكبير. وقد قال الله تعالى: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة).
وقال الشافعي رحمه الله: الوسوسة في نية الصلاة والطهارة من جهل بالشرع أو خبل في العقل
  

 ..

al-amr bil ittiba' (imam as-suyuthi) 1/31
ومنهم من لبس عليه في وضوئه في النية فتراه يقول نويت رفع الحدث ثم يعيد ذلك مرات كثيرة
وسبب هذا إما الجهل بالشرع أو خبل في العقل لأن النية في القلب لا باللفظ فتكلف اللفظ أمر لا يحتاج إليه
ومنهم من لبس عليه بكثرة استعمال الماء في وضوئه وذلك يجمع مكروهات أربعا الإسراف في الماء إذا كان مملوكا أو مباحا أما إذا كان مسبلا للوضوء فهو حرام
وتضييع العمر الذي لا قيمة له فيما ليس بواجب ولا مستحب


di antara mereka orang yang bercelaru dalam niat wudhu'nya lalu engkau melihat ia berkata: sahaja aku mengangkat hadas lalu mengulanginya banyak kali.
sebab berlaku sedemikian sama ada kerana jahil tentang syari'at atau cacat pada akal kerana niat itu pada hati bukan pada lafaz. kerana itu melafazkan itu suatu perkara yang tidak diperlukan.

i'anah at-tholibin 1/51

perbincangan istihdar 'urfi dan istihdhar hakiki terdapat jg dalam kitab sama 1/131
واختار النووي في شرحي المهذب والوسيط تبعا للامام والغزالي الاكتفاء بالمقارنة العرفية عند العوام بحيث يعد مستحضرا للصلاة اقتداء بالاولين في تسامحهم بذلك، وقال ابن الرفعة: إنه الحق وصوبه السبكي، ولي بهما أسوة، والوسوسة عند تكبيرة الاحرام من تلاعب الشيطان، وهي تدل على خبل في العقل أو جهل في الدين،

imam nawawi dalam dua syarah muhazzab dan al-wasith mengikut imam al-ghazali memadai dengan muqaranah 'urfiyyah (dgr audio di atas).......
ibnu rif'ah berkata: itulah yang betul dan subki juga menganggapnya tepat.waswas pada ketika takbiratul ihram adalah permainan syaitan dan ia menunjukkan kepada kecacatan pada akal atau kejahilan pada agama.

al-iqna' 1/121

dan byk lagi dlm kitab2 fiqh syafi'e...

oleh itu..jgn tunggu lagi..banyakkan belajar dan jgn hanya mengikut membuta tuli shj apa yang dicanangkan sebagai satu2nya amalan mazhab..
ini tidak dibincangkan lagi perbahasan dari sudut hadith..

wallahu a'lam..
baca seterusnya "Mengikut Mazhab Menyusahkan?"

17 Mac 2011

Sunni atau Syi'ie?

sila lihat video ini:



siapakah yang dizalimi dan menzalimi?

ada blogger kata ia pengikut syi'ah. lihat: http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/03/menumpah-darah-orang-sesat.html

betulkan dakwaan itu berasas?

pertama: jika lihat tajuk
طالب بحريني سني تم ضربه بالسيف على رأسه من قبل الرافضه

maka jawapannya jelas mangsa adalah seorang pelajar dari kalangan Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah.

kedua: kalau di lihat org yang bawa dan sekitarnya..
kalu puak syiah yg kena mesti yang bawa pun puak dia.bila puak dia maka mesti ada yang tampar2 muka, kepala. dan kedengaran ya husain, ya sahibuzzaman, ya ali dll..itu kebiasaan yg berlaku di kashmir, iraq dll.
tapi yang jelas kedengaran hanyalah takbir Allahu Akbar..

maka jelaslah yang dizalimi adalah dari kalangan Ahl as-Sunnah.. dan bukan Syi'ah

yang menyerang?
dari tajuk video: dari kalangan penentang Ahl as-Sunnah iaitu Syi'ah.
baca seterusnya "Sunni atau Syi'ie?"

09 Mac 2011

Saya Tidak Menyebarkan Syi'ah. Tapi....

Apakah kata-kata begini boleh diterima?:


"Saya tidak menyebarkan syi'ah, tapi saya hanya mengingatkan bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. bukan merupakan manusia maksum. kerana itu kita perlu mengkaji perbuatan khalifah yang menyalahi al-Quran."


"Saya tidak menyebarkan syi'ah, tapi saya hanya mengungkitkan kembali kezaliman rejim Abu Bakar "
(lihat http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/perempuan-berkalung-sorban-dan.html - baca di perenggan ini -> Malah ramai umat Islam tidak tahu latar belakang Fatimah Zahra bagaimana beliau mencabar regim yang ada di saat-saat akhir hayatnya. )


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mengingatkan kepada anda kejahatan sahabat-sahabat seperti khalid bin al-walid yang telah membunuh seorang muslim dan berzina dengan isterinya."
 (jawapannya lihat: http://abunaaielah.blogspot.com/2009/07/menjawab-syiah-peristiwa-pembunuhan.html)


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mengingatkan kepada anda bahawa abu hurairah bukan lama memeluk islam. bagaimana beliau boleh meriwayatkan hadith begitu banyak. dan bagaimana beliau meriwayatkan hadith ketika beliau belum lagi memeluk islam. bukankah itu bermakna beliau berbohong."
(jawapannya lihat: http://abunaaielah.blogspot.com/2009/04/tohmahan-terhadap-abu-hurairah-ra-dan_21.html)


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya mahu anda terbuka fikiran dan mahu anda membaca buku ini. (seperti akhirnya ketemukan kebenaran, malam-malam peshawar, dailog sunnah syiah) dan pelbagai lagi buku propaganda syiah yang akhirnya memeningkan kepada ASWJ."


"Saya tidak menyebarkan syi'ah. tapi saya hanya nak mengingatkan kepada anda bahawa nama syi'ah sudah terdapat pada zaman Nabi s.a.w. dan di dalam al-Quran sedangkan ASWJ adalah nama dan ajaran yang wujud selepas 300 tahun kewafatan Nabi s.a.w...."

.................dan pelbagai lagi bentuk dakyah yang disebarkan oleh Syi'ah............

Apakah perkara tersebut tidak termasuk dalam katogeri menyebarkan fahaman Syi'ah dan meragukan ASWJ terhadap ajaran / pegangan mereka sendiri.?
baca seterusnya "Saya Tidak Menyebarkan Syi'ah. Tapi...."

Apakah Khas Untuk Satu Ajaran Sahaja?

petikan dari berita harian:

Pengikut Syiah dilarang sebar fahaman, bebas untuk mengamalkan: Jamil Khir


2011/03/09
KUALA LUMPUR: Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.
"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ismail mahu tahu sama ada Syiah adalah satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.

"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular.
Ia termasuk menyebarkan fatwa yang sudah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.

Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengikutSyiahdilarangsebarfahaman_bebasuntukmengamalkan_JamilKhir/Article

sangat mengecewakan...

apakah syi'ah telah dikeluarkan dari senarai ajaran sesat?
apakah selepas ini kebenaran beramal asalkan tidak menyebarkan akan diperluaskan?
apakah selepas ini ajaran ayah pin, haji kahar, hasan anak rimau, qadiani, arqam, bahaie, liberal dan lain-lain juga akan diberikan kebenaran yang sama?

Inilah jadinya bila diserahkan amanah kepada yang tidak layak.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ 
(البخارى)


“Bilamana amanah telah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Orang itu (sahabat r.a. yang bertanya itu) bertanya, “Bagaimana disia-siakan amanah itu? Nabi s.a.w. menjawab, “Bila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak dengannya) maka tunggulah kiamat”.
baca seterusnya "Apakah Khas Untuk Satu Ajaran Sahaja?"

Tiada Syi’ah Tiada Sunnah

Tiada Syi’ah Tiada Sunnah

Lihat di sini: http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/03/mesej-bahrain-untuk-anda.html

Apakah laungan ini semua terbit dari hati-hati yang ikhlas?

Atau ianya sekadar TAQIYYAH atau PROPAGANDA MURAHAN atau DAKYAH untuk menipu ASWJ?

Ingatlah kepada apa yang berlaku kepada taqrib bain as-Syi’ah wa as-Sunnah yang telah dilangsungkan di Mesir suatu ketika dahulu..

Sila baca sedikit fakta berkenaan Dar at-Taqrib:

Kebanyakan `ulama’ al-Azhar telah bersetuju dengan rancangan pendekatan yang ditaja oleh Dar at-Taqrib di Mesir. Namun begitu ada juga di antara `ulama’nya yang tidak menyetujui rancangan itu seperti Syeikh Muhibbuddin al-Khatib, dan ada juga di antara mereka yang menaruh kebimbangan terhadap rancangan itu seperti `Allamah Rasyid Ridha dan Doktor Mustapha as-Siba`i.

`Allamah Rasyid Ridha adalah di antara orang yang bersungguh-sungguh dan bekerja keras dalam usaha-usaha pendekatan antara Sunnah dengan Syi`ah. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa orang tokoh Syi`ah, di antaranya Ketua Pengarang Majalah Al-‘Irfan, Hibatuddin asy-Syahrastani an-Najafi dan `Abdul Husain Syarafuddin al-Musavi pengarang Dialog Sunnah-Syi`ah, dan juga Muhyuddin `Usairan.

Pada peringkat permulaannya `Allamah Rasyid Ridha menganggap sahabat-sahabat Syi'ahnya itu terdiri dari Syi`ah yang sederhana tetapi akhirnya beliau terkejut apabila melihat sebuah buku tulisan Mohsin al-Amin al-`Amili yang bernama “Kritik Terhadap Wahhabiyyah”. Kemudian terbit pula sebuah buku karangan pengarang yang sama bernama “Al-Hushunu Al-Mani`ah Fi Ar-Raddi `Ala Ma Auradahu Shahibu Al-Manar Fi Haqqi Asy-Syi`ah”. Ketika itu yakinlah `Allamah Rasyid Ridha bahawa kesederhanaan yang ditonjolkan oleh sahabat-sahabatnya dari kalangan Syi`ah itu tidak lebih daripada taqiyyah dan nifaq.

Yang lebih menyakinkan lagi beliau ialah ketika mana sahabatnya juga, iaitu Ketua Pengarang Majalah Al-'Irfan menyokong apa yang ditulis oleh Mohsin al-Amin al-`Amili. Rasyid Ridha berasa perlu menjawab kebatilan-kebatilan mereka dan menyatakan kebenaran yang cuba dihapuskan oleh mereka. Kerana itu beliau menulis risalahnya yang pertama berjudul As-Sunnah Wa As-Syi`ah.

Di dalamnya beliau menyatakan kepercayaan Syi`ah bahawa para sahabat telah membuangkan beberapa ayat dari al-Qur'an, dan as-Sunnah di sisi orang-orang Syi`ah ialah kata-kata, perbuatan atau taqrir imam-imam mereka yang ma`sum dan akhir sekali beliau mendedahkan sikap biadab golongan Syi`ah terhadap sahabat Rasulullah s.a.w. Begitu juga beliau mendedahkan bagaimana Syi`ah melaknat Sayyidina Abu Bakar dan `Umar serta yakin bahawa kebanyakan sahabat telah murtad.

`Allamah Rasyid Ridha juga telah memuatkan di dalam bukunya itu dua pucuk surat dari dua tokoh `ulama’ yang pernah berutusan surat di suatu ketika dahulu berhubung dengan Syi`ah. Dua tokoh yang dimaksudkan ialah `Allamah Negeri `Iraq iaitu Mahmud Syukri al-Alusi dan `Allamah Negeri Syam, Jamaluddin al-Qasimi. Dari surat-surat itu jelas kepada kita bahawa yang mendorong `Allamah al-Qasimi menulis surat kepada `Allamah al-Alusi itu ialah terbitnya dua buah buku karangan tokoh Syi`ah, Mohsin al-Amin al-`Amili yang tersebut tadi. Surat al-Qasimi itu dijawab oleh al-Alusi dengan penuh keyakinan bahawa Syi`ah Rafidhah mempercayai berlakunya tokok tambah di dalam al-Qur'an dan mereka mengingkari Sunnah.

`Allamah al-Alusi juga telah menyatakan kesyirikan golongan Rafidhah dalam `aqidah dan ibadah. Tidak hairanlah jika mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh kita dan menganggap sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. telah murtad. Kemudian al-Alusi mengemukakan satu syair yang berbunyi:-

إِنَّ الرَوَافِضَ قَوْمٌ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ مِنْ أَجْهَلِ النّاَسِ فِيْ عِلْمٍ وَأَكْذَبِهِ

Bermaksud: “Sesungguhnya golongan Rafidhah adalah satu golongan yang malang. Mereka adalah manusia yang paling jahil dan paling pendusta.”

Risalah As-Sunnah Wa As-Syi`ah tulisan `Allamah Rasyid Ridha memuatkan penyaksian dua `ulama’, al-Qasimi dan al-Alusi, di samping memuatkan juga penyaksian-penyaksian pengarangnya sendiri. Dan mereka semua berpendapat tentang rosaknya `aqidah golongan Syi`ah serta kemustahilan akan wujudnya persefahaman dengan mereka. (Dr. `Abdullah Muhammad al-Gharib, Wa Jaa'a Dauru Al-Majus, halaman 146 - 148)

Syeikh Muhibbuddin al-Khatib di dalam bukunya “Al-Khututu Al-`Aridhah” meragui usaha-usaha pendekatan itu kerana beberapa sebab. Antara lain ialah usaha-usaha itu hendaklah benar-benar dibuktikan oleh kedua-dua belah pihak, kerana menurut beliau, hanya pihak Sunnah sahaja yang bersungguh-sungguh menjayakan apa yang diputuskan dalam muktamar-muktamar Dar at-Taqrib.

Perkara kedua yang menyebabkan beliau meragui usaha-usaha itu ialah usaha-usaha pendekatan itu dimulakan dengan perkara cabang bukan dimulakan dengan penyelesaian perkara pokok terlebih dahulu.

Ketiga, untuk usaha-usaha itu, sebuah negara Syi`ah telah membelanjakan sejumlah wang untuk mendirikan satu badan yang dinamakan Dar at-Taqrib di Mesir, sedangkan negara-negara yang penduduknya terdiri dari orang Syi`ah tidak bermurah hati untuk menghulurkan wang demi mendirikan satu badan yang sama di negara-negara mereka.

Keempat, jika golongan Syi`ah benar-benar berhasrat untuk menjayakan usaha-usaha yang diharapkan tercapainya melalui penubuhan Dar at-Taqrib itu, mengapakah di tahun-tahun kebelakangan ini mereka menerbitkan buku-buku yang menghancurkan hasrat dan impian untuk mencapai persefahaman dan pendekatan antara Ahli Sunnah dengan Syi`ah?

`Ulama’-`ulama’ Syi`ah di Najaf telah menerbitkan sebuah buku yang bernama Az-Zahra’ terdiri dari tiga juzuk. Buku ini memuatkan beberapa fakta yang tidak berasas dan melukakan hati setiap Ahli Sunnah. Umpamanya mereka mengatakan Amirul Mukminin `Umar al-Khattab diserang oleh suatu penyakit yang tidak dapat disembuhkan kecuali dengan air mani lelaki.

Doktor Mustapha as-Siba`i seperti telah disebutkan sebelum ini, meragui dan menaruh kebimbangan terhadap usaha-usaha itu walaupun beliau sendiri menuruti keputusan yang telah diambil oleh `ulama’ al-Azhar.

`Ulama’-`ulama’ al-Azhar boleh dikatakan telah bersetuju mengikuti apa yang diputuskan melalui Dar at-Taqrib itu, tetapi dalam masa yang sama kita melihat `ulama’-`ulama’ di benua kecil India tidak bersetuju dan menentang dengan sekeras-kerasnya usaha pendekatan antara Ahli Sunnah dengan Syi`ah itu, kerana bagi mereka usaha-usaha untuk mendekatkan Ahli Sunnah dengan Syi`ah adalah usaha yang sia-sia. Mereka sepakat menyatakan arus aliran Syi`ah berlainan dan bercanggah sama sekali dengan arus aliran Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Perkara ini ditegaskan oleh tokoh-tokoh Syi`ah sendiri yang juga tidak bersetuju dengan usaha-usaha pendekatan itu.

Sebenarnya golongan Syi`ah ini tidak mahu langsung bertolak ansur dalam perkara-perkara `aqidah dan ajaran-ajaran Syi`ah. Tetapi mereka tidak sedar bahawa usaha pendekatan yang telah diusahakan oleh saudara-saudaranya tidak lebih daripada usaha-usaha untuk mendekatkan Ahli Sunnah kepada Syi`ah dan itu adalah di antara politik mereka semata-mata.

Hari ini sudah terlalu nyata bahawa `ulama’ al-Azhar telah kecundang dalam pertaruhannya dengan `ulama’ Syi`ah. Itu berlaku kerana `ulama’ al-Azhar terlalu jujur dan setia dalam perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh mereka dengan `ulama’-`ulama’ Syi`ah, sebaliknya `ulama’ Syi`ah tidak membalas kesetiaan yang dihadiahkan oleh `ulama’ Ahli Sunnah dari al-Azhar dengan kesetiaan yang setimpal. Sesetengah `ulama’ al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa harus beribadat mengikut cara mazhab Syi`ah Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan bahawa golongan ini adalah satu golongan Islam. Tetapi lihatlah bagaimanakah budi baik `ulama’-`ulama’ al-Azhar itu dibalas oleh `ulama’-`ulama’ Syi`ah!

`Abdul Husain Syarafuddin al-Musavi telah menulis buku Al-Muraja`at (Dialog Sunnah-Syi`ah). Di dalamnya beliau memuatkan surat menyurat antara beliau dengan Syeikh al-Azhar, Salim al-Bisyri. Di dalam buku ini Syeikh Salim al-Bisyri kelihatan sebagai pelajar yang sentiasa menunggu dan mengharapkan huraian dari seorang gurunya dan jika begitulah sebenarnya kedudukan Syeikh al-Azhar, maka alangkah malangnya Ahli Sunnah kerana Syeikh al-Azharnya pun begitu jahil.
Sebenarnya buku Al-Muraja`at adalah sebuah buku yang direka oleh `Abdul Husain Syarafuddin untuk merendah-rendahkan `ulama’-`ulama’ dari al-Azhar dan serentak dengan itu ia mahu memikat para pembaca dengan metode penulisan buku tersebut. Syeikh Salim al-Bisyri mengemukakan soalan-soalan dan Syeikh al-Musavi menjawabnya. Begitulah soal jawab berlaku hingga ke akhir kitab. Satu persoalan yang timbul, kenapakah Syeikh al-Azhar tidak menjadi Syi`ah setelah dia berpuas hati di segi usul dan furu` Syi`ah itu? Selain dari itu pengarang kitab tersebut `Abdul Husain Syarafuddin mengakui bahawa beliau telah mengubah beberapa perkara dalam dialog asal yang berlaku antara mereka berdua dengan beberapa tambahan yang sesuai dengan keadaan dan keperluan. (Lihat muqaddimah kitab tersebut halaman 2, 4 dan 5 edisi `Arab dan halaman 1 dan 6 edisi Bahasa Indonesia) Tidak dapat di pastikan sebanyak manakah yang ditambah dan yang dianggap sebagai tambahan yang diperlukan itu!
Kitab ini juga ditulis 25 tahun selepas Syeikh Salim al-Bisyri meninggal dunia sebagaimana diakui oleh pengarangnya sendiri dalam kitab tersebut. Kenapakah kitab itu tidak diterbitkan semasa hayat Syeikh Salim al-Bisyri? Ada juga orang yang telah menyiasat tentang hakikat dialog yang termuat dalam kitab tersebut dengan bertanya kepada anak Syeikh Salim al-Bisyri. Beliau menjawab bahawa beliau tidak pernah mengenali Syeikh al-Musavi dan tidak pula ingat bahawa ayahnya pernah mengadakan hubungan dengan pengarang kitab tersebut atau berdialog dengannya. Itulah balasan Syi`ah terhadap budi baik `ulama’-`ulama’ Ahli Sunnah!


(petikan daripada Syi’ah Rafidhah Karangan Maulana Mohd. Asri Yusof)

Kalau kamu semua golongan Syi’ah benar-benar ikhlas dalam laungan tersebut maka laungan yang sepatutnya didahulukan ialah:

Tiada Sahabat, Tiada Ahl Al-Bait

Dengan maksud tiada sebarang perbalahan dan permusuhan antara kedua-dua golongan sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh Syi’ah. Ini terbukti bila Sayyidina Ali r.a. sendiri bersama-sama dengan khalifah yang tiga Abu Bakr, Umar, Uthman r.a. dalam menegakkan khilafah dan Negara Islam Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Dan ahl al-bait ketika itu dan selepasnya turut sama berperang, berjihad di bawah payung pemerintah umat Islam. Umpamanya Ali r.a. turut sama berperang di bawah pemerintahan Abu Bakr, Umar, Uthman r.a.. Begitu juga anak2 beliau Hasan dan Husain r.a. turut sama berperang di bawah pemerintahan Uthman dan Mu’awiyah r.a. seperti dalam pembukaan Konstantinapel yang dikepalai oleh Yazid bin Mu’awiyah.

Dan selepas itu berlaku hubungan persemendaan yang telah terbukti dalam sejarah antara ahl al-bait dengan Bani Umayyah.

Sila hidupkan laungan ini dahulu
Tiada Sahabat Tiada Ahl Al-Bait

Dan akan muncul pula laungan-laungan yang lain selepas itu….

Dan selepas itu kita akan dapat sama-sama dapat melihat titik-titik persaudaraan dan tiada lagi 2 firqah sebaliknya hanya satu sahaja.
baca seterusnya "Tiada Syi’ah Tiada Sunnah"

Ulama Ahl As-Sunnah Menolak Riwayat Ahl Al-Bait?

Ulama Ahl As-Sunnah Menolak Riwayat Ahl Al-Bait?

Kita sering mendengar rengekan golongan Syi’ah yang mengatakan ulama ASWJ tidak mengambil riwayat dari Ahl al-Bait Nabi s.a.w.. Apakah benar dakwaan tersebut?

Apakah sidia ini termasuk dalam golongan tersebut:

Kerana, saya hanya menggali dari sumber ahlus sunnah wal jamaah SAHAJA. Iaitu Sunan Tirmidzi dan Musnad Imam Ahmad. Jika saudara mencari dalam kitab-kitab hadis sunni yang lain apakah ada sebarang hadis yang diriwayatkan oleh keluarga Rasulullah saw tentang baginda, kita hampir tidak menemui apa-apa pun. Ya keluarga baginda bergelumang dengan Nabi Muhammad siang malam tetapi hampir tiada rakaman dan riwayat daripada keluarganya. Tentu aneh. Tentu onesided. Menurut pandangan saya, kitab-kitab hadis besar 'kita' (ya saya sunni) onesided terhadap ahlul bait. Tahukah saudara dalam beribu-ribu hadis sahih yang dihimpun oleh Imam Bukhari dan Muslim, jumlah hadis yang diambil daripada Sayyidah Fatimah Zahra tidak sampai sepuluh buah pun. Saya tidak dapat membina kes doublesided dalam Kopitiam Ghadir kerana sumber saya sendiri sudah memang onesided.

http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/kopitiam-ghadir-menjawab-rebecca.html

Mengapa golongan Syi’ah beranggapan sedemikian? Mungkin kerana mereka tidak melihat sendiri apa yang terkandung di dalam kitab-kitab hadith ASWJ. Mereka hanya terpedaya dengan apa yang didakyahkan oleh pendakyah-pendakyah mereka.

Dalam ertikata lain mereka lebih rela diTAQIYYAHkan oleh syaitan-syaitan/pemuka-pemuka mereka sahaja tanpa mahu meneliti sendiri dan mengkaji sendiri perkara sebenarnya.

Mari kita tengok.. tak payah tengok banyak. Dua kitab iaitu Bukhari, Muslim pun dah cukup.

Riwayat Ali r.a.:
و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ عَنْ شُعْبَةَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ أَنَّهُ سَمِعَ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَخْطُبُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَيَّ يَلِجْ النَّارَ

Riwayat Sayyidina Ali r.a. melalui toriq Muhammad al-Baqir.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا مُطَرِّفٌ أَنَّ عَامِرًا حَدَّثَهُمْ عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قُلْتُ لِعَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ مِنْ الْوَحْيِ إِلَّا مَا فِي كِتَابِ اللَّهِ قَالَ لَا وَالَّذِي فَلَقَ الْحَبَّةَ وَبَرَأَ النَّسَمَةَ مَا أَعْلَمُهُ إِلَّا فَهْمًا يُعْطِيهِ اللَّهُ رَجُلًا فِي الْقُرْآنِ وَمَا فِي هَذِهِ الصَّحِيفَةِ قُلْتُ وَمَا فِي الصَّحِيفَةِ قَالَ الْعَقْلُ وَفَكَاكُ الْأَسِيرِ وَأَنْ لَا يُقْتَلَ مُسْلِمٌ بِكَافِرٍ
Riwayat al-Bukhari.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ ح و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ زِرٍّ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ وَالَّذِي فَلَقَ الْحَبَّةَ وَبَرَأَ النَّسَمَةَ إِنَّهُ لَعَهْدُ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيَّ أَنْ لَا يُحِبَّنِي إِلَّا مُؤْمِنٌ وَلَا يُبْغِضَنِي إِلَّا مُنَافِقٌ
Riwayat Muslim

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ وَهُشَيْمٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُنْذِرِ بْنِ يَعْلَى وَيُكْنَى أَبَا يَعْلَى عَنْ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ
Dan
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَحَرْمَلَةُ قَالَا أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حُنَيْنٍ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ قَالَ نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا
Dan
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي عَلِيُّ بْنُ حُسَيْنٍ أَنَّ حُسَيْنَ بْنَ عَلِيٍّ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَرَقَهُ وَفَاطِمَةَ بِنْتَ النَّبِيِّ عَلَيْهِ السَّلَام لَيْلَةً فَقَالَ أَلَا تُصَلِّيَانِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْفُسُنَا بِيَدِ اللَّهِ فَإِذَا شَاءَ أَنْ يَبْعَثَنَا بَعَثَنَا
Bukhari. Muslim pula:
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ أَنَّ الْحُسَيْنَ بْنَ عَلِيٍّ حَدَّثَهُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَرَقَهُ وَفَاطِمَةَ فَقَالَ أَلَا تُصَلُّونَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّمَا أَنْفُسُنَا بِيَدِ اللَّهِ فَإِذَا شَاءَ أَنْ يَبْعَثَنَا بَعَثَنَا

Riwayat melalui toriq Ali Zain al-Abidin dan Sayyidina Husain r.a.

Ni baru belek berapa muka surat je.. kalu nak tengok lebih lagi pakat-pakat belek lagi la.

Kemudian kita tengok riwayat melalui toriq Muhammad al-Baqir dan Ja’far as-Sadiq:

و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كُنَّا نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَرْجِعُ فَنُرِيحُ نَوَاضِحَنَا قَالَ حَسَنٌ فَقُلْتُ لِجَعْفَرٍ فِي أَيِّ سَاعَةٍ تِلْكَ قَالَ زَوَالَ الشَّمْسِ

Dan

و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ
جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ وَيَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى

Dan

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ يَعْنِي ابْنَ بِلَالٍ عَنْ جَعْفَرٍ وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ أَنَّهُ سَمِعَ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ الرِّيحِ وَالْغَيْمِ عُرِفَ ذَلِكَ فِي وَجْهِهِ وَأَقْبَلَ وَأَدْبَرَ فَإِذَا مَطَرَتْ سُرَّ بِهِ وَذَهَبَ عَنْهُ ذَلِكَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ إِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَكُونَ عَذَابًا سُلِّطَ عَلَى أُمَّتِي وَيَقُولُ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ رَحْمَةٌ

Dan

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الْمَجِيدِ حَدَّثَنَا جَعْفَرٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَامَ الْفَتْحِ إِلَى مَكَّةَ فِي رَمَضَانَ فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الْغَمِيمِ فَصَامَ النَّاسُ ثُمَّ دَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ فَرَفَعَهُ حَتَّى نَظَرَ النَّاسُ إِلَيْهِ ثُمَّ شَرِبَ فَقِيلَ لَهُ بَعْدَ ذَلِكَ إِنَّ بَعْضَ النَّاسِ قَدْ صَامَ فَقَالَ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ


Ni baru belek sikit juga. Hanya dalam Muslim sahaja.. rajin-rajinlah belek muka-muka surat seterusnya. Jangan asyik dok jadi mangsa TAQIYYAH penjahat-penjahat tu.



Berkenaan riwayat daripada Sayyidah Fatimah az-Zahra r.a., mengapa tidak banyak riwayat beliau di dalam kitab-kitab ASWJ?

Sebelum saya memanjangkan bicara, ingin saya bertanya kepada Faisal Tehrani: berapakan riwayat Sayyidah Fatimah r.a. di dalam kitab-kitab Syi’ah sendiri?
Bolehkan Faisal kemukakan satu riwayat beliau di dalam jilil pertama kitab al-Kafi? Di dalam jilid-jilid yang lain saya tak pasti.

Kalau begitu bolehkah saya mengatakan bahawa Syi’ah tidak menyayangi beliau?

Kalau riwayat tentang kisah mengenai beliau, tak perlu membelek kitab-kitab hadith Syi’ah kerana di dalam kitab-kitab hadith ASWJ sudahpun memadai. Sebagai contoh mari kita lihat apa yang terdapat di dalam kitab Bukhari dan Muslim:

Kisah Fatimah r.a. membasuh darah Nabi s.a.w.

عَنْ سَهْلٍ قَالَ لَمَّا كُسِرَتْ بَيْضَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى رَأْسِهِ وَأُدْمِيَ وَجْهُهُ وَكُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ وَكَانَ عَلِيٌّ يَخْتَلِفُ بِالْمَاءِ فِي الْمِجَنِّ وَكَانَتْ فَاطِمَةُ تَغْسِلُهُ فَلَمَّا رَأَتْ

Kisah beliau membela Nabi s.a.w.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي ظِلِّ الْكَعْبَةِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ وَنَاسٌ مِنْ قُرَيْشٍ وَنُحِرَتْ جَزُورٌ بِنَاحِيَةِ مَكَّةَ فَأَرْسَلُوا فَجَاءُوا مِنْ سَلَاهَا وَطَرَحُوهُ عَلَيْهِ فَجَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَلْقَتْهُ عَنْهُ فَقَالَ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ لِأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ

Kisah beliau akur terhadap apa yang diberikan oleh Nabi s.a.w.

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ اشْتَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ الرَّحَى مِمَّا تَطْحَنُ فَبَلَغَهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِسَبْيٍ فَأَتَتْهُ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَلَمْ تُوَافِقْهُ فَذَكَرَتْ لِعَائِشَةَ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ عَائِشَةُ لَهُ فَأَتَانَا وَقَدْ دَخَلْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا لِنَقُومَ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَاهُ إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَإِنَّ ذَلِكَ خَيْرٌ لَكُمَا مِمَّا سَأَلْتُمَاهُ

Riwayat ‘Aisyah r.a. memuji Fatimah r.a.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ أَقْبَلَتْ فَاطِمَةُ تَمْشِي كَأَنَّ مِشْيَتَهَا مَشْيُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرْحَبًا بِابْنَتِي ثُمَّ أَجْلَسَهَا عَنْ يَمِينِهِ

Manaqib Fatimah r.a.

عَنْ الْمِسْوَرِ بْنِ مَخْرَمَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَاطِمَةُ بَضْعَةٌ مِنِّي فَمَنْ أَغْضَبَهَا أَغْضَبَنِي

Semuanya merupakan puji-pujian terhadap Fatimah r.a.. Ini baru satu kitab iaitu sahih al-Bukhari. Kalu nak bawa semua naik juling pula mata si-Faisal tu. Kalu nak tahu yang dalam kitab-kitab hadith ASWJ dalam kitab sama dan yang lain lagi dipersilakan cari sendiri.

Tentang mengapa Fatimah r.a. tidak banyak meriwayatkan hadith..
Nak tanya satu soalan dulu:
Berapa lama Fatimah r.a. hidup selepas kewafatan Nabi s.a.w.?
Lepas tu baru boleh bagi jawapan.
baca seterusnya "Ulama Ahl As-Sunnah Menolak Riwayat Ahl Al-Bait?"