02 Februari 2008

RTM DUNIA

Ahad 27 Jan 2008 jam 11.00pm @ 23.00 seperti biasa RTM1 menyiarkan RTM dunia.

Malam ini menghidangkan Zaini Zainal Abidin sebagai tetamu jemputan. Seorang “sunni” yang kononnya mahu menegakkan “sunni” dengan sering menyerang wahabi, al-qaeda, Taliban dsbgnya. Namun begitu pada malam ini terpacul sedikit mungkin dengan tak sengaja kerana sangat2 tak sabar walaupun cuba bertaqiyyah sedalam-dalamnya ataupun memang sebagai nak menguji kepekaan ASWJ apakah ada sikap peduli atau tidak di kalangan mereka terhadap semakin melebarnya networking syiah di Malaysia ini bilamana beliau mengungkapkan kata-kata kalau tak silap begini “Hezbullah dan Unit Amal berjaya bila bergabung dan di sokong oleh Iran dengan semangat kesyahidan Imam Husain”.

Semangat siapakah ini..?? Bukan ASWJ tidak bersedih dengan kesyahidan Sayyidina Husain r.a. tapi semangat sahabat2 r.a. yang terang2 menghadapi kuffar lebih utama untuk diterapkan. Untuk membaca sejarah pembunuhan Sayyidina Husein r.a. sila klik sini.

Setiap kali mendengar suaranya baik melalui telefon menghubungi RTM dunia ataupun bila dijemput sebagai tetamu jemputan rancangan tersebut, terbayang di fikiran seolah-olah beliau seperti ketakutan sentiasa dihantui oleh bayang-bayang wahabi,al-qaeda ataupun Taliban di mana sahaja beliau berada. Mimpi ngerinya terhadap kedua kumpulan pejuang ini tak ubah seperti mimpi ngeri Bush sahaja.

Kita selalu mendengar kelantangan beliau mentohmah wahabi dengan kononnya wahabi didokong oleh British walaupun tidak pernah sekalipun beliau mengemukakan fakta di atas kata-kata tersebut. Kita bukan menyokong kerajaan Arab Saudi secara total namun begitu segala kata-kata nista tersebut sepatutnya disokong dengan biar satu dua fakta. Jangan jadi seperti G.W.Bush yang sering melabel al-Qaeda dengan perbagai keganasan seperti peristiwa 11 September walaupun tanpa sebarang bukti. Memang kita mengakui pemimpin Saudi bagaikan kuda tunggangan Amerika dan mempunyai hubungan rapat antaranya keduanya serta sekutunya namun begitu biarlah adil dalam menghukum.

Mengapa tidak sering diulang-ulang sebutan juga terhadap pemimpin sunni yang bukan wahabi seperti pemimpin mesir, Jordan, Kuwait, lubnan dll..? Ataupun Mahmud Abbas yang jelas mendapat kuasa yang tidak sah melalui campurtangan G.W.Bush. Yang lebih jelas Hamid Karzai yang dilabelkan banyak pihak sebagai keldai G.W.Bush yang kini menguasai Afghanistan setakat yang beliau dapat kuasai..?

Begitu juga mengapa tidak disebut pemimpin syiah Iraq yang tiada siapa dapat menafikan kejayaannya menaiki takhta Iraq adalah melalui tangan G.W. Bush..? apakah mereka-mereka ini bukan sekutu Bush lalu dilupakan atau sengaja dilupakan serangan terhadap mereka..? Atau mungkin kerana Hamid Karzai menentang Taliban yang juga tiada siapa dapat menafikan adalah musuh amerika..? Atau mungkin pemimpin Iraq seperti Nuri al-Maliki seorang Syiah maka beliau bebas samaada menjadi sekutu Amerika atau sebaliknya..? Bukankah kita semua mengetahui hubungan pemimpin Iraq dengan Iran begitu juga dengan Amerika bahkan sekutu rapat Amerika..? Kita berharap selepas ini Zaini Zainal Abidin dengan lantang pula berkata dan menyerang “Wahabi Syiah Iraq sekutu rapat Amerika”.

Kita ASWJ atau dengan dakwaan “sunni sejati” (pinjam kata-kata FT) mudah lupa dan tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku kepada dunia Islam hari ini walaupun ianya berlaku depan mata kita sendiri. Dengan label “Wahabi” maka kita lupa kepada sekutu Amerika yang lain yang jelas serta tiada siapa dapat menafikan mendapat kuasa melalui tangan Amerika.
Lalu apakah maksud tersirat di sebalik serangan bertali arus terhadap kerajaan Saudi..? salah satunya adalah supaya dunia Islam membenci kerajaan Wahabi Saudi lantas siapakah yang lebih layak memerintah dua tanah suci Islam.? Maka jawapannya adalah Republik “Islam” Iran. Itulah maksud sebenarnya supaya dua tanah suci tersebut jatuh dari tangan ASWJ dan beralih ke tangan Syiah.. berhati-hatilah dengan tipudaya ini. Propaganda menaikkan Iran di mata umat Islam dan menjatuhkan pejuang-pejuang ASWJ sedang giat dilakukan sekarang.

Begitu juga kita sering mendengar serangan bertubi-tubi dari Zaini Zainal Abidin dalam RTM dunia terhadap al-Qaeda dan juga Taliban. Kata-kata beliau tak ubah seperti serangan Amerika terhadap kedua-dua golongan pejuang ASWJ ini. Pelik sekali, dalam ketika mereka pejuang ASWJ ini tidak berhenti menerima hadiah peluru-peluru samaada raifel, meriam,kereta kebal, peluru berpandu dll dari Amerika kita pula yang bergelar ASWJ atau pendakwa “Sunni sejati” pula menambah hadiah terhadap mereka dengan kata-kata tohmahan dan pelbagai fitnah terhadap mereka. Bukankah perbuatan seperti itu akan menambahkan lagi kekuatan terhadap kuasa kuffar mustakbirin Amerika.?

Bukankah kedua puak pejuang ASWJ ini sering menerima serangan propaganda dari barat, dengan pelbagai tuduhan kononnya mereka inilah yang sering melakukan keganasan seperti peristiwa 11 september, pengeboman Madrid dll..? Kita hairan mengapa Bush begitu bersungguh melabelkan mereka ini sebagai pengganas dengan bukan sekadar melabelkan kumpulan tersebut bahkan mencari-cari bukti walaupun fitnah semata terhadap individu anggota kumpulan tersebut tetapi di satu pihak lagi hanya melabelkan sahaja sebagai pengganas tapi tiada individu dalam kumpulan tersebut yang boleh dikatakan sebagai pengganas. Apakah ada pertubuhan pengganas tapi tiada seorangpun yang ganas dalam pertubuhan tersebut..?
Seperti al-Qaeda atau Taliban yang dilabel sebagai pengganas maka anggota pertubuhan tersebut mesti disabitkan sebagai orang yang ganas walaupun fitnah semata. Pelbagai bukti direka untuk membuktikan bahawa mereka dan pertubuhan yang dianggotai mereka adalah pengganas. Dan anggota pertubuhan ini mesti terus diburu walaupun mereka hanya di”kambinghitamkan” oleh kuasa barat sahaja. Begitu juga dengan Hamas dilabel sebagai kumpulan pengganas dan sememangnya di dalamnya terdapat orang-orang ganas yang mesti diburu dan dibunuh dari hari kehari. Namun begitu kita tidak pernah mendengar Iran sebagai Negara paksi kejahatan begitu juga Hezbullah sebagai sebuah pertubuhan pengganas mempunyai orang ganas di dalamnya yang perlu diburu. Andaikata Bush mesti mereka-reka bukti untuk membuktikan bahawa al-Qaeda dan Taliban adalah pengganas dan anggotanya adalah orang yang ganas begitu juga dengan Hamas, mengapa pula Bush tidak mahu mereka-reka bukti bahawa Hezbullah adalah pengganas serta anggotanya sememangnya adalah orang yang ganas. Kita berharap Bush akan bersikap adil selepas ini kalau memang beliau ikhlas dalam bermain kata-kata.

Kita sering mendengar kononnya al-Qaeda dan juga Taliban adalah talibarut Amerika. Bahkan Zaini sering berkata, “Selepas Amerika menjajah Iraq dan Afghanistan maka a-Qaeda bertambah kuat” bermaksud Amerika member kekuatan kepada mereka. Mengapa Zaini yang begitu cerdik dan pintar bermain kata-kata tidak dapat berfikir sejenak “ianya adalah dengan bantuan dari Allah taala dan juga kerana semakin mendapat sokongan dari umat Islam yang semakin Nampak kebenaran mereka serta tipudaya Amerika”. Mengapa pula Zaini tidak menggunakan kata-kata yang sama terhadap Iran dan Hezbullah??

Tuduhan kononnya al-Qaeda dan Taliban sebagai talibarut Amerika adalah dusta semata-mata tanpa sebarang bukti. Namun begitu tidak mustahil andaikata Amerika dan sekutu2nya akan mereka-reka bukti pula bahawa memang begitu sebagaimana mereka mereka-reka bukti kononnya al-Qaeda terlibat dalam peristiwa 11 september.

Janganlah kita yang bergelar Islam atau bertopengkan Islam ini memberikan kekuatan kepada musuh-musuh Islam untuk melumpuhkan kekuatan pejuang-pejuang Islam yang begitu ikhlas dalam perjuangan mereka menentang musuh agama Allah.

Untuk mendengar sedikit tentang sejarah Taliban klik sini.

Wallahua’lam..
Sedikit renungan untuk kita semua yang bergelar ASWJ. Ambik pedulilah terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita.

0 ulasan: