22 Jun 2010

Iran Hipokrit: Tidak Sokong Hamas

Demikianlah pernyataan yang muncul dari mulut beliau apabila penulis mengajukan persoalan mengenai isu sokongan Iran terhadap rakyat Palestin selama ini. Penulis mengambil kesempatan menanyakan beberapa soalan secara ringkas kepada beliau sewaktu menemani isteri (pelajar seliaan beliau peringkat Phd. Di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya) berkunjung ke rumah beliau.

Prof. Mohammad Redzuan Othman merupakan tokoh sejarah yang terkenal, sangat kaya dengan pengalaman antarabangsa dengan kepakarannya mengenai sejarah Asia Barat. Beliau telah menulis beberapa jurnal antarabangsa, diundang oleh banyak negara luar untuk membincangkan persoalan Timur Tengah terkini. Kepakaran beliau tidak perlu dijelaskan lagi di sini kerana pembaca boleh menyaksikan sendiri menerusi kaca televisyen dan karya-karya beliau yang tersebar.

Kebetulan tajuk tesis isteri penulis di bawah seliaan beliau berkaitan dengan Turki Uthmaniyyah, penulis sempat mengajukan beberapa soalan ringkas berkaitan dengan peranan Turki dalam isu Palestin yang sedang ‘panas’ masa kini. Prof. Redzuan menyatakan semasa lawatan beliau ke Turki baru-baru ini beliau sempat menghadiri solat jenazah beberapa aktivis flotilla kapal Mavi Marmara yang terkorban akibat serangan ganas rejim Yahudi Israel baru-baru ini. Penulis cuba menarik perhatian beliau tentang kenyataan Erdogan selepas peristiwa serangan baru-baru ini, “mayat al-Fateh dan Sultan Salim akan remuk jika Turki berdiam diri terhadap kezaliman Israel”. Penulis cuba menggambarkan roh perjuangan Erdogan ‘berdarahkan’ perjuangan khilafah Uthmaniyyah. Ketika penulis bertanyakan benarkan Turki sebahagian dari anggota NATO dan mereka bersama NATO memerangi Taleban di Afghanistan, beliau terus menyatakan, “(bahkan) Turki sebelum ini mempunyai hubungan dengan Israel. Penulis mencelah dengan mengatakan, “boleh jadi mereka (Erdogan) mewarisi ‘kerja-kerja’ kerajaan sekular sebelumnya yang melakukan hubungan dengan Israel”. Lantas beliau meneruskan, “mereka sebenarnya sudah mencuba (sedayanya)” (untuk menjauhkan diri dari berhubungan dengan Israel). Penulis amat bersetuju dengan kenyataan beliau.

Penulis meneruskan soalan, Apakah Turki mempunyai peranan di Iraq? Beliau menyatakan, “ tidak ada”. Lantas penulis mengalihkan tumpuan kepada kelompok PKK di Utara Kurdistan yang berkonflik dengan kerajaan Turki. Beliau menjelaskan, “beberapa tokoh-tokoh Kurdis seperti Masud Barzani (Presiden wilayah autonomi Kurdistan hari ini) dan Jalal Talebani (Presiden Boneka Amerika Iraq) adalah nasionalis”. Beliau tidak membantah apabila penulis mengaitkan mereka dengan Mossad Israel (mereka juga sekutu rapat Iran sebenarnya).

Penulis cuba mengaitkan peranan Masud Barzani, Jalal Talebani dalam London Meeting 2002 yang bekerjasama dengan Amerika dan Iran bagi menumbangkan Saddam di Iraq. Begitu juga Bonn Conference 2002 dan Skandal Iran-Contra yang menggambarkan hubungan rahsia Iran bersama Amerika menumbang Saddam Husein dan menjatuhkan Taleban di Afghanistan. Beliau terus menjelaskan, “Iran tidak pernah menyokong Taleban di Afghanistan, mereka baru sahaja menggantung pemimpin Sunah di sana” (berita terkini semalam di al-Jazeera menyatakan, Abdul Malek Rigi pemimpin kumpulan Sunah, Jundullah di Baluchistan telah digantung oleh Iran). Berbalik kepada soalan tentang sokongan Iran kepada Hamas di Palestin, beliau menjawab, “ramai orang bercakap tentang kebenaran sokongan ini, sebenarnya hipokrit, mereka tidak menyokong Hamas, mereka sebenarnya menyokong gerakan Jihad Islam (gerila Syiah) di Palestin. Begitu juga Hizbollah, mereka tidak menyokong Hamas di Palestin”.

Satu perkara yang menarik dalam pertemuan itu ialah tegas beliau, “jika Zaini (Zaini Zainal Abidin seorang tukang gendang syiah yang sering memperkatakan tentang isu Timur Tengah dalam siaran televisyen) bercakap lagi dalam siaran televisyen mengenai perkara ini saya akan jawab”. Siapa Zaini itu? Apa yang dijelaskannya itu sebenarnya banyak yang tidak benar pun!!”

Sungguh pun pertemuan itu cukup ringkas tidak dapat menjelaskan kenyataan beliau secara detail kerana ianya tidak dirancang, namun penulis sangat berpuas hati dengan jawapan-jawapan beliau berikan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan secara tidak tersusun. Penulis sudah lama menantikan kesempatan untuk membuka mulut dalam beberapa kesempatan sebelum ini. Satu perkara yang nyata ialah, beliau secara jelas menjelaskan tentang hipokritnya Iran dalam isu Palestin, di samping tidak menafikan kerjasama Iran dengan Amerika dan Zionist dalam menghapuskan Taleban di Afghanistan dan bekerjasama di Iraq. Jika dibuka mata seluas-luasnya, itulah yang menjadi tema penjelasan blog tenteradajjal.blogspot.com kepada umum selama ini!!!

sumber:http://tenteradajjal.blogspot.com/2010/06/pakar-sejarah-asia-barat-iran-hipokrit.html
baca seterusnya "Iran Hipokrit: Tidak Sokong Hamas"

16 Jun 2010

Syi'ah: Dulu dan Kini

dengar dan renunglah....

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Seorang mukmin tidak akan disengat daripada satu lubang dua kali". (al-Bukhari)

apakah kita mahu disengat lagi setelah beberapa kali kita disengat di lubang yang sama..??
apakah kita benar2 mukmin..!!


baca seterusnya "Syi'ah: Dulu dan Kini"