11 Januari 2011

Segelintir Syi’ah Memang Sesat?

Segelintir Syi’ah Memang Sesat.

Tajuk di atas bukan merupakan pandangan saya tetapi…

Tajuk di atas saya pinjam dari kata-kata seorang blogger melayu dalam blog beliau:

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/01/saya-akui-dalam-beberapa-hal-segelintir.html

Antara kata-kata beliau ialah:

Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan saat hari Asyura dia mencederakan dirinya dengan parang atau pisau, maka saya cadangkan anda lepuk mukanya kerana confirmlah dia itu sesat. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah mengharamkan matam berdarah, klik sini.

Mari kita lihat yang dikatakan segelintir itu:

Syi'ah di Iran



di Karbala



mungkin FT kata ni Syi'ah yg dibawa oleh Amerika kot??

di Afghanistan:



di Lubnan





Di Negara jiran kita Thailand.



juga di negara jiran kita lain Indonesia



mungkin tahap kesesatan syi'ah indonesia belum mencapai kemuncak mengikut FT.

dan tuan puan boleh melihat sambutan asyura / ma'tam Syi'ah di seluruh dunia di tempat pengikut Syi'ah ramai sebagaimana video2 di atas.


Kalau begitulah keadaan Syi’ah di serata dunia, maka kita nak bertanya FT beberapa soalan:
 Di manakah Syi’ah yang tidak sesat?
 Dari manakah Syi’ah yang sesat kerana melakukan upacara mencederakan diri sebagaimana dalam video-video di atas mengambil ajaran mereka? Apakah tidak sama dengan ajaran Syi’ah Iran, Iraq, Afghanistan, Pakistan?
 Apakah nama Syi’ah yang tidak sesat sebagaimana yang terdapat di Negara kita dan apakah nama Syi’ah yang sesat sebagaimana dalam video2 di atas?
 Apakah perbezaan antara Syi’ah Thailand yang sesat kerana mencederakan diri dengan Syi’ah Malaysia yang tidak sesat kerana tidak melakukan upacara tersebut? apakah sumber ajaran yang diambil dari penganut Syi’ah dari kedua-dua Negara ini berbeza dan apakah perbezaan nama antara kedua-duanya?

Apakah Syi'ah Thailand dahulunya tidak sesat kerana belum melakukan upacara seperti dalam video di atas tetapi sekarang baru sesat kerana melakukan upacara tersebut.. Syi'ah Malaysia pula bagaimana??


berhentilah membohongi umat Islam. tinggalkanlah perangai syaitan yang kerjanya mahu menyesatkan manusia dengan prinsip kalau tak boleh menipu semua umat Islam boleh sedikit pun tak apa.

lihat artikel tentang taqiyyah:
http://abunaaielah.blogspot.com/2008/09/santai-taqiyyah.html
http://abunaaielah.blogspot.com/2008/12/santai-2-taktik-taqiyyah-syiah.html
dan lain2 artikel tentang taqiyyah

dan fahami betul2 permainan taqiyyah ini


jangan lupa download risalah tentang Syi'ah di

http://www.darulkautsar.net/images/risalahsyiah.pdf
baca seterusnya "Segelintir Syi’ah Memang Sesat?"

02 Januari 2011

Di Sebalik Kata-Kata....(2)

Di Sebalik Kata-Kata……
Sambungan dari yang pertama:



Minit 10.23:

Kamil mula menceritakan perbezaan antara ASWJ dengan Syi’ah.. apakah perbezaan dalam perlantikan khilafah merupakan perbezaan furu’ atau cabangan.

Bagaimana akan berlaku kesatuan kalau satu pihak mendakwa bahawa khalifah yang sah adalah Sayyidina Abu Bakar r.a. serta dua khalifah selepasnya dan satu pihak lagi mengatakan khalifah yang hak adalah Sayyidina Ali r.a.? apakah boleh golongan Syi’ah mengatakan khalifah yang hak adalah Ali r.a. tetapi Abu Bakar r.a. juga khalifah yang hak. Bagaimana dalam satu masa boleh diterima dua orang khalifah yang hak.
Walaupun cuba bertaqiyyah namun terbuka juga pekung di dada Kamil yang menunjukkan perbezaan antara ASWJ dengan Syi’ah.

Berkenaan hadith Ghadir Khum insyaallah saya akan cuba untuk menyiapkan artikel yang terbengkalai sejak lama..

Minit 12.43:
Siapa pula yang mentohmah Sy. Ali r.a. dalam kes pemberontakan terhadap Sy. Osman r.a.. Yang dipersalahkan dan memang terlibat ialah Abdullah bin Saba’ dan kuncu-kuncunya yang telah menaburkan fitnah kepada Sy. Osman r.a. dan fitnah tersebut kemudiannya disambut oleh Syi’ah.

Minit 13.32: berkenaan hadith dua belas khalifah:
http://abunaaielah.blogspot.com/2008_04_01_archive.html

Minit 14.50:
Sangat melucukan… mungkin dailog Hasan r.a. dengan Mu'awiayah r.a.: saya berikan khilafah ini dengan syarat awak mengembalikan kepada saya jika awak nak mati.. apakah ini satu kemuliaan atau penghinaan kepada Sy. Hasan r.a.

Persoalan:
1. Syi’ah mengatakan Sayyidina Hasan r.a. adalah imam kedua mereka selepas Sayyidina Ali r.a.. Imam merupakan orang yang paling alim, bijak, pandai memimpin dan sebagainya pada zamannya. Kalau begitulah sifat imam kenapa beliau memberikan kepada orang yang kurang daripadanya. Bukankah ini khianat kepada umatnya namanya.
2. Syi’ah mengatakan Mu’awiyah adalah seorang yang zalim. Kalau begitu mengapa Hasan r.a. memberikan khilafah kepada Mu’awiyah r.a.. bukankah ini juga perbuatan khianat.. begitu juga mengapa memberikan kepercayaan bahawa ia akan mengembalikan semula khilafah kepadanya.
3. Menyerahkan khilafah kepada Mu’awiyah yang zalim menyebabkan penerusan khilafah kepada Bani Umayyah. Kalau begitu bermakna Hasan r.a. lah yang menjadi punca kepada berlaku pelbagai peristiwa selepas itu. Bukankah imam maksum di sisi Syi’ah mengetahui segala perkara sama ada yang lalu dan akan datang. Apakah beliau tidak mengetahui apa yang berlaku itu? Kalau begitu ia bercanggah dengan akidah Syi’ah tentang imam mereka sendiri.
4. Bila perjanjian telah ada mengapa Imam Hasan r.a. tidak berkeras untuk merampas jawatan itu daripada Yazid? Dan mengapa pula Imam Husain r.a. berkeras sehingga memberontak mahu merampasnya? Ijtihad siapakah yang benar? Bukankah ijtihad imam maksum Syi’ah adalah benar? Kalau begitu siapakah yang sebenarnya layak sebagai imam antara kedua beradik itu?


Jalan perdamaian ialah: yang pertama ialah jadikan Sayyidina Hasan r.a. yang mengadakan perdamaian dengan Mu’awiyah r.a. sebagai ikutan dan dijadikan hari tersebut sebagai perayaan. Bukan dengan menjadikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain r.a. sebagai ingatan yang diulang-ulang:

Sila baca di sini:

http://abunaaielah.blogspot.com/2008/01/di-sebalik-tragedi-muharram.html

baca juga di sini
http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=195

seterusnya untuk berdamai antara sunnah dan syi’ah adalah dengan meninggalkan segala akidah syi’ah yang bercanggah dengan ASWJ dan meninggalkan cacimaki serta mengkafirkan sahabat-sahabat r.a. sebagaimana ASWJ menerima kesemua sahabat dan Ahlul bait Nabi s.a.w.

minit 16.58: fatwa Khomeini tentang mencederakan diri.
Kalau begitu Syi’ah mana yang mengikut fatwa Khomeini itu? Begitu juga dengan fatwa ulama Syi’ah yang lain.
Syi’ah seluruh dunia di mana terdapat ramai Syi’ah pasti akan mengadakan upacara mencederakan diri ini. Kalau begitu di mana terdapat Syi’ah yang berpegang kepada fatwa ulama mereka itu? Contohnya lihat apa yang dilakukan Syi’ah di Bangkok ini



Begitu juga bahkan lebih teruk lagi apa yang dilakukan oleh Syi’ah di seluruh dunia.
Baca sedikit petikan ini:
Akan tetapi ada di kalangan ulama Syi'ah mengharuskan amalan tersebut. Di antara mereka Ayatullah Al-Uzma Jawad At-Tibrizi mengatakan, "Syi'ah pada zaman Imam-imam a.s. hidup dalam keadaan taqiyyah (menyembunyikan pegangan mereka serta menyatakan tidak sebagaimana yang dianuti). Oleh itu tidak terdapatnya syiar-syiar sebegini pada zaman mereka bukan menunjukkan amalan tersebut tidak di syariatkan untuk zaman ini. Andaikata Syi'ah pada zaman mereka hidup di zaman ini sudah tentu mereka akan melakukan sebagaimana yang kita lakukan ini seperti menaikkan bendera-bendera hitam dalam menghidupkan upacara mengingati Imam Husain begitu juga di rumah-rumah untuk menyatakan kesedihan".(Lampiran Siratun Najah Imam Khu’ie jilid 2 hal 562 soalan 1741).

Daripada fatwa yang dinyatakan oleh At-Tibrizi tersebut timbul satu persoalan, "Bukankah Imam Maksum menyuruh supaya kamu menyembunyikan agama kamu kerana ianya membawa kepada kemulian sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Kulaini di dalam kitab paling sahih di sisi Syi'ah iaitu Al-Kafi daripada Imam Jaa'far As-Sadiq a.s. bahawa ia berkata kepada Sulaiman bin Khalid, "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang mana sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menzahirkannya akan dihina oleh Allah. (Al-Kafi jilid 2 hal 223)

Berdasarkan kepada dua hadis melalui riwayat Ahlus Sunnah dan fatwa daripada At-Tibrizi di atas, berlaku pertembungan antara Ahlus Sunnah dan Syi'ah dalam persoalan berkaitan ratapan dan perkabungan ini. Bagaimana pula pendapat Imam-imam Ahlul Bait? Apakah ianya bertepatan dengan apa yang diamalkan oleh penganut Syi'ah sekarang atau sebaliknya? Untuk mengetahui pegangan mereka perlulah dilakukan kajian berdasarkan kitab-kitab muktabar Syi'ah sendiri.

Di dalam Nahjul Balaghah, Syarif Radhi mengemukakan kata-kata Sayyidina Ali r.a. yang bermaksud,"Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalannya".(Nahjul Balaghah juz 4 hal. 34). Al-Kulaini juga mengemukakan kata-kata yang sama daripada Imam Jaa'far As-Sadiq.(Al-Kafi jilid 3 hal 225). Sayyidina Ali r.a. juga menghubungkan amalan tersebut dengan amalan jahiliyyah sebagaimana yang dinukilkan oleh Mulla Baqir Al-Majlisi dengan katanya,"Tiga perkara termasuk dari amalan jahiliyyah di mana manusia melakukannya secara berterusan, memohon hujan dengan bintang, mencela keturunan orang lain dan meratapi kematian seseorang."(Biharul Anwar jilid 82 hal 101). Ibnu Babuwaih Al-Qummi yang digelarkan dengan As-Saduq (seorang yang sangat benar) menyebutkan bahawa antara ucapan Rasulullah s.a.w. ialah "Meratap termasuk dari amalan Jahiliyyah".(Man Laa Yahdhurul Faqih jilid 4 hal 271). Di tempat yang lain beliau menukilkan kata-kata Imam Ali yang bermaksud,"Jangan memakai pakaian hitam kerana ia adalah pakaian Fir'aun". (ibid hal 51)

Apa yang dikemukakan diatas merupakan sebahagian riwayat daripada Imam-imam Ahlul Bait yang jelas mengeluarkan amalan tersebut daripada ajaran Islam. Bahkan jika dinilai amalan tersebut ianya langsung tidak bersesuaian dengan agama Islam yang suci dan fitrah manusia. Fitrah yang suci sudah pasti tidak akan dapat menerima sesuatu amalan yang mendatangkan siksaan serta kesakitan kepada tubuh badan sebagai satu ajaran agama yang suci.
http://abunaaielah.blogspot.com/2008/01/di-sebalik-tragedi-muharram.html
baca seterusnya "Di Sebalik Kata-Kata....(2)"

Di Sebalik Kata-Kata....(1)

Di Sebalik Kata-Kata……

Berita penangkapan 200 orang penganut Syi’ah oleh Jab. Agama Islam Selangor telah menjadi satu isu yang begitu hangat diperkatakan. Saya tidak mahu membicarakan panjang lebar tentang siapakah Syi’ah dan bagaimanakah pegangan mereka kerana ianya boleh didapati dengan begitu banyak dalam blog ini seperti:

http://abunaaielah.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

dan artikel-artikel lain dalam blog ini dan lain-lain.

Yang hendak saya perkatakan di sini ialah sedikit ulasan, huraian, bantahan dan sebagainya di sebalik kata-kata yang diucapkan oleh encik Kamil Zuhairi daripada temuramah beliau dengan Malaysia kini terhadap apa yang berlaku:
Mari kita sama-sama menonton video ini dan kita buat rumusan kepadanya:



Minit kelima: tidak pasti siapakah yang dimaksudkan oleh Kamil Zuhairi. Kalau yang dimaksudkan penganut agama Hindu, maka tindakan terhadap kedua-dua golongan itu tidak sama. Walaupun pegangan penganut agama Hindu dan agama-agama lain berbeza dengan pegangan ASWJ namun pegangan mereka tidak mengancam akidah ASWJ. Berbeza dengan pegangan golongan Syi’ah, setiap pegangan atau akidah mereka berbeza dengan pegangan ASWJ. Antara contohnya ialah apa yang disebut oleh Kamil Zuhairi sendiri dalam video tersebut. akan diulas nanti.

Sebaliknya kalau yang dimaksudkan adalah Qadiani, maka tindakan sama mesti diambil terhadap golongan tersebut sebagaimana tindakan yang dibuat terhadap penganut ajaran Syi’ah. Kita berharap Jais tidak berhenti setakat ini sahaja.

Minit 5.22: Imam Ja’far as-Sadiq guru kepada imam as-Syafi’e. Bahkan Syi’ah mendakwa guru kepada keempat-empat imam mazhab fiqh ASWJ. Tetapi yang peliknya semua anak murid adalah ASWJ bahkan imam-imam ASWJ dalam akidah dan feqah tetapi guru pula adalah Syi’ah dalam kedua-duanya?? Mengapa tiada murid Imam Ja’far as-Sadiq yang dikenali sebagai tokoh dalam ajaran Syi’ah?? Sama-sama kita meneliti dan mengkaji mana lebih tepat.. Imam Ja’far as-Sadiq adalah termasuk tokoh ASWJ juga mengikut fahaman ASWJ. Kerana itu terdapat begitu banyak riwayat-riwayat di dalam kitab-kitab hadith ASWJ melalui periwayatan beliau dan begitu juga terdapat banyak nukilan ulama daripada beliau di dalam kitab-kitab feqah ASWJ yang menyerupai pendapat ulama ASWJ yang lain.. atau beliau adalah tokoh Syi’ah sebagaimana yang didakwa dan dihubungkan ajaran oleh Syi’ah kepada mereka... selamat mengkaji…

Minit 6.41: sebab-sebab kesesatan Syi’ah..
Sila layari blog ini dan web-web yang lain yang mendedahkan kesesatan Syi’ah dan perbezaan akidah ASWJ berdasarkan kitab-kitab mereka sendiri. Buktinya di sini…

http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93

dan dengar dari mulut Syi'ah melayu sendiri perbezaan antara ASWJ dan Syi'ah:



Minit 7.51: perkataan Syi’ah terdapat dalam al-Quran..
Hujah yang langsung tidak ilmiah. Perkataan syi’ah memanglah terdapat dalam al-Quran kerana ia dari bahasa Arab dan al-Quran juga dalam bahasa Arab.. bahkan perkataan ‘ajam pun terdapat di dalam al-Quran seperti Fir’aun, Adam dll. Itu bukan menunjukkan kebenaran.

Bagaimana pula dengan perkataan Syi’ah ini yang juga terdapat di dalam al-Quran:

ثُمَّ لَنَنزِعَنَّ مِن كُلِّ شِيعَةٍ أَيُّهُمْ أَشَدُّ عَلَى الرَّحْمَنِ عِتِيًّا * ثُمَّ لَنَحْنُ أَعْلَمُ بِالَّذِينَ هُمْ أَوْلَى بِهَا صِلِيًّا



"Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan (syi’ah), mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka. # Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api Neraka itu."

Termasuk yang akan dibakar dalam neraka ialah syi’ah menganut fahaman sebagaimana pegangan Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah atau Ja’fariah.

Begitu juga ayat ini:

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلانِ هَذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ

"Dan masuklah dia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya (syi’ah Musa) sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya (syi’ah Fir’aun). Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya)". (al-Qashash 15)

Syi’ah mana pula yang dijadikan dalil oleh Kamil Zuhairi daripada ayat ini? Syi'ah Musa  atau Syi'ah Fir'aun...

Kalau adanya sesuatu perkataan di dalam al-Quran menunjukkan kebenaran golongan yang dinisbahkan kepada perkataan tersebut, pengikut Qadiani lebih menepati kebenaran kerana nama pemimpin atau pengasas ajaran yang dianuti mereka dengan jelas disebutkan di dalam al-Quran sebagai rasul yang dijanjikan selepas Nabi Isa a.s. (sebenarnya yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah Nabi Muhammad s.a.w.). Ayat tersebut berbunyi:

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ

Bermaksud:" Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata! "(As-Saff-6)

Minit 8.05:Tafsiran kepada ayat tu dalam tafsir mana ye… Insyaallah kita akan bongkarkan

Minit 8.35: memang bukan Syi’ah Rasulullah s.a.w. dan bukan Syi’ah Ali r.a. tetapi Syi’ah ini..
http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93

Iaitu Syi’ah Imamiyyah atau Syi’ah Ja’fariah yang mendakwa ajaran mereka adalah ajaran Ali bin Abi Talib r.a..
baca seterusnya "Di Sebalik Kata-Kata....(1)"