03 Disember 2008

Santai 2: Taktik Taqiyyah Syi'ah

SANTAI: Taktik Syi’ah Berhadapan Ahlus Sunnah

Syi’ah dengan taqiyyah dan Sunni dengan kejujuran. Syi’ah dengan penuh tipu muslihat dan Sunni dengan penuh keikhlasan..
Bilakah Sunni akan mengenali segala taktik yang penuh dengan tipu muslihat (taqiyyah) Syi’ah.

Pernah dengar tokoh besar Syi’ah menjemput Ustaz terkenal Sunni Ustaz S….N yang merupakan seorang penjawat penting dalam salah sebuah institusi agama di sebuah negeri mengadakan kuliah mingguan di rumahnya…??

Mungkin kita akan merasa pelik dan hampir tak percaya..tak percaya apa??

1- Yang menjemput adalah seorang Syi’ah.
2- Yang dijemput adalah seorang Syi’ah.
3- Yang menjemput sebagai seorang Syi’ah akan mengambil ilmu dari seorang ustaz Sunni.
4- Yang menjemput sebagai seorang Syi’ah akan memberikan penghargaan kepada ustaz Sunni dengan menganggapnya sebagai seorang USTAZ dengan makna SEORANG YANG BERILMU.
5- Yang dijemput akan merasa bangga kerana bukan hanya golongan Sunni sahaja yang ingin mendengar ilmu darinya tapi juga golongan Syi’ah.
6- Dan macam-macam lagi….

Tapi bagi yang mengenali taqiyyah Syi’ah segalanya adalah tidak mustahil..

Bagaimana mereka bertaqiyyah dengan ulama-ulama Sunni?

insyaAllah sama-sama kita tunggukan jawapannya berdasarkan pengalaman ustaz-ustaz Sunni yang sudah melaluinya..
baca seterusnya "Santai 2: Taktik Taqiyyah Syi'ah"

Nikah Mut'ah: Al-Quran Mengharamkan Syi'ah Menghalalkan

NIKAH MUT’AH: al-Qur`an mengharamkan Syiah menghalalkan

Golongan Syi’ah sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran serta cuba untuk menyelewengkannya supaya bersesuaian dengan fahaman dan pegangan mereka. Di antaranya ialah penyelewengan sebahagian ayat suci al-Quran untuk membenarkan pendapat mereka berkenaan “perkahwinan mut’ah”. Contohnya adalah ayat 24 surah an-Nisa’.

Bagaimanapun sebelum membicarakan tentang apakah benar terdapat ayat al-Quran yang mengharuskan nikah mut’ah, terlebih dahulu marilah kita perincikan apakah yang dikatakan “nikah mut’ah” di sisi Syi’ah berdasarkan kitab-kitab mereka sendiri.


Kedudukan nikah mut’ah di sisi Syi’ah.

Untuk membenarkan nikah mut’ah di sisi mereka maka mereka telah merekacipta sebegitu banyak riwayat kononnya daripada Rasulullah s.a.w. dan imam-imam ahlul bait. Antaranya:


قال الصادق عليه السلام: (ليس منا من لم يؤمن بكرتنا، ويستحل متعتنا).

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para Imam sebelum qiamat untuk menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita”.( Man Laa Yahdhruhul Faqih jilid 3 hal. 458 hadith no. 4583, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al Amal jilid 2 hal. 34)

وقال الصادق عليه السلام: (إني لاكره للرجل أن يموت وقد بقيت عليه خلة من خلال رسول الله صلى الله عليه واله وسلم لم يأتها، فقلت له: فهل تمتع رسول الله صلى الله عليه واله وسلم قال: نعم.

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu mati dalam keadaan masih ada lagi mana-mana sifat (perbuatan) Rasulullah s.a.w. yang masih belum dilakukannya. Maka aku (perawi) bertanya kepadanya: “Apakah Rasulullah s.a.w. melakukan mut’ah? Dia menjawab: “Ya!”.( Man Laa Yahdhuduruhul Faqih j . 3 hal. 467 hadith no 4615, Wassailu As Syi’ah j. 14 hal 442, Qurbul Isnad hal. 21)



وروى عبدالله بن سنان عن أبي عبدالله عليه السلام قال: إن الله تبارك وتعالى حرم على شيعتنا المسكر من كل شراب وعوضهم من ذلك المتعة).

Abdullah bin Sinan telah meriwayatkan dari Jaafar As-Shadiq a.s. katanya: “Sesungguhnya Allah Tabaraka wataala telah mengharamkan bentuk minuman yang memabukkan ke atas Syi’ah kita dan menggantikannya dengan mut’ah.”(Ibn Bahwaih Al Qummi- Man Laa Yahdhuruhul Faqih jil. 3 hal. 467 hadith no 4616, Al Muurru Almili-Wasaailu As Syi’ah jil. 14 hal. 438)


وقال أبوجعفر عليه السلام: (إن النبي صلى الله عليه واله لما اسري به إلى السماء قال: لحقني جبرئيل عليه السلام فقال: يا محمد إن الله تبارك وتعالى يقول: إني قد غفرت للمتمتعين من امتك من النساء).

Ja’far as-Sadiq a.s. berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. ketika telah diperjalankan ke langit Baginda berkata, “Jibril a.s. telah menemui aku lalu berkata, “Wahai Muhammad, Allah Tabaraka waa taala berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang telah melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan umatmu”.(Man Laa Yahdhuruhul Faqih jil. 3 hal. 464 hadith no 4601, Wasaailu As Syi’ah jil . 14 hal. 442, Biharu Al Anwar jil. 100 hal. 306)

Nikah mut’ah berdasarkan kitab-kitab Syi’ah.

Berdasarkan kitab-kitab panduan mereka kita dapati begitu banyak sekali riwayat yang dipalsukan atas nama imam-imam ahlul bait dan juga Rasulullah s.a.w. berkenaan nikah kontrak ini. Apa yang dikemukakan ini hanyalah sebahagian daripada nya:


الحسين بن محمد، عن أحمد بن إسحاق، عن سعدان بن مسلم، عن عبيدبن زرارة، عن أبيه، عن أبي عبدالله (ع قال: ذكرت له المتعة أهي من الاربع؟ فقال: تزوج منهن ألفا فإنهن مستأجرات.


Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) a.s. bahawa disebutkan kepadanya tentang mut'ah adakah ia termasuk daripada empat (isteri)? Beliau menjawab, “Kahwinilah daripada mereka seribu pun kerana mereka termasuk perempuan-perempuan yang disewakan”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 452, Al Istibshar jil. 3 hal. 461, Tahzib al-Ahkam jil. 7 hal. 259, Wasaail as-Syi’ah jil. 14 hal. 446)


محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد بن عيسى، عن الحسين سعيد، ومحمد بن خالد البرقي، عن القاسم بن عروة، عن عبدالحميد، عن محمد بن مسلم، عن أبي جعفر (ع في المتعة قال: ليست من الاربع انها لاتطلق ولاترث وإنما هي مستأجرة.

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Jaafar a.s. (Muhammad al-Baqir) berkenaan mut'ah, katanya, “ianya bukan termasuk daripada empat (isteri) kerana mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi, mereka hanyalah perempuan sewaan sahaja”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 452 hadith no 9954)


عدة من اصحابنا، عن سهل بن زياد، ومحمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد جميعا، عن ابن عن جميل بن صالح، عن زرارة، عن أبي عبدالله (ع قال: لا تكون متعة إلا بأمرين أجل مسمى وأجر مسمى.


Al-Kulaini meriwayatkan daripada Zurarah daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) a.s. katanya, “Tidak berlaku mut'ah kecuali dengan dua perkara iaitu tempoh yang telah ditetapkan dan upah (bayaran) yang tertentu”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 457 hadith no 9967)



عدة من أصحابنا، عن سهل بن زياد، عن أحمد بن محمد بن أبي نصر، وعبدالرحمن ابن أبي نجران، عن عاصم بن حميد، عن محمد بن مسلم قال: سألت أبا عبدالله (ع كم المهر - يعني في المتعة -؟ قال: ما تراضيا عليه إلى ماشاء من الاجل.

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Muhammad bin Muslim katanya, “aku bertanya Aba Abdillah a.s., “Berapakah mahar (dia maksudkan pada mut'ah)?” Beliau menjawab, “Sekadar yang yang diredhai oleh keduanya sehingga tempoh yang ia kehendaki”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 459 hadith no 9977)

محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد، عن الحسين بن سعيد، ومحمد بن خالد البرقي، عن القاسم بن محمد الجوهري، عن أبي سعيد، عن الاحول قال: قلت لابي عبدالله (ع: أدنى مايتزوج به المتعة؟ قال: كف من بر.


Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ahwal katanya: “Aku bertanya Aba Abdillah a.s.: “Berapakah mahar yang paling rendah untuk perkahwinan mut'ah? Beliau a.s. menjawab: “Segenggam gandum”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 457 hadith no 9978, Tahzib Al-Ahkam jil. 7 hal. 260)



محمد، عن أحمد بن محمد، عن محمد بن خالد، عن خلف بن حماد قال: أرسلت إلى أبي الحسن (ع: كم أدنى أجل المتعة هل يجوز أن يتمتع الرجل بشرط مرة واحدة؟ قال: نعم.

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Khalaf bin Hammad katanya: “Aku menghantar orang kepada Abi al-Hasan a.s. untuk bertanya tentang tempoh paling singkat melakukan mut'ah, adakah harus seseorang melakukan mut'ah dengan syarat sekali (persetubuhan) sahaja?” Beliau menjawab, “Ya”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 460.)


علي بن إبراهيم، عن أبيه، عن ابن أبي عمير، عن عمربن اذينة، عن إسماعيل ابن الفضل الهاشمي قال: سألت أبا عبدالله (ع عن المتعة فقال: الق عبدالملك بن جريج فسله عنها فإن عنده منها علما فلقيته فأملى علي منها شيئا كثيرا في استحلالها فكان فيما روى لي ابن جريج قال: ليس فيها وقت ولا عددإنما هي بمنزلة الاماء يتزوج منهن كم شاء وصاحب الاربع نسوة يتزوج منهن ماشاء بغير ولي ولاشهود فإذا انقضى الاجل بانت منه بغير طلاق ويعطيها الشئ اليسير وعدتها حيضتان وإن كانت لاتحيض فخمسة وأربعون يوما فأتيت بالكتاب أبا عبدالله (ع فعرضت عليه فقال: صدق وأقربه.
قال: ابن اذينة و كان زرارة بن أعين يقول هذا ويحلف أنه الحق إلا أنه كان يقول: إن كانت تحيض فحيضة وإن كانت لاتحيض فشهر ونصف

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ismail bin al-Fadhl al-Hasyimi, katanya: “Aku bertanya Abu Abdillah a.s. tentang mut’ah lalu dia berkata: “Bertemulah dengan Abdul Malik bin Juraij maka tanyalah dia tentangnya kerana dia mempunyai ilmu tentangnya. Maka aku pun bertemu dengannya lalu dia membacakan kepadaku banyak perkara tentang penghalalan halalnya mut’ah, di antara apa yang diriwayatkan kepadaku oleh Ibnu Juraij ialah katanya: “Tidak ada penentuan waktu dan bilangan yang tertentu dalam mut’ah, mereka hanyalah seperti hamba sahaja. Seseorang boleh berkahwin dengan mereka (perempuan secara mut’ah) sebanyak mana yang ia kehendaki. Begitu juga dengan orang yang telah mempunyai empat isteri dia boleh berkahwin dengan mereka mengikut yang ia kehendaki tanpa sebarang wali dan saksi. Bila telah habis tempoh maka berpisahlah mereka tanpa sebarang thalaq dan dia hendaklah memberikan kepada perempuan itu sesuatu walaupun sedikit dan iddahnya adalah dua haidh dan kalau dia tidak haid maka empat puluh lima hari”.
Lalu aku bawakan kitab itu kepada Abu Abdillah a.s. lalu aku kemukakan kepadanya maka Ia berkata, “Benar ia (Ibnu Juraij) dan dia mengakuinya”. Ibnu Uzainah berkata, “Zurarah bin ‘Aa’yun berpendapat demikian dan dia bersumpah bahawa ia adalah benar cuma dia berkata, “jikalau perempuan itu datang haidh maka (‘idahnya) adalah satu haidh dan jika dia tidak datang haidh maka sebulan setengah”.(Al-Furu’ min al-Kafi jil 5 hal. 453 hadith no 9955.)


Tidak ada di dalam Islam Nikah Mut’ah dan tidak turun satu ayat pun dalam al-Quran yang mengharuskannya.

Perkataan mut’ah yang terdapat di dalam al-Quran.

Mut’ah berasal daripada perkataan “mutuu’an” yang merupakan masdar (kata terbitan) bagi fi’il tiga hurufnya iaitu “mata’a”. Kemudian perkataan tersebut digunakan di dalam al-Quran dengan lafaz "mata' (متاع), juga dengan perkataan yang terbit daripada bab taf’iil (تفعيل) seperti “umatti’u” dan istif’al (استفعال) iaitu “istimta’. Bilangan perkataan yang merupakan pecahan daripada perkataan mut’ah di dalam al-Quran adalah sebanyak tujuh puluh perkataan dengan makna yang berbeza di dalam berbagai surah.(Al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Quran al-Karim hal. 576)

Perkataan-perkataan tersebut yang terdapat di dalam al-Quran mengandungi beberapa makna, sama ada dipandang dari segi bahasa atau dari segi istilah syar’ie. Antaranya ialah:

Makna pertama bagi perkataan mut’ah adalah pemberian kepada isteri di dalam penceraian dengan baik seperti di dalam ayat-ayat di bawah:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

Bermaksud: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.(Al-Quran surah al-Ahzab ayat 28)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.(Al-Quran surah al-Ahzab ayat 49)

لَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدَرُهُ مَتَاعًا بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِينَ

Bermaksud: Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: Suami yang senang (hendaklah memberi sagu hati itu) menurut ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian sagu hati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. (Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 236)

وَلِلْمُطَلَّقَاتِ مَتَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ

Bermaksud: Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertaqwa.(Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 241)

Makna kedua bagi mut’ah yang disebutkan di dalam al-Quran adalah mut’ah haji yang berasal dari perkataan tamattu’. Fuqaha’ menyebutnya dengan mut’ah al-hajj. Al-Quran menyebutkan tentang tamattu’ ini dengan makna mengerjakan umrah pada ketika aman sebelum bulan haji sebagaimana yang terdapat di dalam ayat di bawah:

فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

Bermaksud: Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih dam yang mudah didapati.(Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 196)

Makna ketiga bagi perkataan mut’ah dalam al-Quran sama ada dengan perkataan "mataa' (متاع) atau perkataan yang terbit daripada bab taf’iil (تفعيل) atau istif’aal (استفعال) adalah mengambil manfaat dengan rezeki-rezeki yang baik dan kehidupan yang menyeronokkan. Di antara contohnya adalah seperti:

Pertama:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).(Al-Quran Surah Hud ayat 3)

Kedua:

فَعَقَرُوهَا فَقَالَ تَمَتَّعُوا فِي دَارِكُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ ذَلِكَ وَعْدٌ غَيْرُ مَكْذُوبٍ

Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan.(Al-Quran Surah Hud ayat 65)

Ketiga :

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.( Al-Quran Surah Muhammad ayat 12)

Keempat :

قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.(Al-Quran Surah an-Nisa’ ayat 77)

Kelima :

وَيَوْمَ يُعْرَضُ الَّذِينَ كَفَرُوا عَلَى النَّارِ أَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ

Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.(Al-Quran Surah al-Ahqaf ayat 20)

Di antara keistimewaan al-Quran di dalam menggunakan perkataan yang hampir dengan mut’ah ialah perkataan mataa’ (متاع) dan perkataan yang terbit dari wazan tafa’ul (تمتع) serta taf’iil (تمتيع) yang tersebut dalam al-Quran adalah memberi makna pengambilan manfaat yang ditentukan waktunya samada disebutkan waktu yang ditentukan itu atau tidak disebutkan. Sementara itu istimta’ (استمتاع) tidak disebutkan di dalam al-Quran kecuali untuk memberi makna pengambilan manfaat yang berterusan yang tidak berakhir kecuali dengan berakhirnya kehidupan di dunia. Dan biasanya bab istif’al yang digunakan oleh al-Quran adalah untuk memberikan makna ‘mubalaghah’ (مبالغه) seperti ijaabah dan istijaabah (اجابه و استجابه), ikhraj dan istikhraaj (اخراج استخراج) serta iqamah dan istaqamah (اقامه و استقامه).

Adapun mut’ah nikah atau nikah mut’ah, tidak ada satu pun ayat al-Quran yang turun berkenaan dengannya. Walaubagaimanapun golongan Syi’ah sering mengemukakan satu ayat yang terdapat di dalam surah an-Nisaa’ untuk membuktikan bahawa keharusan mut’ah adalah berdasarkan al-Quran. Ayat tersebut adalah:

فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآَتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Bermaksud: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.( Al-Quran Surah an-NIsaa’ ayat 24)

Pengharaman faraj yang merupakan suatu penghormatan kepada perempuan adalah merupakan suatu perkara yang dipandang besar dan sangat dijaga oleh agama serta tidak boleh bermudah-mudah padanya. Kerana itu ulama usul telah membuat kaedah berkenaan perkara ini yang berbunyi:

الأصل في الأبضاع التحريم

Bermaksud: Asal dalam masalah kemaluan perempuan adalah haram.

Berbalik kepada ayat di atas jika diperhatikan kepadanya pasti tidak akan ditemui sebarang dalil yang menunjukkan kepada perkahwinan bertempoh iaitu nikah mut'ah sama ada secara jelas ataupun isyarat apatah lagi jika dipandang kepada ayat sebelum dan selepasnya. Kerana jika dilihat kepada ayat sebelumnya bermula dari ayat tujuh lagi ianya membicarakan berkenaan dengan hukum warisan atau pusaka yang berkait rapat dengan perkahwinan yang berkekalan dan begitu juga ayat selepasnya membicarakan berkenaan hukum perkahwinan yang berkekalan. Contohnya ayat selepasnya yang bermaksud:

Dan sesiapa di antara kamu Yang tidak mempunyai kemampuan Yang cukup untuk berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang baik-baik (yang merdeka, Yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan Yang beriman Yang kamu miliki. dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami Yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). oleh itu berkahwinlah Dengan mereka Dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut Yang patut. mereka (hamba-hamba perempuan Yang akan dijadikan isteri, hendaklah) Yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula Yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan.

Adalah dengan maksud Allah mahu meringankan bebanan lelaki di dalam perkahwinan dengan berpindah daripada perkahwinan dengan perempuan merdeka kepada perkahwinan dengan hamba. Andaikata ayat di atas berkenaan dengan perkahwinan mut’ah maka tidak ada maknanya Allah taala mahu memberikan kemudahan kepada lelaki untuk mengahwini hamba di dalam ayat seterusnya kerana tiada perkahwinan yang lebih mudah daripada mut’ah.


Ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan kepada pengharaman mut’ah.


Terdapat beberapa ayat di dalam al-Quran yang mengisyaratkan kepada pengharaman mut’ah. Antaranya adalah:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (٧)

Bermaksud: 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, 6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: 7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.( Al-Quran Surah al-Mukminun ayat 5 hingga 7)

Ayat ini menyebutkan antara sifat-sifat orang mukmin yang berjaya adalah orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali kepada isteri atau hamba sahaja.

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا وَآَتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آَتَاكُمْ وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاءِ إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّنًا لِتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَنْ يُكْرِهُّنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِنْ بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - maha Pengampun, lagi maha Mengasihani.( Al-Quran Surah al-Nur ayat 33)


Allah taala memerintahkan kepada orang yang tidak berkemampuan untuk berkahwin supaya menjaga kehormatan mereka sehingga mempunyai kemampuan. Di sini menunjukkan bahawa tiada pilihan yang lain bagi orang yang tidak mampu selain berkahwin iaitu perkahwinan yang kekal. Kalaulah mut’ah diharuskan tentu mereka diberi pilihan tersebut kerana mut’ah tidak memerlukan perbelanjaan yang akan membebankan mereka.


وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.( Al-Quran Surah al-Nisa’ ayat 3)

Ayat ini menjelaskan penekanan supaya berlaku adil di dalam perkahwinan. Dan kalaulah mampu berlaku adil sekalipun maka yang dibenarkan adalah hanya empat orang sahaja. Ayat ini juga menolak perkahwinan mut’ah kerana mut’ah tidak perlu berlaku adil padanya dan ianya tidak terbatas kepada empat sahaja. Di samping itu mut’ah tidak sama dengan persetubuhan seorang tuan dengan hamba perempuannya kerana perhubungan tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu yang ketat sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam. Berbeza dengan mut’ah yang hanya menganggap perempuan hanyalah semata-mata barang sewaan sahaja.

Begitu juga kalau dilihat kepada maksud perkahwinan adalah untuk menghasilkan zuriat dan bukan semata-mata memuaskan nafsu. Di samping itu agama bukan sahaja menyuruh supaya mencari zuriat bahkan agama memerintahkan supaya menjaga zuriat tersebut dengan sebaik-baiknya. Allah taala berfirman:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman.( Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 223)

Ayat ini dengan jelas bercanggah dengan perkahwinan mut’ah kerana mut’ah adalah semata-mata untuk memuaskan nafsu dan bukan bermaksud untuk mendatangkan hasil daripada perhubungan tersebut. Sedangkan ayat ini dengan jelas menyebutkan bahawa isteri-isteri itu adalah kebun untuk mendatangkan hasil.
baca seterusnya "Nikah Mut'ah: Al-Quran Mengharamkan Syi'ah Menghalalkan"

Mereka Yang Meninggalkan Syi'ah: Taubat Pemudi Ihsaa'

Taubat seorang pemudi Ihsaa’


Seorang pemudi Syi’ah dari perkampungan Ihsaa’ menceritakan kisah taubatnya dan ia memperolehi petunjuk kepada kebenaran.

Saya adalah seorang pemudi dari sebuah perkampungan Ihsaa’ yang dididik dengan kecintaan kepada Nabi s.a.w. dan kecintaan kepada Ahlul Bait-Nya a.s. serta dididik dengan penuh keyakinan bahawa Ahlul Bait adalah sebab selamatnya saya daripada kemurkaan tuhan dan daripada neraka. Tanpa kasih dan cintakan mereka segala amalan saya sama ada ibadat-ibadat dan kewajipan-kewajipan yang difardhukan ke atas sekalian orang Islam seperti sembahyang, puasa dan lain-lain tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada saya. Begitu juga saya dididik dengan kewajipan membenci orang-orang yang memusuhi dan menzalimi mereka (ahlul bait). Saya adalah di antara orang yang bersikap keras dan fanatik terhadap aliran pegangan saya dan saya tidak mahu membahasnya lagi dengan menganggap memperdebatkannya adalah merupakan kesalahan terhadap pegangan saya. Begitu juga saya sering berprasangka buruk terhadap golongan Ahlus Sunnah dengan beranggapan bahawa mereka sering memandang negative terhadap peganganku walaupun saya mempunyai ramai teman-teman dari kalangan Ahlus Sunnah. Saya boleh menerima segala perkara dari mereka kecuali perbahasan tentang pegangan saya dengan saya menyangka bahawa mereka (Ahlus Sunnah) memang menyedari bahawa mereka berada di pihak yang salah tetapi mereka mendakwa bahawa merekalah yang benar semata-mata kerana memusuhi ahlul bait dan mereka mahu merubah asas-asas mazhab Syi’ah serta berdusta atas nama imam-imam dan Syi’ah mereka.

Saya berterusan dengan pegangan tersebut pada waktu itu kemudian saya berpeluang untuk menyambung belajar di hauzah (pusat pengajian agama Syi’ah) ilmiah. Saya pergi ke sekolah pada waktu pagi dan ke hauzah pada waktu petang. Kemudian saya menghadapi kesulitan di dalam menggabungkan kedua-dua pengajian tersebut sekaligus di mana kalau saya memberikan waktu sebagai pelajar peringkat menengah (di sekolah) saya tidak dapat meneruskan pengajian di hauzah sedangkan saya benar-benar yakin tentang keutamaannya, lalu saya berfikir untuk meninggalkan sekolah tetapi keluarga saya menghalang dan mereka menasihati saya supaya saya belajar di hauzah ketika cuti musim panas dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan di hauzah. Selepas saya menamatkan peringkat menengah saya menyambung pengajian saya di hauzah ilmiah dan saya beriltizam untuk belajar sepenuh masa dengan merasa bangga sambil meyakini bahawa amalan ini akan menghampirkan diri saya kepada Allah taala.
Akan tetapi setiap kali saya membandingkan hukum agama yang baru atau sebahagian daripada sejarah Nabi s.a.w. atau sejarah ahlul bait saya merasakan di sana terdapat pertentangan dalam sesetengah keadaan. Namun begitu saya segera menganggap perasaan ini adalah disebabkan kejahilan saya sambil menyakini bahawa ianya adalah bisikan syaitan untuk menyesatkan saya daripada kebenaran.

Di antara persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, bila mana kami mengagongkan imam-imam dan anak-anak mereka melebihi Rasulullah s.a.w. yang merupakan sebaik-baik manusia di mana kami merayakan hari kelahiran mereka, menangisi sejarah kewafatan mereka dan mengambil berat tentang sejarah mereka berlainan dengan Nabi s.a.w.. Saya tidak menafikan bahawa kami (Syi’ah) juga mengadakan perhimpunan menyambut kelahiran Nabi s.a.w. dan melakukan upacara takziah sebagai tanda kesedihan di atas kewafatan Baginda s.a.w. tetapi ianya jauh berbeza jika dibandingkan dengan sambutan kelahiran Imam Mahdi pada Nisfu Sya’ban di mana kita memakai pakaian baru dan menganggapnya sebagai hari perayaan sedangkan kelahiran Nabi s.a.w. kita hanya berpada dengan berhimpun sahaja. Oh! Betapa besarnya perbezaan antara sambutan takziah Husain denagn kewafatan sebaik-baik manusia, Muhammad s.a.w. Kami pada hari itu berpuasa separuh hari, menangisi Husain dan memukul-mukul dada. Aku sering tertanya-tanya juga di manakah anak-anak perempuan Rasul s.a.w. yang lain serta isteri-isteri-nya di dalam lipatan sejarah kita. Mengapa kita berpura-pura/ sengaja melupakannya.

Persoalan kedua, kebiasaannya pada ketika kita ditimpa musibah atau mempunyai sesuatu hajat kita akan mengadapkan permohonan dan pertolongan kepada ahlul bait supaya melepaskan kesusahan yang kita hadapi lebih daripada kita menghadapkan diri kepada Allah.

Persoalan ketiga, kenapakah diharamkan ucapan “amin” selepas membaca surah al-Fatihah di dalam sembahyang dengan alasan penambahan dan pengurangan yang membatalkan sembahyang. Sebaliknya di sisi kita mustahab mengucapkan “اشهد أن علياً ولي الله” di dalam sembahyang. Jika ia satu penambahan maka ia akan membatalkan sembahyang berdasarkan kepada hukum menambahkan sesuatu dalam sembahyang akan membatalkannya seperti ucapan amin selepas surah al-Fatihah. Jika ia bukan penambahan tentu hukumnya dalam sembahyang tidak sunat dan tidak wajib
Persoalan keempat, saya saling tertanya-tanya adakah boleh diterima akal bahawa Nabi s.a.w. sebagai sebaik-baik manusia lemah serta gagal di dalam memilih sahabat-sahabat dan isteri-isteri kerana Baginda memilih sahabat-sahabat yang mentohmahnya dengan mengatakan Baginda meracau di saat-saat kewafatan-Nya kemudian selepas kewafatan-Nya mereka murtad daripada agama serta menyakiti anak perempuannya! Apakah boleh diterima akal salah seorang isteri Rasul akan melakukan khianat sedangkan ayat al-Quran begitu jelas menyebutkan sesuatu yang tidak memerlukan kepada penafsiran lagi iaitu:

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Suatu perkara yang sudah dimaklumi iaitu isteri seseorang serta anak-anak perempuannya adalah merupakan ahlulbaitnya.

Saya teringat di suatu ketika saya mendengar daripada kata-kata seorang syeikh di dalam satu kuliahnya dia berkata: “Sesungguhnya Imam Ali lebih mulia daripada Nabi di sisi Allah dan Husain lebih mulia daripada keduanya. Ia menjadikan satu hadith sebagai dalil tapi malangnya saya tidak mengingati hadith itu.

Dan banyak lagi persoalan yang membingungkan saya pada ketika itu.

Sebenarnya boleh dikatakan orang yang mendorong saya untuk mengkaji hakikat sebenar adalah syeikh yang mengajar saya di hauzah ilmiah di mana dia sering menasihati kami supaya tidak berpada dengan ilmu-ilmu, kitab-kitab dan tokoh-tokoh kami sahaja bahkan menasihati kami supaya mengkaji ilmu-ilmu Ahlus Sunnah, kitab-kitab mereka dan tokoh-tokoh mereka supaya kami dapat membuat perbandingan di antara dua mazhab ini dan supaya kami bertambah yakin bahawa mazhab kami sahajalah yang merupakan mazhab yang betul.

Namun begitu saya tidak mempedulikan nasihatnya tersebut dengan alasan sesungguhnya saya benar-benar yakin bahawa saya berada di atas kebenaran. Saya terus berada dalam keadaan demikian sehingga saya mula berfikir untuk menyebarkan mazhab Syi’ah dan memberikan petunjuk kepada orang yang belum mendapat petunjuk lalu saya ingin meneliti sebahagian kitab-kitab Ahlus Sunnah untuk saya mengetahui tempat-tempat yang terdapat kesilapan di dalam mazhab mereka supaya saya dapat memfokuskan nasihat saya. Maka saya mula meneliti dan mengkaji melalui internet dan membaca sebahagian kitab. Pada peringkat permulaannya saya membacanya dan mendustakan apa yang terdapat di dalamnya sehinggalah saya mula membaca sebahagian hadith yang terdapat di dalam kitab sahih Bukhari melalui internet dan bila mana saya sampai bab “kitab waktu-waktu sembahyang” saya tidak mengetahui bilakah persoalan ini yang muncul secara tiba-tiba iaitu sudah sekian lama sembahyang lima waktu merupakan sembahyang yang mempunyai namanya yang khusus berserta waktunya sedangkan kita Syi’ah mengerjakannya bukan pada waktunya.

Dari sini saya berpindah untuk mengkaji tentang hakikatnya lalu saya meneliti tentang dalil-dalil yang thabit bahawasanya Rasulullah s.a.w. menjama’kan sembahyangnya tanpa musafir atau sakit atau ketakutan dan saya tidak menemui jawapannya. Lalu saya terpaksa meminta pertolongan daripada teman sekerja saya yang saya percaya dia akan menyembunyikan masalah saya dan ia adalah dari kalangan Ahlus Sunnah dalam keadaan saya pasti kalaulah jelas kepada saya bahawa Rasulullah s.a.w. bersembahyang secara berasingan dan tidak menghimpunkan sembahyangnya kecuali ketika adanya kesulitan maka ia adalah satu-satunya kesilapan di dalam mazhab saya dan saya mungkin akan dapat memperbaiki kesilapan tersebut dalam keadaan saya terus menganut mazhab saya ini.

Semoga Allah memberikan kepadanya beribu kebaikan di mana dia telah memindahkan persoalan saya kepada seorang Syeikh dan dia telah mengemukakan jawapan kepada saya berserta dengan dalil-dalil yang memuaskan dan dia memberikan nasihat kepada saya supaya mengikuti laman web golongan yang bangkit meninggalkan Syi’ah.

Saya mula melayarinya lalu saya membaca akidah ahlul bait di sisi Ahlus Sunnah. Pada permulaannya saya dapat membaca kesilapan saya namun tidak berpuas hati. Kemudian saya mula merasa puas dengan apa yang ditulis di dalamnya. Di samping itu saya membandingkannya dengan kitab-kitab dan rujukan-rujukan yang ada di sisi kita (Syi’ah) untuk memuaskan hati bahawa di sana memang terdapat kesilapan di dalam sesuatu tajuk itu tetapi saya cuba untuk menolak dalam keadaan hampa serta menekan jiwa saya. Lalu saya memutuskan untuk menyambung penelitian terhadap laman web tersebut selepas saya berazam untuk mencari kebenaran tanpa didorong oleh sifat fanatik atau ta’assub kepada mazhab saya dan saya sekali-kali tidak akan berpuas hati dengan mana-mana dalil pun kecuali berdasarkan dalil daripada kitab Allah supaya saya memelihara fikiran saya daripada hadith-hadith yang dho’if. Saya juga meneliti laman-laman web yang lain supaya saya dapat menghimpunkan dalil dari beberapa pihak dan ianya lebih meliputi banyak hakikat lalu saya membaca dari laman web ahlulbait dan web-web yang lain juga. Akhirnya saya merasa berpada dengan laman web “al-Muhtadun” (orang-orang yang mendapat petunjuk) kerana ia menghimpunkan banyak hakikat yang penting walaupun tidak dari semua sudut. Lalu setiap hari saya merasakan semakin bertambah keimanan serta kepastian bahawa saya dulu berada di dalam kesilapan maka saya berazam untuk terus merentasi kehidupan ini mengikut jalan yang diwarisi daripada Nabi s.a.w.. Maka dengan kurniaan dari Allah melalui laman-laman web yang baik ini saya semakin menemui petunjuk dan saya terus melalui jalan kebenaran ini semenjak dua bulan yang lalu. Segala pujian itu adalah milik Allah.

Seterusnya saya memohon kepada Allah supaya menetapkan saya di atas jalan kebenaran ini dan supaya Allah memberikan petunjuk kepada keluarga, orang-orang yang saya kasihi dan semua orang-orang mu’min. Amin.
20 Rabi’utthani 1429



Ihsaa’: nama satu tempat di Hijaz.
Surah al-Ahzab ayat 33



Artikel asal boleh di lihat di http://www.wylsh.com/contnent/articles.php?ID=209
baca seterusnya "Mereka Yang Meninggalkan Syi'ah: Taubat Pemudi Ihsaa'"