26 Januari 2008

Berkenalan dengan FT siri 1

Berkenalan dengan Faisal Tehrani siri 1.

Artikel dari blog Faisal Tehrani:

Hari Raya Yang Kita Lupakan
Musim haji telah tamat secara rasmi. Tetapi
satu keraian lain sering kita lupakan. Selamat menyambut Hari Raya Ghadir, di
mana hari ini Islam telah disempurnakan sebagai tatacara hidup kita. Rasulullah
SAW diminta untuk menyatakan ajaran terakhir yang akan menyempurnakan agama kita
ini iaitu meninggalkan suatu amanat supaya umatnya tidak memisahkan diri dari
al-Quran dan ahlul bait baginda. Pesan Jibril itu terakam dalam
al-Quran:Bismillahhirahmanirrahimيَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ
إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللّهُ
يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَDan
peristiwa penyempurnaan Islam pun tersergam pada hari
ghadir.Bismillahhirahmanirrahimالْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا فَمَنِ
اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَمُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ
رَّحِيمٌAyat itu amat bermakna sekali, sungguh bererti sekali. Klik
di
sini
untuk memahami Ghadir Khom.ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA MUHAMMADIN
WA-AALI MUHAMMAD

Artikel dari link

2007-12-28
Selamat
Menyambut Eidul Ghadir


The
day is near when the people will chant:Hum Dekhain GhayWe shall seeLazim Hai ke
hum Bhi Dekhain Ghay
Artikel penuh sila ke link

Ulasan saya:
Sebelum kedatangan Syiah kita tak pernah mendengar tentang ghadir khum. Ianya memang terdapat di dalam kitab-kitab hadis Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Terakamnya kisah tersebut di dalam kitab-kitab ASWJ menunjukkan ulamak-ulamak ASWJ tidak bersikap berat sebelah atau cuba menutup kisah-kisah yang menunjukkan kelebihan ahlul bait Rasul s.a.w. Bahkan dalam kitab-kitab terutamanya kitab hadis ASWJ begitu banyak termuat kelebihan-kelebihan ahlul bait secara umum dan juga secara khusus terhadap individu ahlul bait. Namun begitu ulamak ASWJ memahami peristiwa tersebut bukan sebagaimana yang difahami oleh Syiah. (InsyaAllah perbincangan khusus berkenaan ghadir khum serta apakah ada perkaitan dengan ayat quran spt yang dikemukakan oleh si-Tehrani akan saya kemukakan).
Berbalik kepada perayaan ghadir khum seperti yang diwar-warkan oleh si-Tehrani ini.
Bagi penganut ASWJ dari dulu lagi tidak ada perayaan bagi umat Islam sebagaimana yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. selain dua sahaja iaitu ‘Idul Adha dan ‘Idul fitri. Inilah dua hari raya yang dirayakan oleh baginda s.a.w. dalam kehidupannya dan diperintahkan oleh baginda s.a.w. supaya umat Islam merayakannya. Begitulah juga dengan zaman seterusnya iaitu zaman Khulafa’ Rasyidin Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan juga seketika zaman Hasan r.a. Apakah sejarah dapat membuktikan mereka ini ada merayakan hari tersebut? Inilah pegangan ASWJ berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan juga Khulafa’ sesudahnya termasuklah khalifah dari kalangan Ahlul Bait Rasul s.a.w. sendiri.
Kalau begitu saya ingin bertanya siapakah si-Tehrani ini yang cuba untuk mempromosikan perayaan ini..? Sunnah siapakah yang diikuti oleh beliau? Andaikata beliau adalah ASWJ sebagaimana yang didakwa oleh beliau maka rujukan ASWJ manakah yang dijadikan oleh beliau sebagai membuktikan bahawa perayaan ini memang wujud di zaman Nabi s.a.w. seterusnya zaman khulafa’ rasyidin dan seterusnya dirayakan pula oleh anak cucu Nabi s.a.w. yang dianggap Imam oleh golongan Syiah..?
Saya tidak mengatakan dengan jelas bahawa beliau adalah seorang Syiah namun begitu masing-masing kita boleh menilainya sendiri..
baca seterusnya "Berkenalan dengan FT siri 1"

20 Januari 2008

Di Sebalik Tragedi Muharram

DISEBALIK TRAGEDI MUHARRAM

Apabila tiba bulan muharram, umat Islam sering dihidangkan dengan kisah kekejaman salah seorang khalifah Islam yang terdiri dari kalangan khalifah Bani Umaiyah iaitu Khalifah Yazid bin Mu'awiyah r.a. dan turut dihidangkan sama kisah-kisah penderitaan anak cucu Nabi Muhammad s.a.w. terutamanya Sayyidina Husain r.a. yang kononnya menjadi mangsa kekejaman Yazid.

Namun begitu sejauhmanakah kebenaran kisah-kisah tersebut ataupun ianya tidak lebih dari cerita-cerita penglipurlara golongan yang memusuhi sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini jugalah yang menyebabkan umat Islam dengan mudah menelan segala cerita khayalan dan fantasi mengenai kejahatan serta kebejatan khalifah Yazid yang diada-adakan oleh musuh-musuh Islam dengan maksud untuk memadamkan kegemilangan sejarah pemerintahan serta tamaddun Islam.

Kalau dilihat sejenak kepada kitab-kitab sejarah maka akan ditemui banyak percanggahan berkenaan peristiwa tersebut. Di dalam sesetengah kitab terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain r.a. ialah tentera Yazid namun di dalam kitab yang sama tetapi di tempat yang lain pula disebutkan Syi'ah Iraqlah (Kufah) yang bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Dan kalaulah diperhatikan kepada semua riwayat yang memuatkan cerita-cerita tersebut baik yang khusus berkenaan pembunuhan Sayyidina Husain r.a. di tangan Yazid serta kisah kejahatan dan amalan buruk Yazid ianya tidak lebih daripada rekaan golongan yang ditolak periwayatan mereka oleh ulama-ulama ilmu rijal (ilmu untuk menilai pewarta).

Antara cerita daripada perawi-perawi tersebut ialah apa yang dikemukakan oleh Imam Thabari dan Imam Ibnu Kathir daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya (Tarikh Thabari jilid 3 hal.305-342 dan Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal. 217),Al-Baladzuri daripada Al-Waqidi (Ansabul Ashraf jilid 4 hal. 21-30) begitu juga Ibnu Sa'ad (Tabaqat Ibnu Sa'ad) dan lain-lain lagi seperti Ibnu 'Asakir (Dalaailun Nubuwwah), Khalifah bin Khayyat (Tarikh Khalifah bin Khayyat), Al-Mas'udi (Murujuz Zahab), Al-Ya'kubi (Tarikh Ya'kubi). Kalau diperhatikan kepada semua riwayat berkenaan Khalifah Yazid ianya berpunca daripada mereka berdua serta Muhammad bin Zakaria Al-Ghallabi, Umar bin Syabbah dan Muhammad bin As-Saib Al-Kalbi bahkan boleh dikatakan 90 peratus peristiwa Karbala ini berpunca daripada Abu Mikhnaf.

Lalu jika diteliti siapakah mereka itu maka akan didapati mereka adalah golongan yang ditolak periwayatannya oleh ulamak-ulamak muktabar. Antaranya ialah Muhammad bin Umar yang lebih dikenali dengan gelaran Al-Waqidi. Ibnu Hajar menyebutkan dalam "Lisanul Mizan" dengan katanya, "Seorang yang ditinggalkan periwayatannya walaupun luas ilmunya"(jilid 3 hal. 288). Ibnu Ma'in berkata, "Seorang yang tidak ada nilainya"(Tarikh Ibnu Ma'in jilid 2 hal. 532). Abu Hatim, Nasaie berkata, "Riwayatnya ditolak" dan Imam Abu Zur'ah berkata, "Seorang yang lemah riwayatnya" (Al-Jarh Wat-Ta'dil juz 8 hal. 20 dan Adh-Dhu'afaa' lin Nasaie hal 557).

Berkenaan dengan Abu Mikhnaf pula Imam Zahabi menyebutkan dalam "Mizanul I'tidal" bahawa "Beliau seorang yang tidak boleh dipercayai", Abu Hatim dan lain-lain ulama jarh dan ta'dil telah meninggalkannya (tidak menerima riwayatnya). Daaraqutni berkata, "Dia seorang yang lemah". Ibnu Ma'in berkata, "Dia seorang yang tidak boleh dipercayai". Murrah berkata, "Dia seorang yang tidak bernilai", dan Ibnu 'Adiy berkata, "Dia adalah seorang Syi'ah, pereka cerita ".(Mizanul I'tidal juz 3 hal 419)

Begitulah juga keadaan perawi-perawi yang lain bagi peristiwa tersebut. Riwayat-riwayat mereka langsung tidak ada nilainya di sisi ulamak-ulamak ilmu rijal. Untuk mengetahui kedudukan mereka boleh dirujuk kitab-kitab rijal seperti Lisanul Mizan, Mizanul I'tidal, Al-jarh Wat-Ta'dil, Adh-Dhu'afaa Ibni 'Adiy, Adh-Dhu'afaa Lin Nasaie dan lain-lain lagi.

Di satu sudut lain pula di dalam kitab-kitab sejarah, catatannya adalah berlainan dari apa yang tersebar dalam masyarakat umat Islam umumnya. Antaranya apa yang dikemukakan oleh Ibnu Kathir bahawasanya bilamana Muhammad bin Ali Al-Hanafiah (anak Ali r.a.) diajak supaya memberontak terhadap Yazid maka beliau berkata, "Sesungguhnya saya telah datang menemuinya dan tinggal bersamanya beberapa lama maka saya dapati ia seorang yang kuat menjaga solat, suka kepada kebaikan, selalu bertanya tentang masalah feqah dan berpegang teguh kepada sunnah. (Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal. 233).

Sejarawan Al-Baladhzuri telah mengemukakan satu riwayat bahawa Amir bin Mas'ud Al-Jumahi berkata,"Ketika saya berada di Makkah, datang seorang membawa berita tentang kematian Mu'awiyah r.a.. Kami pun bangun dan pergi menemui Ibnu Abbas r.a. yang ketika itu juga berada di Makkah, di samping beliau ada beberapa orang sedang duduk. Hamparan hidangan sudahpun dibuka tetapi makanan belum lagi dihidangkan pada ketika itu. Maka kamipun berkata kepadanya, "Hai Ibnu Abbas! Utusan datang membawa berita kematian Mu'awiyah. Mendengar berita itu beliau terdiam beberapa lama. Kemudian beliau pun berkata, "Ya Allah! Perluaskanlah rahmat untuk Mu'awiyah. Demi Allah, bukanlah dia sama seperti orang-orang sebelumnya dan tidaklah pula akan datang sesudahnya orang sepertinya. Sesungguhnya anaknya Yazid adalah salah seorang yang soleh dari ahli keluarganya. Oleh itu hendaklah kamu berada di tempat masing-masing dan serahkan ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya". (Ansabul Ashraf jilid 2 hal 2).

Imam Ali Zainal Abidin walaupun pernah beberapa lama bersama dengan Yazid selepas kesyahidan ayahnya Husain r.a. serta keluarganya di Karbala namun tidak ada satupun riwayat daripada beliau yang menyebutkan bahawa Yazid ada melakukan perkara-perkara buruk seperti minum arak, meninggalkan solat bahkan beliau adalah orang yang memberikan taat setia kepada Yazid sehingga enggan untuk turut sama dalam pemberontakan terhadap Yazid selepas itu. (Mawaqiful Mu'aradhah hal.383)

Antara sahabat agung yang pernah bersama Yazid adalah Nu'man bin Basyir dan Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib r.a. Mereka berdua juga tidak pernah menyebutkan bahawa Yazid melakukan amalan-amalan maksiat tersebut sebagaimana yang disebarkan oleh orang-orang seperti Abu Mikhnaf.

Kitab-kitab sejarah juga menggambarkan kesetiaan sahabat-sahabat r.a. yang masih hidup kepada kepimpinan Yazid dan keengganan mereka untuk memberontak terhadap Yazid walaupun didorong supaya berbuat demikian bahkan lebih dari itu mereka memberi nasihat pula kepada golongan yang ingin memberontak termasuk kepada Husain r.a. sendiri. Antara mereka adalah Abu Sa'id Al Khudri, Jabir bin Abdullah, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Abu Waqid Al-Laithi r.a. dan lain-lain lagi.(lihat Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal 176, Tarikh Thabari jilid 4 hal 254 dan 288).

Apabila kelihatan dua kenyataan sejarah berkenaan dengan Yazid yang saling bercanggah, bagaimanakah cara untuk mengkompromikannya? Bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepatutnya tidak melupakan catatan sejarah di dalam kitab paling sahih di sisi mereka selepas Al-Quran di mana Imam Bukhari mengemukakan satu riwayat daripada Ibnu Abi Nu'min bahawa dia berkata, "Aku mendengar Ibnu Umar r.a. ditanya oleh seseorang (penduduk Iraq) tentang seorang yang memakai ihram lalu dia membunuh lalat (apakah dendanya)? Lantas Ibnu Umar r.a. menjawab, penduduk Iraq bertanyakan tentang (denda) membunuh lalat? Sedangkan mereka telah membunuh anak lelaki kepada anak perempuan (cucu) Rasulullah s.a.w.". (Sahih Al-Bukhari, Kitabul Manaqib jilid 1 hal. 531).

Bukankah jelas di dalam riwayat ini Ibnu Umar r.a. mengisyaratkan bahawa pembunuh cucu Rasulullah s.a.w. itu adalah penduduk Kufah? Jadi mana-mana riwayat yang bertepatan dengan isyarat di dalam riwayat sahih ini maka ia menjadi penguat kepada riwayat tersebut dan sebaliknya mana-mana riwayat yang bertentangan dengan riwayat yang sahih maka ia tidak boleh diterima lagi.

Kerana itu ulama Ahlus Sunnah ada di antaranya dengan jelas mengatakan bahawa pembunuh Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya bukanlah Yazid. Antaranya Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin mengatakan, "Sesungguhnya tidak terbukti sama sekali bahawa Yazid yang membunuh Husain r.a. Kerana itu tidak harus untuk dikatakan bahawa beliaulah yang membunuh Husain r.a. ataupun yang memerintahkannya, apatah lagi untuk melaknatnya kerana tidak harus menisbahkan seseorang muslim kepada suatu dosa besar tanpa sebarang kepastian". (Ihya' Ulumiddin jilid 3 hal 134)

Ibnus Solah mengatakan, "Tidak sahih di sisi kita bahawa Yazid telah memerintahkan supaya Husain r.a. dibunuh". (Fatawa Wa Masaail Ibnus Solah jilid 1 hal 216).

Ibnu Hajar sendiri selepas mengemukakan hadis berkenaan tentera yang mula-mula merentasi lautan berkata, "Imam Muhallab berkata, Hadis ini menunjukkan kedudukan yang mulia untuk Mu'awiyah r.a. kerana dialah orang yang mula-mula berperang merentasi lautan dan juga kedudukan mulia anaknya Yazid kerana dialah orang yang mula-mula memerangi Bandar Qaisar". (Fathul Bari jilid 6 hal. 114)

Bahkan Imam Ibnu Kathir selepas mengemukakan riwayat-riwayat sejarah tersebut telah membuat komentar dengan katanya," Syi'ah Rafidhah telah melakukan banyak pembohongan dan membawa khabar-khabar yang tidak benar sama sekali di dalam cerita-cerita kesyahidan Husain r.a.. Kisah-kisah yang telah dikemukakan sudahpun memadai. Kalaulah tidak kerana imam-imam sejarah seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain menyebutkannya tentu sekali saya juga tidak akan mengemukakannya. Kebanyakannya adalah melalui riwayat Abu Mikhnaf Lut bin Yahya sedangkan dia adalah seorang Syi'ah dan dia adalah seorang yang lemah dalam periwayatan menurut tokoh-tokoh sejarah. (Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal. 220)

Bagi golongan Syi'ah pula sepatutnya tidak lupa untuk mengkaji catatan ulama-ulama muktabar di dalam kitab-kitab utama pegangan mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj 'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib At-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain r.a. yang ikut serta dalam rombongan Husain r.a. ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, "Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu".(Al-Ihtijaj juz 2 hal. 306)

Pada halaman sebelumnya At-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah As-Shughra anak perempuan Sayyidina Husain r.a. kepada penduduk Kufah, "Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami," seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, "Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali r.a.. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-darah kami Ahlul Bait".(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).

Mulla Baqir Al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadis) di sisi Syi'ah menukilkan kata-kata Sayyidina Husain r.a. kepada Syi'ah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau,"Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami".(Jilaau Al' Uyun,hal 391).

Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin Al-Amin mengatakan bahawa "seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husain kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya".(A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34).

Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa segala cerita berkenaan kezaliman Yazid dan tenteranya tidak lebih daripada dongengan yang datangnya dari kilang-kilang Syi'ah terutamanya Abu Mikhnaf Lut bin Yahya. Kerana itulah tidak akan ditemui riwayat-riwayat tersebut di dalam mana-mana kitab bertaraf sahih di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Riwayat sahih yang ada sebagaimana yang telah dikemukakan sebelum ini begitu jelas bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah. Bahkan kalau dikaji apa yang terdapat di dalam kitab-kitab Syi'ah yang merupakan rujukan utama mereka seperti Al-Ihtijaj, Al-Irsyad dan lain-lain akan didapati perkara sebaliknya iaitu pembunuh Husain yang sebenar adalah penduduk Kufah yang terkenal sebagai golongan Syi'ah


Upacara 10 Muharram

Setiap tahun tanggal 10 Muharram penganut-penganut Syi'ah akan mengadakan upacara pengkabungan kononnya sebagai tanda memperingati kematian Imam Husain. Mereka akan mengadakan pelbagai upacara seperti menampar-nampar muka dan dada, menyiksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala dengan pisau-pisau kecil bahkan ada yang menggunakan pedang sehingga tubuh dibasahi darah. Di samping itu seorang dari kalangan mereka yang di gelari dengan nama "Zakir Husain" akan mengumandangkan syair-syair ratapan menceritakan penderitaan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka diselangi dengan caci maki terhadap Bani Umayyah dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap mereka sebagai perampas hak Ahlul Bait.

Namun begitu apakah amalan tersebut merupakan ajaran Imam-imam yang dianggap maksum oleh mereka? Jawapannya akan ditemui setelah ditinjau dari perspektif ajaran Ahlus Sunnah dan Syi'ah.

Ahlus Sunnah sepakat bahawa amalan tersebut merupakan amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadis daripada Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Sahih Bukhari Kitabul Janaaiz dan Muslim Kitabul Iman). Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik Al-Asy'ari bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda." Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka".(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).

Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dengan disertai janji azab di hari kiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tidak ada ulama dari kalangan Ahlus Sunnah yang mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar.

Akan tetapi ada di kalangan ulama Syi'ah mengharuskan amalan tersebut. Di antara mereka Ayatullah Al-Uzma Jawad At-Tibrizi mengatakan, "Syi'ah pada zaman Imam-imam a.s. hidup dalam keadaan taqiyyah (menyembunyikan pegangan mereka serta menyatakan tidak sebagaimana yang dianuti). Oleh itu tidak terdapatnya syiar-syiar sebegini pada zaman mereka bukan menunjukkan amalan tersebut tidak di syariatkan untuk zaman ini. Andaikata Syi'ah pada zaman mereka hidup di zaman ini sudah tentu mereka akan melakukan sebagaimana yang kita lakukan ini seperti menaikkan bendera-bendera hitam dalam menghidupkan upacara mengingati Imam Husain begitu juga di rumah-rumah untuk menyatakan kesedihan".(Lampiran Siratun Najah Imam Khu’ie jilid 2 hal 562 soalan 1741).

Daripada fatwa yang dinyatakan oleh At-Tibrizi tersebut timbul satu persoalan, "Bukankah Imam Maksum menyuruh supaya kamu menyembunyikan agama kamu kerana ianya membawa kepada kemulian sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Kulaini di dalam kitab paling sahih di sisi Syi'ah iaitu Al-Kafi daripada Imam Jaa'far As-Sadiq a.s. bahawa ia berkata kepada Sulaiman bin Khalid, "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang mana sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menzahirkannya akan dihina oleh Allah. (Al-Kafi jilid 2 hal 223)

Berdasarkan kepada dua hadis melalui riwayat Ahlus Sunnah dan fatwa daripada At-Tibrizi di atas, berlaku pertembungan antara Ahlus Sunnah dan Syi'ah dalam persoalan berkaitan ratapan dan perkabungan ini. Bagaimana pula pendapat Imam-imam Ahlul Bait? Apakah ianya bertepatan dengan apa yang diamalkan oleh penganut Syi'ah sekarang atau sebaliknya? Untuk mengetahui pegangan mereka perlulah dilakukan kajian berdasarkan kitab-kitab muktabar Syi'ah sendiri.

Di dalam Nahjul Balaghah, Syarif Radhi mengemukakan kata-kata Sayyidina Ali r.a. yang bermaksud,"Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalannya".(Nahjul Balaghah juz 4 hal. 34). Al-Kulaini juga mengemukakan kata-kata yang sama daripada Imam Jaa'far As-Sadiq.(Al-Kafi jilid 3 hal 225). Sayyidina Ali r.a. juga menghubungkan amalan tersebut dengan amalan jahiliyyah sebagaimana yang dinukilkan oleh Mulla Baqir Al-Majlisi dengan katanya,"Tiga perkara termasuk dari amalan jahiliyyah di mana manusia melakukannya secara berterusan, memohon hujan dengan bintang, mencela keturunan orang lain dan meratapi kematian seseorang."(Biharul Anwar jilid 82 hal 101). Ibnu Babuwaih Al-Qummi yang digelarkan dengan As-Saduq (seorang yang sangat benar) menyebutkan bahawa antara ucapan Rasulullah s.a.w. ialah "Meratap termasuk dari amalan Jahiliyyah".(Man Laa Yahdhurul Faqih jilid 4 hal 271). Di tempat yang lain beliau menukilkan kata-kata Imam Ali yang bermaksud,"Jangan memakai pakaian hitam kerana ia adalah pakaian Fir'aun". (ibid hal 51)

Apa yang dikemukakan diatas merupakan sebahagian riwayat daripada Imam-imam Ahlul Bait yang jelas mengeluarkan amalan tersebut daripada ajaran Islam. Bahkan jika dinilai amalan tersebut ianya langsung tidak bersesuaian dengan agama Islam yang suci dan fitrah manusia. Fitrah yang suci sudah pasti tidak akan dapat menerima sesuatu amalan yang mendatangkan siksaan serta kesakitan kepada tubuh badan sebagai satu ajaran agama yang suci.

Kalau begitu apakah maksud sebenar penganut Syi'ah mengadakan upacara-upacara tersebut? Amalan tersebut jika diteliti dari pelbagai sudut sekalipun tidak mendatangkan sebarang kebaikan bahkan mendatangkan keburukan dan kesakitan pula di samping membuang masa serta berlakunya pembaziran. Apakah dengan upacara tersebut penganut Syi'ah akan dapat mengheret pembunuh Sayyidina Husain serta dapat menghalang Imam mereka daripada dibunuh? Sayyidina Husain r.a. sudahpun mendapat kemulian syahid dan sudah pasti ia berada di Syurga sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bahawa dia adalah salah seorang penghulu pemuda syurga. Begitu juga yang pasti pembunuhnya sudahpun mendapat pembalasan dari Allah Ta'ala di samping menunggu balasan yang lebih dahsyat lagi andaikata tidak sempat bertaubat sebelum kematiannya.

Di samping itu apakah maksud mereka mengungkapkan caci maki terhadap Bani Umayyah di dalam upacara tersebut? Bukankah Allah Ta'ala memerintahkan supaya mendoakan keampunan kepada orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan beriman. Andaikata penganut Syi'ah mengatakan maksud mereka adalah untuk mengenang perjuangan yang dilakukan umat terdahulu serta membangkitkan semangat penentangan terhadap golongan yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam terutamanya Ahlul Bait, kenapa tidak dilakukan ratapan terhadap kesyahidan abangnya Hasan atau ayahnya Ali r.a?. Sedangkan Sayyidina Ali syahid di tangan golongan yang di terima sebagai sesat oleh Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Apakah kesyahidan Husain r.a. adalah lebih besar lagi daripada ayahnya?. Ataupun mengapa tidak dilakukan perkabungan ke atas Hamzah r.a. bapa saudara Nabi s.a.w. yang syahid di tangan musuh Islam dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w.? Atau mengapa tidak perkabungan di atas kematian Rasulullah s.a.w. sendiri?

Jawapannya adalah dengan meneliti amalan yang dilakukan dalam upacara perkabungan tersebut. Antaranya menggembar-gemburkan kezaliman serta kekejaman yang dilakukan Yazid dan tenteranya terhadap Sayyidina Husain r.a. dan keluarganya dalam keadaan dunia sudahpun mengakui bahawa Yazid adalah seorang pemimpin bagi Umat Islam dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Kalaulah tujuan dibangkitkan dan dikemukakan sejarah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi baik dahulu dan kini adalah dengan maksud untuk membangkitkan kebencian terhadap mereka di samping keinginan untuk membalas dendam terhadap mereka, maka tidak salah untuk mengatakan maksud mengadakan upacara perkabungan terhadap Sayyidina Husain r.a. dengan mengulangi sebutan kezaliman Yazid dan Bani Umayyah adalah dengan tujuan serta maksud yang sama terhadap golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
baca seterusnya "Di Sebalik Tragedi Muharram"

13 Januari 2008

Menjawab Syi'ah: Peristiwa Hari Khamis (audio)

baca seterusnya "Menjawab Syi'ah: Peristiwa Hari Khamis (audio)"

11 Januari 2008

Menyanggah FT:Pandangan serong terhadap ulama ASWJ

Lagi-lagi pandangan serong terhadap ulamak ASWJ

2007-12-02
Mahu
Cium Sedap Bau Syurga?

Berikut ini riwayat yang dinukil daripada Fakhr
Razi: pengarang kitab Kasyaf menukil daripada Nabi Saw, di mana dia menukil 12
kalimat penuh makna dari baginda nabi Saw:Barang siapa meninggal atas kecintaan
terhadap keluarga Muhammad Saw, maka dia mati dalam keadaan syahid.Barang siapa
meninggal atas ………………………….
Penukilan riwayat di atas dari ulama fanatik Ahli
sunah adala hal yang unik sekali. Ungkapan semacam ini membuat kita yang
menelaahi kitab tersebut ragu, apakah penulisnya seorang Sunni atau Syiah?Lihat
Tafsir Fakhr razi, jilid 27, halaman 165 dan 166. Asli riwayat ini dapat dirujuk
di Tafsir Qurthubi, jilid 8, halaman 5843 dan tafsir Tsa'labi, dalam tafsir ayat
ini.
Posted by Faisal Tehrani at 7.26.PD 1
comments


Artikel penuh sila klik sini
Ulasan saya:
Sila perhatikan rangkap:
“Penukilan riwayat di atas dari ulama fanatik Ahli Sunah” ……….sehingga… “apakah penulisnya seorang Sunni atau Syiah?”

Penulisan sedemikian lahirnya daripada pandangan serong terhadap ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kononnya ulamak ASWJ memusuhi ahlul bait Rasul s.a.w.. Dalam ertikata yang lain andaikata pengarang kitab tersebut adalah dari kalangan ASWJ nescaya pujian atau nukilan tentang kelebihan ahlul bait pasti tidak akan dimuatkan di dalam karangan mereka. Pandangan buruk sedemikian sememangnya umum dan menjadi satu kemestian kepada penganut Syiah terhadap golongan ASWJ dan ianya tidak tersembunyi lagi. Namun begitu mereka masih lagi mahu berselindung dengan topeng taqiyyah (pembohongan) kononnya permusuhan mereka adalah kepada golongan nasibi dan hanyalah golongan nasibi sahaja yang memusuhi ahlul bait. Tapi ungkapan tersebut (daripada artikel di atas) jelas membuktikan pandangan serong mereka terhadap golongan ASWJ bilamana penulis hanya membezakan antara ulamak “Sunni atau Syiah”.
Namun begitu apakah mereka dapat membuktikan permusuhan golongan ASWJ terhadap ahlul bait terutamanya dari ulamak-ulamak ASWJ? Atau ianya hanyalah sebagai cakap-cakap kosong sahaja tanpa sebarang fakta? Kalau memang wujud permusuhan golongan ASWJ terhadap ahlul bait Rasul s.a.w. silalah buktikan.
Yang sebenarnya mereka golongan Syiah ini sebenarnya jahil tentang ASWJ kerana itulah mereka dengan mudah menelan apa sahaja yang disuapkan kepada mereka oleh tokoh-tokoh Syiah. Kerana kalaulah mereka mengkaji lebih mendalam sedikit tentang kitab-kitab ulamak ASWJ samaada kitab-kitab hadis, tauhid, rijal dan lain-lain nescaya mereka akan dapati di dalam kitab-kitab tersebut dimuatkan puji-pujian terhadap ahlul bait Rasulullah s.a.w.
Umpamanya di dalam kitab-kitab hadis seperti Bukhari, Termizi dan lain-lain terdapat bab khusus tentang manaqib (kedudukan mulia) ahlul bait secara individu seperti manaqib Ali r.a., manaqib Hasan dan Husain r.a. dan lain-lain serta terdapat juga bab berkenaan manaqib ahlul bait secara umum. Begitu juga di dalam kitab-kitab hadis tersebut terdapat begitu banyak riwayat daripada imam-imam ahlul bait seperti Sayyidina Ali r.a. dan lain-lain. Namun begitu golongan Syiah tetap menyatakan bahawa imam-imam ASWJ tidak memuatkan riwayat-riwayat daripada mereka. Ini adalah sikap kejahilan mereka dan membuta tuli menerima sogokan dan suapan daripada tokoh-tokoh Syiah dan mereka tidak mengkaji sendiri. Bertebarannya riwayat-riwayat dari Imam-imam ahlul bait di dalam kitab-kitab ulamak ASWJ ini dibuktikan lagi bilamana seorang ulamak ASWJ yang bernama Muhammad bin Muhammad al-Baqiri al-Bari menghimpunkan riwayat-riwayat melalui ahlul bait terutamanya sayyidina Ali r.a. daripada kitab-kitab hadis ASWJ sebanyak lebih daripada seribu enam ratus riwayat.
Begitu juga di dalam kitab-kitab hadis terdapat juga nukilan pujian sahabat-sahabat r.a. serta tabi’en terhadap ahlul bait Rasul s.a.w.. Umpamanya di dalam Sahih Bukhari dinukilkan kata-kata Sayyidina Abu Bakar r.a. terhadap Sayyidina Ali r.a.
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَرَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ أَصِلَ مِنْ قَرَابَتِي
“Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya keluarga Rasulullah s.a.w. lebih aku sukai untuk aku hubungkan daripada keluargaku sendiri”(Bukhari, Bab manaqib keluarga Rasulullah s.a.w.)
Dan banyak lagi contoh-contoh sedemikian yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis ASWJ.
Begitu juga di dalam kitab-kitab tauhid ulamak ASWJ terdapat bab khusus “akidah berkenaan keluarga Nabi s.a.w.” yang memuatkan puji-pujian terhadap ahlul bait Rasul s.a.w. dan peringatan supaya sentiasa bersikap baik terhadap mereka. Umpamanya,
وأَهل السنة والجماعة : يحبونَ أَهلَ بيتِ النبي ؛ عملا بقوله صلى الله عليه وآله وسلم : « أذَكِّرُكُمُ اللهَ في أَهْلِ بَيْتِي

Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengasihi Ahlul Bait Nabi s.a.w. sebagai beramal dengan sabda Nabi s.a.w. “Aku ingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku……”.(Al-Wajis fi aqidati salafissoleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah, usul kesembilan akidah berkenaan sahabat r.a. dan ahlul bait nabi s.a.w.)
Di dalam kitab-kitab rijal dan kitab berkenaan tokoh-tokoh agama pula kita akan dapati sebutan baik ulamak-ulamak ASWJ terhadap imam-imam ahlul bait Rasul s.a.w.. Antaranya Ibnu Hajar menyebutkan di bawah nama Muhammad bin Ali al-Baqir,
قال ابن سعد كان ثقة كثير الحديث وليس يروي عنه من يحتج به وقال العجلي مدني تابعي ثقة وقال ابن البرقي كان فقيها فاضلا وذكره النسائي في فقهاء أهل المدينة من التابعين
Ibnu Sa’ad berkata, “Dia adalah seorang yang thiqah banyak meriwayatkan hadis. ‘Ijli berkata, “Madani (penduduk Madinah) thiqah. Ibnul Barqi berkata, “Dia adalah seorang yang faqih serta mempunyai kedudukan mulia. Imam Nasaie menyebutkannya termasuk dalam fuqaha’ ahli Madinah dari kalangan tabi’ien. (Tahzibuttahzib)
Dan banyak lagi contoh-contoh di dalam kitab-kitab ulamak ASWJ.
Bukti yang kedua betapa kasihnya ASWJ terhadap Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. adalah doa terhadap mereka sentiasa dipanjatkan di dalam solat lima waktu. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin ‘Ujrah di dalam sahih Bukhari perintah dari Nabi s.a.w. supaya berselawat di dalam sembahyang,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Dan ianya terdapat di dalam kitab-kitab feqah berkenaan sembahyang.

Bukti yang ketiga ialah di mana sahaja terdapat golongan ASWJ pasti akan ada penganut-penganutnya menamakan anak-anak mereka dengan nama Ali, Hasan, Husain, Jaa’far dan sebagainya. Ini menunjukkan tidak terdapat langsung pengajaran di dalam ASWJ yang mengajarkan supaya membenci ahlul bait Rasulullah s.a.w.. Berbeza dengan penganut Syiah, apakah boleh ditemui penganut-penganutnya menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar, Umar, Uthman, Khalid dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang lain?
Bukti keempat ialah ulamak-ulamak ASWJ begitu juga penganutnya menerima Sayyidina Ali r.a. sebagai khalifah keempat umat islam. Begitu juga menerima Sayyidina Hasan r.a. sebagai khalifah yang kelima walaupun seketika sebelum beliau menyerahkan khilafah kepada Mu’awiyah r.a.

bersambung.......
baca seterusnya "Menyanggah FT:Pandangan serong terhadap ulama ASWJ"

09 Januari 2008

muharram menjelang lagi...

Muharram menjelang lagi..
Bermulanya tahun baru…
Sebahagian kita memulakan tahun barunya dengan permulaan yang baik seperti menghidupkan hari asyura dengan menyinarinya dengan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai menjunjung sabdanya,
عَنْ الْحَكَمِ بْنِ الْأَعْرَجِ قَالَ انْتَهَيْتُ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقُلْتُ لَهُ أَخْبِرْنِي عَنْ صَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ إِذَا رَأَيْتَ هِلَالَ الْمُحَرَّمِ فَاعْدُدْ وَأَصْبِحْ يَوْمَ التَّاسِعِ صَائِمًا قُلْتُ هَكَذَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ قَالَ نَعَمْ
Daripada Al-Hakam bin Al-A’raj katanya, aku sampai kepada Ibnu Abbas r.a. lalu aku berkata kepadanya, “Ceritakan kepadaku tentang puasa ‘asyura”. Maka dia pun menjawab, “Bila engkau melihat anak bulan muharram maka bilanglah dan mulakan pagi hari kesembilan dengan berpuasa”. Aku bertanya, “Adakah demikian Rasulullah s.a.w. berpuasa”? Dia menjawab, “Ya”.

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. katanya, ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan supaya berpuasa mereka (sahabat -sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ia adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara, maka Rasulullah s.a.w. bersabda, bila tiba tahun akan datang Insya’ Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan. Ibnu Abbas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. tidak sempat dengan tahun hadapan bilamana Baginda wafat.
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Daripada Abi Qatadah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga hari daripada setiap bulan, ramadhan sehingga ramadhan yang satu lagi adalah merupakan puasa setahun penuh, puasa hari ‘arafah aku mengharapkan kepada Allah supaya mengampunkan setahun sebelum dan selepasnya dan puasa hari ‘asyura aku mengharapkan supaya Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya. (hadis riwayat Muslim)

Namun ada juga golongan yang memulakan tahun barunya dengan melakukan sesuatu yang entah dari mana asalnya amalan tersebut seperti merayakan 10 muharram dengan mengadakan jamuan bubur asyura. Nabi s.a.w. menghidupkannya dgn berpuasa tapi di kalangan kita ada yang menyalahi amalan Rasul tersebut dengan berkenduri pula (berkenduri tidak salah tetapi dengan menetapkan hari yang tertentu serta menu yang tertentu di samping anggapan mempunyai kelebihan serta ibadat).
















Di sebalik perbalahan masyarakat kita antara amalan sunnah puasa ‘asyura dengan adat bubur ‘asyura (yang boleh membawa kepada perkara bid’ah andainya dianggap sebagai suatu ibadat), ada golongan yang lebih malang lagi bilamana mereka memulakan tahun baru Islam ini dengan mengundang kutukan serta laknat dari Allah taala bilamana mereka melakukan amalan-amalan yang membawa perkara tersebut seperti upacara ratapan dan penyiksaan tubuh yang dilakukan golongan Syiah.















Rasulullah s.a.w. bersabda,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّائِحَةَ وَالْمُسْتَمِعَةَ

Daripada Abu Sa’id al-Khudri dia berkata, “Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang meratap dan orang yang suka mendengar tangisan (ratapan).(Abu Daud)

















Akan tetapi golongan tersebut (syiah) tidak menerima segala yang diriwayatkan oleh ulamak-ulamak Ahlus Sunnah tersebut dengan berbagai alasan mereka antaranya ianya diriwayatkan oleh sahabat-sahabat r.a. yang dianggap oleh mereka sebagai golongan penipu bahkan murtad. Namun begitu apakah mereka lupa riwayat-riwayat tersebut juga turut sama dimuatkan di dalam kitab-kitab mereka daripada Imam-imam mereka. Antaranya,


عَنْ جَابِرٍ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ (ع) قَالَ قُلْتُ لَهُ مَا الْجَزَعُ قَالَ أَشَدُّ الْجَزَعِ الصُّرَاخُ بِالْوَيْلِ وَ الْعَوِيلِ وَ لَطْمُ الْوَجْهِ وَ الصَّدْرِ وَ جَزُّ الشَّعْرِ مِنَ النَّوَاصِي وَ مَنْ أَقَامَ النُّوَاحَةَ فَقَدْ تَرَكَ الصَّبْرَ وَ أَخَذَ فِي غَيْرِ طَرِيقِهِ وَ مَنْ صَبَرَ وَ اسْتَرْجَعَ وَ حَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَ جَلَّ فَقَدْ رَضِيَ بِمَا صَنَعَ اللَّهُ وَ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَ مَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ جَرَى عَلَيْهِ الْقَضَاءُ وَ هُوَ ذَمِيمٌ وَ أَحْبَطَ اللَّهُ تَعَالَى أَجْرَهُ .

Daripada Jabir, aku berkata kepada Abu Jaa’far a.s. (Imam Muhammad al-Baqir), “Apakah itu keluh kesah”? Dia menjawab, “Keluh kesah atau gelisah yang paling kuat adalah jeritan kecelakaan dan meratap, menampar-nampar muka serta dada dan memotong rambut dari jambul. Barangsiapa yang mengadakan ratapan sesungguhnya dia telah meninggalkan kesabaran dan mengambil jalan bukan jalannya. Barangsiapa yang sabar, mengucapkan istirja’ (mengucap inna lillah…) dan memuji Allah sesungguhnya dia telah redha terhadap apa yang Allah lakukan terhadapnya dan ganjarannya terserah kepada Allah. Sesiapa yang tidak melakukan demikian maka ketentuan telahpun berlaku terhadapnya dan ia tercela serta Allah menghapuskan ganjarannya”. (Al-Kafi j3 ms. 224)

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) ضَرْبُ الْمُسْلِمِ يَدَهُ عَلَى فَخِذِهِ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ إِحْبَاطٌ لِأَجْرِهِ .
Daripada Abu Abdillah (Imam Jaa’far As-Sadiq) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalannya"(ibid j3 ms.225)
Begitu juga riwayat-riwayat daripada Imam-imam maksum Syi’ah yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar mereka seperti Man La Yahdhurul Faqih, biharul anwar, nahjul balaghah dan sebagainya mencela dan melarang orang ramai daripada melakukan amalan-amalan ratapan.
baca seterusnya "muharram menjelang lagi..."

08 Januari 2008

Kenali Syiah Secara Ringkas

PENGENALAN RINGKAS SYI'AH IMAMIYYAH

Ajaran Syi'ah pada hakikatnya adalah merupakan ciptaan musuh-musuh Islam yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi. Untuk kita mengetahui lebih lanjut lagi tentang kelahiran Syi'ah ini marilah kita merenung sejenak sejarah silam iaitu sejarah zaman Khalifah ketiga umat Islam iaitu Khalifah Uthman bin Affan r.a.

Zaman permulaan Islam iaitu pada zaman Khulafa ur-Rasyidin, Islam begitu kuat sehingga tidak mampu diganggu gugat oleh musuh secara berdepan. Sehingga dua kuasa besar pada ketika itupun iaitu kerajaan Rom dan Farsi pun terpaksa tunduk kepada kekuasaan kerajaan Islam. Kerana itu kita melihat pada zaman Sayyidina Umar r.a. lagi sudah nampak pakatan musuh Islam untuk menghancurkan kekuasaan Islam ketika itu dan antara perancangan yang dilakukan mereka adalah dengan membunuh khalifah Umar r.a.

Seterusnya pada zaman Sayyidina Uthman r.a. musuh-musuh Islam ini masih lagi tidak mampu untuk menghadapi umat Islam secara berdepan maka mereka telah membuat perancangan untuk menghancurkan Islam dari dalam, maka hasil dari perancangan tersebut muncul lah seorang yang bernama Ibnu Saba’ yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya adalah bertujuan untuk menghancurkan Islam dari dalam. Taktik yang digunakan oleh Ibnu Saba' adalah dengan memecah-belahkan kesatuan umat Islam dengan cara menyebarkan ajaran yang bukan berasal dari Islam tapi atas nama Islam.

Ajaran Ibnu Saba’ yang kemudiannya diterima oleh golongan Syi'ah sebenarnya adalah berasal dari Yahudi, Nasrani serta Majusi. Di zaman Sayyidina Uthman r.a. Ibnu Saba’ telah berjaya menaburkan racunnya kepada golongan-golongan yang baru memeluk agama Islam, tidak kuat keislamannya serta berada jauh dari kalangan sahabat-sahabat r.a.

Namun begitu golongan Syi'ah cuba untuk menafikan kewujudan Ibnu Saba’ ini dan mereka mengatakan ianya adalah manusia khayalan yang direka-reka kewujudannya oleh golongan yang memusuhi Syi'ah. Tetapi jika diperhatikan kepada kitab-kitab sejarah samaada dari kalangan Ahlus Sunnah mahupun Syi'ah maka kewujudan Ibnu Saba’ ini tidak dapt dinafikan lagi.

Umpamanya di dalam kitab rijal yang paling utama di sisi Syi'ah iaitu Ikhtiyaru Ma'rifatir Rijal yang lebih dikenali dengan Rijal Kasyi pengarangnya Abu Ja’far Muhammad bin Al-Hasan Bin Ali At-Thusi telah menukilkan riwayat daripada Imam Ja'far As-Sadiq yang berbunyi:

عن ابن سنان، قال، قال أبوعبدالله عليه السلام: انا أهل بيت صادقون، لانخلو من كذاب يكذب علينا، فيسقط صدقنا بكذبه علينا عند الناس، كان رسول الله صلى الله عليه وآله أصدق البرية لهجة، وكان مسيلمة يكذب عليه. وكان أمير المؤمنين عليه السلام أصدق من برأ الله من بعد رسول الله صلى الله عليه وآله، وكان الذي يكذب عليه ويعمل في تكذيب صدقه بما يفتري عليه من الكذب عبدالله بن سبا لعنه الله

Daripada Ibnu Sinan katanya, Abu Abdillah a.s. berkata, "Sesungguhnya kami Ahlul Bait adalah orang-orang yang benar, kami tidak sunyi daripada pendusta-pendusta yang berdusta atas nama kami lalu gugurlah kebenaran kami di sisi manusia disebabkan oleh pendustaan yang dilakukan atas nama kami. Nabi s.a.w. adalah orang yang paling benar ucapannya dan Musailamah telah berdusta atas namanya. Amirul mukminin (Ali) a.s. adalah orang yang paling benar diciptakan oleh Allah selepas Rasulullah s.a.w. dan orang yang berdusta atas namanya serta berusaha dalam mendustakan kebenarannya dengan mengadakan dusta atas nama beliau adalah Abdullah bin Saba' semoga Allah melaknatnya". (Rijal Kasyi juz 4 hal 305)
Di antara tokoh-tokoh Syi'ah yang lain yang menyebutkan perkara sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syi'ah” (hal: 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal: 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syi'ah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Nahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal: 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-lain.
Begitu juga di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah yang menyebutkan berkenaan ajaran Ibnu Saba’ ini dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal:50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal: 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal: 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal: 11), at-Tabari dalam “Tarikh al-Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 Hal: 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal: 289), Yaqut Al-Hamawi dalam Mu'jamul Buldan (Jilid 2 hal. 306) dan lain-lain.
Antara ajaran Syi'ah yang bertentangan dengan Islam.
1. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah
Iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam Dua Belas itu dilantik berdasarkan nas dari pihak Allah dan mereka adalah maksum terpelihara dari dosa kecil dan besar serta dari lupa dan lalai.
Kepercayaan ini begitu penting di dalam ajaran Syi’ah, sehingga ia merupakan salah satu syarat keimanan dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Setiap Nabi yang datang telah mengakui keimaman dan walayah Ali dan seseorang yang tidak mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. Kepercayaan ini terdapat dalam mana-mana kitab Syi'ah terutamanya kitab al-Kafi. Antaranya:
عن فضيل بن يسار، عن أبي جعفر عليه السلام قال: بني الاسلام على خمس: على الصلاة والزكاة والصوم والحج والولاية ولم يناد بشئ كما نودي بالولاية، فأخذ الناس بأربع وتركواهذه يعني الولاية.
Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah.” (al-Usul Min al-Kafi – jilid 2 halaman 20)
Khomeini juga menyebutkan berkenaan dengan kepercayaan kepada imam-imam ini yang antaranya berbunyi:

ان للامام مقاما محمودا لا يبلغه ملك مقرب ولا نبى مرسل.
Bermaksud: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul". (al-Hukumah al-Islamiah – hal 52)
2. Aqidah Takfir as-Sahabah (Aqidah Mengkafirkan Sahabat)

Iaitu akidah tentang majoriti para sahabat telah murtad yang tidak tersembunyi kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syi’ah, sehingga bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syi’ah yang muktabar terutamanya yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka yang lalu melainkan pasti tersebut di dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri (tabarra – yakni menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang) terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabat-sahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin ‘Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain.
Al-Kulaini meriwayatkan dari Abu Jaafar a.s. kata beliau: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi – jilid 8 hal 245)

Bahkan mereka mengatakan bahawa imam Ja'far As-Sadiq mejadikan laknat beberapa orang sahabat sebagai wirid selepas sembahyangnya sebagaimana yang dinukilkan oleh Al-Kulaini:

عَنِ الْحُسَيْنِ بْنِ ثُوَيْرٍ وَ أَبِي سَلَمَةَ السَّرَّاجِ قَالَا سَمِعْنَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ (ع) وَ هُوَ يَلْعَنُ فِي دُبُرِ كُلِّ مَكْتُوبَةٍ أَرْبَعَةً مِنَ الرِّجَالِ وَ أَرْبَعاً مِنَ النِّسَاءِ فُلَانٌ وَ فُلَانٌ وَ فُلَانٌ وَ مُعَاوِيَةُ وَ يُسَمِّيهِمْ وَ فُلَانَةُ وَ فُلَانَةُ وَ هِنْدٌ وَ أُمُّ الْحَكَمِ أُخْتُ مُعَاوِيَةَ

Daripada Husain dan Abi Salamah katanya, "Kami mendengar Abu Abdillah a.s. melaknat selepas setiap sembahyang fardhu empat orang lelaki dan empat orang perempuan iaitu si-fulan,si-fulan,si-fulan dan Mu'awiyah serta ia menyebut nama mereka dan si-fulanah,si-fulanah, Hindun dan Ummul Hakam saudara perempuan Mu'awiyah. (Al-Kafi jilid 3 hal. 343)

Yang dimaksudkan dengan "si-fulan" di dalam kitab-kitab Syi'ah adalah yang pertama Abu Bakar r.a., kedua Umar r.a. dan ketiga Uthman r.a. sementara "si-fulanah" adalah yang pertama Aisyah r.a. dan kedua Hafsah r.a.

3. Aqidah ar-Raj’ah
Iaitu salah satu aqidah Syi’ah yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam iaitu kepercayaan tentang akan dibangkitkan para Imam sebelum qiamat untuk menuntut bela atau menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulamak Syi’ah. Antaranya Syeikh Mufid menyebutkan:
"واتفقت الإمامية على وجوب رجعة كثير من الأموات"
Bermaksud: “Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.”( Awaailu al-Maqaalat, halaman 52)

4. Tahrif al-Quran.

Iaitu kepercayaan bahawa al-Quran yang di tangan umat Islam kini sudah berlaku tokok tambah, pengurangan, penambahan dan penyelewengan padanya. Akidah ini juga merupakan satu akidah yang sangat penting di sisi Syiah sehingga ulamak-ulamak mereka menganggap ianya adalah merupakan dharuriat ajaran Syiah sebagaimana yang dikatakan oleh seorang ulamak tafsir terkemuka Syiah Sayyid Hashim al-Bahrani di dalam kitabnya Tafsir al-Burhan di dalam Muqaddimah Fasal 4,halaman 49. Di antara ulamak Syiah yang mengakui berlakunya tahrif kepada al-Quran adalah Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu'maniyyah yang berbunyi:

أن الأصحاب قد أطبقوا على صحة الأخبار المستفيضة بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن
Bermaksud: "Sesungguhnya tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab m.s. 31).

Kitab-kitab utama Syiah juga tidak sunyi daripada mengemukakan riwayat-riwayat daripada imam-imam maksum mereka berkenaan aqidah ini. Antaranya apa yang dikemukakan oleh al-Kulaini di dalam kitabnya yang berbunyi:

عن جابر قال: سمعت أبا جعفر عليه السلام يقول: ما ادعى أحد من الناس أنه جمع القرآن كله كما أنزل إلا كذاب، وما جمعه وحفظه كما نزله الله تعالى إلا علي بن أبي طالب عليه السلام والائمة من بعده عليهم السلام

Bermaksud: Daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja'far a.s. berkata: "Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s."(Usul Al-Kafi jilid 1 ms. 228).

Dan banyak lagi riwayat-riwayat dari imam-imam maksum di sisi Syi'ah yang menyebutkan berkenaan penyelewengan al-Quran di dalam kitab-kitab utama mereka seperti Tafsir al-'Aiyyasyi, Tafsir al-Qummi, Bashaair ad-Darajat, Al-Anwar An-Nu'maniyyah dan lain-lain lagi.

5. Kahwin mut'ah iaitu kahwin kontrak.

Iaitu perzinaan di atas nama Islam. Satu bentuk perkahwinan yang tidak memerlukan tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan yang berkekalan. Perkahwinan yang semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok.

Al-Kulaini menukilkan satu riwayat berkenaan mut'ah daripada imam Muhammad al-Baqir:

، عن محمد بن مسلم، عن أبي جعفر (ع في المتعة قال: ليست من الاربع لانها لاتطلق ولاترث وإنما هي مستأجرة

Bermaksud: Daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja'far a.s. berkenaan mut'ah katanya, "Mereka-mereka itu (perempuan) bukan dari kalangan empat isteri kerana mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan sewaan". (Furu' al-Kafi jilid 5 hal. 284)

Dalam riwayat yang lain pula Kulaini menukilkan:

عن زرارة، عن أبي عبدالله قال: لا تكون متعة إلا بأمرين أجل مسمى وأجر مسمى
Bermaksud: Daripada Zurarah daripada Abu Abdillah a.s. katanya, "Tidak berlaku mut'ah kecuali dengan dua perkara iaitu tempoh yang ditentukan dan mahar yang ditentukan".(ibid hal. 286)

6. Taqiyyah.

Iaitu menyembunyikan sesuatu yang terdapat dalam hati dan menyatakan yang sebaliknya. Dalam ertikata yang mudah ianya adalah berbohong yang di atasnamakan Islam. Ajaran ini adalah merupakan ajaran yang sangat penting dalam ajaran Syi'ah sehingga sembilan persepuluh dari ajaran Syi'ah terletak pada taqiyyah (al-kafi j.2 hal 217) dan ia merupakan satu senjata yang sangat ampuh bagi ajaran ini.

Untuk menjelaskan hakikat taqiyyah ini Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat yang berbunyi:
قال أبوعبدالله عليه السلام: يا معلى اكتم أمرنا ولاتذعه، فإنه من كتم أمرنا ولم يذعه أعزه الله به في الدنيا وجعله نورا بين عينيه في الآخرة، يقوده إلى الجنة، يا معلى من أذاع أمرنا ولم يكتمه أذله الله به في الدنيا ونزع النور من بين عينيه في الآخرة وجعله ظلمة تقوده إلى النار، يا معلى إن التقية من ديني ودين آبائي ولادين لمن لاتقية له

Abu Abdillah a.s. berkata: "Wahai Mu'alla! Sembunyikan urusan (agama) kami dan jangan nyatakannya, kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan agama kami dan tidak menyatakannya akan dimuliakan oleh Allah di dunia dan Allah akan menjadikannya sebagai cahaya di antara dua matanya di akhirat yang akan membawanya ke syurga. Wahai Mu'alla! Orang yang menyatakan agama kami dan tidak menyembunyikannya akan di hina oleh Allah di dunia dan Allah akan membuang cahaya di antara dua matanya di akhirat dan akan menjadikannya kegelapan yang mengheretnya ke neraka. Wahai Mu'alla! Sesungguhnya taqiyyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah".(Usul al-Kafi jilid 2 hal 225)
، عن مسعدة ابن صدقة، عن أبي عبدالله عليه السلام قال: ذكرت التقية يوما عند علي بن الحسين عليهما السلام فقال: والله لو علم أبوذر ما في قلب سلمان لقتله
Daripada Mas'adah daripada Abu Abdillah a.s. katanya, "Pada suatu hari disebutkan taqiyyah dekat Ali bin Al-Husain a.s. lalu dia berkata: "Demi Allah kalaulah Abu Zar mengetahui apa yang terdapat di dalam hati Salman tentu dia akan membunuh Salman". (Usul al-Kafi jilid 1 hal 402)

Dua riwayat ini pun sudah cukup untuk menjelaskan hakikat taqiyyah di dalam ajaran Syi'ah. Kerana senjata taqiyyah inilah ajaran Syi'ah dapat menyelinap masuk ke dalam tengah-tengah masyarakat Ahlus Sunnah dan seterusnya memperdaya mereka sehingga akhir sekali dalam keadaan tidak sedar golongan Ahlus Sunnah satu demi satu berjaya di Syi'ahkan dan boleh menerima segala ajaran-ajaran yang tidak masuk akal di dalam ajaran Syi'ah.

6. Pandangan Syi'ah terhadap Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Jika dilihat dalam kitab-kitab Syi'ah banyak sekali penghinaan yang diberikan mereka terhadap golongan Ahlus Sunnah. Di kesempatan ini kita akan kemukakan satu riwayat sahaja.

عَنِ ابْنِ أَبِي يَعْفُورٍ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) َ قَالَ لَا تَغْتَسِلْ مِنَ الْبِئْرِ الَّتِي تَجْتَمِعُ فِيهَا غُسَالَةُ الْحَمَّامِ فَإِنَّ فِيهَا غُسَالَةَ وَلَدِ الزِّنَا وَ هُوَ لَا يَطْهُرُ إِلَى سَبْعَةِ آبَاءٍ وَ فِيهَا غُسَالَةَ النَّاصِبِ وَ هُوَ شَرُّهُمَا إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَخْلُقْ خَلْقاً شَرّاً مِنَ الْكَلْبِ وَ إِنَّ النَّاصِبَ أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنَ الْكَلْبِ

Daripada Abi Ya'fur daripada Abu Abdillah a.s. katanya, "Jangan mandi dari telaga yang berhimpun padanya air mandian dari bilik mandi kerana padanya terdapat air mandian anak zina dan ia tidak akan bersih sehingga tujuh keturunan dan padanya juga terdapat air mandian 'nasibi' dan ia adalah yang paling buruk diantara keduanya. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih buruk dari anjing dan sesungguhnya orang 'nasibi' adalah lebih hina di sisi Allah daripada anjing". (Furu' al-Kafi jilid 3 hal. 5)

Nasibi adalah gelaran yang diberikan mereka kepada Ahlus Sunnah kerana nasibi bermakna orang yang memusuhi Ahlul Bait di sisi Syi'ah. Orang pertama yang memusuhi Ahlul Bait di sisi Syi'ah adalah Abu Bakar as-Siddiq r.a. serta sahabat-sahabat r.a. dan golongan seterusnya yang memusuhi Ahlul Bait di sisi Syi'ah adalah Ahlus Sunnah. Ini kerana Ahlus Sunnah tidak mempercayai serta menganggap Ahlul Bait sebagaimana pegangan mereka.

Hakikat sebenar ajaran Syi'ah.

Kalau diperhatikan kepada ajaran Syi'ah semua ajaran mereka dihubungkan kepada imam-imam Ahlul Bait. Persoalannya apakah benar ajaran mereka berasal dari imam-imam tersebut atau ianya hanyalah tempelan sahaja? Untuk mengetahui hakikat sebenarnya ajaran mereka marilah kita meneliti sejenak apa yang terkandung dalam kitab-kitab mereka sendiri daripada mulut imam-imam mereka sendiri.

أبوخالد الكابلي سمعت علي بن الحسين عليه السلام يقول: ان اليهود أحبوا عزيزا حتى قالوا فيه ماقالوا فلا عزيز منهم ولاهم من عزيز، وأن النصارى أحبوا عيسى حتى قالوا فيه ماقالوا، فلا عيسى منهم ولاهم من عيسى. وانا على سنة من ذلك ان قوما من شيعتنا سيحبونا حتى يقولوا فينا ماقالت اليهود في عزيز، وماقالت النصارى في عيسى بن مريم، فلاهم منا ولا نحن منهم.(رجال الكشى ج2 ص120)

Abu Khalid al-Kabuli berkata, "Aku mendengar Ali (Zainul Abidin) bin al-Husain a.s. berkata: "Sesungguhnya Yahudi mencintai 'Uzair sehingga mereka telah mengatakan sebagaimana yang mereka katakan terhadapnya sedangkan 'Uzair tiada hubungan dengan mereka dan mereka juga tiada hubungan dengan 'Uzair. Sesungguhnya Nasara mencintai Isa sehingga mereka telah mengatakan sebagaimana yang mereka katakan terhadapnya sedangkan Isa tiada hubungan dengan mereka dan mereka juga tiada hubungan dengan Isa. Sesungguhnya kami seperti mana mereka juga, sesungguhnya satu kaum dari kalangan Syi'ah kami mencintai kami sehingga mereka mengatakan berkenaan kami sebagaimana yang dikatakan oleh Yahudi kepada 'Uzair dan sebagaimana yang dikatakan oleh Nasara kepada Isa bin Maryam, mereka tiada hubungan dengan kami dan kami tiada hubungan dengan mereka". (Rijal Kasyi juz 2 hal 120).

قال أبوعبدالله عليه السلام ما أنزل الله سبحانه آية في المنافقين الا وهي فيمن ينتحل التشيع

Abu Abdillah a.s. berkata: "Tidaklah Allah menurunkan berkenaan munafikin kecuali ianya bertepatan dengan orang yang mendakwa Syi'ah". (Rijal Kasyi juz 2 hal. 589)

Demikianlah dengan serba ringkasnya dibentangkan aqidah-aqidah Syi’ah dari kitab-kitab muktabar mereka. Semoga keterangan-keterangan yang diberikan memberi manfa’at kepada kita semua dan semoga Allah sentiasa membimbing kita di jalan yang lurus Amin ya Rabbal 'Alamin.
baca seterusnya "Kenali Syiah Secara Ringkas"

Syiah dan Al-Quran (audio)

baca seterusnya "Syiah dan Al-Quran (audio)"

Syiah dan Al-Quran

PERANAN SYI'AH DALAM MENIMBULKAN KERAGUAN TERHADAP AL-QURAN

Di antara peranan yang dimainkan oleh Syi'ah dalam usaha untuk memesongkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah dengan mendakwa bahawa al-Quran yang ada ini telahpun diselewengkan, ditokok-tambah, dikurangkan dan seumpamanya.

Kepercayaan ini adalah merupakan dharuriat aliran Syi’ah sebagaimana yang disebutkan oleh Sayyid Hashim al-Bahrani seorang ahli tafsir Syi’ah dengan katanya. “Saya yakin tentang benarnya (fahaman tentang al-Quran sudah diseleweng dan ditokok tambah) setelah diselidiki dan dikaji riwayat-riwayat dan atsar-atsar sehingga kita boleh memutuskan bahawa kepercayaan kepada perkara ini adalah salah satu daripada dharuriat aliran Syi’ah.(Al-Burhan fi Tafsiri al-Quran – Muqaddimah Fasal 4,halaman 49)

Di dalam kertas kerja ini kita akan membincangkan beberapa tajuk berkenaan penyelewengan al-Quran di sisi Syi'ah.

Mengapa Syi'ah tidak boleh menerima bahawa al-Quran yang terdapat di tangan orang-orang Islam kini adalah al-Quran yang asli sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab utama Syi'ah berkenaan tahrif al-Quran.
Mushaf-mushaf yang lain selain dari al-Quran di sisi Syi'ah.
Pengakuan ulama Syi'ah tentang adanya akidah tahrif al-Quran di sisi Syi'ah.
Bentuk tahrif al-Quran di sisi Syi'ah.
5.1. Tahrif dari segi susunan al-Quran dengan mengasingkan suatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya.
5.2. Tahrif dari segi makna.
5.3. Tahrif dari segi lafaz.

1. Mengapa Syi'ah tidak boleh menerima bahawa al-Quran yang terdapat di tangan orang-orang Islam kini adalah al-Quran yang asli sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

1.1. Kerana kepercayaan mereka bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang merupakan pengumpul al-Quran telahpun murtad sepeninggalan Baginda s.a.w. bahkan mereka merupakan golongan manusia yang paling jahat di sisi Syi'ah. Apakah tidak mungkin golongan yang begitu jelek pekerti mereka akan merubah isi kandungan al-Quran apatah lagi di dalam al-Quran penuh dengan pujian-pujian terhadap para sahabat r.a. Bahkan andaikata Syi'ah mendakwa al-Quran yang dihimpunkan dan diwarisi turun temurun oleh Imam-imam maksum mereka itulah al-Quran yang terpelihara maka kita akan mengatakan kepada mereka, "Apakah kamu percaya kepada al-Quran yang diwarisi turun-temurun oleh Imam-imam kamu itu terpelihara dan mereka (imam-imam) akan menjaganya tanpa melakukan sebarang perubahan, sedangkan mereka merupakan golongan yang berpegang kepada ajaran taqiyyah (bohong) serta mengatakan bahawa taqiyyah itu adalah ajaran yang penting dalam ajaran Syi'ah sehingga menjadi sembilan persepuluh daripada agama, apakah mereka (imam-imam) akan menyampaikan al-Quran ini kepada kamu tanpa sebarang taqiyyah?"
1.2. Di dalam al-Quran penuh dengan pujian terhadap sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan golongan Syi'ah berpegang kepada akidah takfir as-sahabat (akidah mengal-Kafirkan para sahabat).
1.3. Kerana begitu banyak riwayat-riwayat yang sahih di sisi Syi'ah daripada Imam-imam maksum sehingga melebihi dua ribu riwayat bahawa al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam kini telahpun diselewengkan. Bahkan tidak ada satupun riwayat daripada Imam-imam maksum mereka yang menyebutkan bahawa al-Quran inilah yang asli terpelihara daripada sebarang penyelewengan.
1.4. Golongan Syi’ah percaya Imamah termasuk salah satu aqidah penting mereka. Seseorang yang tidak menerimanya dianggap sebagai al-Kafir. Oleh kerana tidak terdapat di dalam al-Quran satu ayat pun yang dengan jelas menunjukkan keimanan kepada 12 orang Imam mereka, maka mereka mengadakan kepercayaan bahawa al-Quran yang ada ini telah diubah dan diselewengkan daripada asal untuk membenarkan aqidah mereka. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang dinukilkan oleh Sayyid Mohsein al-Kasyani yang berbunyi:

وفي تفسير العياشي عن أبي جعفر عليه السلام قال:لولا إنه زيد في كتاب الله ونقص ما خفي حقنا على ذي حجى
Bermaksud: di dalam tafsir al-‘Ayasyi pengarangnya yang merupakan seorang ahli tafsir yang besar di sisi Syi'ah telah menyebutkan satu riwayat dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Sekiranya tidak berlaku tokok tambah di dalam kitab Allah, tentulah tidak tersembunyi hak kami (hak Imamah) kepada orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Tafsir as-Shafi – Muqaddimah Keenam – hal 10).

2. Riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab utama Syi'ah berkenaan tahrif al-Quran.

2.1. Al-Kulaini yang diberikan gelaran thiqatul Islam (orang yang sangat dipercayai dalam Islam) telah membuat satu bab dalam kitabnya Al-Al-Kafi yang berbunyi, "Bab tidaklah mengumpulkan al-Quran kesemuanya kecuali imam-imam a.s. dan mereka mengetahui kesemua ilmu", lalu mengemukakan beberapa banyak riwayat daripada imam-imam maksum mereka berkenaan tahrif al-Quran, antaranya:

عن جابر قال: سمعت أبا جعفر عليه السلام يقول: ما ادعى أحد من الناس أنه جمع القرآن كله كما أنزل إلا كذاب، وما جمعه وحفظه كما نزله الله تعالى إلا علي بن أبي طالب عليه السلام والائمة من بعده عليهم السلام

Bermaksud: Daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja'far a.s. berkata: "Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s."(Usul Al-Kafi jilid 1 ms. 228)

2.2. Di tempat yang lain Al-Kulaini mengemukakan riwayat berkenaan pengumpulan al-Quran yang sebenar oleh Sayyidina Ali r.a. sebagaimana berikut:

عن سالم بن سلمة قال: قرأ رجل على أبي عبدالله عليه السلام وأنا أستمع حروفا من القرآن ليس على ما يقرؤها الناس، فقال أبوعبدالله عليه السلام: كف عن هذه القراء‌ة اقرأ كما يقرأ الناس حتى يقوم القائم فإذا قام القائم عليه السلام قرأ كتاب الله عزو جل على حده وأخرج المصحف الذي كتبه علي عليه السلام وقال: أخرجه علي عليه السلام إلى الناس حين فرغ منه وكتبه فقال لهم: هذا كتاب الله عزوجل كما أنزله [الله] على محمد صلى الله عليه وآله وقد جمعته من اللوحين فقالوا: هو ذا عندنا مصحف جامع فيه القرآن لا حاجة لنا فيه، فقال أما والله ما ترونه بعد يومكم هذا أبدا، إنما كان علي أن اخبركم حين جمعته لتقرؤوه.
Bermaksud: Daripada Salim bin Salamah katanya: "Ada seorang membaca al-Quran kepada Abi Abdillah a.s. dan aku mendengar dengan teliti beberapa ayat al-Quran bukan sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai, lalu Abu Abdillah a.s. berkata, "Berhentilah daripada bacaan sebegini, bacalah sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai sehingga bangkit Al-Qaim (imam mahdi), bilamana Al-Qaim a.s. bangkit dia akan membaca kitab Allah 'Azzawajalla yang sebenar dan dia akan mengeluarkan mushaf yang ditulis oleh Ali a.s. Abu Abdillah a.s. berkata lagi, "Ali a.s. telah mengeluarkan al-Quran tersebut kepada orang ramai (sahabat-sahabat) setelah dia selesai daripada menghimpunkan dan menulisnya lalu dia berkata kepada mereka, "Ini adalah kitab Allah 'Azzawajalla sebagaimana yang Ia turunkan kepada Muhammad s.a.w. dan aku telah himpunkannya daripada dua lauh." Maka mereka (sahabat-sahabat) berkata, "Ini di sisi kami telahpun ada mushaf yang terhimpun di dalamnya al-Quran, kami tidak lagi berhajat kepadanya." Lalu dia (Ali a.s.) berkata, "Ketahuilah demi Allah! Kamu tidak akan dapat melihatnya selama-lamanya selepas hari ini, kewajipan atasku hanyalah menceritakan kepada kamu setelah aku menghimpunkannya supaya kamu membacanya". (Usul Al-Kafi jilid 2 ms. 633).

2.3. Di dalam "Bashaair ad-Darajat" pengarangnya yang merupakan salah seorang murid imam yang kesebelas di sisi Syi'ah iaitu Hasan Al-Askari a.s. telah mengemukakan satu riwayat yang berbunyi:
عن جابر قال: قال أبو جعفر (ع): دعا رسول الله أصحابه بمنى، فقال:
يا أيها الناس! إني تارك فيكم حرمات الله: وعترتي، والكعبة البيت الحرام ثم قال أبو جعفر: أما كتاب الله فحرفوا، وأما الكعبة فهدموا، وأما العترة فقتلوا.

Bermaksud: Daripada Jabir katanya, Abu Jaa'far a.s. berkata: Rasulullah s.a.w. telah menyeru sahabat-sahabatnya di Mina lalu berkata, "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan di kalangan kamu beberapa perkara yang diharamkan oleh Allah, Ithrahku (ahlul bait) dan ka'bah baitullahil haram. Kemudian Abu Jaa'far a.s. berkata, "Adapun kitab Allah maka mereka telah menyelewengkannya, adapun ka'bah mereka telah merobohkannya dan adapun ahlul bait mereka telah membunuhnya". (Muhammad bin Hasan, Bashaair ad-Darajat juz 8 bab yang ke tujuh belas).

Dan banyak lagi riwayat-riwayat dari imam-imam maksum di sisi Syi'ah yang menyebutkan berkenaan penyelewengan al-Quran di dalam kitab-kitab utama mereka seperti Tafsir al-'Aiyyasyi, Tafsir al-Qummi, Al-Anwar An-Nu'maniyyah dan lain-lain lagi.

3. Mushaf-mushaf yang lain selain dari al-Quran di sisi Syi'ah.

Golongan Syi'ah juga mempercayai tentang adanya mushaf-mushaf yang lain selain daripada al-Quran. Muhammad bin Ya'kub Al-Kulaini telah mengemukakan di dalam al-Al-Kafi beberapa riwayat berkenaan mushaf-mushaf tersebut. Antara mushaf-mushaf berikut adalah,

3.1. Mushaf Fatimah.
عن حماد بن عثمان قال: سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: تظهر الزنادقة في سنة ثمان وعشرين ومائة وذلك أني نظرت في مصحف فاطمة عليها السلام، قال: قلت: وما مصحف فاطمة؟ قال: إن الله تعالى لما قبض نبيه صلى الله عليه وآله دخل على فاطمة عليها السلام من وفاته من الحزن ما لا يعلمه إلا الله عزوجل فأرسل الله إليها ملكا يسلي غمها ويحدثها، فشكت ذلك إلى أمير المؤمنين عليه السلام فقال: إذا أحسست بذلك وسمعت الصوت قولي لي فأعلمته بذلك فجعل أمير المؤمنين عليه السلام يكتب كلما سمع حتى أثبت من ذلك مصحفا قال: ثم قال: أما إنه ليس فيه شئ من الحلال والحرام ولكن فيه علم ما يكون.

Daripada Hammad bin Uthman katanya, aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, "Telah nyata golongan-golongan Zindiq pada tahun seratus dua puluh lapan dan perkara tersebut aku dapatinya dalam mushaf Fatimah a.s. Dia (perawi) itu berkata: "Apakah itu mushaf Fatimah?" Abu Abdillah a.s. menjawab, "Sesungguhnya Allah Taala tatkala Ia mewafatkan Nabi-Nya s.a.w. maka Fatimah a.s. telah ditimpa kesedihan yang bersangatan, hanya Allah 'Azzawajalla sahaja yang mengetahuinya. Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya untuk menghilangkan kedukaan dan berbicara dengannya. Maka beliau a.s. telah mengadu perkara tersebut kepada Amirul Mukminin a.s. (Ali) lalu Ali a.s berkata, "Bilamana engkau merasa demikian dan mendengar suara, beritahulah aku. Maka Fatimah a.s. pun memberitahunya lalu Amirul Mukminin a.s. mula menulis tatkala dia mendengarnya sehingga beliau dapat menjadikannya sebagai satu mushaf". Perawi (Hammad) pun berkata, "Kemudian Abu Abdillah a.s. berkata: Ketahuilah sesungguhnya tidak ada sedikitpun di dalamnya berkaitan halal dan haram tetapi di dalamnya adalah ilmu sesuatu yang akan datang".(Usul Al-Kafi jilid 2 ms 241)

3.2. Al-Jufr.

عن الحسين ابن أبي العلاء قال: سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: إن عندي الجفر الابيض، قال: قلت: فأي شئ فيه؟ قال: زبور داود، وتوراة موسى، وإنجيل عيسى، وصحف ابراهيم عليهم السلام والحلال والحرام

Daripada Husain bin Abil 'Ala' katanya, "Aku mendengar Abu Abdillah a.s. berkata, "Sesungguhnya kita mempunyai Al-Jufr al-Abyadh". Perawi itu berkata, "Apakah yang terdapat di dalamnya?" Abu Abdillah a.s. menjawab, "Zabur Daud, Taurat Musa, Injil Isa, Suhuf-suhuf Ibrahim a.s. serta perkara halal dan haram".(ibid)

Dalam riwayat yang lain Imam Jaa'far As-Sadiq diriwayatkan berkata:
ثم قال: وإن عندنا الجفر وما يدريهم ما الجفر؟ قال قلت: وما الجفر؟ قال: وعاء من أدم فيه علم النبيين والوصيين، وعلم العلماء الذين مضوا من بني إسرائيل

Bermaksud: Kemudian Beliau (Imam Jaa'far a.s.) berkata, "Sesungguhnya kamu mempunyai al-Jufr, apakah mereka mengetahui apa itu al-Jufr"? Perawi berkata, "Apa itu al-Jufr"? Beliau a.s. menjawab, "Satu bekas daripada kulit yang di dalamnya terdapat ilmu nabi-nabi dan para wasi serta ilmu ulamak-ulamak yang lalu dari kalangan Bani Israil".(ibid)

3.3. Al-Jami'ah.

قال: ثم قال: يا أبا محمد وإن عندنا الجامعة وما يدريهم ما الجامعة؟ قال: قلت: جعلت فداك وما الجامعة؟ قال: صحيفة طولها سبعون ذراعا بذراع رسول الله صلى الله عليه وآله وإملائه من فلق فيه وخط علي بيمينه، فيها كل حلال وحرام وكل شئ يحتاج الناس إليه حتى الارش في الخدش

Ringkasan daripada riwayat yang panjang bermaksud: Perawi (Abu Basir) berkata: "Kemudian beliau (Imam Jaa'far As-Sadiq) berkata, "Wahai Abu Muhammad! Sesungguhnya kami mempunyai al-Jami'ah, apakah mereka mengetahui apa itu al-Jami'ah? Perawi berkata, "Apakah itu al-Jami'ah? Beliau (Imam Jaa'far a.s.) berkata, "Satu shahifah yang panjangnya tujuh puluh hasta Rasulullah s.a.w. dan Baginda s.a.w. menyampaikannya dari belahan mulutnya dan Ali a.s. menulis dengan tangan kanannya, di dalamnya terdapat setiap perkara halal, haram dan setiap sesuatu yang diperlukan oleh manusia sehingga diyat dalam kes luka (ibid)

4. Pengakuan ulama Syi'ah tentang adanya akidah tahrif al-Quran di sisi Syi'ah.

4.1. Ali bin Ibrahim al-Qummi pengarang kitab tafsir tertua di sisi Syi'ah menyebutkan di dalam mukaddimahnya:

فالقرآن منه ناسخ، ومنه منسوخ، ومنه محكم، ومنه متشابه، ومنه عام، ومنه خاص، ومنه تقديم، ومنه تأخير، ومنه منقطع، ومنه معطوف، ومنه حرف مكان حرف، ومنه على خلاف ما انزل الله

Bermaksud: Al-Quran di antara ayatnya ada yang memansukhkan, ada yang dimansukhkan, ada yang muhkam dan ada yang mutasyabih, ada yang umum dan ada yang khusus, ada yang terdahulu dan ada yang terkemudian, ada yang terputus dan ada yang bersambung, ada yang diletakkan satu huruf di tempat satu huruf yang lain dan di antaranya ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala.(Tafsir Al-Qummi, Mukaddimah juz 1 mukasurat 6)

Bahkan pentahqiq kepada kitab tafsir tersebut menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan "Ada yang berlainan dari apa yang diturunkan oleh Allah Taala" dengan katanya:

مراده رحمه الله منه الآيات التي حذفت منها الفاظ على الظاهر كالآيات التي نزلت في امير المؤمنين عليه السلام مثل قوله تعالى ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام)

Maksud Imam al-Qummi adalah antaranya ayat-ayat yang dibuang daripadanya lafaz-lafaz secara zahir (penyelewengan pada lafaz al-Quran itu sendiri bukan maknanya) seperti ayat-ayat yang turun berkenaan Amirul Mukminin Ali a.s. seperti firman Allah Taala " ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام)".

4.2. Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi menukilkan kata-kata Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu'maniyyah yang berbunyi:

أن الأصحاب قد أطبقوا على صحة الأخبار المستفيضة بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن
Bermaksud: "Sesungguhnya tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab m.s. 31)

4.3. Allamah Muhammad Baqir Al-Majlisi telah mengemukakan dalil dari segi pandangan logik yang menunjukkan berlakunya tahrif dalam al-Quran di mana beliau berkata:

والعقل يحكم بأنه إذا كان القرآن متفرقا منتشرا عند الناس وتصدى غير المعصوم لجمعه يمتنع عادة أن يكون جمعة كاملا موافقا للواقع، لكن لا ريب في أن الناس مكلفون بالعمل بما في المصاحف وتلاوته حتى يظهر القائم وهذا معلوم متواتر من طريق أهل البيت..عليهم السلام وأكثر أخبار هذا الباب مما يدل على النقص والتغيير
Bermaksud: Akal menghukum bahawa bilamana al-Quran itu berselerak dan bertebaran di sisi orang ramai dan orang yang tidak maksum tampil untuk menghimpunkannya maka dari segi adatnya terhalang untuk menjadi satu himpunan yang sempurna serta menepati kenyataan, akan tetapi tidak diragui lagi bahawa manusia ditaklifkan supaya beramal dengan apa yang terdapat di dalam mushaf-mushaf dan membacanya sehingga Al-Qaim (imam Mahdi Syi'ah) muncul. Ini merupakan suatu yang sudah dimaklumi serta mutawatir melalui jalan ahlul bait a.s. dan kebanyakan hadis-hadis berkenaan bab ini menunjukkan kepada berlakunya pengurangan dan perubahan (dalam al-Quran). (Mir'atul 'Uqul Fi Syarhi Ahadisir Rasul jilid 1 m.s. 171)
Dan ramai lagi ulamak Syi'ah yang menerima bahawa telah berlakunya tahrif di dalam al-Quran seperti Syeikh Mufid di dalam Awailul Maqaalat hal 13, At-Thabarsi di dalam Al-Ihtijaj jilid 1 hal. 370, Al-Kasyani di dalam mukaddimah Tafsir As-Shafi, Abul Hasan Al-Amili di dalam mukaddimah Tafsir Mir'atul Anwar dan lain-lain lagi.
5. Bentuk tahrif al-Quran di sisi Syi'ah.
5.1. Tahrif dari segi susunan al-Quran dengan mengasingkan sesuatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya.
Golongan Syi'ah sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran demi untuk menyesuaikan al-Quran dengan pegangan mereka dan bukannya hendak menyesuaikan pegangan mereka dengan al-Quran. Kerana itulah mereka sering memutuskan hubungan sesuatu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya supaya ayat tersebut bersesuaian dengan fahaman mereka sedangkan yang sebenarnya (sepertimana yang difahami Ahlus Sunnah) ayat-ayat al-Quran saling ada hubungan antara satu sama lain seperti contohnya:
5.1.1. Ayat 33 surah al-ahzab yang berbunyi:
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Bermaksud: Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Syi'ah mengatakan ayat ini langsung tidak ada kena mengena dengan ayat-ayat sebelum dan selepasnya dengan mengatakan ayat ini diturunkan oleh Allah Taala khusus untuk dua belas orang imam maksum mereka. Sedangkan ayat sebelum dan selepasnya bermula dari ayat ke 28 hingga 34 adalah membicarakan tentang isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
5.1.2. Surah An-Nisa' ayat ke 24 yang berbunyi:
فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً
Bermaksud: Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah)
Syi'ah mengatakan ayat ini turun berkenaan nikah mut'ah (kahwin kontrak) dan tidak ada perkaitannya dengan ayat sebelum dan selepasnya sedangkan kalau diperhatikan kepada ayat-ayat sebelumnya bermula dari permulaan surah An-Nisa' lagi ianya mengisyaratkan kepada pernikahan yang berkekalan. Andaikata ayat ini turun berkenaan nikah mut’ah maka akan cacatlah susunan ayat ini jika dipandang kepada ayat sebelum dan selepasnya. Kerana jika dilihat kepada ayat sebelumnya bermula dari ayat ke tujuh lagi, ianya membicarakan berkenaan dengan hukum warisan atau pusaka yang berkait rapat dengan perkahwinan yang berkekalan dan begitulah ayat seterusnya juga berkenaan hukum perkahwinan yang berterusan . Apatah lagi dalam ayat itu sendiri pun tidak ada isyarat yang menunjukkan kepada perkahwinan bertempoh iaitu nikah mut'ah.
5.1.3. Surah Al-Maidah ayat ke 3:
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Bermaksud: Pada hari ini, orang-orang al-Kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah meredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Syi'ah mengatakan potongan ayat ini letaknya di tempat yang salah susunannya kerana mereka mengatakan kalau diperhatikan kepada keseluruhan ayat ini maka kita akan dapati permulaan ayat membahaskan berkenaan halal serta haram dalam bab makanan, tetapi tiba-tiba perbahasannya berubah kepada perbahasan tentang putus asanya orang-orang al-Kafir terhadap orang-orang Islam sebagaimana ayat yang dikemukakan di atas. Seterusnya ayat selepas itu juga membicarakan berkenaan dengan halal haram dalam makanan. Ini menunjukkan berlakunya kesilapan dalam menyusun al-Quran dan tidak mungkin kitab suci yang turunnya dari langit akan berlaku kesilapan yang seperti ini.
Sebenarnya tidak berlaku pun kesilapan dalam susunan ayat tersebut. Kalau kita perhatikan kepada keseluruhan ayat tersebut kita akan dapati Allah Taala hendak menjelaskan bahawa golongan al-Kafir telahpun berputus asa dalam usaha mereka untuk memesongkan serta mencampakkan kekeliruan umat Islam dalam perkara agama ini sehingga kepada perkara yang kadang-kadang dianggap remeh iaitu berkaitan halal haram dalam makanan. Kemudian seterusnya Allah Taala hendak menjelaskan pula bahawa Dia telahpun menyempurnakan agama ini sehingga perkara yang kecil seperti berkaitan masalah makanan dan minuman, apatah lagi perkara-perkara yang lebih besar lagi daripada itu.
5.2. Tahrif dari segi makna.
Golongan Syi'ah juga sering menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran demi untuk menyesuaikan al-Quran dengan pegangan mereka. Kerana itulah mereka sering melakukan penyelewengan makna al-Quran supaya bertepatan dengan kehendak mereka. Antaranya:
5.2.1. Al-Kulaini mengemukakan riwayat di dalam kitabnya al-Al-Kafi yang berbunyi:
عن أبي بصير قال سألت أبا عبدالله عليه السلام عن قول الله عزوجل: " أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الامر منكم " فقال: نزلت في علي بن أبي طالب والحسن والحسين عليهم السلام
Bermaksud: Daripada Abu Basir katanya, "Aku bertanya Abu Abdillah a.s. tentang firman Allah 'Azzawajalla, " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu". Maka Beliau a.s. menjawab, "Ayat ini turun berkenaan Ali bin Abi Talib, Hasan, Husain a.s. (Usul al-Al-Kafi jilid 1 m.s. 287)
Syi'ah mengatakan ayat ini menyabitkan kewajipan supaya beriman kepada imam dua belas di sisi mereka sedangkan ayat ini langsung tidak mempunyai perkaitan dengan imam-imam maksum mereka.
5.2.2. Ali bin Ibrahim Al-Qummi menafsirkan ayat ke 103 surah Ali Imran sebagaimana berikut:
وقوله (واعتصموا بحبل الله جميعا) قال التوحيد والولاية وفي رواية ابي الجارود عن ابي جعفر عليه السلام في قوله (ولا تفرقوا) قال ان الله تبارك وتعالى علم انهم سيفترقون بعد نبيهم ويختلفون فنهاهم عن التفرق كما نهى من كان قبلهم فامرهم ان يجتمعوا على ولاية آل محمد عليهم السلام ولا يتفرقوا.
Bermaksud: Dan firman Allah Taala " Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah" dia (Al-Qummi) berkata, "Iaitu tauhid dan walayah (walayah Ali dan imam-imam selepasnya a.s.). Dalam riwayat Abil Jarud daripada Abi Jaa'far a.s. berkenaan firman Allah Taala "Dan janganlah kamu bercerai-berai" beliau a.s. berkata, "Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala telahpun mengetahui bahawa mereka akan bercerai-berai selepas Nabi mereka dan akan berselisih, maka Allah menegah mereka daripada bercerai-berai sebagaimana Allah melarang orang-orang sebelum mereka lalu Allah Taala memerintahkan mereka supaya bersatu di atas walayah keluarga Muhammad a.s. (imam dua belas) dan jangan berpecah-belah".(Tafsir al-Qummi jilid 1 m.s. 109).
Syi'ah menafsirkan " حبل الله" iaitu "tali Allah" dengan makna walayah imam dua belas mereka sedangkan maksud yang sebenarnya adalah berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w..
5.2.3. Al-Kulaini menukilkan satu tafsiran al-Quran di dalam kitabnya:
عن الثمالي، عن أبي جعفر عليه السلام قال: أوحى الله إلى نبيه صلى الله عليه وآله " فاستمسك بالذي اوحي إليك إنك على صراط مستقيم " قال: إنك على ولاية علي وعلي هو الصراط المستقيم.
Daripada Thumali daripada Abu Jaa'far a.s. katanya, "Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya s.a.w. " Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus." Beliau a.s. berkata, "Sesungguhnya engkau berada di atas walayah Ali dan Ali adalah jalan yang lurus".(Usul Al-Kafi jilid 1 m.s. 119)

5.3. Tahrif dari segi lafaz.
Di dalam kitab-kitab Syi'ah terdapat begitu banyak riwayat daripada imam-imam mereka yang membuktikan bahawa berlakunya tahrif pada lafaz al-Quran. Antaranya:
5.3.1. Apa yang dikemukakan oleh Ali bin Ibrahim Al-Qummi di dalam tafsirnya:
واما ما هو كان على خلاف ما انزل الله فهو قوله " كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله " فقال ابوعبدالله عليه السلام لقاري هذه الآية " خير امة " يقتلون امير المؤمنين والحسن والحسين بن علي عليه السلام؟ فقيل له وكيف نزلت يابن رسول الله؟ فقال انما نزلت " كنتم خير ائمة اخرجت للناس "
Bermaksud: Adapun ayat yang menyalahi apa yang diturunkan Allah adalah firman-Nya, " كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله" maka Abu Abdillah a.s. berkata kepada pembaca ayat tersebut, "Sebaik-baik umat? Sedangkan merekalah yang membunuh Amirul mukminin, Hasan dan Husain a.s.? Lalu Dia a.s. ditanya, "Bagaimanakah ayat ini turun wahai anak (cucu) Rasulullah s.a.w.? Maka diapun menjawab, "Sesungguhnya ayat ini turun " كنتم خير ائمة اخرجت للناس " (Tafsir al-Qummi jilid 1 m.s. 11)
5.3.2. Beberapa contoh ayat al-Quran yang telah diselewengkan berdasarkan riwayat daripada imam-imam maksum Syi'ah di dalam kitab al-Al-Kafi.
5.3.2.1.
عن عبدالله بن سنان، عن أبي عبدالله عليه السلام في قوله: " ولقد عهدنا إلى آدم من قبل " كلمات في محمد وعلي وفاطمة والحسن والحسين والائمة عليهم السلام من ذريتهم " فنسي " هكذا والله نزلت على محمد صلى الله عليه وآله.
Daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Abdillah a.s. berkenaan firman Allah Taala: " Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu," beberapa kalimah berkenaan Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan, Husain dan imam-imam dari keturunan mereka a.s." lalu Adam lupa" Demi Allah demikianlah ayat tersebut turun kepada Muhammad s.a.w.". (Usul Al-Kafi jilid 1 m.s. 119)
5.3.2.2.
عن جابر عن ابي جعفر عليه السلام قال: نزل جبرئيل عليه السلام بهذه الآية على محمد صلى الله عليه وآله هكذا: " بئسما اشتروا به أنفسهم أن يكفروا بما أنزل الله في علي بغيا ".
Daripada Jabir daripada Abu Ja'far a.s. katanya, "Jibril a.s. menurunkan ayat ini kepada Muhammad s.a.w. begini: " Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan keal-Kafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah berkenaan Ali, kerana dengki". (ibid)
5.3.3. Beberapa contoh ayat-ayat al-Quran yang didakwa oleh Syi'ah telah diselewengkan di dalam Tafsir Al-Qummi jilid 1 m.s. 10:
أ‌- آية قرئت على أبي عبدالله عليه السلام : "{ الذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماماً }" فقال أبو عبدالله عليه السلام : لقد سألوا الله عظيماً أن يجعلهم للمتقين إماماً . فقيل له : يا أبن رسول الله كيف نزلت ؟ فقال : إنما نزلت "{ الذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وأجعل لنا من المتقين إماماً }".
ب‌- وقوله :"{ له معقبات من بين يديه ومن خلفه يحفظونه من أمر الله }" فقال أبو عبدالله : كيف يحفظ الشئ من أمر الله وكيف يكون المعقب من بين يديه ؟ فقيل له : وكيف ذلك با أبن رسول الله ؟ فقال : أنما نزلت "{ له معقبات من خلفه ورقيب من يديه يحفظونه بأمر الله }" ومثله كثير .
ت‌- وأما ما هو محرف فهو قوله "{ لكن الله يشهد بما أنزل إليك في علي أنزله بعلمه والملائكة يشهدون }" وقوله :"{ يا أيها الرسول بلغ ما أنزل إليك في علي فإن لم تفعل فما بلغت رسالته}".
Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh ayat-ayat al-Quran yang didakwa oleh Syi'ah telah diselewengkan. Umpamanya apa yang terdapat dalam kitab al-Ihtijaj, Tafsir Majma'ul Bayan karangan At-Thabarsi, Tafsir Al-Ayyasyi dan lain-lain lagi. Kertas kerja yang ringkas ini akan menjadi terlalu panjang andaikata dibawakan kesemuanya kerana riwayat-riwayat berkenaan dengannya melebihi seribu hadis.
Walaubagaimanapun semoga dengan beberapa contoh yang dikemukakan ini kita akan dapat menyedari betapa gigihnya musuh Islam yang bertopengkan Islam ini cuba untuk merobohkan sandaran utama umat Islam ini. Kesemua ini adalah semata-mata kerana dengki terhadap umat Islam yang mempunyai pedoman yang begitu teguh ini lantas mereka musuh-musuh Islam yang sebenarnya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan juga Majusi ingin supaya umat Islam juga kehilangan pedoman yang benar sebagaimana mereka semuanya telah kehilangan kitab-kitab suci mereka.
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. (Al-Baqarah 109)
Sebelum mengakhiri kertas kerja ini sama-sama kita merenung satu sabdaan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi:
عن علي أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له : إن سرك أن تكون من أهل الجنة فان قوما ينحلون حبك ، يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم ، لهم نبز يقال لهم الرافضة ، فان أدركتهم فجاهدهم ! فانهم مشركون.
Bermaksud: Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Qur'an tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun." (Ali al-Muttaqi, Kanzu Al-Ummal jilid 11, halaman 324)
Demikianlah serba ringkas penjelasan berkenaan usaha Syi'ah yang cuba untuk menyelewengkan al-Quran. Semoga Allah Taala memelihara kita semua dari fitnah yang sangat besar ini.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
baca seterusnya "Syiah dan Al-Quran"

percubaan..karbala




KARBALA!!!

Mengapa mereka (SYI’AH) memilih KARBALA..?
Sedangkan KARBALA merupakan tempat timbulnya fitnah di kalangan umat Islam..
KARBALA merupakan tempat tragedi..
KARBALA merupakan antara api yang membakar permusuhan antara Syiah dan Sunni..



Tetapi kita (AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH) memilih MAKKAH sebagai yang pertama
Kerana MAKKAH merupakan tempat terbitnya air mulia yang merupakan asas kepada kehidupan jasmani manusia bahkan segala hidupan iaitu zamzam..
MAKKAH merupakan tempat bermulanya wahyu yang membawa rahmat kepada sekalian alam..
MAKKAH merupakan tempat pengorbanan datuk kita Ibrahim a.s. dan menghidupkan MAKKAH adalah sebagai tanda menghidupkan ingatan kepada pengorbanan beliau dan sebagai tanda Allah taala menerima pengorbanan beliau..
Kerana pengorbanan beliaulah maka MAKKAH terus subur..
Kerana pengorbanan beliaulah maka MAKKAH mendapat sinar wahyu daripada Allah taala..



Apakah mereka (SYIAH) mahu menguburkan ingatan umat semua kepada pengorbanan Datuk kita Ibrahim a.s…
Apakah mereka (SYIAH) mahu menguburkan ingatan umat semua kepada wahyu daripada Allah taala..
Apakah mereka mahu menyemarakkan api permusuhan antara SYIAH dan SUNNI..
Apakah mereka ikhlas dalam mengunjungi tanah suci kita pada musim-musim haji..
baca seterusnya "percubaan..karbala"