10 Oktober 2010

Umar Punca Zina Berleluasa?

Umar Punca Zina Berleluasa? (1)

Golongan Syi’ah yang sememangnya terkenal sebagai golongan yang bencikan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. sering menjaja kata-kata Sayyidina ‘Ali r.a. dan Ibnu ‘Abbas r.a. sebagai alasan untuk menyalahkan Sayyidina Umar r.a. sebagai punca berleluasanya zina di kalangan masyarakat Islam. Mari kita selidiki sejauh manakah riwayat-riwayat yang sering dijadikan rujukan mereka itu.

Pertama:

قال بن جريج وأخبرني من أصدق أن عليا قال بالكوفة لولا ما سبق من رأي عمر بن الخطاب أو قال من رأي بن الخطاب لأمرت بالمتعة ثم ما زنا إلا شقي

Ibnu Juraij berkata, orang yang saya percaya telah menceritakan kepada saya bahawa Ali bin Abi Talib telah berkata di Kufah: “Kalaulah tidak kerana pendapat Umar bin al-Khattab dahulu” atau ia berkata: “daripada pendapat Ibnu al-Khattab (yang mengharamkan mut’ah ) tentu aku akan menyuruh supaya melakukan mut’ah kemudian tidak melakukan zina kecuali orang yang celaka”.( Musannaf Abd’ ar-Razzak Bab Mut’ah)

Riwayat ini adalah dho’if kerana Ibnu Juraij tidak menjelaskan siapakah perawi yang meriwayatkan kepadanya. Walaupun beliau adalah perawi yang diterima oleh ulama tetapi mereka menolak riwayat seumpama ini daripada beliau. Antaranya:

وروى الاثرم، عن أحمد بن حنبل قال: إذا قال ابن جريج: قال فلان وقال فلان، وأخبرت، جاء بمناكير.
وإذا قال: أخبرني، وسمعت فحسبك به.
وروى الميموني عن أحمد إذا قال ابن جريج: " قال " فاحذره.

Al-Athram meriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal katanya: “Apabila Ibnu Juraij berkata si fulan berkata dan si fulan berkata dan telah diceritakan kepada saya bermakna dia telah membawa kisah-kisah yang munkar”. Dan bila ia meriwayatkan dengan menggunakan lafaz telah menceritakan kepada saya dan saya mendengar maka ianya sudah memadai untukmu. Maimuni telah meriwayatkan daripada Imam Ahmad bahawa apabila Ibnu Juraij meriwayatkan dengan menggunakan lafaz dia berkata maka berhati-hatilah dengan riwayat tersebut.( Siyar A’lam an-Nubalaa’ jil. 6 hal. 328)

Kerana itu di dalam kitab yang sama diriwayatkan tentang Ibnu Juraij:

وروى إسماعيل بن داود المخراقي، عن مالك بن أنس قال: كان ابن جريج حاطب ليل.

Isma’il bin Daud meriwayat dari Malik bin Anas katanya: “Ibnu Juraij adalah pencari kayu api pada waktu malam (Istilah yang digunakan ulama untuk mencederakan seseorang perawi iaitu seorang perawi yang tidak berhati-hati dalam menerima riwayat.)”.( Siyar A’lam an-Nubalaa’ jil. 6 hal. 329)

Kedua:

حدثنا محمد بن المثنى قال، حدثنا محمد بن جعفر قال، حدثنا شعبة، عن الحكم قال: سألته عن هذه الآية:"والمحصنات من النساء إلا ما ملكت أيمانكم" إلى هذا الموضع:"فما استمْتَعتم به منهن"، أمنسوخة هي؟ قال: لا = قال الحكم: وقال علي رضي الله عنه: لولا أن عمر رضي الله عنه نهى عن المتعة ما زنى إلا شَقِيٌّ.

Muhammad bin al-Muthanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja’far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam. Syu’bah berkata: “Saya bertanya al-Hakam tentang ayat ini (yang bermaksud) Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) adakah ia telah dimansukhkan? Al-Hakam menjawab: “Tidak”. Al-Hakam berkata lagi: Ali r.a. berkata: “Kalaulah Umar tidak melarang dari mut’ah tentu tidak berzina kecuali orang yang celaka”.( Tafsir at-Thabari jil. 8 hal. 178)
Sanad di dalam riwayat ini dari segi zohirnya tidak menunjukkan sebarang masalah. Kerana itulah ia dijadikan oleh Syi’ah sebagai riwayat yang paling kuat untuk mengukuhkan hujah mereka. Namun begitu kalau diperhatikan dengan teliti akan jelas di manakah letaknya penyakit atau masalah dalam sanad ini. Antaranya dengan meneliti riwayat dari perawi yang sama dalam riwayat yang lain di dalam kitab-kitab yang lain. Antaranya:

وَأَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ الْحَارِثِ الْفَقِيهُ أَخْبَرَنَا أَبُو مُحَمَّدِ بْنُ حَيَّانَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ أَخْبَرَنِى إِبْرَاهِيمُ بْنُ عُثْمَانَ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىٍّ قَالَ : لَيْسَ فِى جَوْهَرٍ زَكَاةٌ وَهَذَا مُنْقَطِعٌ وَمَوْقُوفٌ.

Abu Bakr bin al-Harith al-Faqih telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu Muhammad bin Hayyan telah menceritakan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Muhammad bin al-Hasan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu ‘Amir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Walid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Uthman telah menceritakan kepada saya daripada al-Hakam daripada ‘Ali r.a. katanya: “Tidak dikenakan zakat pada batu permata”. Hadith ini adalah munqati’ (bermaksud riwayat ini tidak bersambung rantaian perawi dalam sanadnya tetapi terputus iaitu di kalangan perawi ada yang tidak sempat dengan orang yang ia mengambil riwayat tersebut daripadanya) dan mauquf (bermaksud riwayat ini tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. tapi terhenti setakat sahabat sahaja seperti terhenti setakat Sayyidina ‘Ali r.a. dalam riwayat ini). (Sunan al-Baihaqi Bab Suatu Yang Tidak Kena Zakat Padanya)

وَحَدَّثَنَا عَبْدُ الْبَاقِى حَدَّثَنَا عَلِىُّ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنِ الْحَجَّاجِ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىٍّ قَالَ فِى الرَّهْنِ : يَتَرَادَّانِ الزِّيَادَةَ وَالنُّقْصَانِ. هَذَا مُنْقَطِعٌ {ج} الْحَكَمُ بْنُ عُتَيْبَةَ لَمْ يُدْرِكْ عَلِيًّا.

‘Abd al-Baqi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Ali bin Muhammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Musa bin Ismail telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hajjaj daripada al-Hakam daripada ‘Ali katanya tentang gadaian: “Kedua-duanya saling memulangkan lebihan dan kurang”. Riwayat ini adalah munqati’. Al-Hakam bin ‘Utaibah tidak sempat dengan ‘Ali. (Sunan al-Baihaqi Bab Gadaian Adalah Dijamin)

أَخْبَرَنَا أَبُو نَصْرِ بْنُ قَتَادَةَ أَخْبَرَنَا أَبُو الْفَضْلِ بْنُ خَمِيرُوَيْهِ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ نَجْدَةَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىٍّ وَعَبْدِ اللَّهِ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا فِى الْحُرِّ يَقْتُلُ الْعَبْدَ قَالاَ : الْقَوَدُ. هَذَا مُنْقَطِعٌ.

Abu Nasr bin Qatadah telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu al-Fadhl telah menceritakan kepada kami, katanya: Ahmad bin Najdah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa’id bin Mansur telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir telah meriwayatkan kepada kami daripada Mansur daripada ‘Ali dan ‘Abdullah r.a. tentang orang merdeka membunuh hamba, kedua-duanya berkata: “Dibunuh balas”. Hadith ini adalah munqati’. (Sunan al-Baihaqi Bab Tidak Boleh Membunuh Orang Merdeka Dengan Sebab Membunuh Hamba)


أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ أَنْبَأَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا حَبَّانُ عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ عَنْ سُفْيَانَ عَنِ الأَشْعَثِ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : إِذَا كَانَ لِرَجُلٍ عَبْدٌ فَأَعْتَقَ نِصْفَهُ لَمْ يُعْتَقْ مِنْهُ إِلاَّ مَا عَتَقَ. هَذَا مُنْقَطِعٌ.

Abu Abdullah al-Hafidz telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu al-Walid telah menceritakan kepada kami, katanya: al-Hasan bin Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Habban telah meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada al-Asy’ath daripada al-Hakam daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a. katanya: “Apabila seseorang mempunyai hamba lalu dia memerdekakan separuhnya maka hamba itu tidak mendeka kecuali sekadar yang ia merdekakan”. Hadith ini adalah munqati’. (Sunan al-Baihaqi Bab Orang Yang Memerdekakan Hambanya Separuh)


Riwayat al-Hakam iaitu bin ‘Utaibah daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a. adalah munqati’ (terputus sanadnya). Kerana itu riwayat tersebut adalah dho’if. Al-Muharibi juga menjelaskan bahawa yang meriwayatkan kata-kata Sayyidina ‘Ali r.a. tersebut ialah al-Hakam bin ‘Utaibah.

وروى الحكم بن عتيبة ، أن علياً رضي الله عنه قال : لولا أن عمر نهى عن المتعة ما زنى إلا شقيّ
Al-Hakam bin ‘Utaibah meriwayatkan bahawa ‘Ali r.a. berkata: “Kalaulah Umar tidak melarang dari mut’ah tentu tidak berzina kecuali orang yang celaka”. (Abu Muhammad ‘Abd al-Haq al-Andalusi al-Muharibi Al-Muharrah al-Wajiz jil. 2 hal. 104)

Yang tepat ialah al-Hakam ada mengambil riwayat daripada ‘Ali bin al-Husain iaitu ‘Ali Zain al-‘Abidin iaitu cucu Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ عَنْ مَرْوَانَ بْنِ الْحَكَمِ قَالَ شَهِدْتُ عُثْمَانَ وَعَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا وَعُثْمَانُ يَنْهَى عَنْ الْمُتْعَةِ وَأَنْ يُجْمَعَ بَيْنَهُمَا فَلَمَّا رَأَى عَلِيٌّ أَهَلَّ بِهِمَا لَبَّيْكَ بِعُمْرَةٍ وَحَجَّةٍ قَالَ مَا كُنْتُ لِأَدَعَ سُنَّةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِقَوْلِ أَحَدٍ

Muhammad bin Basyyar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ghundar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada ‘Ali bin Husain daripada Marwan bin al-Hakam katanya: “Saya sempat menyaksikan Uthman dan ‘Ali r.a. dan Uthman r.a. melarang daripada mut’ah (haji) iaitu menghimpunkan kedua-duanya. Bila ‘Ali r.a. melihat maka dia melakukan ihlal dengan kedua-duanya”. (Sahih al-Bukhari Kitab al-Hajj, Sunan al-Baihaqi Bab Harus Mengerjakan Haji Qiran, Musnad Ahmad Musnad Ali bin Abi Talib)

Dan diriwayatkan oleh Muslim:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ جَمِيعًا عَنْ غُنْدَرٍ قَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ عَنْ ذَكْوَانَ مَوْلَى عَائِشَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَرْبَعٍ مَضَيْنَ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ خَمْسٍ فَدَخَلَ عَلَيَّ وَهُوَ غَضْبَانُ

Abu Bakr bin Abi Syaibah, Muhammad bin al-Muthanna dan Ibnu Basyyar semua mereka telah meriwayatkan kepada daripada Ghundar, Ibnu al-Muthanna berkata: Muhammad bin Ja’far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada ‘Ali bin Husain daripada Zakwan maula ‘Aaisyah daripada ‘Aaisyah r.a. bahawa ia berkata… (Sahih Muslim Kitab al-Hajj)
Al-Hakam tidak menyebutkan dengan jelas siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Ali dalam setengah riwayat beliau kerana beliau adalah seorang mudallis (Iaitu perawi yang sering menyembunyikan perawi yang di atasnya iaitu tidak menyebutkan dengan jelas daripada siapakah ia mengambil sesuatu riwayat). Ini dijelaskan oleh ulama rijal seperti:
الحكم بن عتيبة ذكره غير واحد يدلس
Al-Hakam bin ‘Utaibah. Bukan seorang (ulama) yang menyebutkan bahawa dia selalu melakukan tadlis (Menyembunyikan perawi sebelumnya). (Jalaluddin as-Suyuthi Asmaa’ al-Mudallisin jil. 1 hal. 44)
الحكم بن عتيبة بن النهاس مولى امرأة من كندة من بنى عدى كوفى كنيته أبو محمد وقد قيل أبو عبد الله يروى عن أبي جحيفة وزيد بن أرقم روى عنه منصور وشعبة ولد سنة خمسين في ولاية معاوية ومات سنة خمس عشرة ومائة وقد قيل سنة ثلاث عشرة ومائة وكان يدلس
Al-Hakam bin ‘Utaibah bin an-Nahhas maula seorang perempuan daripada Kindah daripada Bani ‘Adi. Ahli Kufah. Kunyahnya ialah Abu Muhammad. Dikatakan Abu Abdillah. Dia mengambil riwayat daripada Abi Juhaifah dan Zaid bin Arqam. Mansur dan Syu’bah meriwayatkan daripadanya. Dilahirkan pada tahun lima puluh ketika zaman pemerintahan Mu’awiyah r.a. Meninggal dunia pada tahun seratus lima belas. Kata setengah ulama: seratus tiga belas. Sering melakukan tadlis. (Ibnu Hibban at-Thiqaat jil. 4 hal. 144)


الحكم بن عتيبة بالمثناة ثم الموحدة مصغرا أبو محمد الكندي الكوفي ثقة ثبت فقيه إلا أنه ربما دلس

Al-Hakam bin ‘Utaibah iaitu Abu Muhammad al-Kindi al-Kufi. Seorang yang dipercayai, teguh dan alim. Cuma dia sering melakukan tadlis. (Taqrib at-Tahzib jil. 1 hal. 263)

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang dikemukakan di atas jelaslah kepada kita bahawa riwayat yang dijadikan hujah oleh Syi’ah itu adalah riwayat yang dho’if kerana sanadnya terputus iaitu al-Hakam tidak sempat mendengar daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan beliau sendiri adalah seorang mudallis.



Bersambung: ‘Ali bin Husain bin ‘Ali tidak sempat meriwayatkan daripada datuknya dan riwayat daripada Ibnu ‘Abbas yang menyebutkan perkara sama.
baca seterusnya "Umar Punca Zina Berleluasa?"

04 Julai 2010

Kelebihan Rejab Berdasarkan Kitab-Kitab Syi’ah

Kelebihan Rejab Berdasarkan Kitab-Kitab Syi’ah

Kita sering mendengar pelbagai kelebihan khusus berkenaan bulan Rejab sama ada kelebihan berpuasa, amalan sunat, kelebihan malam-malam tertentu seperti malam dua puluh tujuh Rejab dan sebagainya. Namun begitu apakah kita semua mengetahui dari manakah punca kelebihan tersebut dan apakah yang menyebabkan bulan tersebut begitu istimewa sehingga hampir pasti menenggelamkan keistimewaan bulan Ramadhan yang merupakan bulan paling mulia di sisi kita.
Bulan Rejab sebenarnya merupakan antara bulan istimewa di sisi ajaran Syi’ah bahkan mungkin bulan paling utama di sisi mereka. Pelbagai kelebihan dinukilkan di dalam kitab-kitab utama mereka tentang kelebihan setiap malam dan amalan berkaitan dengannya kecuali beberapa malam sahaja kerana ia berkebetulan dengan peristiwa sedih di sisi mereka seperti malam kedua puluh lima kerana ia adalah malam kematian Imam Musa al-Kazim. Mereka mengisi bulan tersebut dengan pelbagai amalan sebagaimana kita Ahlus Sunnah mengisi bulan Ramadhan dengan pelbagai amalan sunat.
Apa yang dibimbangi ialah kita dalam keadaan tidak sedar sebenarnya mempromosi ajaran yang lain supaya ia tidak begitu susah untuk menyelinap masuk ke dalam masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Kelebihan Bulan Rejab Di Dalam Kitab-Kitab Syi’ah.

Antara kelebihan Rejab yang terdapat di dalam kitab-kitab Syi’ah:
روى أبان بن عثمان، عن كثير النوا عن أبي عبدالله عليه السلام قال: " إن نوحا عليه السلام ركب السفينة أول يوم من رجب فأمر عليه السلام من معه أن يصوموا ذلك اليوم، وقال: من صام ذلك اليوم تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام سبعة أيام أغلقت عنه أبواب النيران السبعة، ومن صام ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنان الثمانية، ومن صام خمسة عشر يوما أعطي مسألته، ومن زاده زاده الله عزوجل .

Aban bin Uthman meriwayatkan daripada Kathir bin al-Nawa daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Sesungguhnya Nuh a.s. menaiki bahtera pada hari pertama Rejab lalu baginda memerintahkan orang yang menaiki bersamanya supaya berpuasa pada hari tersebut sambil berkata: “Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan dijauhkan api neraka daripadanya selama setahun perjalanan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari (bulan Rejab) akan ditutup ketujuh-tujuh pintu neraka daripadanya dan sesiapa yang berpuasa lapan hari akan dibuka kepadanya kelapan-lapan pintu syurga untuknya. Sesiapa yang berpuasa selama lima belas hari akan diberikan segala permohonannya dan sesiapa yang menambahkan bilangan harinya Allah akan menambahkan untuknya (ganjaran)”(Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 92, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307. Kedua-dua kitab ini merupakan antara kitab paling sahih di sisi Syi’ah dan termasuk dalam kategori kitab yang dinamakan Sihah al-Arba’ah (empat kitab sahih))

وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب نهر في الجنة أشد بياضا من اللبن، وأحلى من العسل، فمن صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر ".

Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah satu sungai di dalam syurga yang lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai tersebut”.( Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93, Syeikh Al-Mufid Tahzib al-Ahkam jil. 4 hal. 307)

وقال أبوالحسن موسى بن جعفر عليهما السلام: " رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات، ويمحو فيه السيئات، من صام يوما من رجب تباعدت عنه النار مسيرة سنة، ومن صام ثلاثة أيام وجبت له الجنة ".

Abu al-Hasan Musa bin Ja’far a.s. berkata: “Rejab adalah bulan agung. Allah melipat gandakan kebaikan-kebaikan padanya dan Allah menghapuskan keburukan-keburukan padanya. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab akan dijauhkan api neraka daripadanya sejauh setahun perjalanan dan sesiapa yang berpuasa selama tiga hari wajiblah syurga untuknya”.(Ibnu Babuwaih al-Qummi Man La Yahdhuruhu al-Faqih Bab Pahala Berpuasa Bulan Rejab jil. 2 hal. 93)


Amalan Di Bulan Rejab.

Malam-malam Rejab dihiasi dengan pelbagai amalan di sisi Syi’ah. Satu contoh sahaja akan dikemukakan di sini iaitu amalan pada malam kedua puluh tujuh:

Malam kedua puluh tujuh merupakan malam yang diberkati kerana ia adalah malam kebangkitan Nabi s.a.w. sebagai rasul. Terdapat beberapa amalan khusus pada malam ini. Diriwayatkan daripada Abi Ja’far al-Jawad a.s. katanya: “Sesungguhnya pada bulan Rejab terdapat satu malam yang paling baik untuk manusia iaitu malam kedua puluh tujuh. Orang yang beramal pada malam tersebut dari kalangan Syi’ah kita akan memperolehi pahala amalan selama enam puluh tahun”. Beliau ditanya: “Apakah amalan tersebut? Lalu dijawab: “Bila engkau telah selesai sembahyang isya’ tidurlah seketika kemudian bangunlah pada mana-mana waktu sebelum tengah malam dan sembahyanglah sebanyak dua belas raka’at. Bacalah pada setiap raka’at al-Fatihah dan surah yang ringkas”.(Mafatih al-Jinan Bab Malam Kedua Puluh Tujuh Bulan Rejab)

Seterusnya dikemukakan doa untuk dibacakan selepas sembahyang tersebut.

Di antara amalan pada malam tersebut ialah:

1. Mandi sunat.
2. Berdoa sebanyak mungkin dan pohonlah apa jua hajat yang terlintas di hati kerana doa pada malam tersebut diperkenankan.
3. Ziarah atau membaca doa ziarah Amir al-Mukminin Ali bin Abi Thalib a.s. dan ini adalah amalan paling utama malam tersebut.
4. Memperbanyakkan zikir selepas tengah malam atau satu pertiga malam dengan zikir ini:
لا اِلـهَ إلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ عَلَيٌّ وَليُّ اللهِ

Di dalam kitab tersebut juga disebutkan tentang perjalanan Ibnu Bathuthah yang dinamakan Rehlah Ibnu Bathuthah dan beliau juga turut melakukan ziarah Amir al-Mukminin pada malam tersebut di Najaf.( Mafatih al-Jinan Bab Malam Kedua Puluh Tujuh Bulan Rejab)

Demikian sebahagian kecil berkenaan kelebihan bulan Rejab di sisi Syi’ah yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Sebagai peringatan kepada orang yang suka untuk melakukan ibadat secara khusus pada bulan-bulan tertentu hendaklah berhati-hati sekiranya amalan tersebut tidak terdapat di dalam mana-mana riwayat sahih di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah. Apatah lagi bilamana rupa-rupanya ia terdapat dengan jelas dalam kitab muktabar golongan sesat. Kecuaian di dalam meneliti amalan-amalan tersebut dibimbangi akan menyebabkan kita beramal dengan sesuatu amalan yang merupakan kelebihan kepada golongan tertentu yang sebenarnya mahu memesongkan kita daripada amalan Islam yang sebenar yang diwarisi daripada Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya r.a.
baca seterusnya "Kelebihan Rejab Berdasarkan Kitab-Kitab Syi’ah"

22 Jun 2010

Iran Hipokrit: Tidak Sokong Hamas

Demikianlah pernyataan yang muncul dari mulut beliau apabila penulis mengajukan persoalan mengenai isu sokongan Iran terhadap rakyat Palestin selama ini. Penulis mengambil kesempatan menanyakan beberapa soalan secara ringkas kepada beliau sewaktu menemani isteri (pelajar seliaan beliau peringkat Phd. Di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya) berkunjung ke rumah beliau.

Prof. Mohammad Redzuan Othman merupakan tokoh sejarah yang terkenal, sangat kaya dengan pengalaman antarabangsa dengan kepakarannya mengenai sejarah Asia Barat. Beliau telah menulis beberapa jurnal antarabangsa, diundang oleh banyak negara luar untuk membincangkan persoalan Timur Tengah terkini. Kepakaran beliau tidak perlu dijelaskan lagi di sini kerana pembaca boleh menyaksikan sendiri menerusi kaca televisyen dan karya-karya beliau yang tersebar.

Kebetulan tajuk tesis isteri penulis di bawah seliaan beliau berkaitan dengan Turki Uthmaniyyah, penulis sempat mengajukan beberapa soalan ringkas berkaitan dengan peranan Turki dalam isu Palestin yang sedang ‘panas’ masa kini. Prof. Redzuan menyatakan semasa lawatan beliau ke Turki baru-baru ini beliau sempat menghadiri solat jenazah beberapa aktivis flotilla kapal Mavi Marmara yang terkorban akibat serangan ganas rejim Yahudi Israel baru-baru ini. Penulis cuba menarik perhatian beliau tentang kenyataan Erdogan selepas peristiwa serangan baru-baru ini, “mayat al-Fateh dan Sultan Salim akan remuk jika Turki berdiam diri terhadap kezaliman Israel”. Penulis cuba menggambarkan roh perjuangan Erdogan ‘berdarahkan’ perjuangan khilafah Uthmaniyyah. Ketika penulis bertanyakan benarkan Turki sebahagian dari anggota NATO dan mereka bersama NATO memerangi Taleban di Afghanistan, beliau terus menyatakan, “(bahkan) Turki sebelum ini mempunyai hubungan dengan Israel. Penulis mencelah dengan mengatakan, “boleh jadi mereka (Erdogan) mewarisi ‘kerja-kerja’ kerajaan sekular sebelumnya yang melakukan hubungan dengan Israel”. Lantas beliau meneruskan, “mereka sebenarnya sudah mencuba (sedayanya)” (untuk menjauhkan diri dari berhubungan dengan Israel). Penulis amat bersetuju dengan kenyataan beliau.

Penulis meneruskan soalan, Apakah Turki mempunyai peranan di Iraq? Beliau menyatakan, “ tidak ada”. Lantas penulis mengalihkan tumpuan kepada kelompok PKK di Utara Kurdistan yang berkonflik dengan kerajaan Turki. Beliau menjelaskan, “beberapa tokoh-tokoh Kurdis seperti Masud Barzani (Presiden wilayah autonomi Kurdistan hari ini) dan Jalal Talebani (Presiden Boneka Amerika Iraq) adalah nasionalis”. Beliau tidak membantah apabila penulis mengaitkan mereka dengan Mossad Israel (mereka juga sekutu rapat Iran sebenarnya).

Penulis cuba mengaitkan peranan Masud Barzani, Jalal Talebani dalam London Meeting 2002 yang bekerjasama dengan Amerika dan Iran bagi menumbangkan Saddam di Iraq. Begitu juga Bonn Conference 2002 dan Skandal Iran-Contra yang menggambarkan hubungan rahsia Iran bersama Amerika menumbang Saddam Husein dan menjatuhkan Taleban di Afghanistan. Beliau terus menjelaskan, “Iran tidak pernah menyokong Taleban di Afghanistan, mereka baru sahaja menggantung pemimpin Sunah di sana” (berita terkini semalam di al-Jazeera menyatakan, Abdul Malek Rigi pemimpin kumpulan Sunah, Jundullah di Baluchistan telah digantung oleh Iran). Berbalik kepada soalan tentang sokongan Iran kepada Hamas di Palestin, beliau menjawab, “ramai orang bercakap tentang kebenaran sokongan ini, sebenarnya hipokrit, mereka tidak menyokong Hamas, mereka sebenarnya menyokong gerakan Jihad Islam (gerila Syiah) di Palestin. Begitu juga Hizbollah, mereka tidak menyokong Hamas di Palestin”.

Satu perkara yang menarik dalam pertemuan itu ialah tegas beliau, “jika Zaini (Zaini Zainal Abidin seorang tukang gendang syiah yang sering memperkatakan tentang isu Timur Tengah dalam siaran televisyen) bercakap lagi dalam siaran televisyen mengenai perkara ini saya akan jawab”. Siapa Zaini itu? Apa yang dijelaskannya itu sebenarnya banyak yang tidak benar pun!!”

Sungguh pun pertemuan itu cukup ringkas tidak dapat menjelaskan kenyataan beliau secara detail kerana ianya tidak dirancang, namun penulis sangat berpuas hati dengan jawapan-jawapan beliau berikan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan secara tidak tersusun. Penulis sudah lama menantikan kesempatan untuk membuka mulut dalam beberapa kesempatan sebelum ini. Satu perkara yang nyata ialah, beliau secara jelas menjelaskan tentang hipokritnya Iran dalam isu Palestin, di samping tidak menafikan kerjasama Iran dengan Amerika dan Zionist dalam menghapuskan Taleban di Afghanistan dan bekerjasama di Iraq. Jika dibuka mata seluas-luasnya, itulah yang menjadi tema penjelasan blog tenteradajjal.blogspot.com kepada umum selama ini!!!

sumber:http://tenteradajjal.blogspot.com/2010/06/pakar-sejarah-asia-barat-iran-hipokrit.html
baca seterusnya "Iran Hipokrit: Tidak Sokong Hamas"

16 Jun 2010

Syi'ah: Dulu dan Kini

dengar dan renunglah....

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Seorang mukmin tidak akan disengat daripada satu lubang dua kali". (al-Bukhari)

apakah kita mahu disengat lagi setelah beberapa kali kita disengat di lubang yang sama..??
apakah kita benar2 mukmin..!!


baca seterusnya "Syi'ah: Dulu dan Kini"

13 Mei 2010

Mut’ah: Kelebihan Yang Disenangi?

Mut’ah: Kelebihan Yang Disenangi?

Al-Quran menganjurkan supaya manusia berlumba-lumba ke arah kebaikan dan untuk memperolehi ganjaran yang besar dalam agama. Allah ta’ala berfirman:

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.(Surah Ali ‘Imran 133)

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ

Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam mengerjakan kebaikan.(Surah al-Baqarah 148)
Begitu juga Nabi s.a.w. sentiasa menggalakkan umatnya supaya berlumba-lumba dalam memperolehi ganjaran daripada Allah ta’ala. Golongan pertama yang sentiasa diambil berat oleh baginda supaya tidak terlepas dari kebaikan yang besar ialah keluarga baginda sendiri. Kerana itu di dalam hadith-hadith terdapat riwayat baginda mengejutkan isteri-isteri, anak dan menantu baginda supaya bangun mengerjakan amalan pada waktu malam yang mendatangkan ganjaran yang begitu besar dari Allah ta’ala.

Merujuk kepada tajuk di atas, mut’ah merupakan amalan yang besar kedudukan dan ganjarannya di sisi Syi’ah. Kitab-kitab utama Syi’ah menukilkan begitu banyak riwayat daripada imam-imam maksum mereka tentang kelebihan tersebut. Antaranya:

قال الصادق عليه السلام: (ليس منا من لم يؤمن بكرتنا، ويستحل متعتنا)

Imam Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Bukan dari kalangan kita orang yang tidak beriman dengan raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat) kita dan tidak menganggap halal mut’ah kita”.(Man La Yahdhuru al-Faqih jil. 3 hal. 459)

وروى صالح بن عقبة، عن أبيه عن أبي جعفر عليه السلام قال: قلت له: (للمتمتع ثواب؟ قال: إن كان يريد بذلك وجه الله تعالى وخلافا على من أنكرها لم يكلمها كلمة إلا كتب الله تعالى له بها حسنة، ولم يمد يده إليها إلا كتب الله له حسنة، فإذا دنا منها غفر الله تعالى له بذلك ذنبا، فإذا اغتسل غفر الله له بقدر ما مر من الماء على شعره، قلت: بعدد الشعر؟ قال: نعم بعدد الشعر)).

Soleh bin ‘Uqbah daripada ayahnya daripada Abi Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s. katanya: “Saya (‘Uqbah) berkata kepadanya: “Adakah orang yang melakukan mut’ah mendapat pahala? Dia (Abi Ja’far) menjawab: “Kalau dia maksudkan dengan melakukannya untuk memperolehi keredhaan Allah ta’ala berbeza dengan orang yang mengengkarinya (keredhaan Allah). Tidak dia (orang yang melakukan mut’ah) bercakap dengannya (perempuan mut’ah) satu kalimah melainkan Allah memberikan kepadanya satu kebaikan. Tidaklah dia menghulurkan tangannya kepadanya (perempuan itu) melainkan Allah menuliskan kepadanya satu kebaikan. Bila dia menghampiri perempuan itu Allah ta’ala mengampunkannya dengan perbuatan tersebut. Bila ia mandi Allah mengampunkannya sebanyak mana air yang mengalir di atas bulunya”. Saya (perawi) berkata: “Sebanyak bilangan bulu? Dia menjawab: “Ya! Sebanyak bilangan bulu”.(Man La Yahdhuru al-Faqih jil. 3 hal. 463)

Dua riwayat di atas sudah cukup untuk menyatakan betapa tingginya kedudukan dan besarnya kelebihan mut’ah di sisi Syi’ah. Namun begitu kalau diteliti kepada kitab-kitab Syi’ah, akan ditemui riwayat yang menunjukkan imam-imam mereka tidak menyukai kaum keluarga mereka memperolehi kelebihan yang besar ini. Antaranya:

عن زرارة قال: جاء عبدالله بن عمير الليثي إلى أبي جعفر (ع) فقال له: ماتقول في متعة النساء؟ فقال: أحلها الله في كتابه وعلى لسان نبيه صلى الله عليه وآله فهي حلال إلى يوم القيامة فقال: يا أبا جعفر مثلك يقول هذاو قد حرمها عمر ونهى عنها؟ ! فقال وإن كان فعل، قال: إني اعيذك بالله من ذلك أن تحل شيئا حرمه عمر، قال: فقال له: فأنت على قول صاحبك وأنا على قول رسول الله صلى الله عليه وآله فهلم الاعنك أن القول ما قال رسول الله صلى الله عليه وآله وأن الباطل ما قال صاحبك، قال: فأقبل عبدالله ابن عمير فقال: يسرك أن نساء‌ك وبناتك وأخواتك وبنات عمك يفعلن، قال: فأعرض عنه أبوجعفر (ع) حين ذكر نساء ه وبنات عمه.

Daripada Zurarah katanya: Abdullah bin ‘Umair al-Laithi datang kepada Abi Jaa'far a.s. (Muhammad al-Baqir imam kelima di sisi Syi’ah) lalu dia bertanya: “Apa katamu tentang mut'ah perempuan? Beliau menjawab: “Allah telah menghalalkannya di dalam kitab-Nya dan di atas lidah Nabi-Nya s.a.w. Maka dia halal sehingga ke hari kiamat”. Abdullah bin ‘Umair bertanya lagi: “Wahai Aba Jaa'far! Orang sepertimu berkata demikian sedangkan ‘Umar telah mengharamkannya dan menegah darinya? Beliau menjawab: “Walaupun ‘Umar melakukan demikian”. Abdullah bin ‘Umair berkata: “Aku berlindung dengan Allah daripada engkau menghalalkan sesuatu yang diharamkan ‘Umar”. Abu ‘Abdillah a.s. berkata: “Engkau berada di atas pendapat sahabatmu dan aku berada di atas sabda Rasulullah s.a.w.”. Sesungguhnya kebenaran adalah sabda Rasulullah s.a.w. dan kebatilan adalah kata-kata sahabatmu”. Abdullah bin ‘Umair pun menghadapkan wajahnya kearah Abu Ja’far a.s. seraya berkata: “Apakah engkau gembira perempuan-perempuanmu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu dan sepupu-sepupu perempuanmu melakukannya? Zurarah (perawi) berkata: “Maka berpalinglah Abu Jaafar a.s. ketika mana disebutkan perempuan-perempuan dan sepupu-sepupu perempuannya”.(Al-Kafi jil. 5 hal. 450)

Di dalam riwayat ini jelas menunjukkan bahawa imam kelima Syi’ah Muhammad al-Baqir tidak suka perempuan-perempuan dari kalangan keluarganya dilakukan mut’ah terhadap mereka. Apakah beliau tidak suka keluarganya memperolehi kelebihan yang sangat besar ini di sisi Syi’ah ataupun apakah kelebihan ini hanya diperolehi bila amalan ini dilakukan terhadap kaum keluarga orang lain tetapi tidak kepada keluarga sendiri?
Bagaimana pula dengan penganut-penganut Syi’ah yang mendakwa sebagai pengikut kepada imam-imam maksum mereka? Apakah mereka hanya tahu berseronok dengan perempuan dengan kaum keluarga orang lain dengan alasan untuk memperolehi ganjaran yang besar atas nama agama? Dan akan mengelakkan perempuan-perempuan mereka dijadikan bahan mainan untuk kepuasan nafsu orang lain? Kalau mereka merelakan juga perempuan mereka dijadikan perempuan sewaan atas nama mut’ah maka mereka tidak sama dari segi amalannya dengan imam Muhammad al-Baqir kerana beliau tidak ingin maruah perempuan dari kalangan keluarganya dipermainkan. Tetapi kalaulah mereka tidak merelakan perempuan dari kalangan keluarga mereka dimut’ahkan bermakna mereka telah menghalang kaum keluarga mereka dari memperolehi ganjaran dan pengampunan dari Allah ta’ala. Pilihan terbuka antara mengikut imam atau memperolehi ganjaran dan pengampunan Allah ta’ala.
baca seterusnya "Mut’ah: Kelebihan Yang Disenangi?"

02 Mac 2010

MENYANGGAH SYI’AH: IMAMAH, SIAPA YANG MENEPATI NAS?

MENYANGGAH SYI’AH: IMAMAH, SIAPA YANG MENEPATI NAS?


Di antara taktik golongan Syi’ah untuk mengelirukan dan menipu umat Islam ialah dengan menghubungkan ajaran mereka kepada imam-imam Ahlul Bait iaitu keturunan Nabi s.a.w.. Kerana itu kepercayaan kepada imam-imam ini yang dipanggil akidah imamah adalah merupakan usul agama yang paling utama di sisi mana-mana golongan Syi’ah. Tanpa kepercayaan kepada imam maka akan runtuhlah akidah Syi’ah yang lain.
Di antara ulama yang mengingatkan umat Islam tentang taktik jahat ini ialah al-Imam al-Ghazali ketika beliau menyebutkan beberapa helah golongan sesat untuk mengelirukan umat Islam.

الثالث ألا يظهر من نفسه انه مخالف للأمة كلهم وانه منسلخ عن الدين والنحلة إذ تنفر القلوب عنه ولكن يعتزي إلى ابعد الفرق عن المسلك المستقيم وأطوعهم لقبول الخرافات ويتستر بهم ويتجمل بحب اهل البيت وهم الروافض

Helah ketiga (daripada bab ketiga-Helah Golongan Sesat): dengan tidak menampakkan daripada dirinya bahawa ia menyalahi kebanyakan ummat, mendedahkan pegangan dan anutannya yang sebenar kerana jiwa-jiwa manusia akan menjadi liar daripadanya (dengan terdedah pegangan sebenar) tetapi ia akan menyandarkan (pegangannya) kepada golongan-golongan yang paling menepati jalan yang benar serta paling patuh supaya diterima kekarutan-kekarutan ajarannya, boleh melindungi dirinya di sebalik mereka dan menampakkan keindahan ajarannya dengan cintakan Ahlul Bait iaitu golongan Rafidhah (Syi’ah).(Al-Imam al-Ghazali Fadhaaih al-Bathiniah Bab Ketiga Peringkat-Peringkat Helah Mereka (Golongan Sesat) Dan Sebab Manusia Terpedaya Dengan Mereka Walaupun Jelas Kejahatan Mereka, hal. 30)

Apa yang dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali rhm ini adalah suatu kebenaran sebagaimana yang didedahkan oleh Syeikh Adnan di dalam video di bawah:



Namun begitu golongan Syi’ah telah berpecah kepada beberapa puak dimana masing-masing mendakwa bahawa mereka berada di landasan kebenaran di dalam pemilihan imam dan hanya imam merekalah yang menepati pilihan Allah ta’ala. Kerana setiap golongan Syi’ah percaya bahawa imam-imam yang dilantik dari pihak Allah menepati dalil pegangan mereka.

Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah berpegang kepada begitu banyak dalil yang menunjukkan bahawa imam-imam mereka dilantik berdasarkan nas daripada Allah ta’ala. Antaranya:

محمد بن الحسن، عن سهل بن زياد، عن محمد بن عيسى، عن فضالة بن أيوب، عن أبان، عن عبدالله بن سنان، عن إسماعيل بن جابر، قال: قلت لابي جعفر عليه السلام: أعرض عليك ديني الذي أدين الله عزوجل به؟ قال: فقال: هات قال.فقلت: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله والاقرار بما جاء به من عند الله وأن عليا كان إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده الحسن إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده الحسين إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده علي بن الحسين إماما فرض الله طاعته حتى انتهى الامر إليه، ثم قلت: أنت يرحمك الله؟ قال: فقال: هذا دين الله ودين ملائكته.

Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad daripada Muhammad bin Isa daripada Fadhalah bin Ayyub daripada Aban daripada Abdillah bin Sinan daripada Ismail bin Jabir katanya, aku berkata kepada Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s.: “Bolehkah aku kemukakan kepadamu agamaku yang aku beriman kepada Allah ‘azzawajalla dengannya? Perawi (Ismail) berkata, maka Abu Ja’far a.s. berkata: “Silakan”. Perawi berkata, maka aku pun berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya dan aku mengakui terhadap apa yang dibawa olehnya dari sisi Allah dan sesungguhnya Ali adalah imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya al-Hasan sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya al-Husain sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya Ali bin al-Husain sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati sehinggalah urusan ini berakhir kepadanya. Kemudian aku berkata: “Engkau juga, semoga engkau dirahmati oleh Allah?”. Perawi berkata, lalu ia (Abu Ja’far) berkata: “Ini adalah agama Allah dan agama malaikat-malaikat-Nya”.(Al-Usul Min al-Kafi jil. 1 hal. 188)

Begitu jugalah berhubung dengan setiap imam daripada dua belas imam mereka. Semuanya dilantik dari pihak Allah dan diwajibkan supaya menta’atinya. Al-Kulaini menukilkan riwayat berkenaan perlantikan Abu al-Muhammad Hasan al-Askari:

عن أبي هاشم الجعفري قال: كنت عند أبي الحسن عليه السلام بعد ما مضى ابنه أبوجعفر وإني لافكر في نفسي أريد أن أقول: كأنهما أعني أبا جعفر وأبا محمد في هذا الوقت كأبي الحسن موسى وإسماعيل ابني جعفر ابن محمد عليهم السلام وإن قصتهما كقصتهما، إذ كان أبومحمد المرجى بعد أبي جعفر عليه السلام فأقبل علي أبوالحسن قبل أن أنطق فقال: نعم يا أبا هاشم بدا لله في أبي محمد بعد أبي جعفر عليه السلام ما لم يكن يعرف له، كما بدا له في موسى بعد مضي إسماعيل ما كشف به عن حاله وهو كما حدثتك نفسك وإن كره المبطلون، وأبومحمد ابني الخلف من بعدي، عنده علم ما يحتاج إليه ومعه آلة الامامة

Daripada Abu Hasyim al-Ja’fari katanya, saya bersama Abu al-Hasan a.s. selepas kewafatan anaknya Abu Ja’far dan terlintas di fikiran saya yang ingin saya katakan ialah seolah-olah Abu Ja’far dan Abu Muhammad (Hasan al-Askari) pada waktu ini sama seperti apa yang telah berlaku kepada Abu al-Hasan (Musa al-Kazhim) dan Ismail dua orang anak Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir a.s. dan kisah kedua-duanya (Abu Ja’far dan Abu Muhammad Hasan al-Askari) sama seperti kedua-duanya (Abu al-Hasan (Musa al-Kazhim) dan Ismail) kerana Abu Muhammad a.s. yang diharapkan (menjadi imam) selepas Abu Ja’far a.s.. Lalu Abu al-Hasan a.s. mengadap saya sebelum saya sempat menuturkannya dengan katanya: “Ya! Wahai Aba Hasyim. Telah berlaku bada’ (Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi. Bada’ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada’) kepada Allah tentang Abu Muhammad selepas (kematian) Abu Ja’far a.s. sesuatu yang sebelum itu Dia tidak mengetahui tentangnya sebagaimana berlaku bada’ kepada Allah tentang Musa al-Kazhim selepas kematian Ismail (Telah berlaku bada’ kepada Allah ta’ala iaitu pada peringkat permulaannya Allah menentukan Ismail sebagai imam selepas Ja’far as-Sadiq tetapi apa yang berlaku ialah Ismail meninggal sebelum Ja’far as-Sadiq. Setelah Allah ta’ala menyedari apa yang berlaku maka ia memindahkan penentuan imam kepada Musa al-Kazhim. Begitu juga keadaan yang berlaku kepada penentuan imam selepas Abu al-Hasan iaitu Ali al-Jawad) apa yang tersingkap tentang keadaannya. Ia berlaku sebagaimana yang terlintas di dalam hatimu walaupun orang-orang yang sesat tidak menyukainya. Abu Muhammad anakku adalah pengganti selepasku. Dia mempunyai ilmu yang diperlukan dan alat-alat imamah.(Al-Usul Min al-Kafi jil. 1 hal. 326)

Dua contoh ini sudahpun memadai sebagai dalil bahawa perlantikan imam di sisi Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah adalah daripada Allah. Begitu juga di sisi Syi’ah yang lain. Syi’ah Isma’iliyyah umpamanya mengatakan imamah adalah salah satu usul Islam, asas dan tiang agama. Mereka berbeza dengan Ithna ‘Asyariyyah di dalam perlantikan imam selepas Ja’far as-Sadiq iaitu mereka tidak menerima Musa al-Kazhim sebagai imam yang menggantikannya tetapi menetapkan bahawa Ismail adalah orang yang dilantik oleh Allah sebagai imam. Seorang tokoh Isma’iliyyah Ali bin Muhammad al-Walid menjelaskan tentang imamah dengan katanya:

“Imamah adalah kefardhuan dari Allah dan Ia menyempurnakan agama dengannya. Tidak sah beriman dengan Allah dan rasul kecuali beriman dengan imam dan hujjah”.( Taj al-‘Aqaaid wa Ma’din al- Fawaaid hal. 65 - sumber: Ihsan Ilahi Zahir, al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa ‘Adaaid hal. 367)

Ketetapan imam-imam di sisi Isma’iliyyah juga sebagaimana Ithna ‘Asyariyyah iaitu mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah ta’ala walaupun berbeza orang yang layak menduduki jawatan tersebut. Seorang tokoh Isma’iliyyah menyebutkan di dalam kitabnya:

“Hanya keturunan Ali sahaja yang layak menduduki tempat imam iaitu Hasan dan Husain kemudian dari kalangan keturunan Husain bukan keturunan Hasan. Kemudian sesudah itu dari kalangan keturunan Ismail bin Ja’far as-Sadiq dan bukan dari kalangan keturunan yang lain”.( Qadhi an-Nu’man al-Maghribi, Da’aaim al-Islam hal. 109. - sumber: Ihsan Ilahi Zahir, al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa ‘Adaaid hal. 375)

Bukti yang dikemukakan di atas menunjukkan bahawa Syi’ah Ithna ‘Asyariyyah dan Isma’iliyyah sepakat di dalam akidah tentang kewajipan beriman kepada imam-imam maksum yang dilantik dari pihak Allah. Tetapi mereka berbeza pendapat siapakah yang layak menduduki jawatan tersebut selepas Imam Ja’far as-Sadiq.

Ini belum lagi dilihat kepada kelompok Syi’ah yang lain. Umpamanya Syi’ah al-Kaisaniyyah berbeza pendapat di dalam pemilihan imam selepas Ali r.a. bila mereka mengatakan imam selepasnya ialah Muhammad bin al-Hanafiyyah bukan Hasan r.a.. Begitu juga dengan pecahan-pecahan Syi’ah yang begitu banyak, perbezaan mereka yang besar adalah dalam pemilihan imam selepas kematian seseorang imam dan perbezaan tersebut bukanlah perkara ranting tetapi ia adalah termasuk di dalam pokok ajaran kerana ia merupakan asas penting agama.

Kalau begitu, Syi’ah dari kelompok manakah yang menepati nas dari Allah ta’ala? Jikalau Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah menjadikan ayat at-Tathir sebagai dalil pegangan mereka, maka apakah Syi’ah-syi’ah yang lain tidak menjadikan dalil yang sama untuk menguatkan pegangan mereka? (Syi’ah menjadikan ayat ini sebagai dalil akidah imamah dan imam-imam adalah maksum. Jawapan terhadap pegangan mereka tersebut telah dijawab oleh ulama Ahlus Sunnah dan penulis juga memasukkan jawapan terhadap dalil tersebut di dalam kertas kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’) Siapakah dari kalangan mereka yang menepati nas tersebut? Ayat itu ialah:

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Bermaksud: Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "Ahlul Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).(Al-Quran Surah al-Ahzab ayat 33)

Di antara dalil golongan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah di dalam menegakkan akidah imamah mereka ialah hadith dua belas khalifah iaitu:

عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ كَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلَامِي نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الْأَسْلَمِيُّ يَقُولُ لَا يَزَالُ الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ أَوْ يَكُونَ عَلَيْكُمْ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُونَ الْبَيْتَ الْأَبْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى أَوْ آلِ كِسْرَى

Daripada ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqas katanya, saya menulis kepada Jabir bin Samurah bersama hambaku Nafi’ supaya engkau ceritakan kepadaku sesuatu yang engkau mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w., Dia (‘Amir) berkata, “lalu dia (Jabir) menulis kepadaku, “aku mendengar Rasulullah s.a.w. pada hari Jumaat ……….. yang direjam Ma’iz al-Aslami bersabda: “Agama ini akan terus teguh sehingga berlakunya kiamat atau sehingga kamu dikuasai oleh dua belas orang khalifah, mereka semuanya dari Quraisy”. Aku mendengar Baginda bersabda lagi, “satu kelompok dari orang-orang Islam akan menakluk rumah putih iaitu rumah (kerajaan) Kisra atau keluarga Kisra”. (Sahih Muslim)

Kalaulah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah menjadikan hadith ini sebagai dalil mereka maka bagaimana pula dengan pecahan Syi’ah yang lain? (Jawapan sebagai menolak hujah mereka berdasarkan dalil ini telahpun dikemukakan sebelum ini di dalam kertas kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’)

Kalaulah dalil-dalil yang lain dijadikan hujah oleh Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah sama ada takwilan yang bathil daripada ayat al-Quran maka mungkin juga pecahan Syi’ah yang lain menggunakan dalil yang sama untuk menguatkan pegangan mereka. Ini kerana hujah mereka adalah sama iaitu untuk menguatkan akidah imamah yang menjadi tunjang kepada ajaran mereka semua.

Jadi….. siapakah dari kalangan mereka yang menepati nas dan menepati kehendak Allah di dalam pemilihan imam? (Kerana di dalam persoalan akidah tidak boleh berlaku perbezaan pendapat berbeza dengan perbezaan pendapat dari kalangan Ahlus Sunnah yang hanya melibatkan persoalan furu’ iaitu feqah sahaja)
baca seterusnya "MENYANGGAH SYI’AH: IMAMAH, SIAPA YANG MENEPATI NAS?"

28 Januari 2010

Menyanggah Syi'ah: Tugas Nabi-Nabi Di Sisi Syi’ah

Tugas Nabi-Nabi Di Sisi Syi’ah.

Di antara tugas penting para nabi di sisi Syi’ah ialah menyampaikan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan perlantikan Ali bin Abi Talib serta anak cucunya sebagai washi dan imam-imam sesudahnya. Kitab-kitab utama mereka tidak sunyi daripada menyebutkan tugasan para nabi ini.

عن أبي عبدالله عليه السلام قال: ولايتنا ولاية الله التي لم يبعث نبيا قط إلا بها.

Daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Walayah kita adalah walayah Allah yang tidak diutuskan seorangpun nabi kecuali membawanya”. (Usul al-Kafi jil. 1, hal. 438)


عن محمد بن الفضيل، عن أبي الحسن عليه السلام قال: ولاية علي عليه السلام مكتوبة في جميع صحف الانبياء ولن يبعث الله رسولا إلا بنبوة محمد صلى الله عليه وآله ووصية علي عليه السلام.

Daripada Muhammad bin al-Fudhail daripada Abi al-Hasan a.s. katanya: “Walayah Ali a.s. ditulis dalam semua suhuf nabi-nabi. Allah tidak mengutuskan seorangpun rasul kecuali dengan membawa kenabian Muhammad s.a.w. dan wasiat tentang Ali a.s. (sebagai washi sesudahnya)”. (Usul al-Kafi jil. 1, hal. 438)


عن ابي جعفر عليه السلام في قول الله: ولقد عهدنا إلى آدم من قبل فنسي ولم نجد له عزما قال عهد اليه في محمد صلى الله عليه وآله والائمة من بعده فترك ولم يكن له عزم فيهم انهم هكذا وانما سموا اولو العزم انه عهد اليهم في محمد والاوصياء من بعده والقائم عليه السلام وسيرته فأجمع عزمهم ان ذلك كذلك والاقرار به.


Daripada Abi Ja’far a.s. berkenaan firman Allah

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آَدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
Katanya (Abu Ja’far): “Allah telah berpesan kepadanya tentang Muhammad dan imam-imam selepasnya lalu dia meninggalkan dan ia (Adam) tidak mempunyai keazaman (kepercayaan) yang teguh tentang mereka sedemikian (kepercayaan tentang Muhammad dan imam-imam selepasnya). Sebab mereka (nabi-nabi) dinamakan ulul ‘azm ialah Allah telah berpesan kepada mereka tentang Muhammad dan para washi sesudahnya dan al-Qaim (imam Mahdi di sisi Syi’ah iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari) dan sejarahnya lalu mereka meneguhkan kepercayaan tersebut sedemikian dan mengakuinya”.
Terdapat banyak lagi riwayat-riwayat sedemikian di dalam kitab-kitab Syi’ah seperti Tafsir as-Shafi, Mustadrak al-Wasail, Bihar al-Anwar, Tafsir Furat al-Kafi. Namun tiga riwayat di atas yang terdapat di dalam kitab yang paling sahih di sisi mereka sudahpun memadai untuk membenarkan tentang akidah mereka berkenaan nabi-nabi.(Tafsir al-Qummi jil. 2 hal. 67, Usul al-Kafi jil. 1 hal. 417)

Sanggahan terhadap pegangan tersebut.

Pertama: Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa para nabi diutuskan membawa ajaran tauhid dan tidak terdapat satupun ayat al-Quran yang mengatakan bahawa mereka diutuskan untuk menyampaikan tentang walayah Ali r.a. dan anak cucunya.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu. (Surah al-Anbiya’ ayat 25)

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah an-Nahl ayat 36)

Begitu juga penjelasan yang diberikan oleh para nabi kepada kaumnya sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Quran:

لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. (Surah al-A’raf ayat 59)

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Hud, Salih, Syu’aib a.s. (Lihat ayat 65, 73, 85)

Hadith-hadith Nabi s.a.w. juga menjelaskan bahawa tugas rasul ialah menyampaikan ajaran tauhid dan tidak terdapat satupun hadith yang menyebutkan sebagaimana yang diimani oleh golongan Syi’ah.

Kedua: Al-Quran juga menyebutkan tentang perjanjian nabi-nabi dengan Allah ta’ala supaya beriman dan membela mana-mana nabi yang dibangkitkan sesudahnya andaikata mereka sempat dengan zaman nabi tersebut.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آَتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنَ الشَّاهِدِينَ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu. (Surah Ali Imran ayat 81)

Tiada pula satu pun ayat yang menyebutkan bahawa Allah mengambil perjanjian dengan nabi-nabi supaya beriman kepada walayah Ali r.a. dan membelanya.

Ketiga: Tidak terdapat seorangpun dari kalangan Ahlul Kitab yang memeluk Islam dan seterusnya mengakui bahawa terdapat di dalam kitab asal yang menjadi pegangan mereka seperti Injil dan Taurat yang menyebutkan bahawa terdapat di dalamnya wasiat atau perintah supaya berpegang dan menyampaikan tentang walayah Ali r.a. dan anak cucunya sedangkan kitab-kitab yang sama menyebutkan tentang kerasulan Muhammad s.a.w..


Dari sumber manakah Syi’ah menguatkan dakwaan tersebut?
baca seterusnya "Menyanggah Syi'ah: Tugas Nabi-Nabi Di Sisi Syi’ah"

20 Januari 2010

Sunnah Siapakah Ini?

Sunnah Siapakah Ini?

Menjelang 10 Muharram di mana sahaja terdapat ramai penganut Syi’ah pasti akan terdapat sambutan ratapan ke atas Husain r.a.
Pasti kita akan tertanya-tanya, apakah amalan-amalan yang dilakukan mereka itu merupakan amalan yang diwarisi dari imam-imam yang mereka dakwa sebagai imam atau sebaliknya.
Lihat apa yang dilakukan di Negara jiran kita Thailand..

Relakah kita untuk membiarkan amalan yang tak ubah seperti Hindu ini merebak ke Negara kita yang tercinta ini..

Di manakah pemimpin-pemimpin agama negara kita yang begitu lambat bertindak untuk menghapuskan penyebaran ajaran kufur ini..






Mereka semua merupakan golongan yang dilaknat bukan sahaja oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahkan oleh anak cucu baginda yang didakwa mereka sebagai imam-imam mereka.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ


Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah". (Sahih al-Bukhari Kitab al-Janaaiz dan Muslim Kitab al-Iman)

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النِّيَاحَةُ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ وَإِنَّ النَّائِحَةَ إِذَا مَاتَتْ وَلَمْ تَتُبْ قَطَعَ اللَّهُ لَهَا ثِيَابًا مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعًا مِنْ لَهَبِ النَّارِ


Daripada Abu Malik Al-Asy'ari katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda." Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka".( Sunan Ibnu Majah Bab Larangan Dari Meratap)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua perkara yang didapati ada pada manusia akan membawa kepada kekufuran iaitu mencaci keturunan dan meratapi orang mati.”(Sahih Muslim Bab Kekufuran Dikatakan Kepada Orang Yang Mencaci Keturunan Dan Meratap)

Riwayat-riwayat dari kitab-kitab Syi’ah sendiri:

Mungkin juga imam-imam Ahlul Bait tergolong dari kalangan keras hati seperti syaitan ini:

Imam Ali berkata: "Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalannya". (Nahj al-Balaghah juz 4 hal. 34)

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) ضَرْبُ الْمُسْلِمِ يَدَهُ عَلَى فَخِذِهِ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ إِحْبَاطٌ لِأَجْرِهِ .

Daripada Abi Abdillah a.s. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pukulan seseorang muslim dengan tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah akan membinasakan pahala amalannya”. (Al-Kafi jil. 3 hal 225)

Sayyidina Ali r.a. juga menghubungkan amalan tersebut dengan amalan jahiliyyah sebagaimana yang dinukilkan oleh Mulla Baqir Al-Majlisi dengan katanya: "Tiga perkara termasuk dari amalan jahiliyyah di mana manusia melakukannya secara berterusan, memohon hujan dengan bintang, mencela keturunan orang lain dan meratapi kematian seseorang”. (Bihar al-Anwar jil. 82 hal 101)

ومن ألفاظ رسول الله صلى الله عليه وآله الموجزة: (النياحة من عمل الجاهلية)

Di antara kata-kata Rasulullah s.a.w. yang ringkas ialah: "Meratap termasuk dari amalan Jahiliyyah". (Ibnu Babuwaih Al-Qummi, Man Laa Yahdhuru al-Faqih jil. 4 hal 271)

Golongan Syi’ah memakai pakaian hitam ketika bergabung terutamanya mengingati Husain r.a.

وقال أمير المؤمنين عليه السلام فيما علم أصحابه: " لا تلبسوا السواد فإنه لباس فرعون ".

Amir al-Mukminin (Ali) a.s. berkata mengikut apa yang diketahui oleh sahabat-sahabatnya: "Jangan memakai pakaian hitam kerana ia adalah pakaian Fir'aun". (Ibnu Babuwaih Al-Qummi, Man Laa Yahdhuru al-Faqih jil. 1 hal 251)

Kerana itu tidak terdapat satupun bukti dan riwayat sama ada dari kitab Ahlus Sunnah ataupun Syi’ah yang menyebutkan bahawa imam-imam dari kalangan anak cucu Nabi s.a.w. yang melakukan amalan sebegini.

apakah kita akan membiarkan amalan yang akan membawa kutukan dan laknat dari Allah ta'ala ini berlaku di dalam masyarakat kita?
dan seterusnya menjauhkan kita semua daripada rahmat-Nya

semoga Allah menjauhkan kita semua daripada tergolong dari kalangan orang yang melakukan amalan yang membawa kutukan Allah ini

Kalau begitu sunnah siapakah ini:

Jawapannya: sunnah daripada ajaran selain Islam iaitu sunnah Hindu.



Sekali tengok macam Budha dua kali tengok macam Hindu

Kita dengar apa kata ulama Syi’ah sendiri tentang amalan tersebut






Ramai anak-anak gadis mungkin umpan mut’ah malam sebelumnya.
baca seterusnya "Sunnah Siapakah Ini?"

06 Januari 2010

Puisi Buat Faisal Tehrani

(puisi buat Faisal Tehrani)

Disamping kemuliaan ahlul bait,jua terdapat pengorbanan sahabah...
Lalu dimana hendak dicampakkan pengorbanan
Amirul Mukminin Abu Bakr As Siddiq
yang membenarkan kata kata Rasulullah s.a.w
tatkala kaum musyrikin menuduh baginda berdusta
tika peristiwa Isra' Mikraj dicerita
yang menemani hijrah Rasulullah s.a.w
tika seluruh kaum musyrikin memburu baginda
malah menawar hadiah berganda
yang mengorbankan seluruh harta bendanya
hingga yang tinggal cuma
Allah dan Rasul buat keluarganya

Dimana pula hendak dicampakkan pengorbanan
Amirul Mukminin Umar Al Khattab
yang digelar Al Faruq
yang turut serta mempertahankan Rasulullah s.a.w
dalam tiap perang yang disertainya
yang lebih suka dirinya terkorban
dari Baginda mendapat cedera

Dimana pula hendak dicampakkan pengorbanan
Amirul Mukminin Uthman Al Affan
yang turut mengorbankan hartanya
beratus ratus unta buat tentera
hanya meminta balasan hanya syurga

Siapa pula yang akan menangisi
pengorbanan keluarga Yassir
yang telah syahid terlebih dahulu
sebelum sempat melihat Islam berkembang
hingga dapat menawan Kota Mekah.

Siapa pula yang akan menangisi
ratusan ribu sahabah
yang telah mengorbankan diri mereka
mengorbankan keluarga mereka
demi tertegaknya Islam tercinta

Dimana mahu di campakkan pengorbanan
Hamzah, Zubair Al Awwam, Tahlah, Abu Ubaidillah
Ibn. Abbas, Jaafar b Abi Talib, Muaz b Jabal, Khalid Al Walid
dan ramai lagi kesatria Islam berhati waja.

Lalu perlukah mereka pula dihina, dicela, diludahi pusara
Sedang pengorbanan mereka jua mahal harganya

Maka, Siapa yang mahu menangis
memangislah.... menangis terus hingga ke akhir usia dunia
teruskan menangis dengan tangisan yang sia-sia
kerana mereka yang kalian tangisi itu
sebenarnya sedang tersenyum kini
dalam jaminan syurga.

hasil nukilan

hisham72
http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=155&t=39008&hilit=menangislah&start=15
baca seterusnya "Puisi Buat Faisal Tehrani"

Apakah Terhenti Setakat Husain?

Kepada siapakah kata-kata ini:

Mengapa anda tidak menangis? Sungguh keras hati anda? Seperti syaitan yang memiih untuk angkuh dan ego.
Menangislah untuk Husin! Ayuh menangislah!

http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/12/tangisan-karbala-zaynab-al-kubra-adalah.html

Siapakah yang tergolong dari kalangan orang yang ego, angkuh dan keras hati seperti syaitan ini?

Mereka tidak lain tidak bukan ulama-ulama Ahlus Sunnah yang mengharamkan perbuatan meratap-ratap seorang yang telah meninggal dunia sehingga memukul-mukul dada dan mencederakan diri.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan tergolong dari kalangan orang yang keras hati itu ialah Rasulullah s.a.w. sendiri kerana bagindalah yang menjadi asas kepada pegangan Ahlus Sunnah di dalam perkara ini.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ


Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah". (Sahih al-Bukhari Kitab al-Janaaiz dan Muslim Kitab al-Iman)

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النِّيَاحَةُ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ وَإِنَّ النَّائِحَةَ إِذَا مَاتَتْ وَلَمْ تَتُبْ قَطَعَ اللَّهُ لَهَا ثِيَابًا مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعًا مِنْ لَهَبِ النَّارِ


Daripada Abu Malik Al-Asy'ari katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda." Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka".( Sunan Ibnu Majah Bab Larangan Dari Meratap)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua perkara yang didapati ada pada manusia akan membawa kepada kekufuran iaitu mencaci keturunan dan meratapi orang mati.”(Sahih Muslim Bab Kekufuran Dikatakan Kepada Orang Yang Mencaci Keturunan Dan Meratap)




Mungkin juga imam-imam Ahlul Bait tergolong dari kalangan keras hati seperti syaitan ini:

Imam Ali berkata: "Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalannya". (Nahj al-Balaghah juz 4 hal. 34)

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) ضَرْبُ الْمُسْلِمِ يَدَهُ عَلَى فَخِذِهِ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ إِحْبَاطٌ لِأَجْرِهِ .

Daripada Abi Abdillah a.s. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pukulan seseorang muslim dengan tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah akan membinasakan pahala amalannya”. (Al-Kafi jil. 3 hal 225)

Sayyidina Ali r.a. juga menghubungkan amalan tersebut dengan amalan jahiliyyah sebagaimana yang dinukilkan oleh Mulla Baqir Al-Majlisi dengan katanya: "Tiga perkara termasuk dari amalan jahiliyyah di mana manusia melakukannya secara berterusan, memohon hujan dengan bintang, mencela keturunan orang lain dan meratapi kematian seseorang”. (Bihar al-Anwar jil. 82 hal 101)

ومن ألفاظ رسول الله صلى الله عليه وآله الموجزة: (النياحة من عمل الجاهلية)

Di antara kata-kata Rasulullah s.a.w. yang ringkas ialah: "Meratap termasuk dari amalan Jahiliyyah". (Ibnu Babuwaih Al-Qummi, Man Laa Yahdhuru al-Faqih jil. 4 hal 271)

Golongan Syi’ah memakai pakaian hitam ketika bergabung terutamanya mengingati Husain r.a.

وقال أمير المؤمنين عليه السلام فيما علم أصحابه: " لا تلبسوا السواد فإنه لباس فرعون ".
Amir al-Mukminin (Ali) a.s. berkata mengikut apa yang diketahui oleh sahabat-sahabatnya: "Jangan memakai pakaian hitam kerana ia adalah pakaian Fir'aun". (Ibnu Babuwaih Al-Qummi, Man Laa Yahdhuru al-Faqih jil. 1 hal 251)

Sebenarnya tangisan mereka adalah kerana perbuatan mereka (golongan Syi’ah) sendiri.

Sila baca http://abunaaielah.blogspot.com/2008/01/di-sebalik-tragedi-muharram.html

Lalu pereka kisah-kisah dongengan dari kalangan Syi’ah mereka cipta kisah-kisah kesedihan dan berhimpun beramai-ramai meratapi kisah yang mereka sendiri ada-adakan.
Waraskah mereka?


Namun begitu apakah kisah dongengan hanyalah tentang Husain r.a. sahaja dan tangisan golongan Syi’ah kerana kesyahidan Husain r.a. sahaja?



Sesuai sekali dengan apa yang diungkapkan oleh novelis terkenal ini.

Watak-watak utuh seperti Fatimah Zahra, saidatina Khadijah, Asiah isteri Firaun dan Maryam ibu Nabi Isa a.s tidak tertancap kukuh. Malah ramai umat Islam tidak tahu latar belakang Fatimah Zahra bagaimana beliau mencabar regim yang ada di saat-saat akhir hayatnya. Sebagian besar umat Islam juga tidak mengenal citra Zainab al Kubra, cucu nabi dan anak Saidina Ali yang dengan berani berhujah di hadapan Yazid setelah tentera Yazid membunuh, menyembelih dan memenggal kepala keluarga cucu Rasulullah saw, Saidina Husein di Karbala.

http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/perempuan-berkalung-sorban-dan.html

siapakah beliau? Benarkah segala yang beliau nafikan bila dikemukakan persoalan apakah benar FT seorang Syi’ah? Atau ia hanyalah taqiyyah semata-mata.
Apakah ada pengikut Ahlus Sunnah yang menganggap pemerintah pada zaman Fatimah az-Zahra’ r.a. sebagai rejim?
Siapakah beliau sebenarnya? Ideologi, fahaman dan akidah siapakah yang hendak diterapkan olehnya secara halus ini?
Inilah permainan taqiyyah yang sangat sukar untuk difahami umat Islam khasnya di M’sia.

Mengapa tidak beliau nyatakan:
Kita mesti menangisi juga ibunda kita Fatimah az-Zahra r.a. yang diperlakukan dengan kejam oleh rejim di zamannya sehingga menggugurkan kandungannya yang dicadangkan nama sebagai Muhsin.
Kita juga mesti menangisi kesyahidan imam-imam Ahlul Bait yang dizalimi oleh setiap pemerintah Ahlus Sunnah.



Apakah sebenar yang tersirat di sebalik amalan yang diamalkan dan diperluaskan oleh golongan Syi’ah ini?

Apakah maksud di sebalik cerita-cerita sebegini yang belum dapat dipastikan kesahihannnya ini:

Tahukah anda Zaynab al Kubra dan pengikut ahlul bait sering dizalimi sepanjang pemerintahan Umaiyah, Abbasiyyah dan sehingga hari ini.

http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/12/tangisan-karbala-zaynab-al-kubra-adalah.html

Sedangkan begitu banyak riwayat-riwayat yang menunjukkan percanggahan fakta tersebut seperti hubungan persemendaan yang begitu banyak antara Bani Umayyah dengan anak cucu Ali r.a.

Apakah yang hendak ditanam di kalangan pengikut Syi’ah di sini?
Untuk memahaminya lihat apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Iran sehingga masjid Ahlus Sunnah tidak dibenarkan untuk dibangunkan di Teheran.

Cubalah kita memahami mengapa Umar dimusuhi sebaliknya Abu Lu’luah al-Majusi dipuja dan dibangunkan kuburnya dengan begitu besar dan cantik di Iran.



Pemergian Husain diratapi sehingga sanggup mencederakan diri sebagai isyarat bersedia berkorban untuknya di samping mengulang-ngulang kezaliman Yazid (yang sebenar cerita yang mereka sendiri ada2kan) dari kalangan Ahlus Sunnah?
Untuk membalas apa yang dikatakan sebagai kezaliman Yazid adalah suatu yang sama sekali tidak dapat dilaksanakan. Lalu kepada siapakah hendak dilepaskan dendam tersebut? Bukankah kepada orang yang seakidah dengan Yazid, Abu Bakar, Umar dan sekalian sahabat r.a.

Begitu juga pemergian Ahlul Bait yang lain diratapi dengan mengulang2 kisah kezaliman khalifah umat Islam yang menjadi ikutan Ahlus Sunnah.

Padahal kisah-kisah kezaliman seperti khalifah Abu Bakar r.a., Umar r.a. dan lain-lain tak lebih daripada kisah rekaan pereka-pereka dongengan Syi’ah sahaja.
Mengapa tidak diratapi pemergian Rasul s.a.w. sahaja? Atau pemergian Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang terang-terang syahid di tangan musyrikin? Begitu juga kesyahidan begitu ramai lagi sahabat-sahabat yang syahid di dalam menghadapi musuh-musuh besar Islam ketika itu seperti Rom dan Farsi?

Atau sejarah akan berubah menjadi: rom dan farsi adalah golongan yang benar kerana bermusuhan dengan rejim pada ketika itu iaitu khalifah abu bakar bersama-sama dengan sahabat rasul yang lain?

Ya! Kalau dibenarkan Syi’ah meneruskan tradisi ini dan meneruskan ingatan dan ratapan terhadap kisah yang mereka ada2kan tidak mustahil segalanya akan berubah.
Lalu umat Islam seluruh dunia akan dapat menerima bahawa pejuang2 Islam seperti al-Qaeda dan Taliban adalah musuh, penjahat, zalim dan sebagainya sebaliknya tentera pakatan NATO dan Amerika adalah hero kerana menghapuskan Taliban dan al-Qaeda di bumi Afghanistan dan Iraq setelah dapat menelan walaupun pahit segala propaganda2 murahan yang disebarkan oleh media2 Yahudi dan dibesar2kan pula oleh puak2 Syi’ah di dalam memburukkan pejuang2 Islam tersebut.
baca seterusnya "Apakah Terhenti Setakat Husain?"