02 Januari 2011

Di Sebalik Kata-Kata....(1)

Di Sebalik Kata-Kata……

Berita penangkapan 200 orang penganut Syi’ah oleh Jab. Agama Islam Selangor telah menjadi satu isu yang begitu hangat diperkatakan. Saya tidak mahu membicarakan panjang lebar tentang siapakah Syi’ah dan bagaimanakah pegangan mereka kerana ianya boleh didapati dengan begitu banyak dalam blog ini seperti:

http://abunaaielah.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

dan artikel-artikel lain dalam blog ini dan lain-lain.

Yang hendak saya perkatakan di sini ialah sedikit ulasan, huraian, bantahan dan sebagainya di sebalik kata-kata yang diucapkan oleh encik Kamil Zuhairi daripada temuramah beliau dengan Malaysia kini terhadap apa yang berlaku:
Mari kita sama-sama menonton video ini dan kita buat rumusan kepadanya:



Minit kelima: tidak pasti siapakah yang dimaksudkan oleh Kamil Zuhairi. Kalau yang dimaksudkan penganut agama Hindu, maka tindakan terhadap kedua-dua golongan itu tidak sama. Walaupun pegangan penganut agama Hindu dan agama-agama lain berbeza dengan pegangan ASWJ namun pegangan mereka tidak mengancam akidah ASWJ. Berbeza dengan pegangan golongan Syi’ah, setiap pegangan atau akidah mereka berbeza dengan pegangan ASWJ. Antara contohnya ialah apa yang disebut oleh Kamil Zuhairi sendiri dalam video tersebut. akan diulas nanti.

Sebaliknya kalau yang dimaksudkan adalah Qadiani, maka tindakan sama mesti diambil terhadap golongan tersebut sebagaimana tindakan yang dibuat terhadap penganut ajaran Syi’ah. Kita berharap Jais tidak berhenti setakat ini sahaja.

Minit 5.22: Imam Ja’far as-Sadiq guru kepada imam as-Syafi’e. Bahkan Syi’ah mendakwa guru kepada keempat-empat imam mazhab fiqh ASWJ. Tetapi yang peliknya semua anak murid adalah ASWJ bahkan imam-imam ASWJ dalam akidah dan feqah tetapi guru pula adalah Syi’ah dalam kedua-duanya?? Mengapa tiada murid Imam Ja’far as-Sadiq yang dikenali sebagai tokoh dalam ajaran Syi’ah?? Sama-sama kita meneliti dan mengkaji mana lebih tepat.. Imam Ja’far as-Sadiq adalah termasuk tokoh ASWJ juga mengikut fahaman ASWJ. Kerana itu terdapat begitu banyak riwayat-riwayat di dalam kitab-kitab hadith ASWJ melalui periwayatan beliau dan begitu juga terdapat banyak nukilan ulama daripada beliau di dalam kitab-kitab feqah ASWJ yang menyerupai pendapat ulama ASWJ yang lain.. atau beliau adalah tokoh Syi’ah sebagaimana yang didakwa dan dihubungkan ajaran oleh Syi’ah kepada mereka... selamat mengkaji…

Minit 6.41: sebab-sebab kesesatan Syi’ah..
Sila layari blog ini dan web-web yang lain yang mendedahkan kesesatan Syi’ah dan perbezaan akidah ASWJ berdasarkan kitab-kitab mereka sendiri. Buktinya di sini…

http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93

dan dengar dari mulut Syi'ah melayu sendiri perbezaan antara ASWJ dan Syi'ah:



Minit 7.51: perkataan Syi’ah terdapat dalam al-Quran..
Hujah yang langsung tidak ilmiah. Perkataan syi’ah memanglah terdapat dalam al-Quran kerana ia dari bahasa Arab dan al-Quran juga dalam bahasa Arab.. bahkan perkataan ‘ajam pun terdapat di dalam al-Quran seperti Fir’aun, Adam dll. Itu bukan menunjukkan kebenaran.

Bagaimana pula dengan perkataan Syi’ah ini yang juga terdapat di dalam al-Quran:


ثُمَّ لَنَنزِعَنَّ مِن كُلِّ شِيعَةٍ أَيُّهُمْ أَشَدُّ عَلَى الرَّحْمَنِ عِتِيًّا * ثُمَّ لَنَحْنُ أَعْلَمُ بِالَّذِينَ هُمْ أَوْلَى بِهَا صِلِيًّا



"Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan (syi’ah), mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka. # Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api Neraka itu."

Termasuk yang akan dibakar dalam neraka ialah syi’ah menganut fahaman sebagaimana pegangan Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah atau Ja’fariah.

Begitu juga ayat ini:

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلانِ هَذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ

"Dan masuklah dia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya (syi’ah Musa) sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya (syi’ah Fir’aun). Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya)". (al-Qashash 15)

Syi’ah mana pula yang dijadikan dalil oleh Kamil Zuhairi daripada ayat ini? Syi'ah Musa  atau Syi'ah Fir'aun...

Kalau adanya sesuatu perkataan di dalam al-Quran menunjukkan kebenaran golongan yang dinisbahkan kepada perkataan tersebut, pengikut Qadiani lebih menepati kebenaran kerana nama pemimpin atau pengasas ajaran yang dianuti mereka dengan jelas disebutkan di dalam al-Quran sebagai rasul yang dijanjikan selepas Nabi Isa a.s. (sebenarnya yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah Nabi Muhammad s.a.w.). Ayat tersebut berbunyi:

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ

Bermaksud:" Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata! "(As-Saff-6)

Minit 8.05:Tafsiran kepada ayat tu dalam tafsir mana ye… Insyaallah kita akan bongkarkan

Minit 8.35: memang bukan Syi’ah Rasulullah s.a.w. dan bukan Syi’ah Ali r.a. tetapi Syi’ah ini..
http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93

Iaitu Syi’ah Imamiyyah atau Syi’ah Ja’fariah yang mendakwa ajaran mereka adalah ajaran Ali bin Abi Talib r.a..

0 ulasan: